Followers

2012...MENYINGKAP KEDANGKALAN SEORANG INSAN

21 November 2009

DISEBALIK 2012



Kemunculan sebuah filem baru 2012 meneruskan legasi dunia Hollywood sebagai pentas perfileman yang mampu menghasilkan pelbagai filem yang bercorakkan kemusnahan dunia..filem seperti Independence Day,The Day after Tomorrow dan Godzilla yang diterajui ROLAND EMMERICH (antara karya beliau,sila klik),acap kali mampu memberi impak kepada pemikiran para penonton akan propaganda tamadun barat dalam menanamkan persepsi masyarakat dunia terhadap ‘kiamat dunia’ mereka…filem 2012 terus menghangatkan masyarakat dunia dengan pelbagai teori kemusnahan


ROLAND EMMERICH


Pembikinan setiap filem yang bercorakkan teori sedemikian bukanlah sekadar penghasilan filem yang biasa…ibarat menghitung waktu pengakhiran usia diri,itulah yang berlaku dalam kalangan mereka..mereka menginterprestasikan setiap fahaman mereka ke dalam pengadaptasian filem yang bermatlamatkan memberi satu pengiklanan kepada dunia akan fahaman dan kepercayaan mereka…


Kewujudan ketamadunan Maya (Pre-Columbian Mesoamerica) telah menghasilkan sebuah sistem pengkalendaran yang dinamakan MAYAN CALENDAR yang juga dinamakan AZTEC CALENDAR dan LONG COUNT CALENDAR…merupakan sebuah perkiraan masa yang terukir diatas ‘Batu Matahari’ Aztec dan hingga kini menjadi bahan pameran Muzium Antarabangsa Sejarah dan Antropologi,bertempat di Chapultepec Park, Mexico City…


MAYAN CALENDAR/LONG COUNT CALENDAR


namun ianya tetap hanya sebuah batu ukiran manusia yang kononnya menjadi titik tolak kepada jangkaan mereka dalam menentukan sebuah perhitungan…2012 merupakan perkiraan akhir dalam calendar batu tersebut…ADAKAH BENAR KIAMAT PADA WAKTU ITU?? MAMPUKAH KEDANGKALAN ILMU MANUSIA MENGETAHUI PERKARA SEDEMIKIAN??


PELBAGAI TEORI MUNCUL


1. 21 DISEMBER 2012 disisi para pengkaji sains samada arkeologis mahupun para pengkaji astronomi menganggarkan pada tarikh tersebut,jam 11:11 pm…akan berlaku satu proses dimana tenaga daripada kawasan tengah Galaksi Bima Sakti yang selalu sampai ke planet bumi akan terhenti dan berlakunya satu pertukaran kedudukan galaksi ini daripada atas ke bawah: Galactic Alignment..yang akan berlaku setiap 26000 tahun ..proses ini dianggap sebagai tarikh pengakhiran di dalam Mayans Long Count…ia merupakan satu masa dimana beradanya Sistem Solar Bumi berada sebaris dengan kedudukan matahari di Pembahagi Galaksi(Galactic Equator)





2. Namun,apa yang perlu dihairankan dengan proses alignment tersebut? Dianggarkan padatarikh tersebut,jam 11:11 pm…akan berlaku satu proses dimana tenaga daripada kawasan tengah Galaksi Bima Sakti yang selalu sampai ke planet bumi akan terhenti dan berlakunya satu pertukaran kedudukan galaksi ini daripada atas,ke bawah selepas Galactic Alignment tersebut......

3. dikatakan juga tenaga yang memancar daripada galaksi bima sakti berada pada tahap maksimum pada waktu itu yang mampu mengakibatkan kepada kemusnahan kepada planet bumi …

4. teori lain pula berpendapat akan berlaku satu pertukaran Kutub Bumi (Earth’s Polar Shift) yang begitu hebat yang bergerak semakin jauh daripada kedudukan asalnya dari paksi bumi yang membawa kepada ‘kemuncak kebinasaan’
(Catastrophic Climax)

5. pada 2012
meningkatnya kejadian malapetaka,bencana alam dan kemusnahan secara besar-besaran

6. sebuah komet akan menghentam bumi (ramalan Nostradamus)…siapa NOSTRADAMUS??



Nama insan bernama Michel de Nostradamus tidak dapat disangkal kemasyhurannya disisi masyarakat barat… seorang Katolik berbangsa Perancis dan merupakan seorang ahi fizik dan terkenal dalam masyarakat dunia kerana kepelbagaian ramalan beliau terhadap setiap yang berlaku.. bertemakan kemusnahan dan kehuruharaan yang berlaku dalam dunia pada waktu mendatang tidak hairanlah andai beliau digelar (The Man who saw Tomorrow)..


telah dikatakan bahawa setiap kejadian yang menggemparkan sejarah ketamadunan manusia boleh dikatakan telah diramal oleh beliau dalam lingkungan 500 tahun yang lepas dan terhimpun dalam himpunan 942 ramalan-ramalan beliau The Complete Book of Nostradamus (dikatakan juga beliau telah meramal lebih 1000 ramalan)...


Konspirasi 11 SEPTEMBER, Zaman Diktator Adolf Hitler,Revolusi Amerika dan Perang Napoleon antara ramalan beliau…dan ramalan beliau yang paling hebat,21 DISEMBER 2012,merupakan sebuah tarikh keramat yang menjadi kegerunan disisi tamadun barat kerana ‘superstication’ dan ‘apocalypse’ yang bakal berlaku pada waktu itu.



Namun ianya tetap hanya sekadar teori yang secara logiknya berada di luar kemampuan akal seorang manusia untuk memikirkannya…tidaklah ianya sekadar sebuah kalam-kalam insan….



MENYINGKAP PERKAITAN ANTARA FILEM 2012 DAN TARIKH TAYANGAN,13 NOVEMBER


Mungkin ramai yang berpendapat bahawa tarikh tayangan filem tersebut sekadar tarikh biasa dan tidak terlibat dengan apa-apa spekulasi mahupun konspirasi berbentuk teori…namun,ia sememangnya mempunyai kaitan dengan 2012 dari segi apa?? Herm….TEORI TOTAL DESTRUCTION BAGI DUNIA dan ASPEK KEMUSNAHAN


Adapun tarikh ini tiada beza seperti pegangan mereka terhadap tarikh 2012…


Friday the 13th berlaku apabila hari ke-13 bagi setiap bulan jatuh pada hari jumaat yang membawa kepada 2 kemungkinan samada akan berlaku perkara yang baik ataupun buruk..di dalam Gregorian Calendar, hari ini akan berlaku sekurang-kurangnya SEKALI dalm setahun dan paling banyak adalah sebanyak 3 KALI dalam setahun..mana-mana bulan yang bermula pada hari ahad..pada tahun 2009,tarikh ini akan berlaku pada Februari,Mac dan November ..


APA YANG DITAKUTKAN?


Segalanya bermula daripada sepatah perkataan Greek, paraskevidekatriaphobia…seungkai perkataan terbitan yang dicantumkan daripada Paraskeví (bermakna Friday), dan dekatreís (bermakna thirteen), dan disertakan kepada perkataan phobía (bermkna fear)…perkataan telah terhasil pada tahun 1911 dan pada pertama kalinya muncul pada saluran-saluran utama bagi sumber maklumat masyarakat umun pada 1953…


Satu teori telah mengatakan bahawa ianya adalah satu percantuman moden antara 2 superstition iaitu 13 adalah nombor yang membawa ‘sial’ dan Jumaat pula adalah hari yang sedemikian juga..

  • 13 merupakan satu angka yang bersifat janggal yang menjadi penyebab kepada kecacatan sesuatu yang genap dan sempurna bilangannya.wujud teori ini juga berasaskan kepada kejadian Last Supper dan Norse Myth yang di dalam sejarah kejadian tersebut,terdapat seramai 13 orang duduk pada satu meja secara bersama yang membawa kepada kematian salah seorang yang duduk bersama pada waktu makan tersebut
  • Jumaat telah dianggap sebagai satu hari yang membawa kecelakaan sejak kurun ke-14..banyak profession kerja yang menjauhkan diri daripada memilih hari ini untuk memulakan seseuatu kerja atau projek…Black Friday sering dikaitkan dengan pelbagai musibah dan bencana sejak 1800…dikatakan juga hari Jumaat membawa sial berpandukan kepada manuskrip kristian dan tradisi,yang mengatakan bahawa Jesus telah disalib pada hari ini.
  • Masyarakat barat masih boleh kita ketemui menomborkan rumah mereka dengan ‘12 ½’ bagi mengelakkan hidup dibawah ‘ancaman’ nombor 13..nombor-nombor loteri juga tidak akan sesekali menjual angka 13 kepada pelanggan mereka..hotel dan hospital dan pelbagai institusi yang sewaktu dengannya kebiasannya tidak ada bilik berangkakan nombor tersebut..seperti Hotel Cavendish yang siap dibina pada 1966,tidak ada TINGKAT 13…ketakutan telah menyelimuti diri mereka lebih-lebih lagi jika beradanya akan angka 13 dan hari Jumaat pada waktu yang sama…

Terdapat beberapa peristiwa telah dirancang dan dijadualkan untuk Friday 13th sebagai gambaran kepada kesan dramatic apa yang akan berlaku dan juga sebagai satu keraian..antaranya..


1. Pelancaran filem Resident Evil 5 telah diadakan di UK pada Friday March 13 2009


2. Majlis pembukaan bagi sukan Olimpik di Athens pada Friday, August 13, 2004.


3. Setiap Friday the 13th,beribu penunggang motosikal akan berarak ke sebuah bandar kecil di Canada,Port Dover Ontario


4. Filem 2012 telah dirancang untuk dilancarkan pada Friday November 13 2009.



GAMBARAN KIAMAT BARAT


Beberapa peristiwa bencana yang dirakamkan telah berlaku pada tarikh dan hari tersebut:

  • Hurrican Charley mengakibatkan tanah runtuh di selatan Florida pada Friday, August 13, 2004.
  • Friday the 13th Storm menyerang Buffalo,New York pada Friday, October 13, 2006.
  • Peristiwa nahas kapal terbang Andes pada Friday,October 13, 1972


APA KATA MEREKA?


1. Ramai para saintis yang menolak dakwaan ini kerana ia berada pada luar jangkaan seorang akal manusia untuk memikirkan waktu sebenar KIAMAT


2. Kebanyakan masyarakat mempercayai dakwaan masyarakat Tamadun Maya kerana mereka ini sememangnya maju dalam bidang penulisan,matematik dan astronomi…namun sebenarnya,dakwaan tarikh kepada penghujung hayat dunia,pada hakikatnya adalah tarikh berakhirnya putaran dan perkiraan bagi Great Cycle (Mayan Kalendar)..dan merupaka satu keraian besara-besaran bagi mereka….


3. Berkata Sandra Noble, Pengarah Ekskutif kepada Pertubuhan Kemajuan bagi Kajian Masoamerika,ketika diajukan berkenaan dakwaan kemusnahan pada 21 DISEMBER 2012,”ianya satu rekaan cerita yang begitu sempurna dan merupakan peluang untuk membuat ramai orang menghulurkan duit bagi rekaan ini”


4. Golongan generasi tua bagi masyarakat Maya seperti Apolinario Chile Pixtun dan arkeologis dari Mexico Guillermo Bernal ,mereka mengatakan bahawa teori ‘apocalypse’ adalah merupakan cetusan dariapda masyarakat barat dan tidak kaitan sama sekali dengan kepercayaan Mayan….sebahagian menganggap bahawa dakwaan tersebut disandarkan kepada Maya kerana mitos mereka itu sendiri teramat lemah dan memerlukan kepada satu sokongan yang mampu menyegarkan dan menguatkan dakwan mereka itu…arkeologis daripada Mayan,Jose Huchm mengatakan bahwa “andai anda bertanya kepada komuniti Mayan itu sendiri akan apa sebenarnya yang akan berlaku pada 2012,mereka pasti tidak atahu apa yang akan berlaku”


5. Para saintis juga sebenarnya berada dalam satu kesangsian yang besar dan tentang realiti kebenaran kata-kata masyarakat Maya….adakah mereka sebenarnya tahu apa yang mereka sedang perkatakan?


APA KATA SAYA


Seorang muslim wajib percaya akan kehadiran hari Kiamat…namun secara pastinya,ianya tidak mampu diketahui akan bilakah ianya akan hadir….gambaran Kiamat juga tidak mampu diketahui akan realitI sebenar..kesemuanya di bawah kekuasaan ALLAH…ilmu manusia yang ibarat setitik air di tengah lautan tidak mampu menyamai sedikit pun akan hakikat kekuasaannya…

Perkongsian yang diutarakan di atas bukanlah sabagai kepercayaan saya kepada mereka…hanya sebagai perkenalan kita terhadap apa yang mereka percaya dan apa yang mereka faham…ia tidaklah begitu lengkap..hanya sekadar ini kemampuan yang dikerah…maklumat dijari anda…


Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails