Followers

Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Valley of the Wolves

12 November 2010

sebuah filem baru mengenai palestin.menampilkan negara tukri sebagai hero dalam filem ini.macam best..


Click Here to Read More..
Share

KITA PULA BAGAIMANA?

25 August 2010

bismillah...

alhamdulillah..dapat juga menjejakkan kaki ke masjid Al-Amaniah kat batu caves

gerbang masuk ke masjid


pandang sisi masjid

macam yang saya katakan dalam post seblum ni,saya bertandang ke masjid ini untuk menghadiri satu ceramah Palestin yang disampaikan oleh mantan imam dan khatib masjid A-Aqsa,Syeikh Mahmoud Siyam..skrol down ke posting yang seblum ini..gambarnya ada di situ..saya pegi ceramah tu malam..sampai sana,dalam pukul 10..dari stesen komuter batu caves tu,terus amek teksi meter kesana..dekat je rupanya..dalam 5 ke 7 minit je perjalanan..tapi nak buat macam mana,hari pun dah malam dan saya nk kena bergegas ke sana sebab tak nak ketinggalan dari mengikuti ceramah tu..jadi,berkorban la sikit 3 ringgit tuk menuntut ilmu dan berjihad sikit demi ambil peduli keadaan semasa saudara kita di Palestin..

gambo masjid tu,saya amek kat google,hehe...tak sempat nak amek..cari je la kat google

so,mungkin ada yang akan persoal..baca je la liputan berita kat internet,kat palestinkini.info ke,kat News@feryco ke dan rangkaian-rangkaian lain yang berkaitan..tapi bagi saya,apalah kiranya jika kita sendiri pergi dan duduk di dalam majlis ceramah tersebut dan mendengar luahan hati mereka agar kita ingin menunjukkan keprihatinan kita terhadap mereka..nak kata diri ni hipokrit?? ok la jugak dari tidak berbuat apa-apa dan hanya duduk diam membisu.

mereka bertandang ke negara kita..sambut dan raikanlah mereka sebagai tetamu dalam negara kita..walau kita tidak mampu berjuang bersama-sama mereka,buatlah apa yang termampu..hulurkan sumbangan,mendengar luahan mereka,sdia untuk berkongsi keprihatinan terhadap kemelut yang melanda dan tunjukkan sokongan kita terhadap mereka

jadi,berbalik kepada ceramah Syeikh Mahmoud Siyam..kalo tak silap,ceramah beliau bermula pada jam 9.30 malam..kiranya,saya dah terlewat setengah jam..pada sangkaan awal saya,kelompok penduduk yang akan hadir,tidaklah ramai..tapi bila masuk je,Subhanallah!...ramai jugak yang memberi komitmen mereka terhadap ceramah ni...anak-anak muda pun tidak ketinggalan dari turut serta

tibanya saya di sana,dalam keadaan syeikh sedang membicarakan kekuatan rohani yang ada pada diri pejuang palestiin..beliau mengatakan jika puak zionis laknatullaha'laihim meminta kekuatan dari sekutu-sekutu mereka seperti Amerika Syarikat,para pejuang palestin pula meminta bantuan hanya dari Allah S.W.T...itulah sumber kekuatan mereka..mereka mungkin nampak hina di pandangan mata masyarakat dunia yang hanya sedikit bilangannya dan tidak mampu menghalau penjajah keluar dari negara mereka sendiri..

namun hakikatnya,mereka jualah para hamba yang dipilih oleh Allah untuk berjihad secara langsung menentang puak-puak zionis dan musuh-musuh Islam yang lain..ianya tanda bukti ketinggian semangat jihad yang lahir dari keberanian dan kebergantungan yang terus kepada Allah hasil dari iman yang jitu

syeikh juga ada menyebut dan memberi pesan kepada rakyat malaysia agar jangan berhenti dari terus berjuang bersama-sama mereka walaupun dalam jarak yang jauh..berjuanglah dengan apa jua medium yang ada agar musuh kita dapat ditewaskan..biarlah kita antara rantaian perjuangan yang terus menghubungkan rantai perjuangan ini agar tidak terputus dari generasi yang akan datang

kemudian,sesi soalan pula dibuka

soalan pertama diajukan oleh MC majlis sndiri berkenaan kondisi struktur binaan msjid Al-Aqsa sekarang..syeikh menyatakan bahawa puak israel terus dengan kegiatan mereka yang menggali terowong bawah masjid itu yang berkehendakkan kepada 2 matlamat;
yang 1 adalah untuk menjadi tempat dan memudahkan tentera mereka membuat serangan balas terhadap pejuang palestin yang hadir dari bawah..
yang ke 2 pula adalah untuk meruntuhkan msjid tersebut dan bertindak mendirikan kuil mereka sendiri

kemudian soalan kedua pula yang diajukan oleh pnduduk tempatan adalah berkenaan prinsip negara-negara arab yang lain dalam isu ini..

maka syeikh mengatakan bahawa hakikatnya adalah,mereka ini lebih suka duduk di bawah telunjuk Amerika Syarikat dari bersusah payah menghulurkan bantuan kepada rakyat palestin
yang penting,kekayaan mereka kekal dan keselamatan mereka terjamin dari sebarang payah jerih

manakala soalan ketiga pula yang agak menarik minat saya kerana jawapannya juga agak menarik minat

seorang pak cik bertanyakan kepada syeikh tentang cara anak-anak muda di sana membahagikan masa antara belajar dan berjuang

syeikh memaklumkan kepada kami bahawa kedua-duanya berjalan serentak dan dilakukan berganti-ganti

mereka belajar macam biasa di sekolah dan unversiti...mereka juga menggunakan ruang waktu yang ada di institusi pembelajaran mereka dengan mempersiap tubuh badan mereka agar cergas dan kuat disamping mereka mempelajari juga cara-cara menggunakan senjata..namun bila datangnya seruan jihad dan berlakunya serangan,mereka akan terus bertukar kepada mode barisan pejuang yang siap siaga untuk menyertai peperangan

sesi pembelajaran ditinggalkan seketika...fokus mereka beralih kepada peperangan..tatkala keadaan kembali reda,barula mereka memulakan kembali sesi pembelajaran..

inilah rutin yang dijalani oleh anak-anak muda Palestin

kita pula bagaimana??




Click Here to Read More..
Share

SEBUAH PENCARIAN

bismillah..

hari ni saya cadang nak bekelana sebentar ke batu caves..melihat ruangan iklan di dalam akhbar,malam ini di masjid al amaniah di batu caves ada menganjurkan ceramah sempena ramadhan berkisarkan liputan semasa negara Palestin yang akan disampaikan oleh mantan imam dan khatib masjid Al-Aqsa,Syeikh Mahmoud Siyam.


ceramahnya banyak dan di pelbagai tempat..dan saya memilih untuk cuba menghadirkan diri ke batu caves kerana disinilah yang paling dekat dengan negeri johor rasanya..tempat lain,dah kena naik ke utara malaysia..jadi,macam sukar hendak ke sana..

macam yang saya katakan dalam posting saya yang sebelum-sebelum ni,walau sibuknya kita dengan perjuangan di negara kita,hal ehwal umat islam yang bersifat global jangan kita abaikan dan ketepikan

ya,memang di negara kita sendiri tidak pernah sunyi dari pelbagai isu yang sentiasa menggamit kerisauan dan kebimbangan rakyat malaysia..namun,ia bukanlah alasan untuk tidak berusaha untuk mensasarkan sedikit fokus kita terhadap keadaan saudara kita diluar sana

dengan liputan kes pembuangan bayi yang kian menular dalam masyarakat kita..hinggakan seorang guru kenalan mami menyatakan,suasana pelajar perempuan mengandung di sekolah tempat beliau mengajar,adalah suasana yang makin menjadi adat di sana..nasihat,bimbingan dan kaunseling yang diberi tidak pernah mendatangkan kesan kepada mereka..tapi,mungkin ini juga cabaran dakwah kepada guru-guru disana untuk membasmi gelaja tidak sihat tersebut

belilah akhbar harian,ianya tidak akan lekang dari melaporkan pelbagai kes pembuangan bayi..baik di longkang,di tepi jalan,berbalut,yang isu perutnya terburai,yang disumbat dalam lubang tandas katakan apa sahaja...sudah dilakukan oleh saudara seagama kita yang sudah terlanjur dalam berinteraksi antara lelaki dan perempuan

berita utama akhbar KOSMO! pula,melaporkan seorang ayah yang menyembelih anak lelaki tunggalnya yang berusia 3 tahun..kronik sungguh senario rakyat kita!

erti belas ehsan,kasih sayang dan lembut sesama makhluk kian terhakis dalam diri..siapa yang patut dipersalahkan?? wallahualam.....

namun segalanya berbalik dan akan berkait juga dengan keadaan pentadbir negara tersebut..selain ihya ulumuddin yang diamalkan oleh rakyat,pemerintah tetap mempunyai peranan yang amat besar dalam isu ini..

keadilan yang diamal dan dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz menjemput barakah dari Allah untuk turun memayungi negara tadbirnya pada ketika itu hinggakan serigala yang merupakan pemangsa,tidak menganggu kambing-kambing yang merupakan mangsanya..berakhirnya hayat beliau,barulah keadaan menjadi yang biasa..serigala mula menjamu selera didepan mata mereka..

nampak pelik bukan? tapi itulah hikmah yang Maha Adil ingin tunjukkan kepada kita jika prinsip-prinsip Islam menjadi asas penting dalam pentadbiran

ini contoh yang saya boleh bawa..

baca,cari dan kajilah sejarah ketamadunan Islam di bawah pemerintah yang adil..disitu anda akan dapati pelbagai kebaikan yang sentiasa Allah limpahkan keatas negaranya..

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

KEBANGKITAN ISLAM SATU PENILAIAN SEMULA

08 August 2010





Kebangkitan pada hakikatnya dirujuk kepada satu momentum kesedaran yang tinggi untuk kembali kepada sesuatu kebenaran yang ada pada manusia yang berkait-rapat dengan hati, akal dan pemikiran seseorang.

Justeru itu, ummah kini sedang mengharungi lautan kebangkitan itu yang semakin bergelora arusnya setelah sekian lama memencil diri akibat dilanda taufan kebuntuan, kelalaian serta tertipu dengan nikmat duniawi. Fenomena ini mungkin berlaku setelah terkena peluru dari luar ataupun terkena letupan mercun buatan sendiri. Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa kebangkitan ini bermaksud mengembalikan kesedaran dan peringatan selepas bangkit dari belenggu kealpaan.

KEISTIMEWAAN / CIRI-CIRI KHUSUS KEBANGKITAN ISLAM

1. Kebangkitan akal,ilmu dan pemikiran.

Sesungguhnya kebangkitan Islam ini adalah suatu kebangkitan semula terhadap tahap pemikiran yang terbuka sesuai dengan pemahaman Islam yang tulen disebabkan perkembangan ilmu ke serata pelusuk. Ia terus tersebar lantaran kesungguhan mereka yang terlibat dalam melayari bahtera kebangkitan dengan berusaha membina akal mereka agar selari dengan reformasi zaman yang berlaku bertunjangkan manhaj akidah dan kesyumulan syariat Islam.

2. Kebangkitan hati, jiwa, perasaan dan spritual.

Kebangkitan ini berbeza dengan yang lain kerana ia bukan dilahirkan daripada hati atau jiwa yang kosong lagi rosak akan tetapi ia dipimpin oleh generasi pemuda yang memiliki hati yang sentiasa gementar apabila mendengar ayat-ayat Allah,jiwa yang selalu menangis lantaran takutkan siksa Allah di akhirat serta mempunyai perasaan cinta kasih sayang sesama mukmin dan wala’ yang tidak berbelah bagi terhadap keesaan Rabbul Jalil dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan sebaliknya pula menaruh kebencian yang mendalam kepada thoghut dan tali barutnya serta tidak cenderung kepada parti-parti syaitan.

Khususiat inilah yang diperlukan untuk melebarkan layarnya bagi merempuh badai yang bergelora, jalan yang berliku lagi bengkang-bengkok serta tembok kejahilan yang terlalu sukar untuk ditembusi. Anasir-anasir yang dungu lagi pasif sudah tentu tidak mampu bahkan tidak berkelayakan untuk mengisi ruangan ini. Kita berhajat kepada pemuda-pemuda yang bermentaliti tinggi serta berjiwa mampan untuk membangunkan insan-insan dan membasuh kesan-kesan luka kealpaan dan kelekaan akibat dibuai khayalan-khayalan yang mempesonakan.

3. Kebangkitan keazaman serta amal yang multazim.

Kebangkitan tidak hanya berkisar dalam konteks ilmu dan pemikiran atau akidah kepercayaan tetapi mengambil kira masalah bekerja bagi membuktikan keimanan tadi berdasarkan ilmu yang diperolehi untuk diterjemahkan ke alam realiti kehidupan agar masyarakat dapat menilai di anatara kebenaran dan kepalsuan.

4. Kebangkitan daripada pemuda yang berpendidikan tinggi.

Kebangkitan ini dipimpin oleh sof pemuda yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kreaviti dan kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab terhadap agama mereka. Pemuda harapan bangsa dan agama serta tiang negara bukan calang-calang orang tetapi mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan tinggi, institut atau universiti-univesiti.

5. Kebangkitan muslimin dan muslimat seluruhnya.

Antara lain keistimewaan ialah bagi muslimat harapan ummah. Mereka ada kedudukan tersendiri lagi istimewa dalam arus kebangkitan dan perlu berperanan sepertimana muslimin agar keseimbangan terus wujud. Sebagai contoh yang paling mudah ialah mengenai pakaian bagi menutup aurat perempuan, khususnya yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan begaimana sejarah kita telah membuktikan bahawa pada awal 60-an kita menghadapi 3 bidang utama dalam kehidupan masyarakat yang jauh menyeleweng dari pendidikan Islam :

1. Ekonomi - zakat dan permasalah riba’

2. Maruah wanita Islam - aurat dan peradaban

3. Kesenian - liputan meluas oleh media massa

( Perkara yang pertama dan kedua telah dapat diatasi secara meluas ).

6. Kebangkitan bersifat universal ( عالمية )

Ciri terakhir yang dapat dipaparkan di sini ialah kebangkitan yang dinyatakan sebelum daripada ini bukan hanya berlaku di tanah arab ataupun terbatas di sempadan-sempadan tertentu sahaja ataupun bangsa-bangsa tertentu dan spesis-spesis manusia tertentu sahaja . Akan tetapi merangkumi seluruh pelusuk dunia yang tidak mengira sempadan negara mahupun warna kulit. Di mana sahaja ada orang Islam di situ ada para pejuang kebangkitan Islam samada di barat atau di timur, dunia Islam atau luarnya.

Click Here to Read More..
Share

ILUSI vs REALITI

01 June 2010


saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!

Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa

saifulislam.com

Click Here to Read More..
Share

malaysia hanya berdiam??

rata-rata kenyataan yang membangkang serta membantah perbuatan melampau puak israel adalah bukan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan negara Malaysia...perhimpunan awam,penyerahan memorandum dan hanya membakar bendera...hanya ini yang rakyat mampu lakukan....sedangkan negara malaysia mempunyai kemampuan yang lebih dalam membangkang perbuatan israel ini



"KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.

Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra."

ini bukan masalah politik...ini soal agama dan sejauh mana pegangan kita dalam menyatakan mereka ini adalah musuh-musuh Allah....mereka membunuh saudara seagama...mencabul hak-hak mereka...merampas tanah Palestin yang merupakan antara tanah yang wajib dibela oleh umat Islam...

Khalifah Umar berhempas pulas mempertahankan tanah Palestin dari tentera salib pada ketika itu....perjuangan ini kemudiannya disambung oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi sehinggalah kepada pemerintahan khalifah Uthmaniyah yang terakhir sebelum tumbangnya pada 1924

sang khalifah tidak sesekali memberi izin laluan kepada musuh-musuh Islam pada ketika itu...Palestin adalah tanah umat Islam...ianya bukan milik individu...

dalam kekecohan dan gelombang kemarahan masyarakat dunia yang cintakan kedamaian,masih ada pihak yang berdiam diri....keselamatan wakil rakyat malaysia yang berjuang kesana seperti tidak dihargai....apakh ini?? adakah menjalin hubungan bersama kaum tersebut lebih mulia dari menolong saudara seagama kita??

hingga kesaat ini...sesetengah pihak yang berpengaruh di negara Malaysia lebih suka untuk berdiam diri kerana ingin menjaga periuk nasi mereka...bila bab politik negara,nak buat fitnah,isu-isu perkauman,baru nak bersuara...baru nak jadi hero didepan masyarakat...

namun,bila ianya melibatkan nasib umat Islam di peringkat global,mulut seakan-akan terjahit...diam seribu bahasa...di mana mereka??

kasihan...hanya rakyat yang bersemangat...namun,seakan-akan tidak mendapat sokongan...malah mereka yang berpenat lelah mendesak golongan ini untuk bersuara...sedangkan authority berada ditangan mereka dalam menjadi wakil kepada suara rakyat...


mereka ini mula setelah jangka waktu yang agak lama dan reaksi sedikit lambat berbanding negara-negara lain...sedangkan,sepatutnya respon yang segera patut dilakukan tambahan pula ada warga Malaysia yang terlibat.....

"KUALA LUMPUR, 31 Mei – UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman Tentera Israel membunuh sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan ketika meluahkan kutukan itu menggesa Tentera Zionis segera menghentikan kezaliman terhadap sukarelawan berkenaan.

“Kita amat kesal dengan apa yang berlaku di atas serangan Regim Zionis Israel kepada sukarelawan yang bermisi suci bagi membantu rakyat tertindas dan terkepung di Gaza."

kenyataan pemimpin UMNO ini,bukanlah kita tidak hargai..cumanya,ia tetap kenyataan dari sebuah parti politik dan tidak mewakili kerajaan Malaysia...

bila dilihat kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak sejurus bermula israel membuat onar terhadap para sukarelawan,rata-rata kesemua kenyataan ini datangnya tidak dari kenyataan rasmi negara Malaysia..kerajaan malaysia patut lebih pantas dan peka dalam isu-isu sebegini...

Click Here to Read More..
Share

mereka semakin melampau

31 May 2010



bismillah....

dunia sekarang tengah hangat dengan isu pencabulan hak penghantaran bantuan keselamatan yang ingin dilakukan oleh segolongan manusia yang sedia berkhidmat untuk membantu saudara kita yang berada di Gaza....

bantuan yang hanya bersifat kemanusiaan dan insaniah yang hanya mampu diberikan kepada rakyat Palestin...

namun kedurjanaan puak Israel seolah-olah mencabar keputusan Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

serangan yang dilakukan bukan sekadar ugutan malah bersifat kejam....mereka ini hanyalah sukarelawan...namun,serangan peluru hidup yang mereka perolehi...

bukannya penyeludupan senjata yang mereka lakukan...hanya membawa barang-barang keperluan yang dirasakan perlu untuk seorang manusia itu untuk mendapatnya...

kedurjanaan ini akan terus berlaku selagi kesedaran umat tidak dikejut dan menjadi tugas para pemimpin juga untuk berusaha ke arah memacu semangat rakyat dan umat


Ya Allah..Kau permudahkanlah urusan para hambaMU ini...kau hancurkanlah segala perancangan jahat musuh-musuhMU...Kau jadikanlah juga hambaMU ini dalam kalangan mereka yang syahid di jalanMU...


maklumat lanjut http://palestinkini.info/


Click Here to Read More..
Share

INILAH JALANNYA!

04 March 2010


"Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang
terbentang di hadapan anda.
Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah
dengan sendiri yang mana haq dan yang mana batil.

Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan?
Apakah tauhid yang betul atau syirik?

Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala
atau tidak?
Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta
?
Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau bengkang-bengkok?


fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan,
Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan,
hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada
nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa
yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk
kebenaran untuk manusia sepanjang zaman.."

-Abul A'la Al-Maududi-

Click Here to Read More..
Share

ADAKAH KAU LUPA??

11 September 2009

RAMDHAN BERLALU PERGI..SYAWAL PULA DATANG MENGGANTI....NAMUN,JANGAN KITA LUPA TANGGUNGJAWAB SELAKU MUKMIN KEPADA ALLAH,RASUL SERTA SAUDARA-SAUDARA PALESTIN......JUGA UMAT ISLAM YANG LAIN....

Sesungguhnya isu Palestin telah dirakamkan dalam episod paling hitam yang memaparkan kezaliman dan permusuhan dalam sejarah semasa serta merupakan gambaran buruk buat sejarah dunia...

Palestin adalah bumi para Nabi dan para Rasul. Tidak ada sebarang hubungan yang baik antara orang-orang Yahudi dengan nabi-nabi mereka. Kita sering mengulangi dalam setiap rakaat solat yang kita lakukan sepotong ayat yang bermaksud:


bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai

(Surah al-Fatihah ayat 7)


Ayat tersebut telah ditafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain yang bermaksud:

Dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

(Surah al-Baqarah ayat 61)



ayat-ayat yang merupakan antara bukti kedengkian dan dendam yahudi serta puak-puak yang lain terhadap Islam...sejarah puak yahudi penuh dengan kezaliman dan penghinaan keatas para rasul serta para nabi Allah..

Yahudi juga tidak mempunyai hak dari sudut sejarah untuk tinggal di Palestin kerana mereka bukanlah orang yang pertama sekali yang tinggal di negara tersebut. Kaum-kaum lain daripada keturunan Arab telahpun tinggal di Palestin pada tempoh zaman yang paling lama dan paling panjang berganda-ganda berbanding dengan orang-orang Yahudi.

Sejarah Yahudi mebuktikan bahawa kehidupan mereka adalah dipenuhi dengan sikap mengingkari perintah Allah, kedegilan, kerosakan dan tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan.
Antaranya adalah kederhakaan mereka terhadap Rasul Allah, Musa ‘Alayh al-salam yang telah menyampaikan kepada mereka arahan Allah supaya memerangi golongan sombong yang melakukan kerosakan di Palestin dan tidak melakukan kebaikan.

Sekalipun Allah telah membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun dan pengikut-pengikutnya dengan mukjizat yang mereka lihat sendiri dengan mata mereka sendiri iaitu dengan terbelahnya laut dan menenggelamkan musuh mereka, namun mereka menjawab arahan Allah tersebut dengan menyakiti Rasul Allah, Musa ‘Alayh al-salam dengan berkata yang bermaksud:

Oleh itu pergilah engkau bersama tuhanmu dan perangilah mereka. Sesungguhnya kami di sini duduk menunggu


(Surah al- Ma`idah ayat 24)


dibawah merupakan terjemahan muqaddimah buku 'PALESTIN',karangan Tuan Guru Haji Hadi Awang:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والعاقبة للمتقين , ولا عدوان إلا على الظالمين .

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك , له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , الرحمة المهداة والنعمة المسداة والسراج المنير .

والصلاة والسلام على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد , إمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وأصحابه أجمعين , ومن سار على نهجه , ودعا بدعوته , وجاهد جهاده إلى يوم الدين . وبعد .

Saya bukan orang Arab. Saya juga bukan orang Palestin. Tetapi saya adalah seorang muslim. Saya membaca segala isu yang berkaitan dengan Palestin secara bacaan Islam dengan berpandukan sejarah Palestin yang bersifat Islam, geografi yang bercirikan Islam dan persaudaraan Islam yang mana ketiga-tiga ciri ini telah menjadikan seluruh bumi Islam sebagai watan yang satu dan menjadikan umat Islam seperti jasad yang satu; apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut merasa sakit dan berjaga malam untuk anggota tersebut.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Palestin adalah bersifat Islam kerana Palestin merupakan tempat hijrah para nabi, tempat Israk Rasulullah dan tempat bermulanya Mi'raj baginda. Bumi Palestin adalah bumi Islam. Al-Quds ada di dalamnya. Al-Quds adalah kiblat yang pertama daripada dua kiblat, tanah Haram yang ketiga selepas dua tanah Haram dan salah satu masjid daripada tiga masjid yang dituntut untuk seseorang itu bersungguh-sungguh berkelana menuju kepadanya.

Warga Palestin adalah saudara kita kerana Allah dan agama. Kita bertanggungjawab terhadap Palestin untuk memelihara hak Islam, hak tanah dan hak persaudaraan. Isu Palestin adalah isu orang-orang Islam, kesedihan mereka dan urusan mereka. Sesiapa yang tidak mengambil endah terhadap urusan orang-orang Islam, maka dia bukan daripada mereka.

Isu ini adalah isu yang dipetik daripada keperitan dan kesedihan yang menimpa orang-orang Islam di dalam dunia Islam. Ia bukan semata-mata isu orang-orang Palestin dan orang-orang Arab. Bahkan isu ini adalah isu yang paling penting berbanding dengan isu-isu yang lain.

Menjadi kewajipan ke atas kita selaku orang-orang Islam seluruhnya untuk memikul isu ini dan menyelesaikannya sekalipun wujudnya perancangan-perancangan jahat antarabangsa dan setempat untuk menjadikan isu Palestin ini bukan isu utama daripada Islam atau mengeluarkan isu ini atau mencerai-beraikannya daripada Islam dengan menggunakan 'Asabiyyah perkauman, persempadanan kenegaraan dan geografi yang bercirikan politik.

Sesungguhnya perancangan-perancangan jahat ini tidak akan mampu untuk memutuskan hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam yang mana Allah telahpun melorongkan kita ke arah hubungan ini dan Allah telahpun menyatukan antara hati-hati kita dengan sebab hubungan ini.

Hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam ini adalah merupakan nikmat yang sempurna yang pastinya akan tetap menjadi perkara yang akan dikecewai oleh orang-orang bukan Islam. Hubungan ini tidak akan hancur sama sekali walau sehebat manapun tipu daya mereka meskipun tipu daya mereka akan menyebabkan hancurnya gunung-ganang di Afganistan, Iraq, Chechnya dan tempat-tempat lain.

Orang-orang Islam tidak akan kecewa untuk terus meyakini bahawa kemenangan itu adalah untuk Islam dan orang-orang Islam. Kemenangan ini adalah janji Allah yang tidak akan sama sekali memungkiri janji. Namun kemenangan ini mesti dipenuhi dahulu dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, bukannya semata-mata dengan slogan-slogan kosong. Kemenangan ini akan tercapai apabila kita berada di atas jalan kita yang lurus, bukannya apabila kita berada di atas jalan-jalan lain yang akan memisahkan kita daripada jalan Allah dan bukan juga apabila kita berada di atas peta-peta yang akan menyesatkan kita daripada jalanNya.

­Ini adalah petikan-petikan yang dipetik daripada bingkisan Palestin yang dizalimi untuk menjadi peringatan buat umat agar mereka tidak akan lupa pengkhianatan terbesar yang menjadikan Palestin sebagai mangsanya, agar umat kita yang tercinta ini akan dapat melihat siapakah pemilik-pemilik peta kepada jalan dengan nama 'Para Penyeru Kepada Keamanan' supaya umat Islam ini tidak akan disengat berulang kali di dalam lubang yang satu dan agar umat Islam ini tidak akan kecewa disebabkan musibah-musibah yang menyakitkan ini kerana kemuliaan Islam akan menjadikan umat ini lebih beriman dengan kebenaran janji Allah dan RasulNya.

Kita di atas satu keyakinan bahawa darah-darah yang mengalir di atas tanah Palestin dan tanah-tanah yang lain adalah seumpama darah-darah wanita-wanita yang mengandung yang akan menzahirkan janinnya yang kuat. Keganasan yang menggila yang membunuh pemuda-pemuda kita, orang-orang tua kita dan wanita-wanita kita di semua tempat tidak lain dan tidak bukan hanyalah gerakan-gerakan musuh-musuh kita kerana kehadiran maut dan sakaratnya. Kita di atas satu keimanan bahawa sesungguhnya kemulian itu adalah untuk Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui.


Saudara kamu semua yang fakir kepada Allah,


Abdul Hadi Awang Muhammad,

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).


********************************


sedarlah wahai sahabat....dalam kita seronok berpuasa...



mereka di palestin terus menjalani hidup dengan penuh ketabahan....



dan tatkala kita bergembira meraikan syawal....


seorang demi seorang terus gugur,rebah bagi menuju keabadian hakiki....


sedar serta ingatlah wahai sahabat sekalian....ikatan kita dan mereka bukan sekadar muslim...tetapi satu kelompok saudara yang saling melengkapi dan saling menguatkan antara satu sama lain...mereka,serta kita semua umat islam..merupakan komuniti adik beradik daripada ibu serta bapa yang sama,Adam dan Hawa......rasailah setiap penderitaan mereka....


WASIAT SYEIKH AHMAD YASSIN.......


tidakkah kamu sedar wahai bangsa arab,sudah sampai masa ke tahap mana keadaan ini?

sesungguhnya aku adalah seorang yang tua lagi lemah..tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ini(lumpuh)..aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini...

aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi kehendak hajatku kecuali jika kerusi rodaku ini mereka yang menggerakkan..aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia..aku, yang yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan...

adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku sudah menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka lemah? adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab? kalian diam membisu dan lemah,atau adakah kalian semua telah mati binasa?

adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit dan menyatakan kemarahan kerana Allah? tiada satu pun kumpulan (daripada dalam kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa kepada kami dan menukarkan kami daripada golongan yang mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas!

tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?!

tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian?! tidak malukah negara-negara umat islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?!

adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini,pasukan tenteranya,parti-partinya,badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambikl melaungkan;

Ya Allah,perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka ,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!

adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? seketika nanti kalian akanmendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dan berdepan dengan musuh..buakn mati dalam keadaan melarikan diri..akan mati bersama kami anak-anak kami,wanita-wanita,orang-orang tua dan pemuda-pemuda..

kami jadikan dalam kalangan kami sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! janganlah kalian menanti hingga kami mengangkat dan menyerahkan bendera putih,kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian...biarkan kami mati dalam kemuliann sebagai mujahidin dan syuhada'

jika kalian mahu,marilah bersama kami sedaya mungkin..tugas membela kami terpikul dibahu kalian..kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati..sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan!

kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami..demi Allah! jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini,wahai bangsa umat ini!

"Ya Allah,kami mengadu kepadaMU..kami mengadu kepadaMU..kami mengadu kepadaMU..kami mengadu kepadaMU lemahnya kami dan kurangnya helah kami..demikianlah kami dihadapan manusia..Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami..kepada siapa Engkau tinggalkan kami? adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? atau kepada musuh yang berkuasa keatas kami??

Ya Allah,kami mengadu kepadaMU darah-darah yang tertumpah,maruah yang ternoda,kehormatan yang diperkosa,kanak-kanak yang diyatimkan,wanita-wanita yang dijandakan,ibu-ibu yang kehilangan anak,rumah-rumah yag diruntuhkan,tanaman-tanaman yang dirosakkan...

Ya Allah,kami mengadu kepadaMU berseleraknya(umat) kami,berpecahnya perpaduan kami,berbagai-bagainya haluan kami,terkebelakangnya kami.....

Kami mengadu kepadaMU betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan bertapa berjayanya musuh-musuh kami..."

wallahualam...

walaupun syeikh Ahmad Yassin memfokuskan wasiat ini kepada bangsa arab..namun ia tetap kewajipan kita selaku umat islam kesemuanya walau yang bukan berbangsa arab...

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails