Mahasiswa dibimbangi jadi 'kader' pembangkang
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Golongan mahasiswa di negara ini seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara yang berlaku pada pilihan raya kampus di universiti awam baru-baru ini cukup membimbangkan kerana mahasiswa dilihat cuba dijadikan alat politik pembangkang.sedutan dari utusan malaysia
Ini jelasnya, sebagai usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
"Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar tetapi kita kesal kerana mahasiswa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran.
"Lebih dikesali, universiti dijadikan gelanggang politik oleh pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa," katanya dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Rabu lalu, lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) cedera termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan penuntut promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.
Mereka bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa.
Syed Ali berkata, berkaitan pilihan raya kampus, pembangkang dilihat cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal apabila menjadikan revolusi politik di Asia Barat sebagai aspirasi perjuangan mereka.
Beliau seterusnya menggesa kerajaan memantau kemungkinan gerakan pembangkang di universiti didalangi kakitangan serta pentadbir universiti berkenaan.
"Kita bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan kononnya Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini termasuk mengheret pembabitan mahasiswa.
"Jika benar, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," tambahnya.
ucapan tahniah saya mulakan dengan kemenangan para sahabat Pro M yang berjaya mendominasi universiti-unversiti di malaysia
KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]
UTHM, PRO-M KALAH [13 dari 30 kerusi]
berita yang dipaparkan di atas saya kira hanya mahasiswa yang patut menjawabnya. ini lebih menyentuh kepada prinsip dan pendirian mahasiswa dalam keterlibatan mereka terhadap insiden-insiden yang telah berlaku.
mereka katakan bahawa mahasiswa ini adalah kader para pembangkang. betul ke? saya tidak merasakan sedemikian. cuma,kita tidak boleh elakkan satu kelogikan yang ada; para pembangkang itu sedang memperjuangkan keadilan. begitu juga mahasiswa.
kedua-dua golongan ini sedang menentang kegiatan ketidakadilan pihak yang bukan bersama mereka. jadi,saya kira ini bukan masalah mahasiswa adalah kader atau tidak. namun,persamaan fikrah antara kedua-dua golongan ini,itu yang menjadikan mahasiswa dan parti pembangkang adalah serasi.
jika mahasiswa yang mencetuskan huru hara itu adalah kader parti pembangkang,hanya kerana persamaan fikrah,boleh juga saya katakan mahasiswa yang menyokong kerajaan itu juga adalah kader pihak kerajaan.
dalam kejadian-kejadian sebegini pembangkang dikatakan telah mencemarkan medan universiti dengan cubaan pelebaran pengaruh mereka. tohmahan dan dakwaan mula menghujani pihak pembangkang.
bagaimana pula jika pihak kerajaan yang membawa masuk fahaman dan pengaruh mereka? saya yakin,akan diam seribu bahasa tanpa sebarang cantasan.
bagi kekecohan yang berlaku di UPM,mungkin juga ada silapnya bagi mahasiswa yang mencetuskan huru hara tersebut kerana sedikit sebanyak memberi persepsi buruk kepada keluhuran akhlak pejuang keadilan itu sendiri dan juga sifat berhemah golongan intelektual tersebut.
hal-hal sebegini patut dicakna dengan teliti kerana inilah yang akan mejadi modal kepada pihak sana untuk mencerca dan menjatuhkan kredibiliti mahasiswa.
jika hendak berhimpun,biar aman seperti yang pernah sahabat-sahabat mahasiswa lakukan. hanya perlukan sedikit sahaja kesabaran.
soal menang dalam perjuangan walaupun kita kita sering tewas secara zahiri,tapi biarlah kita menang disisiNya. biarlah kita menang dalam erti kata kita telah melepasi penat jerih kepayahan dalam berusaha dan mampu bersabar dalam mendepani setiap longgokan halangan yang ada.
isu ini bukan mahasiswa sahaja yang patut bermuhasabah,pihak pentadbiran yang juga perlu berbuat demikian. semua pihak universiti patut tahu apa punca sebenar segala kekecohan ini. mahasiswa tidak akan bertindak melulu tanpa ada sebab yang membangkitkan semangat juang mereka.