Followers

Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

belajar no 1 tapi dakwah bukan no 2

19 March 2011





 teringat zaman persekolahan waktu muda-mudi dulu. jika di Kolej Islam,biah memberi tazkirah antara yang tidak boleh dipisahkan dengan warga kolej. baik di surau,di floor,di kelas hatta di dewan terbuka dan dewan besar. slot tazkirah pasti ada walaupun sekejap

para pelajar sentiasa dihidangkan dengan pelbagai santapan berunsurkan rohani disamping tidak mengenepikan segala yang memberi manfaat dalam kehidupan duniawi.




jika di Kolej Islam,usaha-usaha dakwah ini sentiasa dihidupkan dan didedahkan kepada para pelajar.dari golongan pelajar hinggalah kepada golongan pentadbir,dakwah terus berjalan tanpa mengenal gender dan jawatan.



dari sini,saya mula terdedah dengan suasana yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada semua untuk tidak sesekali memandang usaha dakwah sebagai kerja yang remeh dan ringan. saya dan sahabat-sahabat pelajar yang lain sentiasa diingatkan dengan kewajipan untuk berdakwah dan janji-janji Allah kepada mereka yang bekerja untukNya. ayat yang popular dalam kalangan kami waktu ketika itu

[47:7] Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.


dari sekolah lah fahaman untuk sentiasa berjuang dan berdakwah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat dan kenal siapa itu Allah terus disemai dalam diri setiap pelajar

samada kita sibuk dengan kelas-kelas tambahan,kerja rumah,tugasan program atau apa jua yang berciri duniawi,segalanya akan dipastikan untuk tidak tertinggal dari diadun dengan segala yang berunsur ukhrawi. sebab itu walau sibuk dengan study,dakwah jangan tinggal

para muzakkir juga selalu berulang kali dengan ayat "belajar no 1,tapi dakwah bukan no 2".

teori ini selalu dicanang dalam kalangan semua. namun,dari sudut praktikal adakah ianya juga berjaya?

ini lah yang menjadi dilema kepada setiap warga kolej. apatah lagi bagi batch yang akan menduduki peperiksaan awam. keadaan ketika itu seolah-olah hidup dan mati kita hanyalah untuk periksa. segala yang tidak berkaitan dengan peperiksaan diabaikan dan tidak diendah.

bukan niat saya untuk menyalahkan peperiksaan. saya pun tidak layak nak memberi sebarang komen tentangnya. result periksa saya pun bukanlah baik mana pun. tak mencapai 12A1 pun.

tapi,izinkanlah saya bercakap atas kapasiti diri sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab untuk memberi peringatan kepada sahabat-sahabat yang lain. kita adalah MUSLIM. para sahabat yang membaca juga,letakkanlah diri dalam kelompok insan bergelar muslim yang sentiasa berhajat kepada peringatan.

peringatan yang bukan hanya untuk diri para sahabat. tapi ianya lebih besar kepentingan untuk diri saya sendiri.

peringatan yang dengannya,moga-moga kita akan terus mendaulatkan Islam di serata tempat walau apa jua komitmen kita di dalam dunia ini.

samada bekerja,belajar ataupun berprogram jangan lupa tanggungjawab menyebarkan dakwah dan Islam itu tidak terabai.

di dunia ini,kita sering kali tersilap. syaitan berjaya menipu kita. kita terpengaruh dengan ajaran Yang Terlaknat itu. kita dikaburkan dengan kejayaan bersifat sementara. kejayaan yang lebih abadi itu sering kita abaikan dan lalai akannya

kita lupa untuk bertanya kepada diri akan kejayaan mana yang kita mahu.adakah sekadar di dunia? atau sekadar di akhirat?

pertimbangan akhirat inilah yang membuatkan ramai terlepas pandang dek kerana laluan untuk ke sana begitu sukar hingga ramai yang tewas dan terkandas di tengah jalan.

bermujahadah dan bekerja untuk Islam menjadi perkara yang sukar dalam anggapan sesetengah insan. tidak ramai yang mahukannya

kita lebih rela untuk rugi di akhirat dengan membiarkan diri agar terus hanyut ditelan kemewahan dan kekayaan dunia yang ternyata tidak akan kekal sama sekali berbanding bersusah di dunia yang hanya buat sementara waktu bagi meraih cintaNya,redhaNya di akhirat kelak.

biarlah jika ada yang katakan "ala,ilmu pun tak kemana,ini nak dakwah je","sikit-sikit cerita pasal khalifah.belajar pun tak lepas lagi". paling penting,kita tahu matlamat dan hala tuju hidup seorang muslim disamping tidak mengenepikan urusan pembelajaran di kelas-kelas,di kuliah bersama para guru yang sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak bangsanya

Ya Allah,Kau golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang sentiasa dambakan cintaMu dan juga cinta Rasul-Mu. jadikanlah kami hamba yang akan terus menjadikan nafas dan darah yang mengalir dalam tubuh ini hanya untuk agamaMu...

Click Here to Read More..
Share

aku bukan YB lg

17 February 2011


mami dan abah seorang tenaga pengajar Al-Quran di daerah batu pahat. antara yang mengambil kesempatan untuk memanfaatkn tenaga mereka,seorang bekas YB yang tinggal di daerah batu pahat. soal parti mana beliau itu tidak perlu diketahui.

satu perkara yang ingin diborakkan bersama anda.mami kata "bagus dia tu.walaupun dah tak jadi calon YB lg,tapi masih rajin buat kerja.sebab tu ramai yang suka dan selesa dengan die"

tertarik sebentar dengan ungkapan mami. ye,wakil dan pemimpin rakyat itu walaupun tidak mendapat mandat jawatan secara rasmi namun tetap berkhidmat untuk masyarakat.

inilah falsafah dalam diri mereka yang bersifat kepemimpinan dan bukan sekadar pemimpin. mengapa 'kePEMIMPINan' dan bukan 'kePIMPINan?

seperti ungkapan dalam prakata penulis bagi buku 'Kuasa kePEMIMPINan Al-Fateh',dinyatakan bahawa kepemimpinan itu merujuk kepada pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun tidak. manakala kepimpinan pula tertumpu kepada posisi dalam organisasi.

maka boleh bukan untuk kita nisbahkan sifat kepemimpinan ini kepada bekas YB itu.beliau bukan insan bekepimpinan yang sekadar bergantung kepada posisi dan kedudukan tapi insan bekepemimpinan yang sentiasa terus berpengaruh dalam kelompok manusia dan membina ikatan bersama mereka walaupun tidak berjawatan

satu sifat yang perlu kita prihatin bagi mereka yang mendedikasikn mereka untuk berkhidmat kepada rakyat secara langsung; membantu meringankan serta memudahkan urusan rakyat tanpa mengira waktu

ingat! bukanlah medan politik(dalam konteks sekarang) itu bertujuan asal untuk merebut kuasa hingga wujudnya menang kalah. tetapi ia adalah satu paltform bagi mereka yang sanggup menyerahkan diri kepada masyarakat dalam menjadi satu agen yang bertindak sebagai tulang belakang rakyat dalam menghadapi segala bentuk kekangan hidup yang datang.

bagi saya,amat silap jika mereka yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak sedikti pun memudahkan rakyat.malah menambahkan kekusutan dan keserabutan kepada rakyat.

sebab itu seharusnya bagi mereka yang sudah tamat tempoh bekerja secara rasmi sebagai pemimpin rakyat,terus berbakti dalam apa jua posisi anda selepas itu. anda yang memilih untuk menjadi pemimpin rakyat.mengapa dihadkan sahaja khidmat anda untuk tempoh tertentu? rakyat mengenali anda. gunakan sifat kepemimpinan yang ada untuk terus membina pengaruh dan menolong rakyat.

akhlak dan peribadi yang menjadi pakaian bagi pemimpin yang berjaya.mereka dihormati bukan kerana ketinggian jawatan dan posisi akan tetapi dek kerana sinaran perilaku dan kehalusan budi pekerti sepanjang memimpin.

itulah seni memimpin gaya Al-Quran yang diterjemahkan oleh Rasulullah. satu pakej kepemimpinan yang begitu terbilang dalam sejarah ketamadunan manusia. melengkapi kesemua cara memimpin bagi setiap keadaan yang berlaku.

Click Here to Read More..
Share

Indahnya perilakumu..


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi
beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang
lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

sumber

Click Here to Read More..
Share

adakah Muhammad masih hidup?

14 February 2011



"Muhammad telah terbunuh! Muhammad telah terbunuh!" jerit Ibnu Qaniah,seorang tentera musyrikin dalam hiruk pikuk peperangan. jeritan tersebut menggetarkan hati-hati para pejuang Islam yang berada di situ. mereka terpaku,terpana dan keliru dengan apa yang didengari. mereka diam terkelu.mana mungkin Rasulullah mati dengan begitu mudah.bukankah Allah sntiasa menjaga Baginda?

tentera muslimin mula dilanda keluh kesah. sebahagian mula berundur menyelamatkn diri. Muhammad telah mati,untuk apa kita terus berperang? tapi sebahagian yang lain tidak mudah tewas jatidiri dan prinsip. mereka berkata sesama mereka "sekiranya Muhammad telah terbunuh,maka berjuanglah demi agamamu!"

saat itu mereka terus berdepan dengan musuh tanpa mengenal penat dan takut.hanya redha Allah yang dilihat dalam memberkati kesyahidan mereka

segalanya bermula ketika tentera pemanah di bukit Uhud turun mengejar harta perang tinggalan tentera musuh. kesempatan yang ada diguna oleh Khalid al WAlid untuk menewaskn tentera Islam.

Baginda melihat keadaan itu. tentera Islam mula dipanggil bagi menyusun semula kekuatan. sifat kepahlawanan dan keberanian baginda terserlah. utusan Allah yang bukan sekadar seorang penyampai wahyu. malah juga seorang pahlawan dan pendekar dalam sorotan sejarah kepahlawanan dunia.

Baginda bertindak bangkit memanggil kesemua tenteranya sedangkn baginda tau pasti suaranya akan didengari oleh pihak musuh jika berbuat demikian. tapi,takut itu bukan sifat baginda.kecut itu jauh sekali. keberanian dan tawakal dipertaruh. baginda tekad melakukannya demi memastikkn tenteranya tidak tewas tanpa berusaha di medan tempur.

tentera musuh mula mencuri peluang.baginda diserang. wajah baginda dilukai,gigi depan dicacati.baginda pengsan setelah terjatuh ke dalam lubang yang digali. Abu Ubaidah datang menolong baginda. tatkala itu,berkata Rasulullah "bagaimana kaum yang melukai muka nabi mereka boleh berjaya?"

************************************

pasti sedih bercampur geram bagi para sahabat yang melihat penganiayaan keatas baginda itu. sedangkn kita yang tidak melihat Baginda secara fizikal pasti terasa sedih bagi setiap penghinaan yang dilemparkn oleh golongan jahiliyyah pada masa kini,bagaimana pula dengan para sahabat yang bergunung-gunung tingginya kecintaan mereka terhadap Baginda?

mereka itu hidup bersama Baginda. makan bersama Baginda. berperang,beribadat dan bersnda gurau kesemuanya dilakukan bersama Baginda. stiap saat akan mereka manfaatkn untuk bersama Baginda....

Ya Allah,kau kurniakanlah kami kecintaan yang berpanjangan keatas Kekasih-Mu


Click Here to Read More..
Share

tenang...

08 November 2010


tenangnya hati jika Al-Quran menjadi pendamping diri

sentiasa merasa kedamaian,keamanan,kesejahteraan..

hilangnya kegelisahan,keresahan,kekusutan,kekalutan..

sudahk sekian lama tidak rasai perasaan sebegini..rasa bersyukur sangat

terlalu lalai rasanya hati ni..terlalu gemar mencari benda lain sebagai penyeri jiwa sedangkan hakikat penyeri yang sebenarnya diabaikan..keseriaan yang tidak kekal dan tidak mampu bertahan..tidak mampu menewaskan kedudukan dan kemuliaan Al-Quran disisi manusia..

beberapa hari ni,jiwa dalaman agak berserabut..tapi,alhamdulillah..Allah masih kurniakan kepada diri,keamanan jiwa

indahnya hidup menjadi hamba yang mempunyai Tuhan yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya setiap masa,setiap saat,setiap detik..

tidak terabai walau sedikit keprihatinan Allah keatas kita

walaupun sudah terlalu banyak perintahnya kita langgari

tapi ianya tidak menjejaskan walau sedikit pun rahmat dan inayahnya....

terima kasih Ya Allah..

Click Here to Read More..
Share

romantis cinta

06 November 2010



ramai yang inginkan kehadiran cinta insani dalam hidup

sebuah anugerah istimewa yang tiada siapa mampu menangkis kebenarannya

kehadiran mereka bergelar 'teman hidup' antara nikmat hidup yang begitu berharga

merekalah pendorong,penasihat,teman berborak,pemberi semangat....

peranan mereka begitu banyak dalam membantu mencorakkan kehidupan kita

pemilihan mereka yang bergelar isteri ataupun suami bukanlah satu pilihan yang mudah

pandangan secara jangka masa panjang yang perlu kita pentingkan

teman kita itu bukan sekadar teman kita,tetapi merekalah bakal ibu dan ayah kepada anak-anak kita,atuk dan nenek kepada cucu-cucu kita dan tauladan kepada generasi-generasi kita.

merekalah guru kepada anak-anak,peneman ketika sakit,pengubat luka,penyeri keceriaan

bukan mudah nak bercinta dengan manusia..
cinta yang bukan atas dasar rupa,bukan atas dasar nafsu dan bukan sekadar suka-suka

cinta yang ingin kita kekalkan sepanjang hayat dan cinta yang ingin kita setia kepadanya tanpa berbelah bagi.paling utama,cinta yang ingin kita bawa hingga ke syurga

letakkan cinta kita kepada insan tersebut kerana Allah.disitu akan menjadikan kita ikhlas dalam perhubungan.

kejujuran,kesetiaan,ketulusan dan kesabaran serta ketabahan akan terjamin sepanjang kita dan dia menjadi teman

kadang rasa benda yang perlu kita ingat dan perbetul...ramai yang suka bercinta tanpa ada matlamat,sekadar suka-suka.hanya sekadar nak isi masa lapang.hanya ingin hilang kebosanan.apa jenis cinta ini?

ramai yang terlepas pandang nilai romantis sebenar dalam cinta ini.

keluar berdating,saling bertukar hadiah,bergayut kat telefon,berbalas-balas sms beratus-ratus,bercumbuan,berpelukan dan berpuluh-puluh jenis maksiat apa lagi yang ada? anda boleh jawab sendiri..

puas ke dengan cara demikian? mungkin anda puas didunia,tapi adakah anda akan dapat kepuasan hingga ke syurga?

kenapa saya bercerita tentang perkara cinta tiba-tiba ni? entahla..mungkin ilham..dan mungkin juga rasa jelek dengan cara cinta yang terpesong

maaf atas salah silap kepada yang membaca.pndapat peribadi yang boleh dipertikai kepada yang ingin berbuat demikian.pendapat yang bukan maksum.

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

jangan mudah putus asa

05 November 2010



hidup penuh dengan ragam.inilah kesenian skrip perjalanan hayat seorang insan yang telah direncana oleh Allah.

walau ianya nampak seakan-akan rumit dan pelik dari pandangan mata kasar,namun ianya silap kita sendiri yang tidak mampu menilai dan mangamati kehalusan seni yang tersirat dalam setiap babak kehidupan ini

hanya mereka yang begitu tekun dan bersungguh untuk terus menjayakan pementasan ini yang mampu mencapai makna tersembunyi dan hikmah tersebut

sebab itulah bukan senang untuk kita berasa syukur dan redha dengan apa yang ada.sebab mata hati kita masih tertutup dari melihat hakikat keseronokan segala yang diperturunkan Allah

kedangkalan dan kecetekan pelakon yang terlibat itulah penyebab kepada ramai yang suka membangkang dan mempertikai hasil seni Tuhan kita

Allah telah memberikan satu ganjaran dan jaminan kepada mereka yang menjayakan dramaNya.pulangan lumayan iaitu syurga itulah hadiah kepada kejayaan drama ini

maka,tidak hairanlah pelakon-pelakon bertaraf tinggi sahaja yang mampu mendokong peranan dalam drama tersebut

mereka inilah para anbiya,para sahabat,para salafussoleh,ulama-ulama dan mereka yang dekat kepadaNya.tanpa mereka,efek senario sebuah kehidupan yang aman dan sejahtera tidak mampu dihidupkan.merekalah pelakon penting dan utama dalam menjayakan drama ini

mereka tidak pernah berputus asa dari terus menjayakan tema drama;mengangkat syiar Islam diseluruh pelusuk dunia

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman" <3:139>

berbanding kita yang bertindak sebagai pelakon tambahan,mudah sangat putus asa dan lemah ketika kesulitan dan kepayahan melanda sepanjang pembikinan

ada yang terus diam.ada yang bertempik,mudah melatah,dan hingga ada pula yang terus menyalahkan Allah terhadap apa yang berlaku

baru ujian yang kecil.peranan kita juga kecil,tapi sungutan dan rungutan dari mulut kita lebih hebat dari golongan kelas A tersebut

masalah hati dan nurani,kita cepat menyerah dari berusaha dan kemudian berserah.

ujian dakwah,kita mudah tewas ketika satu kesulitan datang muncul.

kenapa?

kenapa kita tidak yakin dengan kejayaan yang bakal tiba? tidak yakinkah kita dengan kebangkitan Islam?

dimana iman kita dalam terus menjadikan Allah sebagai tempat bergantung?

dimana kedudukan ayat Al-Fatihah 'hanya kepada Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan' yang sering dibaca dalam solat 5 kali sehari?

sejauh mana ketabahan dan kekuatan iman itu yang perlu difikirkan..


Click Here to Read More..
Share

sekitar redha dan syukur

04 November 2010


keputusan pilihanraya di dun Batu Sapi dan Galas kita telah tahu.biarlah walau apa jua spekulasi yang berlaku.tapi,ingin saya cuba mengajak sahabat-sahabat seperjuangan sekelian untuk bermusahabah dari kaca mata seorang mukmin yang sentiasa redha dengan segala yang dikurniakan kepada kita oleh Allah

jika di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi. Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.

Manakala bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

tidak mengapa,hendak menang mesti kena berjuang sebagai tanda kita berusaha.tapi tidak bermakna bila berjuang akan menang.ini la pemikiran yang patut kita tanamkan dalam akal kita ketika bergabungnya kita dengan perjuangan Islam

bila kita gagal seketika,anggaplah ianya sebagai peringatan keatas kita.mungkin sebelum berlangsung pilihanraya tersebut ada yang terlampau yakin dengan kemenangan yang akan diperoleh hingga lupa akan pergantungan kepada Allah.

mungkin juga ada yang terlalu bongkak dengan pencapaian sebelum ini hingga menjadikan diri untuk bersyukur.

atau yang lebih teruk jika ada yang menjadikan kemenangan di pilihanraya ini sebagai batu loncatan bagi kepentingan individu untuk mendapat habuan dunia.

biarlah kalah dalam pertandingan.yang penting redha dan syukur dengan kurniaan Tuhan..

sekadar pendapat peribadi..

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

rayakan Syawal,rebutlah Maghfirah

06 September 2010


"Ramadhan hampir pergi,adakah dosa aku telah diampuni?" antara ungkapan yang sering diucap dan dinukil oleh setiap insan yang merasai akan hadirnya bulan kemuncak pentarbiyahan ini dalam diri mereka

bulan yang mengajar erti kesabaran,mendidik rohani agar lahirnya sebuah fitrah yang suci bersih,dan bulan yang membentuk kita dalam berusaha menlawan nafsu amarah,lapar dan syahwat

inilah sebuah bulan klimaks dalam kalendar seorang muslim.hakikat seorang hamba yang wajib bagi kita agar sentiasa bersedia untuk diuji dan bukan sekadar menikmati apa yang diberi

di bulan inilah juga hikmahNya dalam berlaku pelbagai peristiwa bersejarah agung dalam lipatan sejarah Islam pada zaman hayat umat salafussoleh ketika era awal kebangkitan Islam

berlakunya peristiwa penurunan Al-Quran,peperangana badar,pembukaan kota mekah dan pelbagai lagi peristiwa yang menjadi tanda bahawa kemuncak kepada takwa yang ditarbiyahkan dalam bulan Ramadhan

lepasnya kita dengan modul-modul tarbyah dalam bulan ini,mampu membekalkan kekuatan dalaman yang menjadi generator bagi terus istiqamah mengamalkan segala macam ajaran yang Islam wariskan kepada kita

tamatnya Ramadhan,hadirlah pula laungan takbir 'Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar' memecah kedinginan pagi Syawal.kalimah membesarkan Maha Pencipta menjadi sarapan pagi seorang muslim dalam merayakan hari berbahagia

begitu cantik aturan Allah.selepas mewajibkan ibadah-ibadah yang besar,dikurniakan pula hari-hari yang besar sebagai kerehatan sementara bagi hambaNya setelah pengabdian yang tidak berbelah bagi untukNya tanda agama ini adalah rahmat dan tidak ekstrem atau radikal

Syawal yang tiba mengingatkan kita akan segala penat lelah yang telah ditunjukkan oleh umat terdahulu bagi memperjuangkan Al-Haq.di bulan ini jugalah bukti kemenangan yang telah diraih oleh golongan sahabat setelah berjaya mengkagetkan bentuk kebenaran dan berdirinya Al-Furqan dalam kehidupan masyarakat arab pada ketika itu

perjuangan yang memerlukan kita untuk mengenepikan segala kepentingan diri atau kelompok peribadi.perjuangan suci dari semua bentuk ideologi manusiawi dan tidak kira sama ada mereka yang menentang itu hatta dari kaum kerabat kita sendiri.inilah Islam yang mengajar kita erti perjuangan yang tulen dan tidak terdapat dalamnya walau sedikit pun bahan asing yang mampu menjadi karat kepada keaslian perjuangan berasaskan agama

perjuangan menegakkan aqidah Islam yang benar,yang menolak kekufuran,yang menegakkan keadilan,menentang kezaliman

inilah semangat dan prinsip sepatutnya terhasil setelah selama sebulan diri dilatih dan hasilnya kita tunjukkan dalam 11 bulan yang lain

semoga segala perjalanan hidup kita yang masih berbaki seblum menghadap ilahi mampu memberikan kita pulangan yang Allah inginkan dari kita

Click Here to Read More..
Share

KEDEWASAAN


"perlembagaan itu sendiri adalah buatan manusia.ianya dirangka sesuai dengan keadaan sosio politik masyarakat pada masa itu.

namun,keadaan rakyat pada hari adalah berbeza dengan keadaan yang dahulu.

mereka sudah semakin dewasa dan matang dalam suasana sekarang.keadaan juga sudah berubah...." kata-kata seorang panelis dalam forum 'Di luar Lingkungan' yang dipengerusikn oleh saudara Sayed Munawwar

ya,memang kedewasaan rakyat kian makin meningkat.tapi,dari aspek apa ianya dewasa? ternyata banyak aspek yang boleh kita sebutkan;mungkinlah dari sudut pemikiran,dari sudut sosio-budaya sesama masyarakat majmuk,dan mungkin juga kedewasaan dalam mendepani arus pembangunan semasa dalam kerangka politik dunia yang kian mencabar

entah mengapa,petang tadi hadirnya sebuah lintasan dalam kepala yang memikirkan soal kedewasaan atau dalam erti kata yang lain kematangan

semalam,alhamdulillah Allah pertemukan jua saya dan sahabat dari SMKA Segamat,sekolah sebelum berpijaknya saya ke Kolej Islam

perkumpulan yang terus menggamit memori dahulu kala.mengimbau kenangan duduk dalam 1 dorm,'dibuli' oleh abang-abang senior,suka duka dalam kelas,mengusik sana sini..seronok rasanya..

makan nasi briyani






"sudah 20 tahun hidup ini.cepat masa berlalu.masing-masing sudah mula melakar dan mengasah kedewasaan diri" mungkin ini apa yang berada dalam benak fikiran saya ketika berkumpul

istilah dewasa memang sering dikaitkan dengan umur yang tua,mempunyai pekerjaan,dan sudah mempunyai life yang stabil

tapi,saya lebih kuat berpegang ianya adalah perkara yang subjektif dan tidak begitu kuat jika disandarkan dengan perkara-perkara yang telah disebutkan atau mungkin jika anda ingin tambah perkara yang lain,silakan.cumanya,apa yang telah saya sebut tadi adalah antara yang kita akan lalui sepanjang proses pedewasaan ini dan bukannya dewasa itu diukur dengan perkara sedemikian dan yang sewaktu dengannya

dewasa disisi saya lebih kepada apa yang melibatkan pemikiran dan tingkah laku.tapi tidak salah juga andai sesekali diselangi dengan fikiran yang 'gila-gila' dan perangai yang keanak-anakan kerana inilah manusia.ciptaan istimewa yang tidak pernah sunyi dari pelbagai reaksi dan emosi

tubuh yang kecil,masih berhingus dan baru setahun jagung..inilah yang sering melanda mereka-mereka yang belum smpai kepada tahap apa yang sepatutnya orang dewasa itu ada yang lebih bersifat marerial.

pendapat mereka tidak mahu didengari,tidak ingin mengendahi dan ingin terus menjauhi.inilah sesetengah perspektif yang ada dalam masyarakat kita terhadap 'budak-budak hingusan ini'

hanya kerana mereka masih dibangku pengajian sekolah mahupun universiti,layanan tetap sama

kematangan seseorang itu tidak sama sesama manusia.macam yang saya katakan,ianya subjektif.jadi sepatutnya kita lebih realistik dan membuka mata dalam menyedari kematangan atau kedewasaan seseorang dan tidak bersikap rigid dalam menilai ciri-ciri apa yang baru boleh dikira dewasa

mereka yang sudah berumur 'dewasa' pun belum tentu sama dengan mereka yang beumur 'muda'

keupayaan untuk mengambil tahu tugas-tugas orang dewasa dan mempunyai kekuatan serta persediaan mental untuk memikul tugas yang dewasa pun saya kira orang sedemikian bukan lagi dalam kategori kecil walau secara zahir tubuhnya kecil dan umur yang muda

walau apapun,semuanya lebih kepada bagaimana kita menilai manusia dari sudut kaca mata yang lebih terbuka dalam meletakkan satu cop kepada mereka yang berada disekeliling kita kerana ini semua akan membantu kita dalam bagaimana untuk memilih gaya pendekatan dan pergaulan apa yang sesuai sesama kita

Islam juga mengajar kita untuk menyesuaikan didikan selari dengan pertambahan usia anak-anak agar mereka tidak berasa masih merangkak dalam hidup dan sewajarnya kedewasaan mereka disedari dan diakui oleh ibu bapa


Click Here to Read More..
Share

Uzbekistan haram buka puasa 'tunjuk kaya'

04 September 2010

TASHKENT: Uzbekistan mengharamkan majlis berbuka puasa secara terbuka selepas pihak berkuasa agama mendapati ia menjadi cara golongan kaya menunjukkan kemewahan mereka.

Acara berbuka puasa secara besar-besaran itu sudah menjadi cara orang kaya bermegah dengan kekayaan mereka, kata jurucakap Lembaga Islam Uzbekistan.

Sejak beberapa tahun lalu, kami dapati majlis iftar terlalu besar umpama mahu menunjuk-nunjuk kemewahan seperti majlis perkahwinan yang diadakan golongan kaya untuk rakan mereka yang juga kaya. Kami sudah haramkan majlis buka puasa di restoran selain majlis perkahwinan di dewan besar tahun ini pada permulaan Ramadan dan setakat ini menerima reaksi positif, kata Abdulaziz Mansur, timbalan pengerusi badan berkenaan.


Pada masa sama, Abdulaziz menafikan tuduhan bahawa kerajaan Uzbekistan mahu menyekat perhimpunan keagamaan ketika Ramadan.

Saya sendiri meninjau majlis berbuka puasa setiap hari. Penduduk yang menganjurkan iftar gembira jika imam atau tokoh agama menjadi tetamu di rumah daripada di restoran, katanya.


*yang penting,niat yang betul dan cara yang betul


Click Here to Read More..
Share

negeri 5 menara


bismillah..

hari ni keluar rumah lagi..jalan-jalan dengan sahabat lama dari SMKA Segamat,Lokman Aiman..
dia baru balik dari UDM (katanya dah tukar nama)

so,cuti ni saya amekla masa sikit keluar sama-sama sambil mencari barang nak raya..tapi laen plak yang jadinya..ingat nk cari baju tuk dipakai kenduri akak saya nanti dan beli buku yang satu ni,'Armageddon:2012'..tapi last2 buku laen pulak yang dibelinya memandangkan buku tu takde lagi kat kedai buku yang saya pegi

selalu beli buku-buku yang bersifat factual,motivasi,ilmiah dan kajian semasa..tapi ari ni beli novel pulak

kali ni beli novel pulak untuk mempelbagaikn kecenderungan dan mengekalkn semangat membaca..nak elakkan boring,jadi kena variasikn bacaan..baru tak jemu

novel ni pun nmpak mcm best..tengok ulasan oleh kat belakang buku ni pun nampak macam best ditambah pula dengan komen dari pmbaca yang telah menghadamnya..buku ni pun antara yang baru diterbitkan oleh syarikat PTS..silalah beli bagi yang berminat

walau apapun banyak lagi buku tak baca sebenarnya..belian dah makin bertambah,tapi yang dah habis dibaca belum tambah2..erm,nak kena speed sikit ni..

tuk ulasan buku ni,insyaAllah laporan susulan akan menyusul =)

Hidupkan Budaya Membaca!

wassalam


Click Here to Read More..
Share

CARILAH PENGALAMAN ANDA

27 August 2010

bismillah..

langit tidak selalu cerah,hidup juga tidak selalunya indah..namun itulah hidup yang penuh lumrah dan rencah..yang tidak pernah sunyi dari ujian dan musibah.

sudah masuk hari ketiga saya di Klang.macam-macam yang berlaku dan terjadi.mungkin juga sekadar perkara biasa pada pandangan orang..tapi,sejak akhir-akhir ni saya seolah olah suka melihat setiap ragam manusia yang berlaku depan mata..bukan nak jaga tepi kain orang,tapi ingin cuba mencari pengalaman dalam setiap peluang..

pengalaman mungkin akan datang kepada kita semasa kita sendiri yang hadapi,tapi bagi mereka yang lebih kreatif,pengalaman itu yang cuba dicari..

macam-macam ada.saya melihat sbuah keluarga yang mempunyai anak syndrome down.begitu gembiranya mereka melayan dan merasai kehadiran anak itu dalam hidup mereka.setiap tutur kata yang diucapkannya,mereka perhati dan amati agar anak itu merasakan mereka itu wujud di hati ahli keluarganya.abang yang sulung pula suka menyakat adiknya itu.gelak tawa memenuhi ruang rumah

maka saya pun terfikir,bagaimana andai saya mendapat rezeki sedemikian kelak?? adakah bekal iman yang mudah berkulat ini,mampu mengukuhkan sifat reda terhadap kurniaan anak sebegitu?? adakah mampu saya menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak demikian dengan penuh kasih sayang??

sume ini saya suka fikirkannya dan kaitkannya dengan keadaan diri saya agar saya selalu sedar bahawa dunia ini tidak pernah sunyi dari pelbagai hadiah dariNya..

kemudian melihat pula seorang anak yang memarahi ibunya di tengah khalayak ramai dan meninggalkannya kaku berdiri seorang diri menahan sedih di hati..tiada kasih yang masih berbekas buat ibu sndiri..

tergamam saya..benar ke yang saya lihat? inikah manusia? bagaimana pula saya nanti?

tidak lupa juga anak kecil yang ligat lakunya di dalam komuter.cuba bermain dengan orang sekeliling untuk menagih perhatian.namun,itulah kanak-kanak..mereka masih didalam proses pembntukan mental,fizikal dan juga emosi serta personaliti..maka,tidak hairanlah mereka akan sntiasa bergerak sana-sini untuk mencari apa yang sesuai dengan jiwa mereka agar mampu membesar dengan menjadi seorang manusia yang sebenar-benar manusia dan bukan manusia yang mendapat gelaran 'seperti manusia bertopengkan syaitan'!

namun,yang agak saya kecewa..bapanya mncubit,memarahi dan memiat telinganya jika si anak itu bising..aduh! didikan jenis apakah ini? apakah salah si anak sehingga dicubit hingga menangis? hanya disebabkan bising??

berlaku juga pergaduhan kecil diantara seorang ahli masjid dan seorang lelaki.ahli masjid berkenaan yang membenarkan lelaki tersebut untuk bermalam di masjid,terkejut apabila mendapati tandas dijadikan sarang untuk menagih!

dimarahnya ahli masjid berkenaan kepada lelaki itu..tapi,satu yang saya dengar dari penagih itu yang membuatkan saya terfikir,"abang,ingat senang ke nak berhenti menagih? org keliling kita pun menagih..kita pun terpengaruh..orang kampung pulak,tak pula memberi sokongan..makin dimarahnya kita..sedangkan saya pun nak berubah bang....tapi takde org tolong..."

herm...besar cabaran kita dalam mendidik masyarakat..pelbagai karenah..sumenye kena dihadapi dengan tenang dan berhikmah..lelaki tersebut nak berubah,tapi tiada sokongan..kita yang sepatutnya berasa kasihan kepada diri kita kerana kita yang menjadi asbab kepada tutupnya pntu hidayah itu..kita yang patut berdkwah dengan penuh kasih sayang agar mereka mampu pulang dari tersesat..namun,sikap angkuh dan jijik kita kepada mereka,makin jauh la kesesatan mereka hingga amat sukar untuk menemui jalan pulang..

Click Here to Read More..
Share

SEBUAH KESEDARAN

09 August 2010




Praktik hidup umat Islam kini sedang menolak keterangan al-Quran al-Karim. Ini bererti mereka menolak kekuasaan, kedaulatan dan janji-janji Allah S.W.T. Juga bererti menolak cara hidup yang diredhai Allah S.W.T. untuk difahami, disedari, diyakini dan dilaksanakan.

Keyakinan umat mestilah dibina semula agar mereka merasai pripentingnya rahmat Allah S.W.T. dan mempertahankannya dalam kehidupan mereka. Seterusnya, agar penolakan terhadap rahmat Allah S.W.T. dirasakan sebagai satu ancaman keras yang sentiasa membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan amalan

Kesan daripada penolakan tadi, umat kini kehilangan Daulah Islamiyyah, tamaddun Islam, Ummah Islamiyyah, hukum-hukum Islam, Tarbiyyah Islamiyyah ke arah ‘Ubudiyyah, nilai hidup sebenar, akhlaq sebenar, keperibadian sebenar, pembangunan sebenar, kekuatan sebenar, pertahanan sebenar, keharmonian sebenar dan kejayaan sebenar.

Punca

Penolakan umat terhadap Islam berpunca dari ‘aqidah yang lemah. ‘Aqidah yang tidak berfungsi untuk kembali kepada Islam sebagai ad-Din. ‘Aqidah yang sakit lantaran dipengaruhi dan diserang oleh Din atau cara hidup bukan Islam.

Berbagai-bagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku umat hingga Islam kembali menjadi dagang. Islam sebagai ad-Din turut dagang di hati orang-orang yang mengaku beriman..

Rasa cinta kepada Islam sebagai cara hidup yang Allah redhai sudah tiada. Rasa keperluan kepada pembentukan masyarakat Islam juga tiada. Yang wujud ialah realiti mempertikaikan kehendak-kehendak Allah S.W.T. Ini bererti mempertikaikan ketaatan yang Islam kehendaki, mempertikaikan nilai-nilai syara’, mempertikaikan akhlaq dan mempertikaikan keperibadian Islam.

Suasana Kabur

Pendokong-pendokong sistem kini, yang mendaulatkan Din rekaan manusia turut menggembar-gemburkan syi’ar atau lambang Islam di waktu dan ketika tertentu. Kesungguhan mereka menonjolkan syi’ar atau lambang itu selaras dengan kesungguhan mereka mempertahankan Din rekaan manusia

Tanpa kefahaman dan kesedaran sebenar, umat Islam terpengaruh dengan syi’ar atau lambang yang dihiaskan. Semua ini menimbulkan salah faham dan prasangka pada diri umat. Yang haram telah dihalalkan dan yang salah selalu dibenarkan. Nilai syara’ diketepikan. Umat tidak sedar dan larut dalam suasana perhambaan sesama manusia. Inilah satu kezaliman besar yang mesti segera disedari atau disedarkan kepada umat.

Siapakah Yang Akan Menyambut Seruan Kesedaran?

InsyaAllah di sana sini masih ada insan yang ikhlas dan merasai keperluan untuk bertindak segera. Mereka perlu dikumpulkan dan dibimbing agar keikhlasan mereka berada di bawah telunjuk syara’. Begitu juga kembali kepada Allah S.W.T. mestilah mengikut cara yang betul dan diredhaiNya..

Da’i perlu keluar mencari jiwa-jiwa yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. dan yang mencari serta ingin menyahut seruan Allah S.W.T. Fitrah Insaniah untuk kembali kepada fungsi tauhid sebenar sememangnya ada. Ada yang sanggup melalui proses, ada yang sedang melalui proses dan ada yang telah melalui proses. Ada juga yang lambat melaui proses. Da’i atau murabbi perlulah bijaksana menggunakan teknik dan cara bertindak.

Juga ditegaskan bahawa da’i perlu mencari dan mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. Hati-hati yang merasai kehilangan neraca syara’ dalam praktik hidup umat sekarang. Hati-hati yang ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap bidang.

Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari kehilangan Islam sebagai ad-Din. Umat Islam bukanlah kehilangan ekonomi Islam, politik Islam atau pembangunan Islam sahaja. Umat juga bukan kehilangan masjid dan rumah-rumah ibadat. Umat sebenarnya kehilangan pokok, bukan ranting-ranting. Umat kehilangan rumah, bukan bahagian-bahagian rumah. Juga, umat bukan kehilangan kuantiti tetapi kehilangan kualiti yang ingin mengambil Islam sebagai ad-Din.

Hati-hati ini perlu diasuh agar memahami bahawa penyakit sedang menyerang umat dan merosakkan ‘aqidah umat. Tauhid pada hati-hati umat semakin futur atau tidak berfungsi dengan betul.

Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari bahawa segala tindakan berpunca dari permasalahan aqidah yang mesti dirongkai terlebih dahulu. Juga, memahami makna dan fungsi Iman sebenar agar tindakan yang lahir selaras dengan tuntutan Iman. Iman kepada Allah S.W.T. adalah pemancar.

Dari pemancar ini lahirlah kerja-kerja Islam....

Da’i atau murabbi perlu memahami bahawa ‘mukmin’ adalah natijah yang lahir daripada tarbiyyah yang menekankan keimanan kepada Allah S.W.T....

Punca Kekuatan

Iman kepada Allah S.W.T. adalah satu kekuatan. Quwwah Imaniyyah perlu dibina sebelum Quwwah Maddiyyah. Iman akan membentuk segala dorongan atau kekuatan yang ada dalam hati. Kekuatan-kekuatan itu termasuklah:

1. Kesedaran

2. Ketaatan

3. Keikhlasan

4. Kepatuhan

5. Keinginan

6. Kesabaran

7. Kecintaan

8. Ketabahan

9. Kemesraan

10. Kesyukuran

11. Keberanian

12. Kesungguhan

Kekuatan ilmu pengetahuan perlu dipelajari, dituntuti dan didalami. Kekuatan harta kekayaan perlu diperkukuhkan. Kekuatan tubuh badan dan ketenangan mental perlu dipelihara dan dipertingkatkan. Semua kekuatan itu perlu diproses agar berada di bawah telunjuk Iman.

Dalam realiti kini, kekuatan-kekuatan tersebut telah dididik oleh Din bukan Islam untuk mengenepikan cara hidup Islam, menolak nilai Allah S.W.T., mengutamakan nilai manusia, mencemarkan kesucian Islam, menyusahkan kefahaman Islam dan merosakkan kesadaran atau keyakinan terhadap Islam.

Da’i atau murabbi perlu mencari kekuatan-kekuatan itu dan memproses dalam Manhaj Tarbiyyah agar dipandu oleh Iman kepada Allah S.W.T.. Iman yang mengarahkan setiap kekuatan itu untuk melahirkan suatu hasil yang kena pada tempat, masa dan ketika serta selaras pula dengan kehendak Allah S.W.T. atau syara’ serta tuntutan Tarbiyyah Islamiyyah.

Dalam suasana kehilangan Islam kini, semua kekuatan itu perlu ditarbiyyah oleh jama’ah atau harakah yang bebas daripada sebarang pengaruh jahiliyyah. Hanya tarbiyyah yang betul akan membawa seseorang kepada cara hidup Islam, sepertimana yang dikehendaki Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: yang bermaksud;

“Sesungguhnya Din di sisi Allah hanya al-Islam.”

Hati juga perlu diproseskan agar bertambah benci dan marah terhadap kekufuran, kefasiqan, kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran. Kekufuranlah yang telah menanam neraca serong terhadap segala tuntutan Allah S.W.T.

Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah

Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah adalah merujuk kepada Madrasah Rasulullah S.A.W. Tarbiyyah berbentuk gerakan akan melaksanakan tarbiyyah yang haq tanpa mengira pertimbangan atau desakan lain. Memperkatakan yang haq tidak boleh berlembut, mengampu atau melayani hawa nafsu. Firman Allah S.W.T.:

“Dan katakanlah kebenaran itu dari Tuhanmu, maka sesiapa yang ingin beriman dia beriman dan sesiapa yang ingkar maka maka dia ingkar.”
Surah al-Kahfi: ayat 29.

Sumber tarbiyyah dan pembentukan ummah ialah wahyu Allah S.W.T. semata-mata agar selaras dengan tujuan untuk melahirkan anggota-anggota yang yakin kepada jalan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T.:

“Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu janganlah kamu termasuk golongan yang ragu-ragu."
Surah al-Baqarah: ayat 47.

Tegasnya, al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber-sumber yang mendidik, mengasuh, memimpin, menerang, menjelas dan memperingat. Juga sumber perundangan dan sumber yang memberikan jaminan-jaminan tidak kedapatan sumber-sumber yang lain.

Tarbiyyah Islamiyyah mempunyai konsep Mu’alajah Syamilah atau mengubati secara menyeluruh. ‘Aqidah umat yang telah diserang oleh Din bukan Islam kini mestilah diubati secara keseluruhan.

Tarbiyyah dalam sistem kini mendidik umat untuk menerima Din bukan Islam dan menentang Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh. Tarbiyyah ini mendidik umat untuk menerima sebahagian sahaja daripada ajaran Islam. Tarbiyyah itu juga mendidik umat untuk mengambil surat khabar dan majalah-majalah yang menyokong Din bukan Islam sebagai sumber fatwa. Sumber al-Quran dan as-Sunnah diketepikan atau direndah-rendahkan.

Tarbiyyah Islamiyyah perlu membina asas baru untuk dibangunkan atasnya Islam yang merangkumi setiap bidang kehidupan. Asas untuk Islam ini mesti dibina mengikut cara yang dikehendaki Allah S.W.T. dan tidak mengikut cara-cara yang lain, meskipun berhadapan dengan tekanan-tekanan. Tarbiyyah Islamiyyah perlu memproses Iman yang membawa kesan dalam hati serta melahirkan perubahan-perubahan selaras dengan peningkatan iman.

Hati-hati perlu dididik agar membuang kezaliman dan kebatilan yang ada padanya serta melahirkan amalan hidup mengikut syara’. Hati-hati perlu dididik agar memahami dan menyedari makna serta peranan jihad yang berterusan. Hati-hati juga perlu dididik agar memahami konsep kejayaan sebenar iaitu kejayaan di sisi Allah S.W.T. Didikan terhadap hatilah yang akan memudahkan itu semua.

Tarbiyyah dalam sistem kini telah mendidik hati-hati umat untuk menerima dan mengikut kaedah majoriti manusia. Kaedah ini hanya memenuhi prasangka dan kemahuan hawa nafsu majoriti manusia sahaja. Asas-asas yang dibina itu mesti dirobohkan dan di atas runtuhan itu dibina asas baru untuk menerima dan mengikut syara’. Firman Allah S.W.T.:

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang yang di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah S.W.T.).”
Surah al-An’am: ayat 11.

Asas keimanan yang kukuh mesti dibina semula untuk menolak semua serangan yang cuba menguasai hawa nafsu. Iman mestilah dilatih agar mengawasi hawa nafsu. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai Iman dan menggadaikannya. Penguasaan hawa nafsu bakal membawa kepada kesesatan. Firman Allah S.W.T.:

“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat pertunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
Surah al-Qashash: ayat 50.

Hanya mereka yang yakin dan terlibat dengan Tarbiyyah Islamiyyah sepenuhnya akan merasai setiap perkembangan atau perubahan, samada mengukuhkan harakah atau pun melemahkan harakah. Kesan tarbiyyah akan jelas kelihatan dalam persaksian anggota-anggota samada mewakili harakah atau pun tidak. Kesan tarbiyyahlah yang menyebabkan anggota-anggota merasai hubungan dengan harakah di mana sahaja dia berada.

Anggota-anggota ditarbiyyahkan agar sentiasa mewakili Islam dan menolak Din bukan Islam di mana sahaja, meskipun Din bukan Islam itu nama-nama yang baik daripada Islam.


Konsep Kejayaan Bagi Anggota-anggota Harakah Islamiyyah

Konsep kejayaan ialah mengikut apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Konsep ini berbeza dengan konsep-konsep yang sering dilaung-laungkan oleh Din bukan Islam atau oleh mereka yang terpengaruh dengan Din bukan Islam.

Firman Allah S.W.T. maksudnya;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara".

Kejayaan besar akan diperolehi jika Iman anggota-anggota dibentuk dengan betul hingga melahirkan ukhuwwah seperti yang dikehandaki Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.: bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah orang yang beriman hanya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah golongan yang benar.”
Surah al-Hujurat: ayat 15.

Kejayaan tercapai apabila anggota-anggota beriman hanya kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. sahaja tanpa ragu-ragu. Terbukti pula kebenaran Iman mereka dengan pengorbanan harta dan jiwa. Inilah Iman yang Allah S.W.T. akui sebagai Iman . Firman Allah S.W.T.: maskudnya;

“Katakanlah tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah S.W.T. hai orang-orang yang beraqal agar kamu mendapat keberuntungan.”
Surah al-Maidah: 100.

Berjayalah anggota-anggota harakah kiranya aqal mereka mengikut telunjuk taqwa. Sesungguhnya taqwa sahaja yang dapat membezakan di antara buruk dan baik. Taqwa sahaja yang dapat memperakui sesuatu itu buruk meskipun ia sangat banyak dan menarik hati. Firman Allah S.W.T.:

“Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat pertunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung.”
Surah al-Baqarah: ayat 5.

Berjayalah anggota-anggota jika mereka Istiqamah dengan Islam dan mengambil wahyu Allah S.W.T. untuk dihayati di tengah-tengah Din bukan Islam yang menguasai hidup masyarakat. Firman Allah S.W.T.:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan di tengah umat manusia, kamu menyeru pada kema’rufan dan mencegah dari kemunkaran dan beriman dengan Allah.”-
Surah ‘Ali Imran: ayat 110.

Berjayalah anggota-anggota harakah jika Iman mereka dibentuk dan melahirkan akhlak terbaik, mengajak kepada ma’ruf terutama ma’ruf Al Akbar dan mencegah munkar terutama munkar Al Akbar pada diri, keluarga dan masyarakat.

Harakah Islamiyyah berjaya bukan kerana ramai anggota dan banyak wang. Harakah Islamiyyah juga tidak kalah kerana sedikit anggota atau sedikit penyokongnya. Tetapi Harakah Islamiyyah berjaya apabila setiap anggotanya sabar dan tabah mencari redha Allah S.W.T., melaksanakan jihad menegakkan Din Allah S.W.T. atau mati syahid dalam usaha membentukan Ummah Islamiyyah dan menegakkan Din Allah S.W.T..


Click Here to Read More..
Share

KEBANGKITAN ISLAM SATU PENILAIAN SEMULA

08 August 2010





Kebangkitan pada hakikatnya dirujuk kepada satu momentum kesedaran yang tinggi untuk kembali kepada sesuatu kebenaran yang ada pada manusia yang berkait-rapat dengan hati, akal dan pemikiran seseorang.

Justeru itu, ummah kini sedang mengharungi lautan kebangkitan itu yang semakin bergelora arusnya setelah sekian lama memencil diri akibat dilanda taufan kebuntuan, kelalaian serta tertipu dengan nikmat duniawi. Fenomena ini mungkin berlaku setelah terkena peluru dari luar ataupun terkena letupan mercun buatan sendiri. Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa kebangkitan ini bermaksud mengembalikan kesedaran dan peringatan selepas bangkit dari belenggu kealpaan.

KEISTIMEWAAN / CIRI-CIRI KHUSUS KEBANGKITAN ISLAM

1. Kebangkitan akal,ilmu dan pemikiran.

Sesungguhnya kebangkitan Islam ini adalah suatu kebangkitan semula terhadap tahap pemikiran yang terbuka sesuai dengan pemahaman Islam yang tulen disebabkan perkembangan ilmu ke serata pelusuk. Ia terus tersebar lantaran kesungguhan mereka yang terlibat dalam melayari bahtera kebangkitan dengan berusaha membina akal mereka agar selari dengan reformasi zaman yang berlaku bertunjangkan manhaj akidah dan kesyumulan syariat Islam.

2. Kebangkitan hati, jiwa, perasaan dan spritual.

Kebangkitan ini berbeza dengan yang lain kerana ia bukan dilahirkan daripada hati atau jiwa yang kosong lagi rosak akan tetapi ia dipimpin oleh generasi pemuda yang memiliki hati yang sentiasa gementar apabila mendengar ayat-ayat Allah,jiwa yang selalu menangis lantaran takutkan siksa Allah di akhirat serta mempunyai perasaan cinta kasih sayang sesama mukmin dan wala’ yang tidak berbelah bagi terhadap keesaan Rabbul Jalil dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan sebaliknya pula menaruh kebencian yang mendalam kepada thoghut dan tali barutnya serta tidak cenderung kepada parti-parti syaitan.

Khususiat inilah yang diperlukan untuk melebarkan layarnya bagi merempuh badai yang bergelora, jalan yang berliku lagi bengkang-bengkok serta tembok kejahilan yang terlalu sukar untuk ditembusi. Anasir-anasir yang dungu lagi pasif sudah tentu tidak mampu bahkan tidak berkelayakan untuk mengisi ruangan ini. Kita berhajat kepada pemuda-pemuda yang bermentaliti tinggi serta berjiwa mampan untuk membangunkan insan-insan dan membasuh kesan-kesan luka kealpaan dan kelekaan akibat dibuai khayalan-khayalan yang mempesonakan.

3. Kebangkitan keazaman serta amal yang multazim.

Kebangkitan tidak hanya berkisar dalam konteks ilmu dan pemikiran atau akidah kepercayaan tetapi mengambil kira masalah bekerja bagi membuktikan keimanan tadi berdasarkan ilmu yang diperolehi untuk diterjemahkan ke alam realiti kehidupan agar masyarakat dapat menilai di anatara kebenaran dan kepalsuan.

4. Kebangkitan daripada pemuda yang berpendidikan tinggi.

Kebangkitan ini dipimpin oleh sof pemuda yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kreaviti dan kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab terhadap agama mereka. Pemuda harapan bangsa dan agama serta tiang negara bukan calang-calang orang tetapi mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan tinggi, institut atau universiti-univesiti.

5. Kebangkitan muslimin dan muslimat seluruhnya.

Antara lain keistimewaan ialah bagi muslimat harapan ummah. Mereka ada kedudukan tersendiri lagi istimewa dalam arus kebangkitan dan perlu berperanan sepertimana muslimin agar keseimbangan terus wujud. Sebagai contoh yang paling mudah ialah mengenai pakaian bagi menutup aurat perempuan, khususnya yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan begaimana sejarah kita telah membuktikan bahawa pada awal 60-an kita menghadapi 3 bidang utama dalam kehidupan masyarakat yang jauh menyeleweng dari pendidikan Islam :

1. Ekonomi - zakat dan permasalah riba’

2. Maruah wanita Islam - aurat dan peradaban

3. Kesenian - liputan meluas oleh media massa

( Perkara yang pertama dan kedua telah dapat diatasi secara meluas ).

6. Kebangkitan bersifat universal ( عالمية )

Ciri terakhir yang dapat dipaparkan di sini ialah kebangkitan yang dinyatakan sebelum daripada ini bukan hanya berlaku di tanah arab ataupun terbatas di sempadan-sempadan tertentu sahaja ataupun bangsa-bangsa tertentu dan spesis-spesis manusia tertentu sahaja . Akan tetapi merangkumi seluruh pelusuk dunia yang tidak mengira sempadan negara mahupun warna kulit. Di mana sahaja ada orang Islam di situ ada para pejuang kebangkitan Islam samada di barat atau di timur, dunia Islam atau luarnya.

Click Here to Read More..
Share

Kayakan Hati!

29 July 2010



Ada orang-orang yang meski hidupnya sering dipandang serba berkekurangan, namun mereka tetap tenang menjalani hidup. Kedamaian jiwa senantiasa menyelimuti hari-harinya sementara disaat yang sama pula tekanan hidup seolah tak hentinya menghantui. Mereka, tak pernah merasa khawatir, takut, gelisah bahkan putus asa mengukur jalan panjang kehidupan yang bagi sebagian orang lainnya sering terlihat begitu berat dan menyesakkan.

Ujian dan cubaan yang datang silih berganti tak membuat mereka lelah apalagi berfikir untuk mengakhiri hidup. Goretan-goretan perjuangan pun bahkan tampak jelas dari derasnya peluh yang mengalir. Demikian pula, pahit getir hidup tak pernah memaksa mereka membutakan mata untuk melakukan perbuatan jahat.

Mereka tak berpangkat dan jabatan,juga tidak berlebih-lebih. Perjalanan mereka tetap terasa sejuk dan menyenangkan tanpa kendaraan pribadi, tak menaruh keceriaan hidup pada tempat-tempat rekreasi. Bagi mereka, berkumpul dan bercanda penuh suka cita dengan seluruh keluarga sudah menjadi rekreasi yang memuaskan.

Bukan sepatu dan pakaian bagus, tapi cukup dengan memastikan tak satupun anggota keluarga mereka yang bersedih hati dihari itu, dijamin senyum pun terkembang. Makan hidangan ala kadarnya di rumah bersama segenap anggota keluarga, bagi mereka jauh lebih nikmat dengan membayar mahal sebuah tempat makan di luar yang bercampur dengan orang lain.
Sementara di seberang kehidupan mereka, ada orang-orang yang menggantungkan kebahagiaannya pada banyaknya harta yang mereka miliki.

Tak pernah ada kata cukup dalam hal kepemilikan, karena dalam kehidupan mereka, kebutuhan akan kepuasan hidup terus berpacu dengan semakin giatnya pencarian kekayaan. Hingga akhirnya, mereka selalu gelisah atau khuwatir akan hidup kekurangan, bahkan ketakterkecukupan menjadi suatu yang menakutkan untuk sejauh mungkin dihindari.

Bukan tidak mungkin, rasa takut akan datangnya orang yang merampas paksa harta mereka, kerap menghantui malam-malamnya.
Tentu saja tidak semua orang-orang berkecukupan mengalami keterhenyakkan hati seperti diatas, sebagaimana halnya tidak semua orang-orang miskin mampu mengendalikan setiap tekanan yang memang tak bosan menghampirinya.

Perbedaannya hanya pada hati, seberapa kaya hati mereka sehingga bisa melepaskan semua belenggu material yang menghinggapi, seberapa kaya hati mereka sehingga mampu menguasai dan mengendalikan nafsu dan keinginan-keinginan yang sering kali tak terbendung. Untuk kita, seberapa kaya juga hati-hati dipersiapkan untuk dapat terus bertahan dengan segala cobaan hidup yang jelas-jelas mustahil tidak ada.


Perkayalah hati ini dengan zikir yang membasahi lembar-lembar hati yang sudah kering. Sejukkan dia dengan keheningan malam-malam yang tak terlewati dalam simpuh di kaki-Nya, dimana ada butir-butir tangis yang meruntuhkan kesombongan dan mengembalikan kesadaran kita akan tempat kembali. Rasulullah Muhammad Saw telah mencontohkan kepada kita soal kekayaan hati dengan memperbanyak mengingat Allah, sehingga meski sebagai manusia mulia yang begitu dihormati pengikutnya, ia memiliki peluang untuk hidup berlebih, namun kesederhanaanlah yang menjadi pilihannya.

Ia juga yang mengajarkan kita untuk selalu takut akan adzab Allah dengan memperbanyak memohon ampunan-Nya.
Hiasi juga hati dengan pancaran keindahan cinta kepada Allah dan Nabi-Nya dengan senantiasa memancangkan niat pengorbanan dan pembelaan terhadap agama-Nya. Bukankah janji Allah begitu terang akan pertolongan dan peneguhan kedudukan bagi setiap penolong-Nya sebagai bukti cintanya.

Tentu banyak cara yang bisa kita perbuat untuk membuktikan cinta itu. Berselawatlah untuk Rasulullah dan keluarganya, karena itu menjadi bukti kecintaan kita kepada beliau dan keluarga. Sehingga dengan itu semua, tak ada lagi kecintaan terhadap apapun yang lebih tinggi dari cinta Kepada Allah dan para Rasul-Nya.


Tambahkan kekayaan hati dengan mengasah kepekaannya agar senantiasa tersentuh dengan keprihatinan orang lain dan menikmati keindahan hidup dalam kesederhanaan. Allah mengajarkan kita untuk melakukan itu dengan berpuasa, berzakat dan infak sedekahh. Perbanyaklah memberi kepada mereka yang kekurangan dengan ikhlas.


Click Here to Read More..
Share

MEREKA SANGKAKAN...........

05 July 2010




Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar
memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami
berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa
da’wah adalah pengorbanan.

Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’ie sering menjadi contoh yang
tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.
Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka
kemukakan dalam Amar-ma’rufnya.

Dengan demikian mereka menjadi beban
yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang
memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam
itu gugur dari bahu mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam,
atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau
menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap

Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan
ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang
bertujuan memajukan jama’ah itu....!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini adalah para
petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka
belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke
RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut
menghirup udaranya yang segar…!


~Ustaz Fathi Yakan~

Click Here to Read More..
Share

PANTUN KAHWIN =)

04 July 2010


Ramai kata,

Sebab aku ada nafsu tak terkawal,
Maka aku perlu membuat keputusaan seadanya,
Untuk diriku kahwin awal

Ramai juga berkata,
Kahwin awal untuk mengelak zina dan maksiat,
Untuk menyalurkan nafsu di jiwa yang membara,
Untuk mendapat rahmat dan berkat

Tapi ramai yang berkata tidak sedari,
Dalam berkata-kata mungkin wujud hipokrasi,
Menjadikan nafsu tak dapat ditahan sebagai alasan duniawi,
Mendapat kebenaran berkahwin awal yang selama ini diimpi

Ramai kahwin awal (katanya) untuk mengelakkan maksiat,
Itulah alasan yang selalu menjadi sebab dan mengapa,
Walhal kalau kita tengok definisi maksiat dari segi syariat,
Bukan setakat zina dan perkara berkaitan sahaja

Adakah maksiat itu zina semata?
Bagaimana pula dengan nafkah keluarga?
Jika kahwin awal dapat mengelakkan maksiat zina durjana,
Dapatkah ia mengelakkan maksiat tak mampu bagi nafkah harta?

Apa gunanya berkahwin awal,
Jika nak elak zina saja alasan yang diguna,
Akibatknya berakhir dengan cerai berai dan hubungan tidak kekal,
Kerana ilmu berkeluarga menjadi ayah ibu pun belum sempurna!

Saya tidaklah menentang orang kahwin awal,
Jika persiapan semua dan agama serta harta sudah sempurna,
Tetapi saya menentang jika kahwen awal dengan menggunakan satu alasan mengelakkan zina,
Dan bukan kerana lemahnya iman KITA!

Hukum kahwin dalam islam tetap ada lima,
Wajib, haram, harus, sunat dan makhruh semuanya ada,
Setiap satu berubah mengikut keadaan kita,
So instead of terus cakap nak elak zina, dah kita buat penilaian ke?

Semuanya ada asas dan permulaan,
Begitu juga dengan hukum perkahwinan yang ingin dijalankan,
Jika seseorang tidak mempunyai sebarang desakan,
Untuk menyebabkan dia berkahwin dan tidak lagi berseorangan,
Maka kita kembali kepada asas perbicaraan,
Individu ini hukumnya harus untuk melangsungkan perkahwinan

Jika ilmu keluarga sudah sempurna,
Ditambah lagi kecukupan dari segi harta benda,
Dan keinginan untuk berkeluarga sudah ada,
Tetapi punya kemampuan untuk mengekang nafsu durjana,
Bolehlah berkahwin dengan lapang di dada,
Sebab hukum ketika itu sunat adanya

Jika ilmu keluarga dan agama sudah sempurna,
Juga harta yang cukup untuk memberi nafkah,
Tetapi tidak mampu mengekang nafsu membara,
Maka hukum harus dah jadi wajib, ia sudah berubah!

Jika ilmu keluarga dan agama belum sempurna,
Apatah lagi harta yang ntah ke mana,
Tetapi nafsu membara menguasai jiwa,
Maka mahkruhlah perkahwinan itu, itulah hukumnya

apatah lagi jika kahwin bukan kerana iman,
Hanya kerana ingin mendapatkan kesempatan,
Ingin mendurjana dan menyakiti pasangan,
Maka HARAMLAh ketika ini hukum perkahwinan!


Jadi, setelah dinilai semuanya,
Maka kita berada di kategori yang mana?

Janganlah sesedap hati dan rasa,
menjadikan nak elak 'zina' semata-mata,
Kerana Perkahwinan ini benda mulia,
Apa, ingat kahwin ni hanya bicara pasal seks sahaja ke?

Maaf jika terkasar bahasa,
Saja-saja je


Click Here to Read More..
Share

ADA TEMPAT MENGADU TAK??

01 July 2010




hati ini sentiasa inginkan perhatian...akan datang pula satu masa yang diri memerlukan satu tempat untuk mengadu,meluahkan perasaan dan ingin berkongsi masalah dengan orang lain...tapi,kadangkala kita lebih selesa untuk menyendiri dan memikirkan masalah yang ada dari memilih jalan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain

tidaklah saya menafikan fitrah insaniah yang inginkan teman,dalam persoalan menghadapi sesuatu masalah,ia adalah persoalan yang berbeza...kita lebih selesa untuk duduk sebentar di bilik dan berfikir sejenak tentang apa yang kita hadapi..

ada masalah yang boleh kita kongsikan,ada pula masalah yang kita lebih rela untuk diamkan...rakan-rakan ada di sekeliling,tapi bukan sesuai pada waktu itu untuk dikongsikan masalah ini dengan mereka

ketika kita menceritakan apa yang terbuku dihati kepada sahabat kita,ada yang mendengar dengan cukup baik,ada yang memberi respon dan resolusi..ada yang sekadar mendengar dan menjawab,"entahla,aku pun tak tau nak cakap apa",ada juga yang memandang sinis luahan hati kita ini,"ala,benda kecik aje,relek r",yang lagi mendukacitakan apabila ada juga yang bersikap acuh tak acuh ketika kita berkongsi masalah ini dan menunjukkan reaksi tidak berminat.

sebab itu,sikap sedemikian,menjadikan kita kadangkala berfikir 2,3 kali untuk diluahkan gumpalan masalah didalam hati dan akal kita..

kita akan mula mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatian kita dari memikirkan masalah ini...tapi,seusai kita berlepas dari segala aktiviti,masalah ini akan datang kembali..kita akan mula mengambil masa dan tempat untuk merenung penyelesaian yang terbaik untuk segala yang berlaku

namun,apa yang berlaku dalam hidup ini,bukanlah sesuai untuk kita katakan ianya sebagai masalah...saya lebih suka untuk mengatakan ianya adalah cabaran untuk memajukan dan mengkonstruksi diri kita menjadi satu susuk peribadi yang mampu keluar dari kepompong personaliti yang lama..tidakkah Allah menurunkan sesuatu yang menimpa hambanya untuk kebaikan hamba itu sendiri?? Allah tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ianya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat

jika kita mempelajari ilmu tasawuf,kita akan dapati bahawa para ulama mendidik kita cara bagaimana untuk mengaplikasikan tauhid dan i'tikad yang jazim (tetap dan teguh) ini dengan kehidupan...jika kita mengatakan kita telah beriman dan Allah maha Pemurah dan Penyayang,maka kita mendapat satu kesimpulan bahawa segala yang dijadikan untuk hambaNya,pasti mempunyai manfaat...disinilah datangnya ilmu tasawuf,sebagai ejen yang bertindak mendidik hati ini agar terus terikat dengan i'tikad kita ini.

oleh sebab itu,ulama-ulama sufi kita akan mengatakan bahawa semua ujian dan bala yang menimpa setiap hambanya tidak akan terlepas dari bermatlamatkan untuk mengangkat darjat hambanya andai dia berjaya lepasi ujian tersebut atau untuk mengkafarah dosa-dosa hamba yang lalu dan bagi mereka-mereka yang ingkar terhadap suruhanNya,ujian tidak berlaku melainkan sebagai pembalasan dan peringatan keatas mereka

akan tetapi,frasa ayat yang saya katakan pada awalnya bahawa manusia itu kadang-kadang lebih suka bersendirian,adalah tidak tepat sebenarnya..kerana kita mempunyai Tuhan yang sentiasa bersama hamba-hambaNya...maksud bersendirian yang saya maksudkan,adalah menguzlahkan diri dari kelompok masyarakat yang ada dan menjadi Allah sebagai sebaik-baik tempat mengadu;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(al Fatihah,6)

fitrah beragama dalam diri kita menjadikan kita sentiasa berhadapan dan bertawajuh serta bertawakal dan mengadu apa yang berlaku dalam hidup ini kepada Allah tatkala insan lain dengan urusan mereka..kerana kita tahu,Dia yang menurunkan,dan Dialah yang mempunyai perleraian kepada segala ikatan...Dia ingin kita kembali dekat kepadaNya..mungkin kita sudah terlalu jauh dan leka dari berzikir dan bertasbih namaNya,maka didatangkan ujian,yang menjadi tali bagi mengikat hati kita dari terus menyimpang dari rahmatNya..

Allah itu sangat sayang kepada kita...janganlah kerana emosi yang kita tidak mampu kawal,menyebabkan kita menyalahkan segala ketentuan dan takdir yang berlaku...yang penting,kita harus ingat..andai kita susah di dunia dalam keadaan kita mentaati Allah,pasti Allah akan membalas ganjaran kekayaan yang tidak tejangka oleh akal kita akannya..

jika ingin berkongsi luahan hati kita,carilah mereka yang kita yakin mampu meringankan beban kita atau boleh memberi respon dan resolusi...carilah sahabat,ibu bapa,guru-guru kita dan isteri dan sesiapa jua yang kita selesa untuk bercerita..

paling utama,jangan sesekali kita mengabaikan Allah sebagai sebaik-baik tempat mengadu

wallahualam...

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails