Followers

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

belajar no 1 tapi dakwah bukan no 2

19 March 2011





 teringat zaman persekolahan waktu muda-mudi dulu. jika di Kolej Islam,biah memberi tazkirah antara yang tidak boleh dipisahkan dengan warga kolej. baik di surau,di floor,di kelas hatta di dewan terbuka dan dewan besar. slot tazkirah pasti ada walaupun sekejap

para pelajar sentiasa dihidangkan dengan pelbagai santapan berunsurkan rohani disamping tidak mengenepikan segala yang memberi manfaat dalam kehidupan duniawi.




jika di Kolej Islam,usaha-usaha dakwah ini sentiasa dihidupkan dan didedahkan kepada para pelajar.dari golongan pelajar hinggalah kepada golongan pentadbir,dakwah terus berjalan tanpa mengenal gender dan jawatan.



dari sini,saya mula terdedah dengan suasana yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada semua untuk tidak sesekali memandang usaha dakwah sebagai kerja yang remeh dan ringan. saya dan sahabat-sahabat pelajar yang lain sentiasa diingatkan dengan kewajipan untuk berdakwah dan janji-janji Allah kepada mereka yang bekerja untukNya. ayat yang popular dalam kalangan kami waktu ketika itu

[47:7] Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.


dari sekolah lah fahaman untuk sentiasa berjuang dan berdakwah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat dan kenal siapa itu Allah terus disemai dalam diri setiap pelajar

samada kita sibuk dengan kelas-kelas tambahan,kerja rumah,tugasan program atau apa jua yang berciri duniawi,segalanya akan dipastikan untuk tidak tertinggal dari diadun dengan segala yang berunsur ukhrawi. sebab itu walau sibuk dengan study,dakwah jangan tinggal

para muzakkir juga selalu berulang kali dengan ayat "belajar no 1,tapi dakwah bukan no 2".

teori ini selalu dicanang dalam kalangan semua. namun,dari sudut praktikal adakah ianya juga berjaya?

ini lah yang menjadi dilema kepada setiap warga kolej. apatah lagi bagi batch yang akan menduduki peperiksaan awam. keadaan ketika itu seolah-olah hidup dan mati kita hanyalah untuk periksa. segala yang tidak berkaitan dengan peperiksaan diabaikan dan tidak diendah.

bukan niat saya untuk menyalahkan peperiksaan. saya pun tidak layak nak memberi sebarang komen tentangnya. result periksa saya pun bukanlah baik mana pun. tak mencapai 12A1 pun.

tapi,izinkanlah saya bercakap atas kapasiti diri sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab untuk memberi peringatan kepada sahabat-sahabat yang lain. kita adalah MUSLIM. para sahabat yang membaca juga,letakkanlah diri dalam kelompok insan bergelar muslim yang sentiasa berhajat kepada peringatan.

peringatan yang bukan hanya untuk diri para sahabat. tapi ianya lebih besar kepentingan untuk diri saya sendiri.

peringatan yang dengannya,moga-moga kita akan terus mendaulatkan Islam di serata tempat walau apa jua komitmen kita di dalam dunia ini.

samada bekerja,belajar ataupun berprogram jangan lupa tanggungjawab menyebarkan dakwah dan Islam itu tidak terabai.

di dunia ini,kita sering kali tersilap. syaitan berjaya menipu kita. kita terpengaruh dengan ajaran Yang Terlaknat itu. kita dikaburkan dengan kejayaan bersifat sementara. kejayaan yang lebih abadi itu sering kita abaikan dan lalai akannya

kita lupa untuk bertanya kepada diri akan kejayaan mana yang kita mahu.adakah sekadar di dunia? atau sekadar di akhirat?

pertimbangan akhirat inilah yang membuatkan ramai terlepas pandang dek kerana laluan untuk ke sana begitu sukar hingga ramai yang tewas dan terkandas di tengah jalan.

bermujahadah dan bekerja untuk Islam menjadi perkara yang sukar dalam anggapan sesetengah insan. tidak ramai yang mahukannya

kita lebih rela untuk rugi di akhirat dengan membiarkan diri agar terus hanyut ditelan kemewahan dan kekayaan dunia yang ternyata tidak akan kekal sama sekali berbanding bersusah di dunia yang hanya buat sementara waktu bagi meraih cintaNya,redhaNya di akhirat kelak.

biarlah jika ada yang katakan "ala,ilmu pun tak kemana,ini nak dakwah je","sikit-sikit cerita pasal khalifah.belajar pun tak lepas lagi". paling penting,kita tahu matlamat dan hala tuju hidup seorang muslim disamping tidak mengenepikan urusan pembelajaran di kelas-kelas,di kuliah bersama para guru yang sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak bangsanya

Ya Allah,Kau golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang sentiasa dambakan cintaMu dan juga cinta Rasul-Mu. jadikanlah kami hamba yang akan terus menjadikan nafas dan darah yang mengalir dalam tubuh ini hanya untuk agamaMu...

Click Here to Read More..
Share

Indahnya perilakumu..

17 February 2011


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi
beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang
lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

sumber

Click Here to Read More..
Share

adakah Muhammad masih hidup?

14 February 2011



"Muhammad telah terbunuh! Muhammad telah terbunuh!" jerit Ibnu Qaniah,seorang tentera musyrikin dalam hiruk pikuk peperangan. jeritan tersebut menggetarkan hati-hati para pejuang Islam yang berada di situ. mereka terpaku,terpana dan keliru dengan apa yang didengari. mereka diam terkelu.mana mungkin Rasulullah mati dengan begitu mudah.bukankah Allah sntiasa menjaga Baginda?

tentera muslimin mula dilanda keluh kesah. sebahagian mula berundur menyelamatkn diri. Muhammad telah mati,untuk apa kita terus berperang? tapi sebahagian yang lain tidak mudah tewas jatidiri dan prinsip. mereka berkata sesama mereka "sekiranya Muhammad telah terbunuh,maka berjuanglah demi agamamu!"

saat itu mereka terus berdepan dengan musuh tanpa mengenal penat dan takut.hanya redha Allah yang dilihat dalam memberkati kesyahidan mereka

segalanya bermula ketika tentera pemanah di bukit Uhud turun mengejar harta perang tinggalan tentera musuh. kesempatan yang ada diguna oleh Khalid al WAlid untuk menewaskn tentera Islam.

Baginda melihat keadaan itu. tentera Islam mula dipanggil bagi menyusun semula kekuatan. sifat kepahlawanan dan keberanian baginda terserlah. utusan Allah yang bukan sekadar seorang penyampai wahyu. malah juga seorang pahlawan dan pendekar dalam sorotan sejarah kepahlawanan dunia.

Baginda bertindak bangkit memanggil kesemua tenteranya sedangkn baginda tau pasti suaranya akan didengari oleh pihak musuh jika berbuat demikian. tapi,takut itu bukan sifat baginda.kecut itu jauh sekali. keberanian dan tawakal dipertaruh. baginda tekad melakukannya demi memastikkn tenteranya tidak tewas tanpa berusaha di medan tempur.

tentera musuh mula mencuri peluang.baginda diserang. wajah baginda dilukai,gigi depan dicacati.baginda pengsan setelah terjatuh ke dalam lubang yang digali. Abu Ubaidah datang menolong baginda. tatkala itu,berkata Rasulullah "bagaimana kaum yang melukai muka nabi mereka boleh berjaya?"

************************************

pasti sedih bercampur geram bagi para sahabat yang melihat penganiayaan keatas baginda itu. sedangkn kita yang tidak melihat Baginda secara fizikal pasti terasa sedih bagi setiap penghinaan yang dilemparkn oleh golongan jahiliyyah pada masa kini,bagaimana pula dengan para sahabat yang bergunung-gunung tingginya kecintaan mereka terhadap Baginda?

mereka itu hidup bersama Baginda. makan bersama Baginda. berperang,beribadat dan bersnda gurau kesemuanya dilakukan bersama Baginda. stiap saat akan mereka manfaatkn untuk bersama Baginda....

Ya Allah,kau kurniakanlah kami kecintaan yang berpanjangan keatas Kekasih-Mu


Click Here to Read More..
Share

romantis cinta

06 November 2010



ramai yang inginkan kehadiran cinta insani dalam hidup

sebuah anugerah istimewa yang tiada siapa mampu menangkis kebenarannya

kehadiran mereka bergelar 'teman hidup' antara nikmat hidup yang begitu berharga

merekalah pendorong,penasihat,teman berborak,pemberi semangat....

peranan mereka begitu banyak dalam membantu mencorakkan kehidupan kita

pemilihan mereka yang bergelar isteri ataupun suami bukanlah satu pilihan yang mudah

pandangan secara jangka masa panjang yang perlu kita pentingkan

teman kita itu bukan sekadar teman kita,tetapi merekalah bakal ibu dan ayah kepada anak-anak kita,atuk dan nenek kepada cucu-cucu kita dan tauladan kepada generasi-generasi kita.

merekalah guru kepada anak-anak,peneman ketika sakit,pengubat luka,penyeri keceriaan

bukan mudah nak bercinta dengan manusia..
cinta yang bukan atas dasar rupa,bukan atas dasar nafsu dan bukan sekadar suka-suka

cinta yang ingin kita kekalkan sepanjang hayat dan cinta yang ingin kita setia kepadanya tanpa berbelah bagi.paling utama,cinta yang ingin kita bawa hingga ke syurga

letakkan cinta kita kepada insan tersebut kerana Allah.disitu akan menjadikan kita ikhlas dalam perhubungan.

kejujuran,kesetiaan,ketulusan dan kesabaran serta ketabahan akan terjamin sepanjang kita dan dia menjadi teman

kadang rasa benda yang perlu kita ingat dan perbetul...ramai yang suka bercinta tanpa ada matlamat,sekadar suka-suka.hanya sekadar nak isi masa lapang.hanya ingin hilang kebosanan.apa jenis cinta ini?

ramai yang terlepas pandang nilai romantis sebenar dalam cinta ini.

keluar berdating,saling bertukar hadiah,bergayut kat telefon,berbalas-balas sms beratus-ratus,bercumbuan,berpelukan dan berpuluh-puluh jenis maksiat apa lagi yang ada? anda boleh jawab sendiri..

puas ke dengan cara demikian? mungkin anda puas didunia,tapi adakah anda akan dapat kepuasan hingga ke syurga?

kenapa saya bercerita tentang perkara cinta tiba-tiba ni? entahla..mungkin ilham..dan mungkin juga rasa jelek dengan cara cinta yang terpesong

maaf atas salah silap kepada yang membaca.pndapat peribadi yang boleh dipertikai kepada yang ingin berbuat demikian.pendapat yang bukan maksum.

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

Jangan Takut Kahwin Awal

01 November 2010


dinakal daripada website iluvislam.com..benar atau tidak cerita ini,kita ketepikan dahulu..yang penting,ambillah isi dan pengajaran yang cuba disampaikn..

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Click Here to Read More..
Share

permudahkan perkara yang sememangnya adalah mudah pada asalnya

25 August 2010


*artikel asal http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan




1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Click Here to Read More..
Share

Tribute to My New Niece

06 July 2010


gambar-gambar yang diambil oleh abah..walaupun tak banyak,sekurang-kurangnya dapat meredakan keinginan hati untuk melihat wajah manis mujahidah yang baru ini...
Farah Nuryasmeen namanya..


masih tido ketika parents saya datang ziarah


bangun dari tido ketika tahu kedua-dua atuknya telah sampai =)


wajah yang tenang...semoga terus tenang dalam berjuang nanti ye Farah....


seronok la mami dapat cucu baru..mak usu nya pun seronok...



Click Here to Read More..
Share

BERITA GEMBIRA! =)


bukan anak saya,tapi anak U.Hairul Nizam :)

hari ni,jam 12 tengahari saya selamat menimang anak sedara yang baru...perempuan...zuriat dari kakak saya yang kedua Dahlia Syahrani suaminya,Mohd Shahrizal..ini anak yang ke-7 mereka dan anak sedara yang ke-12 bagi saya.

alhamdulillah...rezeki murah...Allah kurniakan saya ahli keluarga yang ramai bahagia..bersyukur sangat..mengenai anak-anak sedara saya yang terawal.saya dah rakamkan catitan saya dalam post yang sebelum ni,warna warni kehidupan

tadi pun,baru telefon kak lia..die masih kat wad..baby pun tengah tido tadi..ni yang makin tak sabar nak balik ni...nak sambut kehadiran insan baru dalam keluarga..

family pun belum ada yang datang ziarah kak lia kat hospital seremban tu..maklumlah,hari bekerja...suami pun ada kat rumah..menjaga anak-anak yang ada

mami dengan abah baru nak pegi petang ni...tapi,nak kena pi UIA Nilai dulu..nak amek adik saya yang ada kat sana...

maafla..gambar tiada...nanti kalo abah saya dah amek gambar2 baby yang baru ni,nanti saya letak kat blog...

orang kata,seronok ada ahli keluarga ramai..samada adik beradik yang ramai,anak-anak sendiri,ataupun anak-anak sedara..tapi ada juga yang kurang berminat,sebab nanti susah nak menjaga dan juga beberapa faktor yang lain..bagi saya,terpulang..sapa yang suka dan bahagia berahli ramai,silakan..sapa yang kurang berminat juga silakan..
diri masing-masing..

bagi saya,memang bahagia berahli keluarga ramai...seronok (^_^)

Click Here to Read More..
Share

PANTUN KAHWIN =)

04 July 2010


Ramai kata,

Sebab aku ada nafsu tak terkawal,
Maka aku perlu membuat keputusaan seadanya,
Untuk diriku kahwin awal

Ramai juga berkata,
Kahwin awal untuk mengelak zina dan maksiat,
Untuk menyalurkan nafsu di jiwa yang membara,
Untuk mendapat rahmat dan berkat

Tapi ramai yang berkata tidak sedari,
Dalam berkata-kata mungkin wujud hipokrasi,
Menjadikan nafsu tak dapat ditahan sebagai alasan duniawi,
Mendapat kebenaran berkahwin awal yang selama ini diimpi

Ramai kahwin awal (katanya) untuk mengelakkan maksiat,
Itulah alasan yang selalu menjadi sebab dan mengapa,
Walhal kalau kita tengok definisi maksiat dari segi syariat,
Bukan setakat zina dan perkara berkaitan sahaja

Adakah maksiat itu zina semata?
Bagaimana pula dengan nafkah keluarga?
Jika kahwin awal dapat mengelakkan maksiat zina durjana,
Dapatkah ia mengelakkan maksiat tak mampu bagi nafkah harta?

Apa gunanya berkahwin awal,
Jika nak elak zina saja alasan yang diguna,
Akibatknya berakhir dengan cerai berai dan hubungan tidak kekal,
Kerana ilmu berkeluarga menjadi ayah ibu pun belum sempurna!

Saya tidaklah menentang orang kahwin awal,
Jika persiapan semua dan agama serta harta sudah sempurna,
Tetapi saya menentang jika kahwen awal dengan menggunakan satu alasan mengelakkan zina,
Dan bukan kerana lemahnya iman KITA!

Hukum kahwin dalam islam tetap ada lima,
Wajib, haram, harus, sunat dan makhruh semuanya ada,
Setiap satu berubah mengikut keadaan kita,
So instead of terus cakap nak elak zina, dah kita buat penilaian ke?

Semuanya ada asas dan permulaan,
Begitu juga dengan hukum perkahwinan yang ingin dijalankan,
Jika seseorang tidak mempunyai sebarang desakan,
Untuk menyebabkan dia berkahwin dan tidak lagi berseorangan,
Maka kita kembali kepada asas perbicaraan,
Individu ini hukumnya harus untuk melangsungkan perkahwinan

Jika ilmu keluarga sudah sempurna,
Ditambah lagi kecukupan dari segi harta benda,
Dan keinginan untuk berkeluarga sudah ada,
Tetapi punya kemampuan untuk mengekang nafsu durjana,
Bolehlah berkahwin dengan lapang di dada,
Sebab hukum ketika itu sunat adanya

Jika ilmu keluarga dan agama sudah sempurna,
Juga harta yang cukup untuk memberi nafkah,
Tetapi tidak mampu mengekang nafsu membara,
Maka hukum harus dah jadi wajib, ia sudah berubah!

Jika ilmu keluarga dan agama belum sempurna,
Apatah lagi harta yang ntah ke mana,
Tetapi nafsu membara menguasai jiwa,
Maka mahkruhlah perkahwinan itu, itulah hukumnya

apatah lagi jika kahwin bukan kerana iman,
Hanya kerana ingin mendapatkan kesempatan,
Ingin mendurjana dan menyakiti pasangan,
Maka HARAMLAh ketika ini hukum perkahwinan!


Jadi, setelah dinilai semuanya,
Maka kita berada di kategori yang mana?

Janganlah sesedap hati dan rasa,
menjadikan nak elak 'zina' semata-mata,
Kerana Perkahwinan ini benda mulia,
Apa, ingat kahwin ni hanya bicara pasal seks sahaja ke?

Maaf jika terkasar bahasa,
Saja-saja je


Click Here to Read More..
Share

ADA TEMPAT MENGADU TAK??

01 July 2010




hati ini sentiasa inginkan perhatian...akan datang pula satu masa yang diri memerlukan satu tempat untuk mengadu,meluahkan perasaan dan ingin berkongsi masalah dengan orang lain...tapi,kadangkala kita lebih selesa untuk menyendiri dan memikirkan masalah yang ada dari memilih jalan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain

tidaklah saya menafikan fitrah insaniah yang inginkan teman,dalam persoalan menghadapi sesuatu masalah,ia adalah persoalan yang berbeza...kita lebih selesa untuk duduk sebentar di bilik dan berfikir sejenak tentang apa yang kita hadapi..

ada masalah yang boleh kita kongsikan,ada pula masalah yang kita lebih rela untuk diamkan...rakan-rakan ada di sekeliling,tapi bukan sesuai pada waktu itu untuk dikongsikan masalah ini dengan mereka

ketika kita menceritakan apa yang terbuku dihati kepada sahabat kita,ada yang mendengar dengan cukup baik,ada yang memberi respon dan resolusi..ada yang sekadar mendengar dan menjawab,"entahla,aku pun tak tau nak cakap apa",ada juga yang memandang sinis luahan hati kita ini,"ala,benda kecik aje,relek r",yang lagi mendukacitakan apabila ada juga yang bersikap acuh tak acuh ketika kita berkongsi masalah ini dan menunjukkan reaksi tidak berminat.

sebab itu,sikap sedemikian,menjadikan kita kadangkala berfikir 2,3 kali untuk diluahkan gumpalan masalah didalam hati dan akal kita..

kita akan mula mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatian kita dari memikirkan masalah ini...tapi,seusai kita berlepas dari segala aktiviti,masalah ini akan datang kembali..kita akan mula mengambil masa dan tempat untuk merenung penyelesaian yang terbaik untuk segala yang berlaku

namun,apa yang berlaku dalam hidup ini,bukanlah sesuai untuk kita katakan ianya sebagai masalah...saya lebih suka untuk mengatakan ianya adalah cabaran untuk memajukan dan mengkonstruksi diri kita menjadi satu susuk peribadi yang mampu keluar dari kepompong personaliti yang lama..tidakkah Allah menurunkan sesuatu yang menimpa hambanya untuk kebaikan hamba itu sendiri?? Allah tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ianya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat

jika kita mempelajari ilmu tasawuf,kita akan dapati bahawa para ulama mendidik kita cara bagaimana untuk mengaplikasikan tauhid dan i'tikad yang jazim (tetap dan teguh) ini dengan kehidupan...jika kita mengatakan kita telah beriman dan Allah maha Pemurah dan Penyayang,maka kita mendapat satu kesimpulan bahawa segala yang dijadikan untuk hambaNya,pasti mempunyai manfaat...disinilah datangnya ilmu tasawuf,sebagai ejen yang bertindak mendidik hati ini agar terus terikat dengan i'tikad kita ini.

oleh sebab itu,ulama-ulama sufi kita akan mengatakan bahawa semua ujian dan bala yang menimpa setiap hambanya tidak akan terlepas dari bermatlamatkan untuk mengangkat darjat hambanya andai dia berjaya lepasi ujian tersebut atau untuk mengkafarah dosa-dosa hamba yang lalu dan bagi mereka-mereka yang ingkar terhadap suruhanNya,ujian tidak berlaku melainkan sebagai pembalasan dan peringatan keatas mereka

akan tetapi,frasa ayat yang saya katakan pada awalnya bahawa manusia itu kadang-kadang lebih suka bersendirian,adalah tidak tepat sebenarnya..kerana kita mempunyai Tuhan yang sentiasa bersama hamba-hambaNya...maksud bersendirian yang saya maksudkan,adalah menguzlahkan diri dari kelompok masyarakat yang ada dan menjadi Allah sebagai sebaik-baik tempat mengadu;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(al Fatihah,6)

fitrah beragama dalam diri kita menjadikan kita sentiasa berhadapan dan bertawajuh serta bertawakal dan mengadu apa yang berlaku dalam hidup ini kepada Allah tatkala insan lain dengan urusan mereka..kerana kita tahu,Dia yang menurunkan,dan Dialah yang mempunyai perleraian kepada segala ikatan...Dia ingin kita kembali dekat kepadaNya..mungkin kita sudah terlalu jauh dan leka dari berzikir dan bertasbih namaNya,maka didatangkan ujian,yang menjadi tali bagi mengikat hati kita dari terus menyimpang dari rahmatNya..

Allah itu sangat sayang kepada kita...janganlah kerana emosi yang kita tidak mampu kawal,menyebabkan kita menyalahkan segala ketentuan dan takdir yang berlaku...yang penting,kita harus ingat..andai kita susah di dunia dalam keadaan kita mentaati Allah,pasti Allah akan membalas ganjaran kekayaan yang tidak tejangka oleh akal kita akannya..

jika ingin berkongsi luahan hati kita,carilah mereka yang kita yakin mampu meringankan beban kita atau boleh memberi respon dan resolusi...carilah sahabat,ibu bapa,guru-guru kita dan isteri dan sesiapa jua yang kita selesa untuk bercerita..

paling utama,jangan sesekali kita mengabaikan Allah sebagai sebaik-baik tempat mengadu

wallahualam...

Click Here to Read More..
Share

KENAPA TAKUT?

25 June 2010



Kita hidup di zaman yang mengajarkan pergaulan bebas, menonjolkan aurat, dan mempertontonkan perzinaan. Bila mereka berani kepada Allah dengan melakukan tindakan yang bukan hanya merosakkan diri, melainkan juga menghancurkan institusi rumah tangga, mengapa kita takut untuk mentaati Allah dengan membangun rumah tangga yang kukuh? Bila kita beralasan ada risiko yang harus dipikul setelah menikah, bukankah perzinaan juga punya segudang risiko? Bahkan risikonya lebih besar. Bukankankah membujang ada juga risikonya?

Hidup, bagaimanapun adalah sebuah risiko. Mati pun risiko. Yang tidak ada risikonya adalah bahawa kita tidak dilahirkan ke dunia. Tetapi kalau kita berfikir bagaimana lari dari risiko, itu penyelesaian yang mustahil. Allah tidak pernah mengajarkan kita agar mencari penyelesaian yang mustahil. Bila ternyata segala sesuatu ada risikonya, maksiat mahupun taat, mengapa kita tidak segera melangkah kepada sikap yang risikonya lebih baik? Sudah tentu bahawa risiko pernikahan lebih baik daripada risiko pergaulan bebas (baca: zina). Kerananya Allah mengajarkan pernikahan dan menolak perzinaan.

Saya sering berbual dengan kawaan-kawan yang masih membujang, padahal ia mampu untuk menikah. Setelah saya mengetahui alasannya, ternyata semua alasan itu tidak berpijak pada alasan yang kuat: ada yang beralasan untuk mengumpulkan duit terlebih dahulu, ada yang beralasan untuk mencari ilmu dulu, dan sebagainya. Berikut ini kita akan mengulas mengenai mengapa kita harus segera menikah? Sekaligus di celah pembahasan saya akan menjawab atas beberapa alasan yang pernah mereka kemukakan untuk membenarkan sikap.

Menikah itu Fitrah

Allah Taala menegakkan sunnah-Nya di alam ini atas dasar berpasang-pasangan. Wa min kulli syai’in khalaqnaa zaujain, dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan (Adz-Dzariyaat: 49). Ada siang ada malam, ada lelaki ada perempuan. Masing-masing memainkan peranannya sesuai dengan tujuan utama yang telah Allah rencanakan. Tidak ada dari sunnah tersebut yang Allah ubah, bilapun dan di manapun berada. Walan tajida lisunnatillah tabdilla, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapati perubahan pada sunnah Allah (Al-Ahzab: 62). Walan tajida lisunnatillah tahwiila, dan kamu tidak akan mendapati perubahan bagi ketetapan kami itu. (Al-Isra: 77)

Dengan melanggar sunnah itu bererti kita telah meletakkan diri pada posisi bahaya. Kerana tidak mungkin Allah meletakkan sebuah sunnah tanpa ada kesatuan dan keterkaitan dengan sistem lainnya yang bekerja secara sempurna secara universal.

Manusia dengan kecanggihan ilmu dan peradabannya yang dicapai, tidak akan pernah mampu menggantikan sunnah ini dengan cara lain yang dikarang otaknya sendiri. Mengapa? Sebab, Allah swt. telah membekalkan masing-masing dengan fitrah yang sejalan dengan sunnah tersebut. Melanggar sunnah ertinya menentang fitrahnya sendiri.

Bila sikap menentang fitrah ini terus-menerus dilakukan, maka yang akan menanggung risikonya adalah manusia itu sendiri. Secara mata kasar, di antara yang paling tampak dari rahsia sunnah berpasang-pasangan ini adalah untuk menjaga keberlangsungan hidup manusia dari semasa ke semasa sampai titik waktu yang telah Allah tentukan. Bila institusi pernikahan dihilangkan, boleh dipastikan bahawa manusia telah musnah sejak ratusan abad yang silam.

Mungkin ada yang bertanya, tapi kalau hanya untuk mempertahankan keturunan tidak mesti dengan cara menikah. Dengan pergaulan bebas pun boleh. Anda boleh berkata demikian. Tetapi ada sisi lain dari fitrah yang juga Allah berikan kepada masing-masing manusia, iaitu: cinta dan kasih sayang, mawaddah wa rahmah. Kedua-dua sisi fitrah ini tidak akan pernah mungkin tercapai dengan hanya semata-mata pergaulan bebas. Melainkan harus diikat dengan tali yang Allah ajarkan, iaitu pernikahan. Kerana itulah Allah memerintahkan agar kita menikah. Sebab itulah yang paling tepat menurut Allah dalam memenuhi tuntutan fitrah tersebut. Tentu tidak ada bimbingan yang lebih sempurna dan membahagiakan lebih dari daripada bimbingan Allah.

Allah berfirman fankihuu, dengan kata perintah. Ini menunjukan pentingnya hakikat pernikahan bagi manusia. Jika membahayakan, tidak mungkin Allah perintahkan. Malah yang Allah larang adalah perzinaan. Walaa taqrabuzzina, dan janganlah kamu mendekati zina (Al-Israa: 32). Ini menegaskan bahawa setiap yang mendekatkan kepada perzinaan adalah haram, apalagi melakukannya. Mengapa? Sebab Allah menginginkan agar manusia hidup bahagia, aman, dan sentosa sesuai dengan fitrahnya.

Mendekati zina dengan cara apapun, adalah proses penentangan terhadap fitrah. Dan sudah terbukti bahawa pergaulan bebas telah melahirkan banyak bencana. Tidak saja pada hancurnya harga diri sebagai manusia, melainkan juga hancurnya kemanusiaan itu sendiri. Berapa ramai ibu-ibu yang membuang janinnya ke semak, ke tong sampah, bahkan dengan sengaja membunuhnya, hanya kerana merasa malu menggendong anaknya dari hasil zina.

Perhatikan bagaimanan akibat yang harus diterima ketika institusi pernikahan sebagai fitrah diabaikan. Boleh dibayangkan apa akibat yang akan terjadi jika semua manusia melakukan cara yang sama. Ustaz Fuad Shaleh dalam bukunya liman yuridduz zawaj mengatakan, “Orang yang hidup membujang biasanya selalu tidak normal: baik cara berfikir, impian, dan sikapnya. Ia mudah terpedaya oleh syaitan, lebih dari mereka yang telah menikah.”

Menikah Itu Ibadah

Dalam surah Ar-Rum: 21, Allah menyebutkan pentingnya mempertahankan hakikat pernikahan dengan sederet bukti-bukti kekuasaan-Nya di alam semesta. Ini menunjukkan bahawa dengan menikah kita telah menegakkan satu sisi dari bukti kekusaan Allah swt. Dalam sebuah kesempatan Rasulullah saw. lebih menguatkan makna pernikahan sebagai ibadah, “Bila seorang menikah berarti ia telah melengkapi separuh dari agamanya, maka hendaknya ia bertakwa kepada Allah pada separuh lagi yang tersisa.” (HR. Baihaqi, hadits Hasan)

Belum lagi dari sisi ibadah sosial. Dimana sebelum menikah kita lebih sibuk dengan dirinya, tapi setelah menikah kita boleh saling melengkapi, mendidik isteri dan anak. Semua itu merupakan lapangan pahala yang tak terhingga. Bahkan dengan menikah, seseorang akan lebih terjaga moralnya dari hal-hal yang mendekati perzinaan. Alquran menyebut orang yang telah menikah dengan istilah muhshan atau muhshanah (orang yang terbentengi). Istilah ini sangat kuat dan menggambarkan bahawa keperibadian orang yang telah menikah lebih terjaga dari dosa daripada mereka yang belum menikah.

Bila ternyata pernikahan menunjukkan bukti kekuasan Allah, membantu tercapainya sifat takwa. dan menjaga diri dari tindakan tidak bermoral, maka tidak boleh disangkal lagi bahawa pernikahan merupakan salah satu ibadah yang tidak kalah pahalanya dengan ibadah-ibadah lainnya. Jika ternyata Anda setiap hari boleh menegakkan ibadah solat, dengan tenang tanpa merasa terbebani, mengapa Anda merasa berat dan selalu menunda untuk menegakkan ibadah pernikahan, yang ini ibadah dan itupun juga ibadah.

Pernikahan dan Penghasilan

Seringkali saya mendapatkan seorang jejaka yang sudah tiba waktu menikah, jika ditanya mengapa tidak menikah, ia menjawab belum mempunyai penghasilan yang cukup. Padahal waktu itu ia sudah bekerja. Bahkan ia mampu membeli motor dan HP. Tidak sedikit dari mereka yang mempunyai kenderaan. Setiap hari ia harus mengeluarkan biaya yang cukup besar dari penggunakan HP dan kenderaan tersebut. Bila setiap orang berfikir demikian apa yang akan terjadi pada kehidupan manusia?

Saya belum pernah menemukan sebuah riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah saw. melarang seorang sahabatnya yang ingin menikah kerana tidak punya penghasilan. Bahkan dalam beberapa riwayat yang pernah saya baca, Rasulullah saw. bila didatangi seorang sahabatnya yang ingin menikah, ia tidak menanyakan berapa penghasilan yang diperoleh perbulan, melainkan apa yang ia punya untuk dijadikan mahar. Mungkin ia mempunyai cincin besi? Jika tidak, mungkin ada pakaiannya yang lebih? Jika tidak, malah ada yang hanya diajarkan agar membayar maharnya dengan menghafal sebagian surat Alquran.

Apa yang tergambar dari kenyatan tersebut adalah bahawa Rasulullah saw. tidak ingin menjadikan pernikahan sebagai masalah, melainkan sebagai pemecah persoalan. Bahawa pernikahan bukan sebuah beban, melainkan tuntutan fitrah yang harus dipenuhi. Seperti keperluan Anda terhadap makan, manusia juga perlu untuk menikah. Memang ada sebagian ulama yang tidak menikah sampai akhir hayatnya seperti yang terkumpul dalam buku Al-ulamaul uzzab alladziina aatsarul ilma ‘alaz zawaj. Tetapi, itu bukan untuk diikuti semua orang. Itu adalah pengecualian. Sebab, Rasulullah saw. pernah melarang seorang sahabatanya yang ingin hanya beribadah tanpa menikah, lalu menegaskan bahawa ia juga beribadah tetapi ia juga menikah. Di sini jelas sekali bagaimana Rasulullah saw. selalu membimbing kita agar berjalan dengan fitrah yang telah Allah bekalkan tanpa merasakan beban sedikit pun.

Memang masalah penghasilan hampir selalu menghantui setiap para jejaka muda mahupun tua dalam memasuki wilayah pernikahan. Sebab yang terbayang bagi mereka ketika menikah adalah keharusan membeli rumah, memiliki kenderaan, mendidik anak, dan seterusnya di mana itu semua menuntut biaya yang tidak sedikit. Tetapi kenyataannya telah terbukti dalam sejarah hidup manusia sejak ratusan tahun yang lalu bahawa banyak dari mereka yang menikah sambil mencari nafkah. Ertinya, tidak dengan memantapkan diri secara ekonomi terlebih dahulu. Dan ternyata mereka boleh hidup dan beranak-pinak. Dengan demikian kemantapan ekonomi bukan persyaratan utama bagi sesorang untuk memasuki dunia pernikahan.

Mengapa? Sebab, ada pintu-pintu rezeki yang Allah sediakan setelah pernikahan. Ertinya, untuk meraih rezeki tersebut pintu masuknya menikah dulu. Jika tidak, rezeki itu tidak akan cair. Inilah pengertian ayat iyyakunu fuqara yughnihimullahu min fadhlihi wallahu waasi’un aliim, jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas lagi Maha mengetahui (An-Nur: 32). Ini adalah jaminan langsung dari Allah, agar masalah penghasilan tidak dikaitkan dengan pernikahan. Ertinya, masalah rezeki satu hal dan pernikahan hal yang lain lagi.

Abu Bakar Ash-Shidiq ketika menafsirkan ayat itu berkata, “Taatilah Allah dengan menikah. Allah akan memenuhi janjinya dengan memberimu kekayaan yang cukup.” Al-Qurthubi berkata, “Ini adalah janji Allah untuk memberikan kekayaan bagi mereka yang menikah untuk mencapai redha Allah, dan menjaga diri dari kemaksiatan.” (lihat Tafsirul Quthubi, Al Jami’ liahkamil Qur’an juz 12 hal. 160, Darul Kutubil Ilmiah, Beirut).

Rasulullah saw. pernah mendorong seorang sahabatnya dengan berkata, “Menikahlah dengan penuh keyakinan kepada Allah dan harapan akan redhaNya, Allah pasti akan membantu dan memberkahi.” (HR. Thabarni). Dalam hadits lain disebutkan: Tiga hal yang pasti Allah bantu, di antaranya: “Orang menikah untuk menjaga diri dari kemaksiatan.” (HR. Tirmidzi dan Nasa’i)

Imam Thawus pernah berkata kepada Ibrahim bin Maysarah, “Menikahlah segera, atau saya akan mengulang perkataan Umar Bin Khattab kepada Abu Zawaid: Tidak ada yang menghalangimu dari pernikahaan kecuali kelemahanmu atau perbuatan maksiat.” (lihat Siyar A’lamun Nubala’ oleh Imam Adz Dzahaby). Ini semua secara makna menguatkan pengertian ayat di atas. Di mana Allah tidak akan pernah membiarkan hamba-Nya yang bertakwa kepada Allah dengan membangun pernikahan.

Persoalannya sekarang, mengapa banyak orang berkeluarga yang hidup melarat? Kenyataan ini mungkin membuat banyak jejaka berfikir dua kali untuk menikah. Dalam masalah nasib kita tidak boleh mengjangkakan apa yang terjadi pada sebagian orang. Sebab, masing-masing ada garis nasibnya. Kalau itu persoalannya, kita juga boleh bertanya: mengapa Anda bertanya demikian? Bagaimana kalau Anda melihat fakta yang lain lagi bahawa banyak orang yang tadinya melarat dan ternyata setelah menikah hidupnya lebih makmur? Dari sini bahawa pernikahan bukan hambatan, dan kemantapan penghasilan bukan sebuah persyaratan utama.

Yang paling penting adalah kesiapan mental dan kesungguhan untuk memikul tanggung jawab tersebut secara maksimal. Saya yakin bahawa setiap perbuatan ada tanggung jawabnya. Berzina pun bukan bererti setelah itu selesai dan bebas tanggungjawab. Melainkan setelah itu ia harus memikul beban berat akibat kemaksiatan dan perzinaan. Kalau tidak harus mengasuh anak zina, ia harus menanggung dosa zina. Keduanya tanggung jawab yang kalau ditimbang-timbang, tidak kalah beratnya dengan tanggung jawab pernikahan.

Bahkan tanggung jawab menikah jauh lebih ringan, kerana masing-masing dari suami isteri saling melengkapi dan saling menampung. Ditambah lagi bahawa masing-masing ada rezekinya yang Allah sediakan. Tidak jarang seorang suami yang boleh keluar dari kesulitan ekonomi kerana rezeki seorang isteri. Bahkan ada sebuah rumah tangga yang rezekinya ditampung oleh anaknya. Perhatikan bagaimana keberkahan pernikahan yang tidak hanya saling menampung dalam mentaati Allah, melainkan juga dalam sisi ekonomi.

Pernikahan dan Menuntut Ilmu

Seorang kawan pernah mengatakan, ia ingin mencari ilmu terlebih dahulu, baru setelah itu menikah. Anehnya, ia tidak habis-habis mencari ilmu. Hampir semua universiti ia melangkah. Usianya sudah begitu lanjut. Bila ditanya bila menikah, ia menjawab: saya belum selesai mencari ilmu.

Ada sebuah pepatah diucapkan para ulama dalam hal mencari ilmu: lau anffaqta kullaha lan tashila illa ilaa ba’dhiha, seandainya kau infakkan semua usiamu –untuk mencari ilmu–, kau tidak akan mendapatkannya kecuali hanya sebagiannya. Dunia ilmu sangat luas. Seumur hidup kita tidak akan pernah mampu menelusuri semua ilmu. Sementara menikah adalah tuntutan fitrah. kerananya, tidak ada aturan dalam Islam agar kita mencari ilmu dulu baru setelah itu menikah.

Banyak para ulama yang menikah juga mencari ilmu. Benar, hubungan mencari ilmu di sini sangat berkait erat dengan penghasilan. Tetapi banyak sarjana yang telah menyelesaikan program studinya bahkan ada yang sudah doktor atau profesor, tetapi masih juga pengangguran dan belum mendapatkan pekerjaan. Ertinya, menyelesaikan tempoh studi juga bukan jaminan untuk mendapatkan penghasilan. Sementara pernikahan selalu mendesak tanpa semuanya itu. Di dalam Alquran mahupun Sunnah, tidak ada tuntunan keharusan menunda pernikahan demi mencari ilmu atau mencari harta. Bahkan, banyak ayat dan hadits berupa panggilan untuk segera menikah, terlepas apakah kita sedang mencari ilmu atau belum mempunyai penghasilan.

Berbagai pengalaman membuktikan bahawa menikah tidak menghalangi seorang dalam mencari ilmu. Banyak sarjana yang berhasil dalam mencari ilmu sambil menikah. Begitu juga banyak yang gagal. Ertinya, semua itu tergantung kemahuan orangnya. Bila ia menikah dan tetap berkemahuan tinggi untuk mencari ilmu, ia akan berhasil. Sebaliknya, jika setelah menikah kemahuannya mencari ilmu melemah, ia gagal. Pada intinya, pernikahan adalah sebahagian dari kehidupan yang harus juga mendapatkan faedahnya. Perjuangan seseorang akan lebih bermakna ketika ia berjuang juga menegakkan rumah tangga yang Islami.

Rasulullah saw. telah memberikan contoh yang sangat mengagumkan dalam masalah pernikahan. Beliau menikah dengan sembilan isteri. Padahal beliau secara ekonmi bukan seorang raja atau kenamaan. Tetapi semua itu Rasulullah jalani dengan tenang dan tidak membuat tugas-tugas kerasulannya terbengkalai. Suatu indikasi bahawa pernikahan bukan hal yang harus dipermasalahkan, melainkan harus dipenuhi. Ertinya, seorang yang cerdas sebenarnya tidak perlu didorong untuk menikah, sebab Allah telah menciptakan gelora fitrah yang luar biasa dalam dirinya. Dan itu tidak boleh disangkalkan. Masing-masing orang lebih tahu dari orang lain mengenai gelora ini. Dan ia sendiri yang menanggung perih dan kegelisahan gelora ini jika ia terus ditahan-tahan.

Untuk memenuhi tuntutan gelora itu, tidak mesti harus selesai study dulu. Itu boleh ia lakukan sambil berjalan. Kalaupun Anda ingin mengambil langkah seperti para ulama yang tidak menikah (uzzab) demi ilmu, silahkan saja. Tetapi apakah kualitas ilmu Anda benar-benar seperti para ulama itu? Jika tidak, Anda telah rugi dua kali: ilmu tidak maksimal, menikah juga tidak. Bila para ulama uzzab kerana amat sibuknya dengan ilmu sampai tidak sempat menikah, apakah Anda telah mencapai kesibukan para ulama itu sehingga Anda tidak ada waktu untuk menikah? Dari sini jika benar-benar ingin ikut jejak ulama uzzab, yang diikuti jangan hanya tidak menikahnya, melainkan tingkat pencapaian ilmunya juga. Agar seimbang.

Kesimpulan

Sebenarnya pernikahan bukan masalah. Menikah adalah kehidupan yang harus dilalui dalam keadaan apapun dan bagaimanapun. Ia adalah sunnatullah yang tidak mungkin diganti dengan cara apapun. Bila Rasulullah menganjurkan agar berpuasa, itu hanyalah solusi sementara, ketika keadaan memang benar-benar tidak memungkinkan. Tetapi dalam keadaan normal, sebenarnya tidak ada alasan yang boleh dijadikan penghalang untuk menunda pernikahan.

Agar pernikahan menjadi solusi alternatif, mari kita pindah dari pengertian “pernikahan sebagai beban” ke “pernikahan sebagai ibadah”. Seperti kita merasa senang menegakkan solat saat tiba waktunya dan menjalankan puasa saat tiba Ramadhan, kita juga seharusnya merasa senang memasuki dunia pernikahan saat tiba waktunya dengan tanpa beban. Apapun keadaan ekonomi kita, bila keharusan menikah telah tiba “jalani saja dengan jiwa tawakkal kepada Allah”. Sudah terbukti, orang-orang boleh menikah sambil mencari nafkah. Allah tidak akan pernah membiarkan hambaNya yang berjuang di jalanNya untuk membangun rumah tangga sejati.

Perhatikan mereka yang suka berbuat maksiat atau berzina. Mereka begitu berani mengerjakan itu semua padahal perbuatan itu tidak hanya dibenci banyak manusia, melainkan lebih dari itu dibenci Allah. Bahkan Allah mengancam mereka dengan siksaan yang pedih. Melihat kenyataan ini, seharusnya kita lebih berani berlumba menegakkan pernikahan, untuk mengimbangi mereka. Terlebih Allah menjanjikan kekayaan suatu jaminan yang luar biasa bagi mereka yang bertakwa kepada-Nya dengan membangun pernikahan. Wallahu a’lam bishshawab.

sumber:http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=1022:menikah-kenapa-takut&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84

Click Here to Read More..
Share

LEPAS NI SAYA PULA...SUDAH BERSEDIA??

05 June 2010

hari ni merupakan hari pertunangan akak yang ke 5..Nur Zatulitri bte Md Yusof...meriah betul..kata nak buat simple-simple je...tapi dh mcm nak menikah je...alhamdulillah,setelah sekian lama nak melihat akak saya ni menjadi teman hidup seseorang...berjaya juga...insyaallah,raya ke 9 ni mereka akan diijabkabulkan..

sesi menyarung cincin





bakal abang ipar


ameen ni pantang jumpa kamera..



nenek,bakal besan mami,mami,kakak saya


abah bersalaman dengan tetamu sebelum bersurai


abah

ini akak yang ke 5...saya anak ke 8..ada 2 org lagi atas saya...kiranya,giliran saya dh tak lama la kn...erm...banyak yang nak kena bersedia...bila saya ckp mcm ni,gaya mcm dh menggatal nak kawen ke??

saya rasa tidak...bagi saya,ini antara matlamat dan perancangan hidup seseorang...berfikir akan sesuatu perkara di awal waktu tidak bermakna ingin melaksanakannya secara segera..tapi,ianya sebagai langkah untuk diri bersedia dari segi Ilmu,mental dan fizikal bagi kebahagiaan yang ingin dibina dalam usaha mencapai apa yang sepatutnya seorang muslim itu laksanakan

sebagai muslim,hidup kita sentiasa bermatlamat....ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam...matlamat mereka hanyalah dunia tapi berlainan dengan kita yang bermatlamatkan lebih dari sekadar dunia

setiap perkara hatta sebuah perkahwinan,jangan sesekali dianggap remeh dan memandangnya sebagai sebuah adat

dengan sbuah perkahwinan...seorang umat Islam akan bertambah..dengan sbuah perkahwinan,seorang pejuang itu dilahirkan..dengan sbuah perkahwinan juga masyarakat terhindar dari pelbagai gejala sosial yang kian meruncing dalam masyarakat

persoalan kahwin pada usia muda,tidak perlu kita perbincangkan dengan mendalam

siapa yang mampu untuk berkahwin,silakan...Islam sendiri tidak meletakkan had umur dalam berkahwin..yang pnting,setiap aspek yang melayakkan untuk kita berkahwin sudah kita penuhi,silakanlah.....

namun,ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk diputuskan...memerlukan kepada istikharah dan panduan Ilahi dalam memutuskan keputusan ini

banyak perkara dan manfaat yang kita perolehi dengan berkahwin...segala manfaat,hikmah dan faedah yang seorang muslim itu akan perolehi melalui sebuah perkahwinan,tidak terhad kepada umur-umur tertentu..

kahwinla pada apa jua usia,muda atau tua..manfaat dan hikmah yang akan kita dapat tetap sama..

nak membicarakan tentang soal hikmah berkahwin???

mungkin panjang dan tidak perlu saya utarakan disini...bertanyalah kepada mana-mana pasangan yang telah berkahwin sama ada pada usia muda atau tua...

pasti menarik hikmah yang anda akan ketahui

kepada akak saya ni,naqib doakan semoga jodoh berkekalan dan selamat diakad nikahkan...smoga Allah mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah

Click Here to Read More..
Share

ADA RAHMAT DALAM UJIAN

01 June 2010

kisah yang makruf dalam kalangan kita akan fitnah terhadap Ummul Mukminin Saidatuna Aisyah..

Kisah yang amat tragis. Padanya ada kesabaran, disebaliknya terselit pengajaran sepanjang zaman buat dai'e dan srikandi. Ada ibrah buat suami isteri. Ada sakti buat abi ummi, bagai tali pengikat ukhuwwah dalam majmuk Islami.

Aisyah ra difitnah oleh Abdullah bin Ubai Ibnu Salul (ketua munafikin Madinah), sekembalinya dari Perang Bani Mustoliq. Dituduh 'khalwat' dengan Sofwan bin Muatthol (nauzubiLLAH).


perasaan gundah gulana menyelimuti umat Islam ketika itu...namun,adanya ibrah dan tauladan yang patut menjadi prinsip kita dalam kehidupan ini

Tidak ingin saya nukilkan kisah panjang itu, cukulah sekadar saya titipkan pengajaran




Buat Suami


Harus punyai ketenangan bila berdepan situasi sukar. Orang yang hebat, akan diberi ujian yang hebat. Mereka yang dengki akan cuba merobek kebahagian orang lain. Lihatlah betapa dukanya Nabi SAW pabila Aisyah ra difitnah :

" Siapakah yang akan meredakan daku terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap isteriku?"

Seharusnya suami tidak patut terburu-buru dalam tindakannya. pintalah nasihat sebagaimana Nabi saw meminta pandangan dari Usamah ra dan Ali ra.


Buat Isteri

Sentiasa percaya dan yakin dengan Allah. Serahkan segalanya kepada Allah, mengadu pada-NYA , selain mencari kekuatan dengan tinggal bersama ibu ayah. Hayatilah kata-kata Aisyah :

"Demi Allah, aku tahu, kamu semua telah dengari apa yang telah dilemparkan kepada ku, kiranya aku mengingkari perkara itu, tentunya kamu semua tidak percaya, kiranya aku mengaku salah pasti kamu semua berpuas hati, demi Allah, tidakku tahu ungkapan apa lagi (harus aku nyatakan) kecuali seumpama ungkapan Nabi Allah Ya'kub "Sobrun Jamil"dan Allah sahaja tempat memohon pertolongan ".


Buat Ibu

Ibulah yang paling mengerti ( setelah Allah), perihal anaknya. Naluri ibu amat sensitif. Sudah menjadi aturan Tuhan, dia diciptakan begitu. Dengarkan kata-kata ibu Aisyah (Ummu Ruman ) kepadanya tika berdepan badai hasutan munafikin :

"Duhai anakanda, janganlah dikisah sangat perkara ini, harus diingat, mana-mana wanita yang menjadi buah hati seorang lelaki yang hebat, pasti akan direka cerita tentangnya "


Buat Ayah

Abu Bakar, turut merasai bahang fitnah. Apatah lagi, cerita Aisyah dijaja oleh orang yang mana kehidupannya dibiayai Abu Bakar ra. Namun beliau tidak melatah, tidak terkesan dengan khabar angin. Tetap sabar.
Tutur bicara beliau hanyalah :

"Demi Allah, kami tidak pernah dituduh sebegini tika di zaman Jahiliyyah, bagaimana harus kami rela (diperlakukan ) sebegini tika zaman Islam."


Buat Kaum Kerabat dan Teman-teman

Janganlah melonjak gembira dengan musibah orang. Hindari hati anda dari menjadi sarang pembiakan fitnah . Sucikan minda dari diterobosi kuman dusta. Teladani Abu Ayyub dan isteri menerusi perbualan mereka.

"Tahukah kamu apa yang sedang orang perkatakan sekarang terhadap Aisyah?" Ummu Ayyub bersuara.
Jawab Abu Ayyub "Apa pandanganmu jika aku berada di tempat Safwan, adakah kamu fikir aku akan lakukan perkara keji terhadap kehormatan RasuluLLAH?"

"Tidak," jawab Ummu Ayyub

Sambung Ummu Ayyub lagi "Jika aku di tempat Aisyah, aku juga tidak akan mengkhianati RasuluLLAH".
Lantas Abu Ayyub menambah "Ingatlah, Safwan lebih mulia dari diriku dan Aisyah lebih mulia dari dirimu (mana mungkin mereka melakukan perkara hina ; pent)"


Buat Masyarakat Islam

Janganah terlalu ghairah dengan berita sensasi. Bukankah Islam menyarankan agar kita menutup terlebih dahulu kisah aib seseorang? Sehinggalah dibuktikan kes, dan hukuman dijatuhkan, barulah diharuskan untuk hadiri proses hukuman.

Sabda Nabi saw

" Sesiapa yang menutupi aib seorang Islam maka Allah akan tutupi keaibannya di dnia mahupun di akhirat, dan Allah akan sentiasa membantu hamba-NYA selama mana dia membantu saudaranya yang lain "

JAUHI FITNAH, JAUHI HASUTAN

Click Here to Read More..
Share

SELAMAT HARI LAHIR MAMI

08 May 2010



assalamualaikum

herm....bagaikan satu penyesalan jugak...baru la teringat ari ni ari lahir mami...ari ni,genap umur mami 60 tahun..

kalo ikut waktu mesir,dh lewat 37 jam tuk saya ucapkan kepada mami...adui,rasa mcm menyesal betul...

alhamdulillah hanset ni masih ada kredit...hanya mampu mengirimkan SMS je dulu..

temuramah bersama mami..

ternyata abah lagi laju dari anak-anaknya...cinta dan kasih seorang suami masih utuh walaupuun sudah berumur

saya kongsi serba sedikit petikan coretan abah dari blognya

Isteri saya banyak memainkan peranan di pentas pendidikan keluarga. Di menjadi pengamal pendidikan kepada anak-anak. Saya hanya mencari nafkah, menyediakan prasarana pendidikan
dan akademik keperluan anak-anak. Masa, jadual, perpustakaan, sumber bacaan seperti buku, majalah dan internet. Di rumah dialah ibu. Dialah guru. Dialah jurulatih. Dialah algojo. Dialah
hakim. Dialah pembimbing. Dialah pakar rujuk. Dari pagi hingga tidur malam seluruh hidupnya untuk anak-anak. Bila anak-anak menghadapi ujian, dia mengadakan prauji terlebih dahulu. Bila
anak mengambil UPSR, PMR dan SPM puasanya berpanjangan. Solat hajatnya bermalam-malam. Doanya berpanjangan. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan usahanya. Kesemuanya
menjadi mudah. Usaha dan doa seorang ibu. Terima kasih sayang. Kau tetap ku kenang.

memang mami ni bukan calang-calang wanita...ada lagi....

Wanita kesayangan saya ini sudah sampai usianya 60 tahun. Masih berbaki keayuannya. Seperti tidak dimamah usia nampaknya. Jika bersama dengan anak-anak perempuannya tidak seperti ibu mereka. Masih nampak lebih muda dari sewajarnya. Bagi yang baru kenal, ramai menyangka anak-anak kami di sekolah rendah belaka. Siapa sangka cucu kami sebelas orang. Hari raya nanti insyaAllah 12 orang. Masih ada yang akan datang dengan izin Allah.

Usia tua, usia emas bukan penghalang untuk memajukan diri. Hairan juga, ramai orang lain yang tidak menghargai hasratnya. Ramai juga yang mencemik. Buat apa belajar lagi. Buat apa belajar jauh-jauh. Sesunggunya hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Hanya mereka yang berilmu sahaja yang mengetahui manisnya ilmu.

Bermula dari tahun 2003 isteri saya menapak dari Sijil Pengajian Al-Quran, meningkat ke Diploma Eksekutif Pengajian Syariah. Oleh kerana diploma dari Universiti Malaya ini tidak diiktiraf untuk menjadi loncatan ke peringkat ijazah pertama, maka isteri saya mendaftar selama dua semester di Kolej Dar Al-Hikmah di Kajang, Selangor. Selepas itu mungkin masih ada cita-cita yang perlu dikejar. Destinasinya UKM. Ijazah pertama dalam Pengajian Syariah juga.


Anak-anakku, hari-hari yang berlalu adalah hari ibu untuk ibumu. Masa mudanya telah habis untuk mendewasakanmu. Untuk memandaikanmu. Untuk memanusiakanmu. Ibumu ini satu-
satunya wanita yang tiada tolok bandingnya. Walaupun ada masanya kau lupa, kebanyakan masa tentu dia dalam ingatan. Dekatkan dia di hatimu. Rinduinya selalu. Abah hanya dapat membantu.


insyaallah,30 julai ni saya akan pulang ke malaysia...antara agenda saya,selain nk berjumpa keluarga,saya nak berguru ilmu-ilmu pengurusan rumah dengan mami...yg paling utama,nak BELAJAR MASAK...bukanlah nak kata saya ni tak pandai langsung..tapi,saya nak belajar menu-menu istimewa hasil air tangan mami..banyak lagi masakan mami yang masih belum saya terokai =)

mami pun kalo saya telefon,kadang-kadang tanya,
"takde ke perempuan arab yang boleh dibuat menantu??"


saya hanya tersenyum...tapi saya jawab balik,
"insyaallah,ada rezeki,nanti naqib carikan menantu yang terbaik untuk mami..hehe"


esok.mami ada midterm exam...naqib doakan mami berjaya..

SAYANG MAMi (^_^)


Click Here to Read More..
Share

anugerah CINTA ini

12 April 2010



kelahiranku di dunia adalah satu takdir dan ketentuan dari ilahi...
seakan satu peluang dan satu kenikmatan pabila diri ini dilahirkan di dunia...peluang yang Allah janjikan untuk hambanya sbuah syurga andai diri berjaya melepasi segala tipu daya yang ada..
tangan digenggam,mata ditutup rapat

raungan ketika masih bayi,tanda ketidaksanggupan diri untuk mengharungi segala fana dunia bakal dilihat

hidup ini terus dilalui..masa kian beransur...diri ini terus membesar...terus mengenal Islam...diri yang ibarat kain putih,kian tercorak bersama tarbiyah islamiyah yang diperoleh dari kedua ibu bapa...2 insan yang memegang tanggungjawab yang besar dalam penyulaman akhlak islamiyah dalam hati ini...

masa kian berlalu dan aku mula bersuai kenal dengan CInTa...cinta yang dijadikan oleh Tuhan sebagai satu pelengkap dalam kejadian mannusia...cinta yang berpasakkan nilai-nilai agama..

cinta inilah yang membantuku dalam menetapkan matlamat hidup....satu bentuk perasaan dalaman yang dicipta bagi mengisi kekosongan jiwa,membangkitkan lena hati dan mewarnai susur galur pelakuan manusia..

satu fitrah yang tidak boleh seorang manusia itu menafikan diri dari merasainya...kerana denga cintalah manusia itu dirasai kewujudannya di muka bumi ini...kewujudan yang mempunyai satu tujuan hidup dalam berjuang mengharungi mehnah dalam usaha mencapai cinta ilahi

dengan cinta inilah para anbiya berjuang mempertahan agama samawiah,menyebar risalah rabbaniah dan ilahiah ini

cinta inilah yang membawa kepada satu bentuk permuafakatan dan pembentukan rantai-rantai ukhwah bagi meneruskan sosial kemasyarakatan dalam berinteraksi

"tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah kamu mengasihi saudaramu seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"
riwayat imam bukhari dan imam muslim

perasaan ini yang membangunkan diri insan untuk timbul keinginan untuk berinteraksi dan bersuai kenal,membentuk tali ijtimak,dan mengadun perpaduan dalam pembinaan tamadun

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)

Al-Hujurat:13

perbahasan yang panjang jika ingin cuba menghurai cinta dalam acuan Islam...perjuangan manusia terdahulu berbekalkn kecintaan yang kuat kepada Allah...survival hidup mereka begitu utuh dalam memastikan hayat mereka dimanfaatkan dan mendapat pembelaan dari Allah

konsep 'Agama itu adalah nasihat' seperti sabda baginda,dipraktikkan oleh umat Islam yang memahami erti cinta Islam....disinilah amar makruf nahi munkar mendapat tempat dalam gaya hidup seorang muslim....diamalkan bukan sekadar ianya suruhan agama,bahkan ianya dilakukan kerana cinta dan kasihnya seorang muslim dari melihat saudaranya terhumban di api neraka..

cinta ini jugalah yang bakal mengikat antara 2 hati insan dalam pembentukan bait muslim dan penjanaan pertama dalam tingkatan pembentukan khilafah islamiyah ini...cinta yang suci dan akan terus menjadi nilai yang berharga jika Islam terus berada disisi...

wallahualam

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails