Followers

Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

mahasiswa dan semangat juang

26 February 2011

Mahasiswa dibimbangi jadi 'kader' pembangkang

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Golongan mahasiswa di negara ini seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara yang berlaku pada pilihan raya kampus di universiti awam baru-baru ini cukup membimbangkan kerana mahasiswa dilihat cuba dijadikan alat politik pembangkang.sedutan dari utusan malaysia

Ini jelasnya, sebagai usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar tetapi kita kesal kerana mahasiswa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

"Lebih dikesali, universiti dijadikan gelanggang politik oleh pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa," katanya dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Rabu lalu, lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) cedera termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan penuntut promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.

Mereka bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa.

Syed Ali berkata, berkaitan pilihan raya kampus, pembangkang dilihat cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal apabila menjadikan revolusi politik di Asia Barat sebagai aspirasi perjuangan mereka.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan memantau kemungkinan gerakan pembangkang di universiti didalangi kakitangan serta pentadbir universiti berkenaan.

"Kita bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan kononnya Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini termasuk mengheret pembabitan mahasiswa.

"Jika benar, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," tambahnya.

ucapan tahniah saya mulakan dengan kemenangan para sahabat Pro M yang berjaya mendominasi universiti-unversiti di malaysia

KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH
[Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

UTHM, PRO-M KALAH [13 dari 30 kerusi]


berita yang dipaparkan di atas saya kira hanya mahasiswa yang patut menjawabnya. ini lebih menyentuh kepada prinsip dan pendirian mahasiswa dalam keterlibatan mereka terhadap insiden-insiden yang telah berlaku.

mereka katakan bahawa mahasiswa ini adalah kader para pembangkang. betul ke? saya tidak merasakan sedemikian. cuma,kita tidak boleh elakkan satu kelogikan yang ada; para pembangkang itu sedang memperjuangkan keadilan. begitu juga mahasiswa.

kedua-dua golongan ini sedang menentang kegiatan ketidakadilan pihak yang bukan bersama mereka. jadi,saya kira ini bukan masalah mahasiswa adalah kader atau tidak. namun,persamaan fikrah antara kedua-dua golongan ini,itu yang menjadikan mahasiswa dan parti pembangkang adalah serasi.

jika mahasiswa yang mencetuskan huru hara itu adalah kader parti pembangkang,hanya kerana persamaan fikrah,boleh juga saya katakan mahasiswa yang menyokong kerajaan itu juga adalah kader pihak kerajaan.

dalam kejadian-kejadian sebegini pembangkang dikatakan telah mencemarkan medan universiti dengan cubaan pelebaran pengaruh mereka. tohmahan dan dakwaan mula menghujani pihak pembangkang.

bagaimana pula jika pihak kerajaan yang membawa masuk fahaman dan pengaruh mereka? saya yakin,akan diam seribu bahasa tanpa sebarang cantasan.

bagi kekecohan yang berlaku di UPM,mungkin juga ada silapnya bagi mahasiswa yang mencetuskan huru hara tersebut kerana sedikit sebanyak memberi persepsi buruk kepada keluhuran akhlak pejuang keadilan itu sendiri dan juga sifat berhemah golongan intelektual tersebut.

hal-hal sebegini patut dicakna dengan teliti kerana inilah yang akan mejadi modal kepada pihak sana untuk mencerca dan menjatuhkan kredibiliti mahasiswa.

jika hendak berhimpun,biar aman seperti yang pernah sahabat-sahabat mahasiswa lakukan. hanya perlukan sedikit sahaja kesabaran.

soal menang dalam perjuangan walaupun kita kita sering tewas secara zahiri,tapi biarlah kita menang disisiNya. biarlah kita menang dalam erti kata kita telah melepasi penat jerih kepayahan dalam berusaha dan mampu bersabar dalam mendepani setiap longgokan halangan yang ada.

isu ini bukan mahasiswa sahaja yang patut bermuhasabah,pihak pentadbiran yang juga perlu berbuat demikian. semua pihak universiti patut tahu apa punca sebenar segala kekecohan ini. mahasiswa tidak akan bertindak melulu tanpa ada sebab yang membangkitkan semangat juang mereka.

Click Here to Read More..
Share

hensem tak aku?

18 February 2011

pelbagai seni dan fesyen pemakaian yang ada pada zaman IT hari ini.kelompok manusia yang kian diterjah arus permodenan yang tidak henti-henti,mendedahkan manusia kepada bermacam bentuk pembaharuan dan gaya bentuk terkini dalam dunia fesyen

zaman dunia hitam-putih dulu,masyarakatnya sekadar berkebaya dan berkot. paling seksi pun,baju kebayanya jarang-jarang dan nampak 'baju kulit' yang dalam.

berbicara tentang fesyen,ada jenis yang baik dan ada yang buruk. namun,skop yang harus kita bicarakan adalah dari sudut kita sebagai muslim.



apa itu fesyen dan berfesyen?

fesyen;gaya pakaian,komestik,tingkah laku dan lain-lain(terutamanya yang baru) yang menjadi kegemaran ramai

berfesyen pula;menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain)



haramkah berfesyen?

jika jika lihat kepada definisi itu sendiri,saya timbulkan semula persoalan kepada anda. adakah salah menggayakan pakaian?

jika kita bergaya dengan helaian yang dipakai agar nampak kemas,berketrampilan dan mampu menonjolkan keperibadian diri adakah salah?

bagaimana pula dengan menggayakan pakaian hingga menampakkan 'pusat bandar' anda dan 'mee halus' atau 'mee maggi' di kepala? lebih-lebih lagi jika menampakkan 'buah-buahan' didada anda atau lutut yang berbulu dek kerana kain yang tidak cukup untuk menutup bahagian lutut seluar jean. bagi semua keadaan ini apa hukum yang sesuai?

tidak mengapa,simpan sahaja keinginan anda untuk memberi hukum.takut-takut silap pula percaturan anda. paling penting,secara asasnya di sisi Islam ada yang baik dan ada yang buruk.



Islam dan fesyen

penghukuman secara pasti bagi fesyen itu tidak boleh kita lakukan. jika diteliti ada keadaan-keadaan yang berlainan dengan keadaan yang lain. maka, jika kita haramkan secara total fesyen itu sendiri tidak boleh juga kerana ada juga fesyen yang tidak bersifat dengan hukum sedemikian. untuk tidak keluar dari neraca islami dalam penghakiman fesyen,gayakanlah mengikut apa yang telah Islam landaskan


dilema fesyen dan muslim

ramai muslim pada hari ini tersepit antara mengenal fesyen Islam dan fesyen barat. kolot,terkebelakang,mundur,tidak sesuai dengan trend semasa..kesemuanya perspektif yang kian berkarat dalam kepala sebahagian besar umat Islam. ianya sudah menjadi sukar untuk dihilangkan.

kurang fahamnya akan falsafah seni pakaian Islam barah yang kian melanda. untuk mengulas tentang makna tersirat di sebalik pensyariatan garis panduan dalam berpakaian,mungkin panjang. kita skip dahulu. tunggu dalam pos yang lain....

secara mudahnya,mereka yang menutup aurat itu akan menjadikan diri mereka lebih 'mahal' berbanding mereka yang hanya menayangkn tubuh mereka

bezakan...barang yang dijual tetapi disimpan dalam ruangan display dan barang yang dijual dan diletakkan dirak-rak jualan..mana yang mungkin lagi mahal? tambah-tambah lagi jika barang pertama tadi dibalut dengan cantik..lagi-lagi lah mahalnya

Busana muslimah

muncul pula trend 'Busana Muslimah' ketika ini. saya sendiri tidak tahu apakah ia sekadar propaganda barat ataupun memang betul-betul usaha murni sesetengah pihak yang ingin mengetengahkan kepada masyarakat Islam fesyen islami yang boleh diterima dunia


dukacitanya,bala menimpa kita. 'islamic fashion festival' yang pernah diadakan ini dikambing hitamkan oleh sesetengah pihak pula bagi menjayakakn niat mereka. keadaan yang berlaku tidak lebih dari sekadar mempersenda pakaian masyarakat Islam di dunia ini.


kemas atau selekeh?

seperti menjadi satu fesyen dalam kalangan penuntut jurusan agama memakai pakaian tidak 'seberapa' berbanding penuntut jurusan duniawi yang lain.

seakan-akan jika anda ambil bidang agama,maka pakaian hendaklah selekeh,kotor,kopiah yang tidak berbasuh,baju tidak bergosok.

bukan saya hendak memperlekeh ataupun mencetuskan kontroversi dengan mempertikai pemakaian jubah,kopiah,serban atau apa jua yang serasi dengan pelajar agama. cuma yang ingin saya highlightkan disini,biarlah apa jua pakaian yang anda pakai pastikan ianya menampakkan kekemasan dan kecantikan Islam. biar bersih!

agama kita cantik dan bersih. biar pakai tu,nampak gah dipandangan masyarakat. jangan pula yang sebaliknya

imej juga menjadi satu taruhan kepada kita dalam konteks dunia hari ini. tercalarnya dakwah sedikit sebnyak tercalar juga kerana kecacatan imej

jaga imej dan pemakaian. moga-moga akan membantu dalam usaha dakwah kita.

Click Here to Read More..
Share

aku bukan YB lg

17 February 2011


mami dan abah seorang tenaga pengajar Al-Quran di daerah batu pahat. antara yang mengambil kesempatan untuk memanfaatkn tenaga mereka,seorang bekas YB yang tinggal di daerah batu pahat. soal parti mana beliau itu tidak perlu diketahui.

satu perkara yang ingin diborakkan bersama anda.mami kata "bagus dia tu.walaupun dah tak jadi calon YB lg,tapi masih rajin buat kerja.sebab tu ramai yang suka dan selesa dengan die"

tertarik sebentar dengan ungkapan mami. ye,wakil dan pemimpin rakyat itu walaupun tidak mendapat mandat jawatan secara rasmi namun tetap berkhidmat untuk masyarakat.

inilah falsafah dalam diri mereka yang bersifat kepemimpinan dan bukan sekadar pemimpin. mengapa 'kePEMIMPINan' dan bukan 'kePIMPINan?

seperti ungkapan dalam prakata penulis bagi buku 'Kuasa kePEMIMPINan Al-Fateh',dinyatakan bahawa kepemimpinan itu merujuk kepada pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun tidak. manakala kepimpinan pula tertumpu kepada posisi dalam organisasi.

maka boleh bukan untuk kita nisbahkan sifat kepemimpinan ini kepada bekas YB itu.beliau bukan insan bekepimpinan yang sekadar bergantung kepada posisi dan kedudukan tapi insan bekepemimpinan yang sentiasa terus berpengaruh dalam kelompok manusia dan membina ikatan bersama mereka walaupun tidak berjawatan

satu sifat yang perlu kita prihatin bagi mereka yang mendedikasikn mereka untuk berkhidmat kepada rakyat secara langsung; membantu meringankan serta memudahkan urusan rakyat tanpa mengira waktu

ingat! bukanlah medan politik(dalam konteks sekarang) itu bertujuan asal untuk merebut kuasa hingga wujudnya menang kalah. tetapi ia adalah satu paltform bagi mereka yang sanggup menyerahkan diri kepada masyarakat dalam menjadi satu agen yang bertindak sebagai tulang belakang rakyat dalam menghadapi segala bentuk kekangan hidup yang datang.

bagi saya,amat silap jika mereka yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak sedikti pun memudahkan rakyat.malah menambahkan kekusutan dan keserabutan kepada rakyat.

sebab itu seharusnya bagi mereka yang sudah tamat tempoh bekerja secara rasmi sebagai pemimpin rakyat,terus berbakti dalam apa jua posisi anda selepas itu. anda yang memilih untuk menjadi pemimpin rakyat.mengapa dihadkan sahaja khidmat anda untuk tempoh tertentu? rakyat mengenali anda. gunakan sifat kepemimpinan yang ada untuk terus membina pengaruh dan menolong rakyat.

akhlak dan peribadi yang menjadi pakaian bagi pemimpin yang berjaya.mereka dihormati bukan kerana ketinggian jawatan dan posisi akan tetapi dek kerana sinaran perilaku dan kehalusan budi pekerti sepanjang memimpin.

itulah seni memimpin gaya Al-Quran yang diterjemahkan oleh Rasulullah. satu pakej kepemimpinan yang begitu terbilang dalam sejarah ketamadunan manusia. melengkapi kesemua cara memimpin bagi setiap keadaan yang berlaku.

Click Here to Read More..
Share

Jom Berkorban!

16 November 2010


eid mubarak kepada semua.agak terlambat untuk ucapan ini diucapkan kepada sahabat-sahabat semua :)

raya aidiladha pada tahun ini merupakan kali kedua saya dengan sahabat-sahabat meraikan bersama di bumi Mesir

tahun ini juga,bakal ditumbangkan 7 ekor kambing dan seekor unta

banyakla jugak kan :)

alhamdulillah,rezeki banyak sikit tahun ni

ok,sampai sini dulu tuk pagi ni.selamat meraikan sebuah pengorbanan dalam hidup

pastikan semangat berkorban untuk Islam tidak akan surut sama sekali

jom kita berkorban untuk agama!

kullu a'm wa antum bikhair


Click Here to Read More..
Share

Valley of the Wolves

12 November 2010

sebuah filem baru mengenai palestin.menampilkan negara tukri sebagai hero dalam filem ini.macam best..


Click Here to Read More..
Share

PhD palsu?

11 November 2010

macam-macam isu dalam negara kita ni.dalam satu hari tu pasti tak lekang dari pelbagai perkara.yang terbaru ni pula mengenai status PhD yang dimiliki oleh Dd.Fazley kita.yang juga seorang penyanyi

bacalah sendiri ya http://greenboc.blogspot.com/2010/11/fazley-menantu-rosmah-miliki-ijazah-mba.html

Click Here to Read More..
Share

benar atau tidak,nilailah dengan adil

07 November 2010




banjir yang melanda mendapat liputan akhbar negara

isu-isu sebegini,memang pasti akan dipolitikkan.apakan daya,ketika pihak berkepentingan mula tergugat kedudukan mereka,maka banyak cara akan digiatkan bagi memastikan 'rumah mereka tidak disita'

laporan terhadap kerajaan negeri Kedah yang kononnya lembab,tidak buat kerja dan lepas tanggungjawab perlu dinilai semula

ikuti perkembangan semasa dari Warta DArul Aman

Bold
saya kira,dakwaan yang mula bersuara mengatakan bahawa kerajaan negeri lembab dan lepas tangan adalah tidak benar saya kira.

dijawab pula oleh Dato Mahfuz Omar dan wakil exco Kedah
wallahualam.


Click Here to Read More..
Share

sekitar redha dan syukur

04 November 2010


keputusan pilihanraya di dun Batu Sapi dan Galas kita telah tahu.biarlah walau apa jua spekulasi yang berlaku.tapi,ingin saya cuba mengajak sahabat-sahabat seperjuangan sekelian untuk bermusahabah dari kaca mata seorang mukmin yang sentiasa redha dengan segala yang dikurniakan kepada kita oleh Allah

jika di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi. Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.

Manakala bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

tidak mengapa,hendak menang mesti kena berjuang sebagai tanda kita berusaha.tapi tidak bermakna bila berjuang akan menang.ini la pemikiran yang patut kita tanamkan dalam akal kita ketika bergabungnya kita dengan perjuangan Islam

bila kita gagal seketika,anggaplah ianya sebagai peringatan keatas kita.mungkin sebelum berlangsung pilihanraya tersebut ada yang terlampau yakin dengan kemenangan yang akan diperoleh hingga lupa akan pergantungan kepada Allah.

mungkin juga ada yang terlalu bongkak dengan pencapaian sebelum ini hingga menjadikan diri untuk bersyukur.

atau yang lebih teruk jika ada yang menjadikan kemenangan di pilihanraya ini sebagai batu loncatan bagi kepentingan individu untuk mendapat habuan dunia.

biarlah kalah dalam pertandingan.yang penting redha dan syukur dengan kurniaan Tuhan..

sekadar pendapat peribadi..

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

jangan ikut suka hati nak beri hukum

02 November 2010


umat Islam pada saat ini tidak ada pemimpin agung yang mengetuai mereka.jika pada zaman awal kebangkitan Islam,adanya Nabi Muhammad yang menjadi tempat rujukan para sahabat dalam menjalankan tugas harian mereka sebagai muslim.baik berupa ibadat,muamalat,strategi perang,dan juga seni pentadbiran.keberadaan Nabi bersama mereka menjadi aset bagi golongn terdahulu menerobos sempadan dunia dan melebarkan sayap syiar agama Islam.

peredaran zaman dan masa terus berlalu.status Nabi sebagai pesuruh Allah tidak menghalang nyawa Baginda dari diangkat bertemu dengan Allah dan meninggalkan umatnya meneruskan perjuangannya dalam terus menjaga kesucian dan kesejahteraan agama Islam

kewafatan Nabi tidaklah sebuah peninggalan yang sia-sia.Baginda telah mewasiatkan kepada umat ini pelbagai mutiara iman dan Islam yang andai kita berpegang dengannya,maka selamatlah hidup kita didunia dan diakhirat.itulah Al-Quran dan As-Sunnah...

jaminan Nabi terhadap penjagaan agama ini dengan akan sentiasa adanya para pewaris Baginda dalam meneruskan tugas penyebaran dakwah menjadikan pertambahan sumber pegangan umat dan panduan dalam pengimarahan dunia ini kepada 4; Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak dan Qiyas(yang disepakati oleh para Ulama)

sumber inilah yang menjadi sumber asas dalam pengistibatan hukum kepada segala perilaku sosial manusia dalam kehidupan mereka.segala yang berlaku,kepada sumber yang 4 inilah mereka akan rujuk

 ini baru soal hukum.andai masalah itu terdapat dalam perbahasan keempat-empat sumber ini,maka ianya mudah bagi ulama.namun,ragam manusia yang sentiasa berubah setiap zaman serta berubah juga segala keperluan mereka tambahan pula segala masalah ini tidak disebut dan diperbahas secara langsung dalam sumber-sumber ini,memerlukan sedikt kerahan keringat dari semua cendekiawan Islam ini untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan baru yang timbul.maka,muncullah 'FATWA'.

saya sebenarnya agak terkilan,geram pun ada.sebab,adanya sebahagian manusia ini yang suka terus mengisytiharkan sesuatu hukum secara terus tanpa mengambil aspek maslahat yang lain.disinilah kita perlu berpegang kepada aspek pemberian fatwa dalam mencari jalan keluar terhadap masalah yang timbul yang tidak pernah langsung berlaku pada zaman terdahulu

sakit hati pun ada terhadap mereka yang suka meletakkn hukum tanpa meneliti dahulu kesesuaiannya dengan keadaan semasa bagi masyarakat kita

mereka bercakap seolah-olah mereka rasakan pendapat mereka yang betul dan sepatutnya diikuti oleh orang lain.kadang-kadang mereka mendakwa bahawa mereka ada dalil dan pendapat-pendapat dari para ulama.tapi ingin saya persoalkan,sejauh mana anda memahami maksud sebenar dalil yang ada? adakah pendapat ulama yang anda pegang itu,bertepatan dengan keadaan semasa? adakah hukum yang anda beri itu sudah mengambil kira aspek keamanan masyarakat Islam secara khasnya,dan masyarakat keseluruhan secara umumnya? adakah ianya mampu memberi impak positif kepada agama atau sekadar satu fitnah yang merosakkan?

kaji dahulu segala maslahat yang ada dalam memberi hukum.jangan ikut suka nafsu kita sahaja.perlu kita ingat,hukum-hukum yang tidak qat'ie dalam Islam akan sentiasa berubah mengikut kesesuaian masa,tempat,dan perihal masyarakat tersebut.

inilah keistimewaan agama ini.jangan sesekali dicemari kecantikkan hanya kerana pendapat kita yang dangkal ini.masalah ini menjadi lebih parah tatkala orang-orang awam yang lebih banyak berbicara berbanding ulama yang ada.secara tidak sedar,kitalah yang menjadi barah dan racun dalam masyarakat

elakkanlah diri dari berbicara soal penthabitan hukum bagi masalah semasa jika anda bukan ahlinya.

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

pem'bajet'an tahunan

28 October 2010

bismillah....

Memahami dan mendalami akan komponen yg terkandung dlm bajet 2011 bukannya sekadar mengetahui akan halatuju negara, bahkan dalam skop glokal kita harus mlihat bahawa ia melibatkan masa hadapan kita, ahli keluarga kita, bahkan dalam skala yg lebih besar, melibatkan generasi anak bangsa kita.

Forum isu "wajarkah guru berpolitik", yang dianjurkan Jumaat lepas membuka mata audiens, bahawa berpolitik tidak semestinya menjurus kepada semangat politik kepartian, sehinggakan merasakan tindakan sesuatu parti itu betul dalam semua perkara. Berpolitik dalam rangka sebenar ialah bagaimana kita membuat penilaian dan pengukuran atas rasional dan hujah, pada mana-mana dasar dan tindakan yang ada pada parti politik tersebut. Kalaupun sokongan itu adalah kerana isu terhutang budi pada sejarah lampau, maka saya merasakan itu adalah bukti kita sudah gagal dalam melahirkan generasi anak bangsa yang futuristik dalam memikirkan lakaran masa hadapan Malaysia kelak.

Berikut antara isi-isi Bajet 2011 :

* Satu lagi pencakar langit di KL iaitu bangunan PNB 100 tingkat bernilai RM 5 Billion dijangka siap 2015
* KWSP boleh melabur 20% di luar negara
* Ekonomi negara dijangka meningkat kepada 7 peratus
* 3 lesen syarikat broker saham baru
* Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
* Elaun pengerusi JKKK, imam naik hampir 100 peratus
* Adunan mandatori biobahan api mulai Jun 2011
* RM100 juta tingkat taraf hidup Orang Asli, Pribumi
* Skim bantu golongan muda miliki rumah
* Pinjaman rumah 100 peratus untuk golongan muda
* Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun
* Cukai jualan telefon mudah alih dimansuh
* RM365 juta untuk penyelidikan, penganjuran sukan
* Bantuan khas RM500 untuk k'tangan awam
* Sistem penilaian kakitangan awam PTK
* RM 111 Juta untuk sekolah PERMATA
* RM 500 Juta untuk pembangunan 1Malaysia

Saya bukan seorang penganalisis yang baik dalam memberi komentari berkenaan hal ini. Cuma pada hemat saya seharusnya bajet ini juga ditumpukan pada aspek pendidikan negara,dalam konteks strategi mencegah dan merawat membabitkan nasib anak bangsa yang kian derita dalam masalah sosial. Juga masalah guru-guru yang tidak di"posting" kerana masalah penggajian. Tempat jatuh teori pendidikan iaitu sistem aplikasi yang dikurangkan bajet sebelum ini juga harus diberi cakna. Sebagai masalan, banyak pertandingan membina softskill di peringkat sekolah tidak mampu dijalankan atas rasional tiada bajet yang diperuntukkan.

Kerajaan harus merangka bajet dengan mementingkan aspek TERAS seperti pendidikan, kebajikan, keselamatan, perundangan tanpa melebihkan aspek sampingan yang adakalanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu sedangkan awlahiyatnya pada rakyat yang masih lagi terkontang-kanting membaiki kehidupan. Statistik jenayah yang berkadaran terus dengan peredaran masa seharusnya diambil solusi penyelesaian yang efektif dengannya. Malahan, kerajaan tidak akan lari dari tanggungjawabnya membaikpulih infrastruktur,menambah fasiliti dan juga memenuhi hak asasi rakyat. Itu seharusnya tidak dijadikan modal sebagai perkara baharu yang dilaksanakan mereka sebagai pemerintah.

Saya menyeru anak muda punya kaleidoskop politik yang tersendiri, atas nilaian fakta dan hujah untuk mempunyai pendirian. Atas kecintaan kepada negara kita inilah, kita wajar menjadi mahasiswa yang menjiwai peranan kita sebagai 'check & balance' kepada masyarakat. Hasrat Prof Diraja Ungku Aziz melihat kelahiran mahasiswa yang tidak hanya sibuk di bilik kuliah semata-mata harus kita sama-sama renungi.

Wallahua'alam..

Click Here to Read More..
Share

raya dan cuti

10 September 2010


Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

gema takbir di pagi raya ditemani kicauan burung yang bersama-sama meraikan sebuah hari yang istimewa

umat Islam bertamu datang ke rumahNya melaungkan takbir.variasi warna pakaian yang pelbagai menceriakan suasana.ruang masjid dipenuhi kemeriahan warna yang menyeri.

Syawal tahun ini berlainan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.bermastautin selama hampir 2 tahun di bumi Mesir,tiba masa tahun ini saya pulang seketika di kampung halaman di batu pahat bagi syawal yang ada

tiba di malaysia pada 31 julai 2010 dan akan pulang semula pada 26 september tahun yang sama.istirahat sebentar hampir 2 bulan di tanah air memberikan satu pengalaman baru sebagai insan yang sudah beranjak kepada versi yang baru.jika dahulu,saya berada dalam kelompok keluarga sebagai ahli yang masih bersekolah,tetapi sekarang ianya sudah berubah dan saya berada di atas tingkatan yang lain iaitu sebagai seorang mahasiswa.bukan jurusan keduniaan yang saya ambil,akan tetapi yang berkaitan keagamaan yang sekaligus seorang manusia yang akan berinteraksi dan berbicara secara 'live' akan persoalan agama yang tidak putus-putus timbul dalam masyarakat

hidup yang sentiasa dibajai dengan pelbagai corak kehidupan,itulah juga yang berlaku kepada saya.tidak perna sunyi dari menghadapi dengan segala ragam serta karenah hidup yang mesti perlu kita suaikan bagi menjadikannya sebagai inspirasi dan motivasi.

kita diuji bagaimana berinteraksi dengan mereka yang memandang tinggi pelajar mahupun lulusan dari mesir.kita diuji bagaimana untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari.kita diuji bagaimana untuk mendahulukan keluarga dalam dakwah kita.kita diuji bagaimana untuk mempertimbang uslub yang terbaik dalam dakwah.kita juga diuji bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat.diri ini diuji juga dengan bagaimana untuk menyuarakan pendapat kita dengan lebih matang dan tidak mentah

walau umur baru berusia 20-an,tidak pernah saya menghalang diri untuk cuba bersikap dengan lebih dewasa.kerana bagi saya,sudah sampai masa gaya hidup muda mudi ditinggalkan dan diganti dengan gaya hidup yang baru.

bukan maksud saya 'memboikot' mereka yang muda-muda.malah muda itu juga bagus.muda itu bersemangat,cekal,tabah,bertenaga dan aktif.tapi biarlah jiwa dan kita yang muda dan tidak berlebihan-lebihan dalam kehidupan hingga kita terabai sebuah tanggungjawab yang memerlukan sebuah kematangan dan ianya bukanlah sebuah permainan malah perkara di akhirat yang akan menjadi sebuah persoalan.


*cuba menghabiskan waktu cuti yang masih berbaki selama seminggu sebelum pulang ke mesir



Click Here to Read More..
Share

rayakan Syawal,rebutlah Maghfirah

06 September 2010


"Ramadhan hampir pergi,adakah dosa aku telah diampuni?" antara ungkapan yang sering diucap dan dinukil oleh setiap insan yang merasai akan hadirnya bulan kemuncak pentarbiyahan ini dalam diri mereka

bulan yang mengajar erti kesabaran,mendidik rohani agar lahirnya sebuah fitrah yang suci bersih,dan bulan yang membentuk kita dalam berusaha menlawan nafsu amarah,lapar dan syahwat

inilah sebuah bulan klimaks dalam kalendar seorang muslim.hakikat seorang hamba yang wajib bagi kita agar sentiasa bersedia untuk diuji dan bukan sekadar menikmati apa yang diberi

di bulan inilah juga hikmahNya dalam berlaku pelbagai peristiwa bersejarah agung dalam lipatan sejarah Islam pada zaman hayat umat salafussoleh ketika era awal kebangkitan Islam

berlakunya peristiwa penurunan Al-Quran,peperangana badar,pembukaan kota mekah dan pelbagai lagi peristiwa yang menjadi tanda bahawa kemuncak kepada takwa yang ditarbiyahkan dalam bulan Ramadhan

lepasnya kita dengan modul-modul tarbyah dalam bulan ini,mampu membekalkan kekuatan dalaman yang menjadi generator bagi terus istiqamah mengamalkan segala macam ajaran yang Islam wariskan kepada kita

tamatnya Ramadhan,hadirlah pula laungan takbir 'Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar' memecah kedinginan pagi Syawal.kalimah membesarkan Maha Pencipta menjadi sarapan pagi seorang muslim dalam merayakan hari berbahagia

begitu cantik aturan Allah.selepas mewajibkan ibadah-ibadah yang besar,dikurniakan pula hari-hari yang besar sebagai kerehatan sementara bagi hambaNya setelah pengabdian yang tidak berbelah bagi untukNya tanda agama ini adalah rahmat dan tidak ekstrem atau radikal

Syawal yang tiba mengingatkan kita akan segala penat lelah yang telah ditunjukkan oleh umat terdahulu bagi memperjuangkan Al-Haq.di bulan ini jugalah bukti kemenangan yang telah diraih oleh golongan sahabat setelah berjaya mengkagetkan bentuk kebenaran dan berdirinya Al-Furqan dalam kehidupan masyarakat arab pada ketika itu

perjuangan yang memerlukan kita untuk mengenepikan segala kepentingan diri atau kelompok peribadi.perjuangan suci dari semua bentuk ideologi manusiawi dan tidak kira sama ada mereka yang menentang itu hatta dari kaum kerabat kita sendiri.inilah Islam yang mengajar kita erti perjuangan yang tulen dan tidak terdapat dalamnya walau sedikit pun bahan asing yang mampu menjadi karat kepada keaslian perjuangan berasaskan agama

perjuangan menegakkan aqidah Islam yang benar,yang menolak kekufuran,yang menegakkan keadilan,menentang kezaliman

inilah semangat dan prinsip sepatutnya terhasil setelah selama sebulan diri dilatih dan hasilnya kita tunjukkan dalam 11 bulan yang lain

semoga segala perjalanan hidup kita yang masih berbaki seblum menghadap ilahi mampu memberikan kita pulangan yang Allah inginkan dari kita

Click Here to Read More..
Share

Uzbekistan haram buka puasa 'tunjuk kaya'

04 September 2010

TASHKENT: Uzbekistan mengharamkan majlis berbuka puasa secara terbuka selepas pihak berkuasa agama mendapati ia menjadi cara golongan kaya menunjukkan kemewahan mereka.

Acara berbuka puasa secara besar-besaran itu sudah menjadi cara orang kaya bermegah dengan kekayaan mereka, kata jurucakap Lembaga Islam Uzbekistan.

Sejak beberapa tahun lalu, kami dapati majlis iftar terlalu besar umpama mahu menunjuk-nunjuk kemewahan seperti majlis perkahwinan yang diadakan golongan kaya untuk rakan mereka yang juga kaya. Kami sudah haramkan majlis buka puasa di restoran selain majlis perkahwinan di dewan besar tahun ini pada permulaan Ramadan dan setakat ini menerima reaksi positif, kata Abdulaziz Mansur, timbalan pengerusi badan berkenaan.


Pada masa sama, Abdulaziz menafikan tuduhan bahawa kerajaan Uzbekistan mahu menyekat perhimpunan keagamaan ketika Ramadan.

Saya sendiri meninjau majlis berbuka puasa setiap hari. Penduduk yang menganjurkan iftar gembira jika imam atau tokoh agama menjadi tetamu di rumah daripada di restoran, katanya.


*yang penting,niat yang betul dan cara yang betul


Click Here to Read More..
Share

new statement from Stephen Hawking!

02 September 2010

*this article was taken from Yahoo News!..quite interesting story to be share..



LONDON (Reuters) – God did not create the universe and the "Big Bang" was an inevitable consequence of the laws of physics, the eminent British theoretical physicist Stephen Hawking argues in a new book.

In "The Grand Design," co-authored with U.S. physicist Leonard Mlodinow, Hawking says a new series of theories made a creator of the universe redundant, according to the Times newspaper which published extracts on Thursday.

"Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist," Hawking writes.

"It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going."

Hawking, 68, who won global recognition with his 1988 book "A Brief History of Time," an account of the origins of the universe, is renowned for his work on black holes, cosmology and quantum gravity.

Since 1974, the scientist has worked on marrying the two cornerstones of modern physics -- Albert Einstein's General Theory of Relativity, which concerns gravity and large-scale phenomena, and quantum theory, which covers subatomic particles.

His latest comments suggest he has broken away from previous views he has expressed on religion. Previously, he wrote that the laws of physics meant it was simply not necessary to believe that God had intervened in the Big Bang.

He wrote in A Brief History ... "If we discover a complete theory, it would be the ultimate triumph of human reason -- for then we should know the mind of God."

In his latest book, he said the 1992 discovery of a planet orbiting another star other than the Sun helped deconstruct the view of the father of physics Isaac Newton that the universe could not have arisen out of chaos but was created by God.

"That makes the coincidences of our planetary conditions -- the single Sun, the lucky combination of Earth-Sun distance and solar mass, far less remarkable, and far less compelling evidence that the Earth was carefully designed just to please us human beings," he writes.

Hawking, who is only able to speak through a computer-generated voice synthesizer, has a neuro muscular dystrophy that has progressed over the years and left him almost completely paralyzed.

He began suffering the disease in his early 20s but went on to establish himself as one of the world's leading scientific authorities, and has also made guest appearances in "Star Trek" and the cartoons "Futurama" and "The Simpsons."

Last year he announced he was stepping down as Cambridge University's Lucasian Professor of Mathematics, a position once held by Newton and one he had held since 1979.

"The Grand Design" is due to go on sale next week.

(Editing by Steve Addison)



Click Here to Read More..
Share

kumpulkan koleksi anda!


sepanjang cuti,Allah memberikan peluang dan sedikit kesempatan untuk saya mengumpulkan beberapa koleksi buku saya di bookstore sekitar malaysia ni.perjalanan ulang alik saya ke selangor juga,saya gunakn ruang yang ada untuk mengintai buku-buku yang ada..gambar-gambar dibawah antara koleksi yang saya kumpulkan dan ada beberapa buku lagi yang gambarnya saya tidak muatkan dalam ni posting kali ni..alhamdulillah,ada 5 buah buku yang telah berjaya dikhatamkan..dan sekarang sedang dalam proses membaca buku yang seterusnya,'Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain?'





untuk buku yang terbaru ni,dah lama saya nantikannya..berakhir jua penantian saya..insyaAllah tak sabar rasanya nak baca buku yang sarat dengan pelbagai informasi dan kajian semasa yang bersifatkan spiritual dan perbandingan agama..pastinya buku ini akan merungkai banyak persoalan semasa yang berkaitan kepercayaan agama samada yang berkaitan agama Islam,pegangan nasrani atau yahudi..tidak lupa juga armageddon 2012 ini jugalah yang pernah menggemparkan dunia dan dikaitakn dengan The Prophercy of Nostradamus



*carilah minat anda dan terokailah bahan bacaan yang bersesuaian dengan minat anda agar apa yang ada sukai itu tidak hanya sekadar minat malah mampu menjadi sebuah perkongsian yang dimanfaatkan dengan perkembangan informasi tambahan yang boleh anda rangkumkan hasil pembacaan yang dilakukan

Click Here to Read More..
Share

Pakatan pembangkang tiada niat laksana hudud

30 August 2010


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

"Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama pakatan pembangkang.

"Itu hanya mimpi Pas, kata pemimpin pembangkang (yang lain)! Mimpi yang Pas tidak akan dapat capai selagi bersama pakatan pembangkang.

"Saya percaya ramai ahli akar umbi Pas tidak tahu yang undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, negara Islam tidak akan ditubuhkan serta Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika pembangkang memerintah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Mufaraqahlah (berpisahlah) dalam blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan negara.

Jelas beliau, untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Kenyataan Zaid itu dikeluarkan ekoran pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini.

Sementara itu, Zulkifli yakin dan percaya kebanyakan ahli-ahli akar umbi Pas memang ikhlas bersama dengan parti itu kerana percaya pada perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Dalam pada itu, Zulkifli memuji tindakan Nik Abdul Aziz baru-baru ini yang mendesak supaya pakatan pembangkang menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah apabila memerintah negara kelak.

Tetapi malangnya, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu ditentang dan disangkal oleh pimpinan pembangkang termasuk daripada kalangan Pas sendiri.

"Klimaksnya apabila satu Kenyataan Bersama dikeluarkan minggu lepas memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli menyeru agar ahli-ahli Pas kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan negara Islam dan seterusnya menolak kerjasama dengan parti-parti yang tidak sehaluan seperti DAP dan PKR.


*no komen..saya tak berani nak kata apa-apa..sekadar ingin membuat perkongsian dengan berita yg dilaporkan


Click Here to Read More..
Share

antara hukum dan fatwa


*sila baca kepada sesiapa yang masih belum baca

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Click Here to Read More..
Share

perundangan Islam




Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinya semua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya.

Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri.

Kebolehan insan untuk melihat rahsia-rahsia di sebalik kejadian-kejadian Allah dan cara hidup yang ditetapkan di dalam Islam juga dikongkongi oleh litupan "ghita" di atas mata manusia itu sendiri.

Kalaulah litupan itu dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya.

Keunggulan Perundangan Islam sudah banyak diperkatakan dari permulaan lahirnya Islam itu sendiri hinggalah ke hari ini dan hari-hari akan datang.

Namun demikian ruang untuk manusia memperkatakannya masih luas terbentang yang pada bila-bila masa manusia boleh terus membongkar rahsia yang terkandung di dalam perundangan itu sekiranya ada kemampuan berbuat demikian.

Pengulangan memperkatakan tentang keunggulan Perundangan Islam adalah sesuatu yang perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakat Islam itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undang Islam. Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakan ungkapan penghayatan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.

Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangan dan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut.

Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga dan membersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama.

Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi kepada orang-orang Islam.

Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan membelakangkan undang-undang Allah s.w.t.

Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah?

Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?

Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.

Click Here to Read More..
Share

CARILAH PENGALAMAN ANDA

27 August 2010

bismillah..

langit tidak selalu cerah,hidup juga tidak selalunya indah..namun itulah hidup yang penuh lumrah dan rencah..yang tidak pernah sunyi dari ujian dan musibah.

sudah masuk hari ketiga saya di Klang.macam-macam yang berlaku dan terjadi.mungkin juga sekadar perkara biasa pada pandangan orang..tapi,sejak akhir-akhir ni saya seolah olah suka melihat setiap ragam manusia yang berlaku depan mata..bukan nak jaga tepi kain orang,tapi ingin cuba mencari pengalaman dalam setiap peluang..

pengalaman mungkin akan datang kepada kita semasa kita sendiri yang hadapi,tapi bagi mereka yang lebih kreatif,pengalaman itu yang cuba dicari..

macam-macam ada.saya melihat sbuah keluarga yang mempunyai anak syndrome down.begitu gembiranya mereka melayan dan merasai kehadiran anak itu dalam hidup mereka.setiap tutur kata yang diucapkannya,mereka perhati dan amati agar anak itu merasakan mereka itu wujud di hati ahli keluarganya.abang yang sulung pula suka menyakat adiknya itu.gelak tawa memenuhi ruang rumah

maka saya pun terfikir,bagaimana andai saya mendapat rezeki sedemikian kelak?? adakah bekal iman yang mudah berkulat ini,mampu mengukuhkan sifat reda terhadap kurniaan anak sebegitu?? adakah mampu saya menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak demikian dengan penuh kasih sayang??

sume ini saya suka fikirkannya dan kaitkannya dengan keadaan diri saya agar saya selalu sedar bahawa dunia ini tidak pernah sunyi dari pelbagai hadiah dariNya..

kemudian melihat pula seorang anak yang memarahi ibunya di tengah khalayak ramai dan meninggalkannya kaku berdiri seorang diri menahan sedih di hati..tiada kasih yang masih berbekas buat ibu sndiri..

tergamam saya..benar ke yang saya lihat? inikah manusia? bagaimana pula saya nanti?

tidak lupa juga anak kecil yang ligat lakunya di dalam komuter.cuba bermain dengan orang sekeliling untuk menagih perhatian.namun,itulah kanak-kanak..mereka masih didalam proses pembntukan mental,fizikal dan juga emosi serta personaliti..maka,tidak hairanlah mereka akan sntiasa bergerak sana-sini untuk mencari apa yang sesuai dengan jiwa mereka agar mampu membesar dengan menjadi seorang manusia yang sebenar-benar manusia dan bukan manusia yang mendapat gelaran 'seperti manusia bertopengkan syaitan'!

namun,yang agak saya kecewa..bapanya mncubit,memarahi dan memiat telinganya jika si anak itu bising..aduh! didikan jenis apakah ini? apakah salah si anak sehingga dicubit hingga menangis? hanya disebabkan bising??

berlaku juga pergaduhan kecil diantara seorang ahli masjid dan seorang lelaki.ahli masjid berkenaan yang membenarkan lelaki tersebut untuk bermalam di masjid,terkejut apabila mendapati tandas dijadikan sarang untuk menagih!

dimarahnya ahli masjid berkenaan kepada lelaki itu..tapi,satu yang saya dengar dari penagih itu yang membuatkan saya terfikir,"abang,ingat senang ke nak berhenti menagih? org keliling kita pun menagih..kita pun terpengaruh..orang kampung pulak,tak pula memberi sokongan..makin dimarahnya kita..sedangkan saya pun nak berubah bang....tapi takde org tolong..."

herm...besar cabaran kita dalam mendidik masyarakat..pelbagai karenah..sumenye kena dihadapi dengan tenang dan berhikmah..lelaki tersebut nak berubah,tapi tiada sokongan..kita yang sepatutnya berasa kasihan kepada diri kita kerana kita yang menjadi asbab kepada tutupnya pntu hidayah itu..kita yang patut berdkwah dengan penuh kasih sayang agar mereka mampu pulang dari tersesat..namun,sikap angkuh dan jijik kita kepada mereka,makin jauh la kesesatan mereka hingga amat sukar untuk menemui jalan pulang..

Click Here to Read More..
Share

KITA PULA BAGAIMANA?

25 August 2010

bismillah...

alhamdulillah..dapat juga menjejakkan kaki ke masjid Al-Amaniah kat batu caves

gerbang masuk ke masjid


pandang sisi masjid

macam yang saya katakan dalam post seblum ni,saya bertandang ke masjid ini untuk menghadiri satu ceramah Palestin yang disampaikan oleh mantan imam dan khatib masjid A-Aqsa,Syeikh Mahmoud Siyam..skrol down ke posting yang seblum ini..gambarnya ada di situ..saya pegi ceramah tu malam..sampai sana,dalam pukul 10..dari stesen komuter batu caves tu,terus amek teksi meter kesana..dekat je rupanya..dalam 5 ke 7 minit je perjalanan..tapi nak buat macam mana,hari pun dah malam dan saya nk kena bergegas ke sana sebab tak nak ketinggalan dari mengikuti ceramah tu..jadi,berkorban la sikit 3 ringgit tuk menuntut ilmu dan berjihad sikit demi ambil peduli keadaan semasa saudara kita di Palestin..

gambo masjid tu,saya amek kat google,hehe...tak sempat nak amek..cari je la kat google

so,mungkin ada yang akan persoal..baca je la liputan berita kat internet,kat palestinkini.info ke,kat News@feryco ke dan rangkaian-rangkaian lain yang berkaitan..tapi bagi saya,apalah kiranya jika kita sendiri pergi dan duduk di dalam majlis ceramah tersebut dan mendengar luahan hati mereka agar kita ingin menunjukkan keprihatinan kita terhadap mereka..nak kata diri ni hipokrit?? ok la jugak dari tidak berbuat apa-apa dan hanya duduk diam membisu.

mereka bertandang ke negara kita..sambut dan raikanlah mereka sebagai tetamu dalam negara kita..walau kita tidak mampu berjuang bersama-sama mereka,buatlah apa yang termampu..hulurkan sumbangan,mendengar luahan mereka,sdia untuk berkongsi keprihatinan terhadap kemelut yang melanda dan tunjukkan sokongan kita terhadap mereka

jadi,berbalik kepada ceramah Syeikh Mahmoud Siyam..kalo tak silap,ceramah beliau bermula pada jam 9.30 malam..kiranya,saya dah terlewat setengah jam..pada sangkaan awal saya,kelompok penduduk yang akan hadir,tidaklah ramai..tapi bila masuk je,Subhanallah!...ramai jugak yang memberi komitmen mereka terhadap ceramah ni...anak-anak muda pun tidak ketinggalan dari turut serta

tibanya saya di sana,dalam keadaan syeikh sedang membicarakan kekuatan rohani yang ada pada diri pejuang palestiin..beliau mengatakan jika puak zionis laknatullaha'laihim meminta kekuatan dari sekutu-sekutu mereka seperti Amerika Syarikat,para pejuang palestin pula meminta bantuan hanya dari Allah S.W.T...itulah sumber kekuatan mereka..mereka mungkin nampak hina di pandangan mata masyarakat dunia yang hanya sedikit bilangannya dan tidak mampu menghalau penjajah keluar dari negara mereka sendiri..

namun hakikatnya,mereka jualah para hamba yang dipilih oleh Allah untuk berjihad secara langsung menentang puak-puak zionis dan musuh-musuh Islam yang lain..ianya tanda bukti ketinggian semangat jihad yang lahir dari keberanian dan kebergantungan yang terus kepada Allah hasil dari iman yang jitu

syeikh juga ada menyebut dan memberi pesan kepada rakyat malaysia agar jangan berhenti dari terus berjuang bersama-sama mereka walaupun dalam jarak yang jauh..berjuanglah dengan apa jua medium yang ada agar musuh kita dapat ditewaskan..biarlah kita antara rantaian perjuangan yang terus menghubungkan rantai perjuangan ini agar tidak terputus dari generasi yang akan datang

kemudian,sesi soalan pula dibuka

soalan pertama diajukan oleh MC majlis sndiri berkenaan kondisi struktur binaan msjid Al-Aqsa sekarang..syeikh menyatakan bahawa puak israel terus dengan kegiatan mereka yang menggali terowong bawah masjid itu yang berkehendakkan kepada 2 matlamat;
yang 1 adalah untuk menjadi tempat dan memudahkan tentera mereka membuat serangan balas terhadap pejuang palestin yang hadir dari bawah..
yang ke 2 pula adalah untuk meruntuhkan msjid tersebut dan bertindak mendirikan kuil mereka sendiri

kemudian soalan kedua pula yang diajukan oleh pnduduk tempatan adalah berkenaan prinsip negara-negara arab yang lain dalam isu ini..

maka syeikh mengatakan bahawa hakikatnya adalah,mereka ini lebih suka duduk di bawah telunjuk Amerika Syarikat dari bersusah payah menghulurkan bantuan kepada rakyat palestin
yang penting,kekayaan mereka kekal dan keselamatan mereka terjamin dari sebarang payah jerih

manakala soalan ketiga pula yang agak menarik minat saya kerana jawapannya juga agak menarik minat

seorang pak cik bertanyakan kepada syeikh tentang cara anak-anak muda di sana membahagikan masa antara belajar dan berjuang

syeikh memaklumkan kepada kami bahawa kedua-duanya berjalan serentak dan dilakukan berganti-ganti

mereka belajar macam biasa di sekolah dan unversiti...mereka juga menggunakan ruang waktu yang ada di institusi pembelajaran mereka dengan mempersiap tubuh badan mereka agar cergas dan kuat disamping mereka mempelajari juga cara-cara menggunakan senjata..namun bila datangnya seruan jihad dan berlakunya serangan,mereka akan terus bertukar kepada mode barisan pejuang yang siap siaga untuk menyertai peperangan

sesi pembelajaran ditinggalkan seketika...fokus mereka beralih kepada peperangan..tatkala keadaan kembali reda,barula mereka memulakan kembali sesi pembelajaran..

inilah rutin yang dijalani oleh anak-anak muda Palestin

kita pula bagaimana??




Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails