teringat zaman persekolahan waktu muda-mudi dulu. jika di Kolej Islam,biah memberi tazkirah antara yang tidak boleh dipisahkan dengan warga kolej. baik di surau,di floor,di kelas hatta di dewan terbuka dan dewan besar. slot tazkirah pasti ada walaupun sekejap
para pelajar sentiasa dihidangkan dengan pelbagai santapan berunsurkan rohani disamping tidak mengenepikan segala yang memberi manfaat dalam kehidupan duniawi.
jika di Kolej Islam,usaha-usaha dakwah ini sentiasa dihidupkan dan didedahkan kepada para pelajar.dari golongan pelajar hinggalah kepada golongan pentadbir,dakwah terus berjalan tanpa mengenal gender dan jawatan.
dari sini,saya mula terdedah dengan suasana yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada semua untuk tidak sesekali memandang usaha dakwah sebagai kerja yang remeh dan ringan. saya dan sahabat-sahabat pelajar yang lain sentiasa diingatkan dengan kewajipan untuk berdakwah dan janji-janji Allah kepada mereka yang bekerja untukNya. ayat yang popular dalam kalangan kami waktu ketika itu
dari sekolah lah fahaman untuk sentiasa berjuang dan berdakwah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat dan kenal siapa itu Allah terus disemai dalam diri setiap pelajar
samada kita sibuk dengan kelas-kelas tambahan,kerja rumah,tugasan program atau apa jua yang berciri duniawi,segalanya akan dipastikan untuk tidak tertinggal dari diadun dengan segala yang berunsur ukhrawi. sebab itu walau sibuk dengan study,dakwah jangan tinggal
para muzakkir juga selalu berulang kali dengan ayat "belajar no 1,tapi dakwah bukan no 2".
teori ini selalu dicanang dalam kalangan semua. namun,dari sudut praktikal adakah ianya juga berjaya?
ini lah yang menjadi dilema kepada setiap warga kolej. apatah lagi bagi batch yang akan menduduki peperiksaan awam. keadaan ketika itu seolah-olah hidup dan mati kita hanyalah untuk periksa. segala yang tidak berkaitan dengan peperiksaan diabaikan dan tidak diendah.
bukan niat saya untuk menyalahkan peperiksaan. saya pun tidak layak nak memberi sebarang komen tentangnya. result periksa saya pun bukanlah baik mana pun. tak mencapai 12A1 pun.
tapi,izinkanlah saya bercakap atas kapasiti diri sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab untuk memberi peringatan kepada sahabat-sahabat yang lain. kita adalah MUSLIM. para sahabat yang membaca juga,letakkanlah diri dalam kelompok insan bergelar muslim yang sentiasa berhajat kepada peringatan.
peringatan yang bukan hanya untuk diri para sahabat. tapi ianya lebih besar kepentingan untuk diri saya sendiri.
peringatan yang dengannya,moga-moga kita akan terus mendaulatkan Islam di serata tempat walau apa jua komitmen kita di dalam dunia ini.
samada bekerja,belajar ataupun berprogram jangan lupa tanggungjawab menyebarkan dakwah dan Islam itu tidak terabai.
di dunia ini,kita sering kali tersilap. syaitan berjaya menipu kita. kita terpengaruh dengan ajaran Yang Terlaknat itu. kita dikaburkan dengan kejayaan bersifat sementara. kejayaan yang lebih abadi itu sering kita abaikan dan lalai akannya
kita lupa untuk bertanya kepada diri akan kejayaan mana yang kita mahu.adakah sekadar di dunia? atau sekadar di akhirat?
pertimbangan akhirat inilah yang membuatkan ramai terlepas pandang dek kerana laluan untuk ke sana begitu sukar hingga ramai yang tewas dan terkandas di tengah jalan.
bermujahadah dan bekerja untuk Islam menjadi perkara yang sukar dalam anggapan sesetengah insan. tidak ramai yang mahukannya
kita lebih rela untuk rugi di akhirat dengan membiarkan diri agar terus hanyut ditelan kemewahan dan kekayaan dunia yang ternyata tidak akan kekal sama sekali berbanding bersusah di dunia yang hanya buat sementara waktu bagi meraih cintaNya,redhaNya di akhirat kelak.
biarlah jika ada yang katakan "ala,ilmu pun tak kemana,ini nak dakwah je","sikit-sikit cerita pasal khalifah.belajar pun tak lepas lagi". paling penting,kita tahu matlamat dan hala tuju hidup seorang muslim disamping tidak mengenepikan urusan pembelajaran di kelas-kelas,di kuliah bersama para guru yang sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak bangsanya












