Followers

Showing posts with label hidupku. Show all posts
Showing posts with label hidupku. Show all posts

aku bukan YB lg

17 February 2011


mami dan abah seorang tenaga pengajar Al-Quran di daerah batu pahat. antara yang mengambil kesempatan untuk memanfaatkn tenaga mereka,seorang bekas YB yang tinggal di daerah batu pahat. soal parti mana beliau itu tidak perlu diketahui.

satu perkara yang ingin diborakkan bersama anda.mami kata "bagus dia tu.walaupun dah tak jadi calon YB lg,tapi masih rajin buat kerja.sebab tu ramai yang suka dan selesa dengan die"

tertarik sebentar dengan ungkapan mami. ye,wakil dan pemimpin rakyat itu walaupun tidak mendapat mandat jawatan secara rasmi namun tetap berkhidmat untuk masyarakat.

inilah falsafah dalam diri mereka yang bersifat kepemimpinan dan bukan sekadar pemimpin. mengapa 'kePEMIMPINan' dan bukan 'kePIMPINan?

seperti ungkapan dalam prakata penulis bagi buku 'Kuasa kePEMIMPINan Al-Fateh',dinyatakan bahawa kepemimpinan itu merujuk kepada pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun tidak. manakala kepimpinan pula tertumpu kepada posisi dalam organisasi.

maka boleh bukan untuk kita nisbahkan sifat kepemimpinan ini kepada bekas YB itu.beliau bukan insan bekepimpinan yang sekadar bergantung kepada posisi dan kedudukan tapi insan bekepemimpinan yang sentiasa terus berpengaruh dalam kelompok manusia dan membina ikatan bersama mereka walaupun tidak berjawatan

satu sifat yang perlu kita prihatin bagi mereka yang mendedikasikn mereka untuk berkhidmat kepada rakyat secara langsung; membantu meringankan serta memudahkan urusan rakyat tanpa mengira waktu

ingat! bukanlah medan politik(dalam konteks sekarang) itu bertujuan asal untuk merebut kuasa hingga wujudnya menang kalah. tetapi ia adalah satu paltform bagi mereka yang sanggup menyerahkan diri kepada masyarakat dalam menjadi satu agen yang bertindak sebagai tulang belakang rakyat dalam menghadapi segala bentuk kekangan hidup yang datang.

bagi saya,amat silap jika mereka yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak sedikti pun memudahkan rakyat.malah menambahkan kekusutan dan keserabutan kepada rakyat.

sebab itu seharusnya bagi mereka yang sudah tamat tempoh bekerja secara rasmi sebagai pemimpin rakyat,terus berbakti dalam apa jua posisi anda selepas itu. anda yang memilih untuk menjadi pemimpin rakyat.mengapa dihadkan sahaja khidmat anda untuk tempoh tertentu? rakyat mengenali anda. gunakan sifat kepemimpinan yang ada untuk terus membina pengaruh dan menolong rakyat.

akhlak dan peribadi yang menjadi pakaian bagi pemimpin yang berjaya.mereka dihormati bukan kerana ketinggian jawatan dan posisi akan tetapi dek kerana sinaran perilaku dan kehalusan budi pekerti sepanjang memimpin.

itulah seni memimpin gaya Al-Quran yang diterjemahkan oleh Rasulullah. satu pakej kepemimpinan yang begitu terbilang dalam sejarah ketamadunan manusia. melengkapi kesemua cara memimpin bagi setiap keadaan yang berlaku.

Click Here to Read More..
Share

istiqamah dan terus bersemangat!

13 February 2011

assalamualaikum..

alhamdulillah,masih berpeluang untuk menjenguk smula 'diari' eloktronik ini yang saya kira sudah 2 bulan lebih ianya tidak dikemas kini

oh! sudah sekian lama rupanya tidak menulis lantaran faktor-faktor yang saya sndiri tidak tahu apakah ia.adakah kerana terlalu sibuk? atau mgkn kerana diri sndiri yang tidak pandai mencari masa untuk mencoret sesuatu untuk dikongsi bersama..boleh jadi juga kerana minat yang kian terhakis sdikit demi sdikit dalam ruang penulisan ini punca segalanya..

tak kesahlah..yang dah lepas tu,biarlah ia..

yang penting,kena terus istiqamah dan sungguh dalam apa-apa jua yang dibuat

skian dulu untuk entri pembukaan tuk sesi yang baru =)

Click Here to Read More..
Share

tenang...

08 November 2010


tenangnya hati jika Al-Quran menjadi pendamping diri

sentiasa merasa kedamaian,keamanan,kesejahteraan..

hilangnya kegelisahan,keresahan,kekusutan,kekalutan..

sudahk sekian lama tidak rasai perasaan sebegini..rasa bersyukur sangat

terlalu lalai rasanya hati ni..terlalu gemar mencari benda lain sebagai penyeri jiwa sedangkan hakikat penyeri yang sebenarnya diabaikan..keseriaan yang tidak kekal dan tidak mampu bertahan..tidak mampu menewaskan kedudukan dan kemuliaan Al-Quran disisi manusia..

beberapa hari ni,jiwa dalaman agak berserabut..tapi,alhamdulillah..Allah masih kurniakan kepada diri,keamanan jiwa

indahnya hidup menjadi hamba yang mempunyai Tuhan yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya setiap masa,setiap saat,setiap detik..

tidak terabai walau sedikit keprihatinan Allah keatas kita

walaupun sudah terlalu banyak perintahnya kita langgari

tapi ianya tidak menjejaskan walau sedikit pun rahmat dan inayahnya....

terima kasih Ya Allah..

Click Here to Read More..
Share

HOME SWEET HOME

25 September 2010

tiba juga saya ke rumah kedua saya,Mesir.perjalanan selama hampir 10 jam agak membosankan bagi diri.memang antara perkara yang saya tidak suka;duduk dalam bas,keretapi atau plane dengan kadar tempoh yang lama.menjemukan!

perjalanan keluar saya agak sedikit terganggu pada mulanya ketika pemeriksaan passport.menganggu sedikit mood ceria saya.alhamdulillah,hanya sedikit kesulitan,Allah lancarkan jua pergerakan.

lambaian tangan menyambut ketibaan saya di pintu ketibaan para penumpang yang datang dari Malaysia.sahabat saya Muzammil,Syamil dan Nasuha menunggu penuh setia.jam 6 pagi kapal terbang Egypt Air tiba di lapangan kapal terbang Kaherah.pelukan dan senyuman dari mereka,saya balas jua dengan raut wajah ceria tanda bersyukur dapat berjumpa semula dengan mereka setelah hampir 2 bulan saya tinggalkan mereka

beg memang banyak.stok untuk 3 tahun mungkin walaupun pada hakikatnya ianya pasti hanya dapat mampu bertahan untuk beberapa bulan je.memanglah,yang duduk rumah ini adalah kaum lelaki,tidak hairanlah mulut akan sentiasa mengunyah.

hati juga gembira apabila diberikan peluang buat kali yang kedua untuk menjejakkan kaki ke rumah saya.banyak pengalaman yang kami lalui dalam bersahabat walaupun untuk tempoh setahun.ikatan ukhwah kami untuk di Mesir ini,masih berbaki lagi 3 tahun.semoga Allah penuhkan ia dengan pelbagai pahit manis kehidupan yang akan kami kenangi dewasa kelak...

Click Here to Read More..
Share

raya dan cuti

10 September 2010


Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

gema takbir di pagi raya ditemani kicauan burung yang bersama-sama meraikan sebuah hari yang istimewa

umat Islam bertamu datang ke rumahNya melaungkan takbir.variasi warna pakaian yang pelbagai menceriakan suasana.ruang masjid dipenuhi kemeriahan warna yang menyeri.

Syawal tahun ini berlainan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.bermastautin selama hampir 2 tahun di bumi Mesir,tiba masa tahun ini saya pulang seketika di kampung halaman di batu pahat bagi syawal yang ada

tiba di malaysia pada 31 julai 2010 dan akan pulang semula pada 26 september tahun yang sama.istirahat sebentar hampir 2 bulan di tanah air memberikan satu pengalaman baru sebagai insan yang sudah beranjak kepada versi yang baru.jika dahulu,saya berada dalam kelompok keluarga sebagai ahli yang masih bersekolah,tetapi sekarang ianya sudah berubah dan saya berada di atas tingkatan yang lain iaitu sebagai seorang mahasiswa.bukan jurusan keduniaan yang saya ambil,akan tetapi yang berkaitan keagamaan yang sekaligus seorang manusia yang akan berinteraksi dan berbicara secara 'live' akan persoalan agama yang tidak putus-putus timbul dalam masyarakat

hidup yang sentiasa dibajai dengan pelbagai corak kehidupan,itulah juga yang berlaku kepada saya.tidak perna sunyi dari menghadapi dengan segala ragam serta karenah hidup yang mesti perlu kita suaikan bagi menjadikannya sebagai inspirasi dan motivasi.

kita diuji bagaimana berinteraksi dengan mereka yang memandang tinggi pelajar mahupun lulusan dari mesir.kita diuji bagaimana untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari.kita diuji bagaimana untuk mendahulukan keluarga dalam dakwah kita.kita diuji bagaimana untuk mempertimbang uslub yang terbaik dalam dakwah.kita juga diuji bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat.diri ini diuji juga dengan bagaimana untuk menyuarakan pendapat kita dengan lebih matang dan tidak mentah

walau umur baru berusia 20-an,tidak pernah saya menghalang diri untuk cuba bersikap dengan lebih dewasa.kerana bagi saya,sudah sampai masa gaya hidup muda mudi ditinggalkan dan diganti dengan gaya hidup yang baru.

bukan maksud saya 'memboikot' mereka yang muda-muda.malah muda itu juga bagus.muda itu bersemangat,cekal,tabah,bertenaga dan aktif.tapi biarlah jiwa dan kita yang muda dan tidak berlebihan-lebihan dalam kehidupan hingga kita terabai sebuah tanggungjawab yang memerlukan sebuah kematangan dan ianya bukanlah sebuah permainan malah perkara di akhirat yang akan menjadi sebuah persoalan.


*cuba menghabiskan waktu cuti yang masih berbaki selama seminggu sebelum pulang ke mesir



Click Here to Read More..
Share

CARILAH PENGALAMAN ANDA

27 August 2010

bismillah..

langit tidak selalu cerah,hidup juga tidak selalunya indah..namun itulah hidup yang penuh lumrah dan rencah..yang tidak pernah sunyi dari ujian dan musibah.

sudah masuk hari ketiga saya di Klang.macam-macam yang berlaku dan terjadi.mungkin juga sekadar perkara biasa pada pandangan orang..tapi,sejak akhir-akhir ni saya seolah olah suka melihat setiap ragam manusia yang berlaku depan mata..bukan nak jaga tepi kain orang,tapi ingin cuba mencari pengalaman dalam setiap peluang..

pengalaman mungkin akan datang kepada kita semasa kita sendiri yang hadapi,tapi bagi mereka yang lebih kreatif,pengalaman itu yang cuba dicari..

macam-macam ada.saya melihat sbuah keluarga yang mempunyai anak syndrome down.begitu gembiranya mereka melayan dan merasai kehadiran anak itu dalam hidup mereka.setiap tutur kata yang diucapkannya,mereka perhati dan amati agar anak itu merasakan mereka itu wujud di hati ahli keluarganya.abang yang sulung pula suka menyakat adiknya itu.gelak tawa memenuhi ruang rumah

maka saya pun terfikir,bagaimana andai saya mendapat rezeki sedemikian kelak?? adakah bekal iman yang mudah berkulat ini,mampu mengukuhkan sifat reda terhadap kurniaan anak sebegitu?? adakah mampu saya menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak demikian dengan penuh kasih sayang??

sume ini saya suka fikirkannya dan kaitkannya dengan keadaan diri saya agar saya selalu sedar bahawa dunia ini tidak pernah sunyi dari pelbagai hadiah dariNya..

kemudian melihat pula seorang anak yang memarahi ibunya di tengah khalayak ramai dan meninggalkannya kaku berdiri seorang diri menahan sedih di hati..tiada kasih yang masih berbekas buat ibu sndiri..

tergamam saya..benar ke yang saya lihat? inikah manusia? bagaimana pula saya nanti?

tidak lupa juga anak kecil yang ligat lakunya di dalam komuter.cuba bermain dengan orang sekeliling untuk menagih perhatian.namun,itulah kanak-kanak..mereka masih didalam proses pembntukan mental,fizikal dan juga emosi serta personaliti..maka,tidak hairanlah mereka akan sntiasa bergerak sana-sini untuk mencari apa yang sesuai dengan jiwa mereka agar mampu membesar dengan menjadi seorang manusia yang sebenar-benar manusia dan bukan manusia yang mendapat gelaran 'seperti manusia bertopengkan syaitan'!

namun,yang agak saya kecewa..bapanya mncubit,memarahi dan memiat telinganya jika si anak itu bising..aduh! didikan jenis apakah ini? apakah salah si anak sehingga dicubit hingga menangis? hanya disebabkan bising??

berlaku juga pergaduhan kecil diantara seorang ahli masjid dan seorang lelaki.ahli masjid berkenaan yang membenarkan lelaki tersebut untuk bermalam di masjid,terkejut apabila mendapati tandas dijadikan sarang untuk menagih!

dimarahnya ahli masjid berkenaan kepada lelaki itu..tapi,satu yang saya dengar dari penagih itu yang membuatkan saya terfikir,"abang,ingat senang ke nak berhenti menagih? org keliling kita pun menagih..kita pun terpengaruh..orang kampung pulak,tak pula memberi sokongan..makin dimarahnya kita..sedangkan saya pun nak berubah bang....tapi takde org tolong..."

herm...besar cabaran kita dalam mendidik masyarakat..pelbagai karenah..sumenye kena dihadapi dengan tenang dan berhikmah..lelaki tersebut nak berubah,tapi tiada sokongan..kita yang sepatutnya berasa kasihan kepada diri kita kerana kita yang menjadi asbab kepada tutupnya pntu hidayah itu..kita yang patut berdkwah dengan penuh kasih sayang agar mereka mampu pulang dari tersesat..namun,sikap angkuh dan jijik kita kepada mereka,makin jauh la kesesatan mereka hingga amat sukar untuk menemui jalan pulang..

Click Here to Read More..
Share

MISI BERMULA...

01 August 2010

alhamdulillah...selamat menjejakkan kaki ke rumahku..setelah 10 jam duduk melangut je dalam kapal terbang..dari airport,terus ziarah dan berehat sebentar di rumah akak kedua saya di nilai...kat nilai,akak yg sulung,akak keempat,abang,adik saya dan anak-anak sedara saya ada...tak lupa juga kepada abang-abang ipar saya yg juga sudi menunggu kepulangan saya..

nikmat sebenarnya dapat berjumpa semula dengan keluarga...walaupun hanya hampir 2 tahun tidak berjumpa..kerinduan itu tetap ada...antara yg saya teruja untuk buat tibanya saya di malaysia,nak jumpa anak-anak sedara saya tu..lagi2 yg the latest one,Farah Nuryasmeen...mungkin bagi yang baca blog ni,mcm jelik dengan saya sebab,ye la...orang lain pun ada anak-anak buah...tapi takde la over mcm saya...

tapi,nak buat mcm mana..ini blog saya..maaflah ye..hehe (^_^)


ameen buat muka lak org nak amek gambo





mcm biasala...walaupun baru sampai...keriangan dan keinginan anak-anak kecil perlu dilayan..biarlah kita berpenat sedikit...yang penting,dahulukan kegembiraan dan senyuman mereka...mereka gembira,kita pun seronok...

malam tu,saya ikut akak sulung saya balik ke melaka,ziarah akak saya ketiga yg duk melaka...sebab,esoknye jugak...mami dan abah nk ke klang...ada seminar..owh,saya memang tak berhajat nak pegi sana..hehe...sory ea mami...

semalaman berehat di melaka,paginye diteruskan perjalanan pulang ke johor...sebelum tiba di rumah,singgah ke parit raja dulu...menziarahi 2 org anak sedara saya yg bersekolah di sana,Iqbal dan Nurul Syazana di SMA Parit Raja Batu Pahat..

dah bujang yang sorg tu..yang sorg lagi,dh jadi anak dara dh...kitorg bawak diorg keluar jalan2 jap kt BP Mall..





petang tu,barula pulang ke rumah...alhamdulillah...selamat sampai..lama tak tengok rumah ni..banyak dah perubahan..terutama dari segi fizikal...makin bertambah pulak saya tengok aksesori-aksesori kat rumah ni...takpela,yang pnting mami dan abah bahagia

wallahualam...aktiviti cuti,akan cuba diupdate dari smasa ke smasa


Click Here to Read More..
Share

BERITA GEMBIRA! =)

06 July 2010


bukan anak saya,tapi anak U.Hairul Nizam :)

hari ni,jam 12 tengahari saya selamat menimang anak sedara yang baru...perempuan...zuriat dari kakak saya yang kedua Dahlia Syahrani suaminya,Mohd Shahrizal..ini anak yang ke-7 mereka dan anak sedara yang ke-12 bagi saya.

alhamdulillah...rezeki murah...Allah kurniakan saya ahli keluarga yang ramai bahagia..bersyukur sangat..mengenai anak-anak sedara saya yang terawal.saya dah rakamkan catitan saya dalam post yang sebelum ni,warna warni kehidupan

tadi pun,baru telefon kak lia..die masih kat wad..baby pun tengah tido tadi..ni yang makin tak sabar nak balik ni...nak sambut kehadiran insan baru dalam keluarga..

family pun belum ada yang datang ziarah kak lia kat hospital seremban tu..maklumlah,hari bekerja...suami pun ada kat rumah..menjaga anak-anak yang ada

mami dengan abah baru nak pegi petang ni...tapi,nak kena pi UIA Nilai dulu..nak amek adik saya yang ada kat sana...

maafla..gambar tiada...nanti kalo abah saya dah amek gambar2 baby yang baru ni,nanti saya letak kat blog...

orang kata,seronok ada ahli keluarga ramai..samada adik beradik yang ramai,anak-anak sendiri,ataupun anak-anak sedara..tapi ada juga yang kurang berminat,sebab nanti susah nak menjaga dan juga beberapa faktor yang lain..bagi saya,terpulang..sapa yang suka dan bahagia berahli ramai,silakan..sapa yang kurang berminat juga silakan..
diri masing-masing..

bagi saya,memang bahagia berahli keluarga ramai...seronok (^_^)

Click Here to Read More..
Share

ADA TEMPAT MENGADU TAK??

01 July 2010




hati ini sentiasa inginkan perhatian...akan datang pula satu masa yang diri memerlukan satu tempat untuk mengadu,meluahkan perasaan dan ingin berkongsi masalah dengan orang lain...tapi,kadangkala kita lebih selesa untuk menyendiri dan memikirkan masalah yang ada dari memilih jalan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain

tidaklah saya menafikan fitrah insaniah yang inginkan teman,dalam persoalan menghadapi sesuatu masalah,ia adalah persoalan yang berbeza...kita lebih selesa untuk duduk sebentar di bilik dan berfikir sejenak tentang apa yang kita hadapi..

ada masalah yang boleh kita kongsikan,ada pula masalah yang kita lebih rela untuk diamkan...rakan-rakan ada di sekeliling,tapi bukan sesuai pada waktu itu untuk dikongsikan masalah ini dengan mereka

ketika kita menceritakan apa yang terbuku dihati kepada sahabat kita,ada yang mendengar dengan cukup baik,ada yang memberi respon dan resolusi..ada yang sekadar mendengar dan menjawab,"entahla,aku pun tak tau nak cakap apa",ada juga yang memandang sinis luahan hati kita ini,"ala,benda kecik aje,relek r",yang lagi mendukacitakan apabila ada juga yang bersikap acuh tak acuh ketika kita berkongsi masalah ini dan menunjukkan reaksi tidak berminat.

sebab itu,sikap sedemikian,menjadikan kita kadangkala berfikir 2,3 kali untuk diluahkan gumpalan masalah didalam hati dan akal kita..

kita akan mula mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatian kita dari memikirkan masalah ini...tapi,seusai kita berlepas dari segala aktiviti,masalah ini akan datang kembali..kita akan mula mengambil masa dan tempat untuk merenung penyelesaian yang terbaik untuk segala yang berlaku

namun,apa yang berlaku dalam hidup ini,bukanlah sesuai untuk kita katakan ianya sebagai masalah...saya lebih suka untuk mengatakan ianya adalah cabaran untuk memajukan dan mengkonstruksi diri kita menjadi satu susuk peribadi yang mampu keluar dari kepompong personaliti yang lama..tidakkah Allah menurunkan sesuatu yang menimpa hambanya untuk kebaikan hamba itu sendiri?? Allah tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ianya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat

jika kita mempelajari ilmu tasawuf,kita akan dapati bahawa para ulama mendidik kita cara bagaimana untuk mengaplikasikan tauhid dan i'tikad yang jazim (tetap dan teguh) ini dengan kehidupan...jika kita mengatakan kita telah beriman dan Allah maha Pemurah dan Penyayang,maka kita mendapat satu kesimpulan bahawa segala yang dijadikan untuk hambaNya,pasti mempunyai manfaat...disinilah datangnya ilmu tasawuf,sebagai ejen yang bertindak mendidik hati ini agar terus terikat dengan i'tikad kita ini.

oleh sebab itu,ulama-ulama sufi kita akan mengatakan bahawa semua ujian dan bala yang menimpa setiap hambanya tidak akan terlepas dari bermatlamatkan untuk mengangkat darjat hambanya andai dia berjaya lepasi ujian tersebut atau untuk mengkafarah dosa-dosa hamba yang lalu dan bagi mereka-mereka yang ingkar terhadap suruhanNya,ujian tidak berlaku melainkan sebagai pembalasan dan peringatan keatas mereka

akan tetapi,frasa ayat yang saya katakan pada awalnya bahawa manusia itu kadang-kadang lebih suka bersendirian,adalah tidak tepat sebenarnya..kerana kita mempunyai Tuhan yang sentiasa bersama hamba-hambaNya...maksud bersendirian yang saya maksudkan,adalah menguzlahkan diri dari kelompok masyarakat yang ada dan menjadi Allah sebagai sebaik-baik tempat mengadu;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(al Fatihah,6)

fitrah beragama dalam diri kita menjadikan kita sentiasa berhadapan dan bertawajuh serta bertawakal dan mengadu apa yang berlaku dalam hidup ini kepada Allah tatkala insan lain dengan urusan mereka..kerana kita tahu,Dia yang menurunkan,dan Dialah yang mempunyai perleraian kepada segala ikatan...Dia ingin kita kembali dekat kepadaNya..mungkin kita sudah terlalu jauh dan leka dari berzikir dan bertasbih namaNya,maka didatangkan ujian,yang menjadi tali bagi mengikat hati kita dari terus menyimpang dari rahmatNya..

Allah itu sangat sayang kepada kita...janganlah kerana emosi yang kita tidak mampu kawal,menyebabkan kita menyalahkan segala ketentuan dan takdir yang berlaku...yang penting,kita harus ingat..andai kita susah di dunia dalam keadaan kita mentaati Allah,pasti Allah akan membalas ganjaran kekayaan yang tidak tejangka oleh akal kita akannya..

jika ingin berkongsi luahan hati kita,carilah mereka yang kita yakin mampu meringankan beban kita atau boleh memberi respon dan resolusi...carilah sahabat,ibu bapa,guru-guru kita dan isteri dan sesiapa jua yang kita selesa untuk bercerita..

paling utama,jangan sesekali kita mengabaikan Allah sebagai sebaik-baik tempat mengadu

wallahualam...

Click Here to Read More..
Share

Hari Keluarga PMUI: siri 1

22 June 2010

22 JUN 2010:Selasa,Kaherah,Mesir

semalam merupakan aktiviti mega yang pertama kalinya diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) iaitu Hari Keluarga PMUI....

bermula dengan acara perasmian,pada 21 JUN 2010...dimulakan aktiviti pada esok harinya...untuk ikhwah,kitorg men futsal n ada acara sukaneka..fuh,penat tak leh nak tahan..dengan panasnya lagi...4 jam kt sana..dari pkul 8 hinggalah 12 tengahari...itupun,matahari kt sini bukannya macam malaysia...pkul 9 pun boleh tahan jugak teriknya...adala jugak sorang kawan ni berdarah hidung..ye la,panas sangat...lagipun,dah lama tak berpanas terik..


geng,kita kena menang game ni...dh penat susah payah

naqi,aku tengok ko ni cm xde gaya je nk jadi striker..ko jadi subtitute je la ea




suka suki sana sini :)


nak menang game ni bukan mudah...biar aku ukur jap potensi kemenangan kita ni


ai mustapha,makan tak ingat kawan ea...


qi,lek r...kalah ngn aku je pn...taun depan leh cuba lagi ea..haha


rahman yg kat belakang gol pelik tgk diorg ni,"apa la diorg buat...asyik amek gmbo je keje"


sebelum bersurai....

Click Here to Read More..
Share

MENITI WAKTU...

05 May 2010


saban malam ku meniti waktu
waktu yang berlalu ku terus tunggu
saat manusia terus terlena
hati ini ingin terus terjaga

dikala sepi ku sendiri
mencari sinar di kegelapan malam
air mataku bercucuran
kerna rindu yang tak pernah padam
tangisan ku mendayu-dayu
terus mengharap kasih yang satu
dialah pemilik cinta sejati
oh Tuhan tunjukkanlah ku jalan
merentasi rasa cintaku

citra rindu dan kasihMU yang ku dambakan hanya untukMu
jangan Kau palingkan cinta ini Ya Allah
yang suci lagi murni ini
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tidak berdaya

semoga rinduku kan terubat lantaran kasihMU yang murni
ampunilah aku wahai Tuhan..


Click Here to Read More..
Share

MENYEDARI PERANAN DIRI JIKA INGIN MENDOKONG ISLAM

28 April 2010



"Rasulullah diutuskan kepada bangsa arab secara khusus dan kepada manusia keseluruhannya secara am...tidaklah Allah mengutuskan kekasihNYA secara bersahaja..

baginda diutuskan bagi:
1. membacakan ayat-ayat
2. mengajarkan ajaran kitab
3. membersihkan jiwa-jiwa setiap umatnya

maka,misi dan visi pembawakan agama Islam tidak terhenti sekadar kita memahami akan tujuan kedatangan baginda yang muncul ditengah-tengah gelocak masyarakat

misi pengajaran kitab yang dibawa oleh baginda memerlukan manusia untuk memahami apa yang diinginkan oleh Tuhan daripada hambaNYA...disini tanggungjawab untuk beriman dan beramal menjadi tindakan susulan selepas pemahaman terhadap maksud disebalik ajaran kitab ini...

maka pengetahuan terhadap hukum hakam didalam Al-Quran wajib diimani dan disinilah ulama telah menggariskan dan membahagikan ilmu kepada dua; ibadat dan syariat..disini tanggungjawab menuntut ilmu wajib bagi memahami kedua-dua ibadat dan syariat ini"

petikan secara ringkas diskusi yang dilakukan bersama senior-senior yang ada di bumi mesir ini...banyak lagi yang dibincangkan...banyak lagi pecahan daripada ibadat dan syariat,termasuklah ilmu-ilmu berkaitan yang sepatutnya kami pelajari di bumi mesir ini....

perancangan yang cantik telah Allah aturkan...bermulanya ikatan kami di pondok Baitul Qurra' bersama murabbi kami U.Zulkifli Ismail.....beliau yang banyak membantu kami dalam memberi kefahaman mengenai perjuangan Islam...tanggungjawab dan peranan kami apabila menjejakkan kaki di bumi mesir ini....

Ustaz.Zulkifi Ismail


diskusi yang dilakukan,berjaya menyedarkan semula hati yang sedang lena ini...sudah sekian lama diri ini tidak dikejutkan dengan kesedaran tanggungjawab seorang pejuang Islam...kesimpulan yang boleh saya katakan,TUNTUTLAH ILMU dan BEKERJA BAGI PERJUANGAN ISLAM...

disinilah antara ukuran asas bagi seorang muslim.....dengan Ilmu,Islam akan mampu dipertahan dan segala kekeliruan yang datang,mampu dipatahkan...dan dengan bekerja,Islam akan mampu dikembangkan dan terjaga kelangsungannya..

wallahualam..

Click Here to Read More..
Share

dimana kedudukan Al-Quran??

04 April 2010




Frasa “Islam adalah cara hidup” sudah menjadi masyur dalam kalangan kita terutamanya para muslimin itu sndiri…cumanya,titik tumpuan perbincangan kita adalah berlegar dalam skop sejauh mana pengaplikasian dan pengamalan frasa rersebut dalam kehidupan duniawi kita…perkara ini terus diperbahaskan dan ramai mula mencambahkan diri dalam kancah masyarakat bagi merealisasikan apa yang dicanang


Tidak dinafikan bagaimana kejatuhan empayar khilafah yang terakhir merubah segalanya…kebergantungan umat Islam kian luput dan terhakisnya sedikit demi sedikit nilai-nilai murni islami dalam insaniah insan pada ketika ini

Islam yang datang secara dagang mula menjadi dagang..namun semua ini tidak pernah menjadi tembok pemisah kepada mereka yang yakin dan beriman kepada Allah dan Rasul dalam usaha memartabatkan apa yang sepatutnya dilakukan…ini hanya sekadar mukaddimah sebelum saya membuat perkaitan dalam apa yang hendak saya sampaikan..

Merujuk kepada kitab ‘Bagaimana Kita Berinteraksi dengan Al-Quran’ oleh Imam Syeikh Yusuf Al-Qardhawi,dinyatakan bahawa sesungguhnya kesemua risalah para anbiya adalah seruan kearah pembersihan dan pengislahan jiwa…sedikit sebanyak menjelaskan dan memberikan kita satu gambaran awal kepada akal bahawasanya Islam bukanlah sekadar satu aturan dan acuan ilahi yang hanya berfokuskan cara bersembahyang,berzikir mahupun berdoa…bahkan ianya melibatkan pembersihan dan penenang jiwa dalam meniti setiap titian kehidupan

Jika kita lihat pula pada kitab ‘Tujuan Al-Quran disebalik Pensyariatan Hukum’ oleh Syeikh Abdul Karim Hamidi..beliau telah menyatakan bahawa tujuan pengutusan para rasul kepada umat adalah untuk penyucian jiwa seperti yang dinyatakan dalam firman Allah..

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat)

Baqarah:129

Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Baqarah:151

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).

Jumaah:2

Maka,Syeikh Rasyid Redha didalam kitab tafsirnya ‘tazkiyyah adalah pembersihan jiwa daripada segala perilaku yang buruk dan tercela dengan menggantikannya dengan akhlak yang terpuji’

Maka,hikmah penurunan Al-Quran adalah bukan secara sia-sia…kita adalah ciptaan yang serba kekurangan dan memerlukan Tuhan dalam memberi kelangsungan kekuatan bagi meneruskan hidup….kitab mukjizat ini telah menyatakan pelbagai penyakit hati seorang insan dan jalan penjagaan jiwa tersebut bagi agar terpasak dalam diri setiap dari kita satu penghadang yang mampu membentengi diri dari terminum racun tersebut…

Al-Quran jualah yang memberi panduan dalam menjaga kestabilan habitat kehidupan yang ada di muka bumi ini…..disini saya ingin kaitkan kembali dengan frasa ‘Islam adalah cara Hidup’ yang telah disebut diawal penulisan post ini…sememangnya kebenaran frasa ini tidak dapat disangkal….hanya mereka yang bertuhankan nafsu akan berusaha menolak hakikat ini

Jauhnya diri dengan Al-Quran dan kejahilan terhadap hikmah pensyariatan hukum-hukum rabbaniyah menyukarkan mata dari terus melihat kebenaran….bertambah jahilnya kita apabila nikmat keduniaan yang semakin mencurah keatas kita….maksiat yang dilakukan tetap tidak memberhentikan nikmat ini dari terus diberi menyebabkan sedikit demi sedikit kita mula menempah jaminan kedudukan di neraka jahannam

Kejahilan ini mula mengingatkan kita kepada sirah perjuangan Nabi Muhammad yang memformulasikan kepada kita hakikat penentangan kaum quraisy dan bangsa-bangsa yang lain pada zaman itu,bukanlah disebabkan aspek agama,tapi hanya disebabkan DUNIAWI….mereka menentang Islam yang meletakkan kayu ukuran terhadap ketinggian darjat seorang insan adalah melalui TAKWA..ini bertentangan dengan prinsip mereka yang mengkagetkan bahawa harta sebagai kayu pengukur…begitu juga pegangan mereka terhadap kehidupan ukhrawi adalah ternafi disisi mereka dengan menyatakan bahawa kehidupan mereka adalah sekadar didunia sahaja dan akan terhenti tatkala datangnya maut...ini sekadar contoh yang boleh saya sampaikan…

keingkaran manusia terhadap Al-Quran menjadi punca utama kehinaan hidup ini….selain diturunkan untuk pengislahan jiwa,Al-Quran juga berperanan dalam membaik pulih sistem kehidupan masyarakat dengan menjadikan keadilan antara prinsip yang penting dalam pentadbiran….

Kitab ‘Ad-Din dan Daulah’ merumuskan kepada kita bahawa pentadbiran yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah adalah metodologi terbaik dalam wajah pemerintahan yang cemerlang dan Berjaya dalam memastikan kesaksamaan hubungan sesame rakyat adalah terjaga dan terjamin

Namun,manusia kian berfikir diluar ruang lingkup penceritaan Al-Quran yang memperlihat kepada kita,segala usaha yang dilakukan jika hanya atas dasar pemikiran manusia semata-mata tanpa dipandu,menjadikan segala usaha dalam menghalang segala kefasadan yang berlaku menjadi sia-sia…

Perlu ke saya nyatakan disini?? Saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya….

Tiada apa yang boleh saya ulas lagi melainkan hanya satu sahaja penyelesaiannya…TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI…

wallahualam


Click Here to Read More..
Share

BETUL KE METODOLOGI MASAK TU??

08 March 2010

saya panggil mak saya dengan gelaran 'mami'..tak tau la ianya adalah translation dari 'mommy' atau dari perkataan lain...yang pnting,apa yang saya tau mak saya ni memang suka membuat sesuatu perkara lain dari yang lain...jadi,mungkin juga panggilan 'mami' tu antara usahanya untuk sentiasa menjadi yang lain dari yang lain..



sepanjang saya hidup dan sejak berkemampuan untuk berfikir secara dewasa dan sebagai seorang anak lelaki,saya sedar...sememangnya mak saya memang suka buat perkara lain dari yang lain..mami seorang yang begitu berdedikasi,seorang yang ligat...walau sakit mana pun,pasti ada je keje yang ingin dibuatnya...

saya ingat lagi masa saya sekolah menengah dulu,mami pernah terseliuh buku lalinya dan terpaksa disimen kerana terjatuh dari tangga (tangga banyak sangat agaknya kt rumah tu)...tapi,keje2 rumah tetap berjalan...memandangkan diri sndiri tak mampu nak buat,maka adanya anak-anak pengganti tenaga mami...

seorang yang cergas...bayangkan,dalam umur yang sudah melewati 60 tahun,mami masih mampu mnguruskan rumah baik kawasan dalam mahupun halaman rumah yang besar tu...jikalau cuti hujung minggu,memang habis dikerjakan halaman rumah...yang sering menjadi mangsa,adalah bunga-bunga yang ada...banyak sangat bunga di rumah tu,tapi...mami masih mampu membuatnya bersama-sama abah...

mami memang minat dengan perhiasan bunga...macam-macam bunga ade kat rumah...saya pun tak tau nama-nama bunga secara keseluruhannya...





inilah antara bunga-bunga yang sentiasa mendapat sentuhan dari mami dan abah...di sini jualah mereka terus menyemai rasa kasih dan sayang mereka dalam meneruskan hidup mereka...taj mahal inilah yang menjadi bukti kasih cinta mereka...pemergian seorang demi seorang daripada keseluruhan 9 orang anak yang kian dewasa,meninggalkan satu kekosongan dalam kehidupan...di mahligai inilah mereka berpaut antara satu sama lain dalam memastikan keutuhan ikatan kekeluargaan ini terus teguh...bunga-bunga inilah yang menyaksikan segalanya...

so,memang bertuah ada mak yang prihatin terhadap persekitaran dan keselesaan rumah demi keluarga tercinta =)....bapa saya pula,jenis pendiam sikit...tapi sntiasa menyokong apa yang mami lakukan.....

kadang-kadang tu,kelakar pun ade bile melihat mereka tidak sependapat dalam sesetengah perkara...mami cakap tu,abah cakap ni..mami nak itu,abah pula kadangkala tak setuju..tapi,abah jenis mengalah...walau tidak sependapat,namun akan diturutkan jua hasrat isteri tercinta...sebab,apa yang mami buat kesemuanya untuk kami,anak-anaknya....

mami dan abah bersama sebahagian anak-anak,menantu dan cucu-cucu...raya 09..


kalo balik cuti sekolah,seronok dapat balik rumah....dapat tengok kehijauan dan keindahan tanaman bunga...di kala waktu petang,tiupan angin yang datang,membuai dedaun bunga...membuatkan mata seronok melihat rentak tari setiap dedaunan ...

bab masak pula,saya memang tak mampu nak ulas panjang....kadangkala terpikir,sebilangan mengatakan metodologi memasak adalah sekadar 'main campak-campak'...betul ke?? hehe..saje je trpikir teori ni...tapi,sejauh mana pembuktian teori ini??

seorang ustazah saya,Ustazah Latifah semasa di SMKA Segamat dulu kata,"bergantung kepada air tangan seseorang...kadang-kadang resepi sama,tapi rasa lain-lain sebab air tangan yang berbeza"

ye,saya setuju dengan kata-kata ustazah saya ni...dan juga saya lihat,air tangan yang ada pada mami memang hebat....saya suka tengok mami masak..men campak-campak je....tapi tetap sedap...dulu,ada beberapa kali buat rumah terbuka kat rumah...sume masakan,mak saya yang masak...buat mee rebus,buat sambal kering dan macam2 lagi...dan yang paling menjadi makanan kegemaran kami adik-beradik,nasi ciptaan mami...

nasi ni,sampai sekarang masih belum dikurniakan nama oleh mami...nak kata nasi beriani,bukan...nak kata nasi minyak,bukan....cuma warna je macam nasi minyak...tapi rasanya totally lain...dan bersama-sama nasi ni,ada acar sayur,daging masak kurma (kalo tak silap) dan ada la lauk pauk yang lain...nasi dagangnya pun cukup menyelerakan..

masakan barat pun mami pandai...sebab dulu mami ikut abah sambung belajar ke oversea,tu yang pandai agaknya...dari dulu saya nak makan pizza buatan mami..tapi sampai sekarang tak merasa lagi...mungkin sebab sibuk kot.....
ingat lagi ada skali tu,kawan mami nak datang....so,tertanye2 la jugak nak masak pe...tapi mami tenang je...tengok bahan-bahan yang ada kat dapur,mami pun masak la pe yang ada....masa tu,mami masak 'bihun masak kicap' (herm,xtau la betol ke tak nama ni...just andaian sndiri)..sedap..sekejap je masak...kicap pun ada...masuk tu,masuk ini,campak sana,campak sini,SIAP!

kalo raya,lagi seronok...cakap je nak masak pe...mami akan masakkan...dulu,slalu juga mami masak laksa..laksa johor dan laksa penang....lagipun,sebab saya ni suka makan laksa..tu yang mami masak...bile raya,mesti ada rendang,ada lemang...mami suka masak rendang tok...cucu-cucunya sume suka makan rendang tok masakan mami...kalo lemang pula,mami tak pakai buluh,tapi pakai kertas aluminium...daun pisang digulung dan diiletakkan di dalam kertas aluminium yang juga digulung...selepas itu,masukkanla pulut kedalamnya dan kemudian rebus...saya ingatkan cara ni dikenali...tapi bila tanya kawan-kawan,diorang pun pelik =)...mungkin juga mami memang suka menjadi 'orang lain',mesti cara pun lain....

sekarang ni,bila mengenangkan kembali memori tersebut baru rasa menyesal tak belajar masak dari mami...dulu,sebelum berangkat ke mesir,mami slalu juga tanya,bila nak belajar masak?? macam-macam alasan diberi nak mengelak dari belajar....sekarang,baru terasa rugi.....

kalau ada rezeki untuk balik tahun ni,saya nak tebus semula kekesalan tersebut =)

sejak umur menjangkau umur 50 dan keatas ni,dah kurang sikit memasak...anak-anak pun dah besar...jadi,tak perlu dirisaukan sangat....mami pun sibuk dengan kerja lain...mengajar dan berkhidmat bawah MAIJ sebagai salah seorang tenaga pengajar Al-Quran...baik kepada warga-warga emas,mahupun kepada pelajar-pelajar sekolah menengah....keluar tengah hari,balik malam...selepas maghrib,keluar lagi....sekitar 10 malam,baru boleh berehat di rumah...

rasanya,setakat ini perkongsian saya mengenai mami...bagi saya,mami seorang isteri yang cemerlang,seorang ibu berdedikasi dan seorang nenek yang menawan ;)


* silalah ke blog abah saya yang pertama...abah juga ada mendedikasikan cintanya kepada mami...di blognya yang kedua pun ada kisah lebih lanjut...

Click Here to Read More..
Share

BENARKAH DAKWAAN ITU??

01 March 2010

12 Rabiulawal merakamkan satu peristiwa pnting yang terhebat dalam sejarah kewujudan manusia di dunia ini….dan pada sambutan mauled yang lepas juga,saya dan beberapa sahabat yang lain turut serta dalam acara sambutan Maulid Khairul Anam,Nabi Muhammad S.A.W…..bertempat di masjid Al-Asyraf,di Jabal Muqottom….majlis yang diadakan oleh Syeikh Yusri Ar-Rushdi Al-Hasani…salah seorang ulama azhar yang tidak asing dalam kalangan masyarakat mesir apatah lagi pelajar Malaysia….majlis bermula seusai solat jumaat…tapi,kami pergi awal ke sana untuk mendengar khutbah jumaat yang akan beliau sampaikan dan juga bagi mengelakkan sebarang kesesakan…..


Selang beberapa ketika setelah tibanya kami di sana,kelihatan Syeikh melangkah masuk ke ruang masjid tanda khutbah akan dimulakan sebentar lagi…pakaian serba putih,raut wajah yang serba tenang dan penghormatan para jemaah yang ada kepada beliau,menyebabkan hati berasa seronok melihat Ulama ini….terasa ketenangan hati dan kedamaian jiwa berlaku dalam diri….



Khutbah beliau berkisarkan mukjizat Kekasih Umat sepnjang kehidupan Baginda S.A.W…..sudah lama diri ini tidak dijamukan dengan manisan akan kisah hidup Baginda….diri sudah lama tidak terjaga dari lena hati….diri ini sudah lama tidak merasakan zouq keizzahan baginda meresap ke dalam diri…diri ini juga bersyukur kerana masih diberikan pluang untuk terus menjadi Umat Baginda S.A.W…….

Saya tersenyum sndirian ketika khutbah disampaikan….seronok,teruja dan ‘excited’ mndengar setiap saat kisah baginda menjalani hidup di dunia ini….berulang kali ibarat ini diperdengar oleh Syeikh,“Baginda adalah manusia tapi bukan seperti manusia-manusia yang lain”. Baginda sentiasa berbeza dengan makhluk yang lain dalam setiap aspek…setiap saat hayat Baginda bermulanya sejak di dalam rahim Ibunya hinggalah kesaat kewafatan Baginda,tidak sama perjalanan hidupnya dengan kesemua makhluk yang ada

Ya,sememangnya hayat Baginda tidak sama….perkara yang dianggap satu kecelakaan keatas manusia biasa,ianya merupakan satu barakah dan penghormatan kepada Baginda….kisah pmbedahan dada baginda oleh malaikat Jibril didalam Ar-Raheeq Al-Makhtum yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik oleh Imam Muslim dalam kitab hadis sahih beliau….pabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, di mana Rasulullah telah didatangi Jibril (a.s),ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talam emas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka, "Muhammad telah dibunuh". Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda kepucatan.’ -kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum


Syeikh Said Ramadhan Al-Buti menyatakan didalam kitabnya Fiqh As-Sirah,bahawa ini lah tanda bahawa baginda adalah manusia yang telah bersedia dengan tugas pembawaan risalah wahyu sejak waktu kecil baginda..keperibadiaan agung ini mula melakar dan membentuk pengaruh dalam sejarah ketamadunan masyarakat dunia....satu nama yang telah disebut oleh para anbiya terdahulu,nama yang terukir di benak fikiran umat terdahulu dan nama yang bakal menggegarkan pentas peradaban dunia....



itulah MUHAMMAD,Rasulullah sollallahhualaihiwasallam....


Hati yang bersih,tubuh yang cekal,pemikiran yang tajam dan akhlak yang termulia,teradun dalam peribadi agung Baginda....ketabahan Saidina Nuh,kehikmahan Saidina Musa,keteguhan Saidina Yusuf,keizzahan Saidina Sulaiman dan kesemua sifat mulia yang pernah wujud dalam kelompok manusia di muka bumi ini,berhimpun dalam susuk diri Baginda....Bagindalah ikutan yang selayaknya bagi semua insan....


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” Al-Ahzab:21


Penjagaan yang teramat istimewa diberikan kepada Baginda di setiap detik hayat baginda....pelbagai mukjizat yang berlaku,menguatkan kepercayaan diri akan keimanan terhadap kenabian Baginda..pentarbiyahan secara langsung dari kekasih Baginda,keatasnya memberi kesan yang teramat dalam mempersiap diri Baginda untuk berhadapan dengan pelbagai karenah umat....ditarbiyah kesabaran Baginda dengan mengembala kambing,menjadikan baginda mampu bersabar dengan pelbagai mehnah,tribulasi dan cabaran yang didatangkan kepada baginda....di situlah baginda bersabar dalam memformulasikan satu model insaniah yang bertepatan dengan fitrah manusia dan dididik keatas umatnya...generasi para sahabat,para tabi’in,para tabi’ tabi’in dan barisan umat Baginda yang terkemudian,mampu terus berpegang dengan prinsip yang dipasak oleh Baginda,bukti ajaran dan risalah alam yang dibawa bukan sebarangan ajaran...ia adalah risalah ilahiah dan panduan rabbani yang tidak mampu dicipta sama sekali oleh mana-mana manusia hatta Baginda sendiri


Dan sudah semestinya pilihan yang Sang Pencipta dalam memilih Sang Penyampai bukan pilihan yang biasa....terkesannya ajaran agama ni kesegenap pelusuk....berkembang dari sbuah sahara....menyusur dalam diri sbuah bangsa...bangsa yang dianggap hina oleh bangsa yahudi...gelaran ‘Ummiyun’ yang bererti binatang yang hina dipahat keatas diri mereka....mereka tidak dipandang oleh bangsawan dunia dek kejelekan dan ketidakmadunan mereka...


Datanglah risalah ketuhanan mengubah atmosfera hidup...suasana kejahilan bertukar menjadi suasana keilmuan...pegangan kebatilan beralih kepada pegangan kebenaran...dan kefasadan yang menjalar menjadi keamanan yang tersebar.....kesemuanya kembali kepada jasa penghulu para pemimpin,dan pemimpin para penghulu......


Keazaman dan keikhlasan mendahului segala-galanya...datanglah walau sehebat mana halangan dan ancaman,namun tugas ini akan tetap diteruskan...baginda dipinta pak ciknya untuk menghentikan segala yang sedang dilakukan...namun,”Wahai pak cikku,Demi Allah walau mereka letakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku tinggalkannya,sudah pasti aku tidak akan berundur sama sekali!”-sirah Ibnu Hisham


Dek kerana untaian kata inilah,kehidupan dalam kalangan salah sebuah kabilah yang begitu masyhur dan dihormati,menjadikan hayat baginda berada dalam legaran dan era penyeksaan serta ujian kesabaran yang menjadikan diri baginda terus kuat....bersama Baginda dan para sahabat radiallahuanhum,adanya Allah taala peneman diri,pelindung jiwa,penenang segala kekusutan dan pelerai bagi ketegangan...


Setiap saat,setiap detik perjalanan hidup Baginda tidak pernah lekang dari pelbagai cercaan,celaan,kejian,ancaman,makian dan tohmahan...di sinilah,sirah Baginda mengajar kita akan bentuk perjuangan sebenar dalam usaha menegakkan Kalimah Al-Hak dalam kalangan masyarakat.....perjuangan yang sebenar tidak akan bersenang...perjuangan ini tidak akan sunyi dari kesusahan...perjuangan hakiki akan sentiasa diuji zahiriah dan batiniah diri,keimanan dan kebergantungan diri.....inilah perjuangan hakiki yang berjalan diatasnya para rasul dalam menyempurnakan tugas mulia ini...




Saya dan para sahabat ingin menyusuri jalan ini...tapi,acap kali datang lintasan monolog dalaman di benak hati...benar ke aku ni sudah benar-benar layak menjadi pejuang?? adakah aku sudah teruji keimanan dan ketetapan diri?? Adakah aku sudah merasa ditohmah oleh musuh?? Adakah sudah teruji kesabaran diri?? Adakah diri telah berjaya melepasi mehnah yang datang??



Tidak kira dalam apa jua bntuk halangan dan mehnah sekiranya kita mengisytiharkan diri ini benar-benar beriman,halangan dan ujian akan datang dalam pelbagai bentuk...


Diselak helaian kitab-kitab tafsir yang ada,saya mencari makna sepotong ayat....


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji

(dengan sesuatu cubaan)?” Al-Ankabut:2



Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya,”Semestinya akan diuji para hambaNYA yang beriman bergantung kepada tahap keimanan yang ada dalam diri mereka”


Syeikh Said Tantawi berkata dalam tafsir Al-Wasiit,”Adakah manusia akan dibiarkan tanpa ditimpa ujian,bala,musibah,hanya kerana mereka berkata akan Iman?? Sesungguhnya sangkaan mereka itu adalah sangkaan yang batil...kerana iman bukanlah sekadar untaian huruf yang diungkap semata-mata dengan lidah,bahkan ia adalah akidah yang menyebabkan pemiliknya akan diberikan dengan pelbagai bentuk bala dan ujian..............................................disitu akan terzahirlah perbezaan kekuatan iman daripada kelemahannya”


Syeikh Wahbah Zuhaili pula dalam At-Tafsir Al-Munir,”manusia menyangka mereka akan dibiarkan selepas semata-mata mereka telah mengatakan:kami telah beriman kepada Allah dan rasulNYA,tetapi mereka tidak didatangkan dengan kesusahan tanggungjawab seperti hijrah dan jihad fi sabilillah,menlawan hawa nafsu dan pelbagai tuntutan ketaatan dan kefardhuan yang berbntuk harta dan fizikal.......................ia adalah untuk membezakan mukmin yang benar-benar ikhlas daripada munafik,yang benar-benar berpegang teguh daripada yang hanya sekadar terpaksa”


Syeikh Yusuf Al-Qardhawi sndiri mempunyai sejarah perjuangan yang getir dalam menjalankan tanggungjawab beliau...beliau pernah ditangkap,dipenjara....kita lihat pula kepada yang mengatakan diri telah mengikut manhaj perjuangan Jemaah yang pernah menggegarkan bumi mesir dan menggugat kedudukan puak-puak yahudi....adakah kita sebetulnya telah mengikut manhaj jemaah tersebut?? Mereka menempuh pelbagai sekatan hidup,kita juga telah menghadapi?? Mereka pernah merasa ancaman bunuh,kita pernah merasainya?? Datangkan bukti andai benar-benar jemaah yang pernah masyhur di bumi Mesir ini tidak pernah merasai fitnah!



Bagaimana pula dengan sejarah Ulama terdahulu?? Keikhlasan dalam memperjuang Islam yang sebenar-benar Islam,pasti akan menempuh mehnah...Mehnah yang lazimnya akan didatangkan keatas mana-mana muslim yang ingin berjuang mempertahankan kesucian agama ini....



Adakah betul iman yang ada ini sebenar-benar iman??


Amati sedikit sebanyak kepayahan baginda dari Ar-Raheeq Al-Makhtum:


1. ‘.....................Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan hadith yang memberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu.’

2. ‘……………….mengambil uncang najis sembelihan terbuang itu dan meletakkan ke atas belakang Muhammad semasa beliau sedang sujud itu, maka bangun yang ternakal di antara mereka iaitu Uqbah bin Abi Muit beliau membawa uncang najis itu dan beliau tunggu hingga apabila Rasulullah (s.a.w) sujud maka beliau meletakkannya ke atas belakang Rasulullah di antara dua bahunya…………………….’

‘Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang Baginda……………..’

3. ’ Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah, beliau pasti mencela dan memaki hamun Baginda……’

Tidak lupa kepada para sahabat yang bersama-sama Rasulullah….

1.‘pihak musyrikin telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untuk membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya lagi menggerunkan.’

2. ‘Umaiyah bertindak di luar batasan kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti menarik seekor binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya kesan dari jerutan tali..’

3. ‘Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panas membakar, di sana mereka disiksa………ibunya Sumaiyah adalah Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula tombaknya melalui farajnya…’

4. ‘Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar, beliau telah disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah….’

5. ‘Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba' al-Khuza'iyah, pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuat-kuatnya, memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu panas dan menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun....’


Maka,apabila kita berbicara soal perjuangan….ianya bukanlah benda yang remeh…keikhlasan yang diperlukan….jika kita mengaku dan mendakwa diri ini hendak berjuang,maka secara tidak langsung kita mengisytiharkan diri ini sudah bersedia dengan pelbagai ujian dan cabaran…


Sebilangan mendakwa usaha dakwah mereka yang terbaik…ada yang mendakwa merekalah sebenar-benar pejuang…..tapi,satu persoalan seharusnya dijawab,ADAKAH ANDA SUDAH DIUJI???


Diri ini masih tidak layak untuk bergelar pejuang dan masih jauh perjalanan dalam mengkaderkan diri ini dalam menjadi generasi yang benar-benar ikhlas memperjuang Ad-Deen ini kerana MASIH BELUM DIUJI….



TETAPKANLAH AKU DIATAS JALANMU YA ALLAH…..


Wallahualam

Mohammad Izzat Naqib b Md Yusof

Rumah Amanahraya,Kaherah,Mesir

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails