Followers

MENGAPAKAH ISLAM???

13 August 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah,setelah sekian lame tidak memperbaharu post-post di dalam blog,pada hari ini baru penulis berkesempatan untuk melaksanakan hajat yang terpendam di hati..

post pada kali ini,penulis ingin berkongsi serba sedikit ilmu,fikrah serta thaqafah yang dikemukan oleh Murabbi kita pada zaman ini,Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya,MENGAPA ISLAM???

buku ini bukanlah seperti kitab-kitab berjilid yang lain,tidak juga tebal..malah ia hanyalah sekadar sebuah kitab yang tipis dan bersaiz kecil...namun,isi kandungannya amatlah bermakna...inilah yang kita dapat lihat pada para ulama baik pada zaman dahulu mahupun zaman kini..hasil mutiara ilmu daripada mereka amatlah bermanfaat kepada mereka yang cintakan Islam dan ingin menagasah pemahaman mereka mengenai Islam..daripada sebesar-besar kitab,sehinggalah kepda sekecil-kecil kitab...teramatlah berharga ilmu-ilmu mereka

berkata Saidina Ali R.A."ILMU ITU LEBIH BERHARGA DARIPADA HARTA..HARTA KITA YANG MENJAGANYA DAN AKAN HABIS SEKIRANYA DEBELANJAKAN KEPADA ORANG LAIN,AKAN TETAPI,ILMU ITU YANG AKAN MENJAGA KITA MALAH AKAN SEMAKIN BERTAMBAH SEKIRANYA DIGUNAKAN SERTA DISUMBANGKAN KEPADA ORANG LAIN"

pelbagai persoalan diutarakn oleh Sheikh Yusuf kepada para pembaca...mengapa kita menyeru kepada Islam?? mengapakah Islam?? mengapa perlu kembali kepda Islam??? inilah 3 soalan yang dikemukan oleh beliau pada permulaan kitabnya...

persoalan ini dijawab dan dirungkai serta dirumuskan dalam 3 perpektif atau logik yang cukup mudah difahami..
1. logik iman serta akidah
2. logik sejarah umat Islam terdahulu
3. logik keadaan semasa umat Islam pada hari ini

LOGIK IMAN SERTA AKIDAH MEWAJIBKAN KITA UNTUK KEMBALI KEPADA ISLAM

tidak layak bagi kita untuk dikatakan beriman dan seorang muslim jika kita hdup selain daripada Islam,tidak menjadikan Islam sebagai manhaj atau cara hidup,tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan masyarakat dan tidak berhukum dengan hukum Islam....sebagai seorang yang mengaku beriman dengan penyaksian kepda ALLAH melalui 2 kalimah syahadah serta seorang yang bergelar muslim,penulis yakin,para sahabat diluar sana mampu berfikir dengn logik akan kenyataan ini melalui manhaj pemikiran yang betul dengan akal yang sihat...

bahkan,ia adalah menjadi satu kewajipan bagi kita yang tiada kudrat serta pilihan bagi kita melainkn untuk berpegang teguh dengan Islam tanpa mempertikaikan sedikit setiap yang terkandung di dalam agama yang suci ini..inilah agama yang diturunkan Pencipta segala makhluk,Raja segala raja,

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam" Al-I'mran:19

tiada peluang bagi kita untuk mempertikai serta menolak hatta sebahagian kecil daripada Islam selain untuk mengatakn bahawa,"Kami dengar dan kami ta'at" AL-Baqarah:285....

kita selaku golongan yang berakal serta makhluk yang paling sempurna penciptaannya seperti firmanNYA,"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" At-Tiin:4,mampu berfikir secara logik akal akan tahap serta kedudukan keimanan kita sekiranya kita menolak serta menghukum selain daripada hukum-hukum yang telah ditetapkn Allah...bagaimana??? hukum di sini bukanlah berbaur politik,tetapi setiap hukum yang berkaitan dengan Islam,seperti solat,kewajipan zakat,kewajipan menutup aurat serta setiap peringkat hukum,daripada yang peringkat individu hinggalah kepada peringkat kenegaraan...penulis serahkan kepda para pembaca untuk memikirkannya...

selagi kita di dalam kedudukan cahaya keimanan,tidak mahu tidak,wajib kita untuk beramal serta menjadikannya sebagai cara hidup,begitulah juga firmanNYA di dalam surah Al-Maaidah,ayat 44

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir"

di dalam ayat 45,golongan ini diibaratkan sebagai orang-orang yang zalim manakala di dalam ayat 47 pula,ALLAH mengibaratkn golongan ini sebagai orang-orang yang fasik....

maka jelaslah disini akan kewajipan kita untuk berpegang kepada Islam dan bukan agama yang selain daripadanya

"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" Al-I'mran:85...

pengembalian kita kepada Islam buknlah secara sebahagian kecil,mahupun rukun-rukun kecil,bahkan pengembalian yang secara total dan menyeluruh..Islam adalah agama dan negara,akidah dan syariah,ibadat serta kepimpinan,solat serta jihad..tiada pengasingan dan tiada pemisahan!! inilah Islam..

"Apakah kamu beriman kepada sebagian dari Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan" Al-Baqarah:85


LOGIK SEJARAH,MENGUATKAN LAGI LOGIK KEIMANAN

tidak perlu untuk membicarakan perihal umat selain umat Islam...penelitian serta pengamatan terhadap kondisi serta keadaan umat Islam terdahulu cukup untuk membuktikan kepada kita sert meneguhkn lagi keimanan kita terhadap agama ini...umat manusia tidak akan mempunyai nilai hidup di atas dunia ini melainkn dengan hidup di atas paksi-paksi keimanan serta manhaj keislaman malah menjadi hina serta tiada nilai disisi Allah tanpa menjadi seorang muslim yang beriman...

sejarah telah memformulasikn kepda kita akan kejayaan umat manusia yang terdahulu..umat ini berjaya membangunkan satu tamadun yang bertunjangkn sebuah agama yang akhirnya mampu menjadi kiblat penrevolusian umat manusia yang lain yang tidak berasaskn agama ini...apakah umat manusia tersebut jikalau bukan umat Islam,

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah" Al-I'mran:110...

kita lihat sahaja perihal bangsa arab jahiliah sebelum kedatangan Islam..mereka adalah bangsa yang berpecah,mengamalkan sistem kabilah yang sering berperang sesama kabilah yang lain demi mempertahankn nama kabilah,menindas hak-hak kaum wanita serta menanam anak perempuan kerana dikhuatiri akan 'kesialan' mereka......

berbeza pula selepas kedatangan Islam,satu pertukaran secara 360 darjah berlaku di dalam kehidupan mereka,malah mereka menjadi satu tamadun bangsa manusia yang begitu hebat pengaruh sehinggakn tunduknya kuasa-kuasa besar pada waktu itu seprti Rom dan Parsi(yang sekarang dikenali sbg Iran) kepada mereka..datangnya Islam kepda mereka yang mnnyeru kepada pembentukan fikrah 1 ummah,perpaduan sesama mereka yang menghasilkan satu momentum kekuatan yang mampu menerobos benteng kekuatan pihak yang lain,

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai" Al-I'mran:103

pemberian hak-hak yang sewajarnya kepada kaum wanita,serta kesyukuran di atas kurniaan zuriat yang diberikan sebagai amanah daripada Allah...

bagaimana dkwah ini yang dibawa serta dimulakn oleh seorang insan bergelar Nabi Muhammad S.A.w.,yang kemudiannya disambung oleh para sahabat melalui pemerintahan Khulafa' Ar-Raasyidin,seterusnya di sambung oleh para tabi'en,tabi' tabi'ien sehinggalah kepada kita...seruan kepda agama ni menjadi setiap manusia yang berpegang kepdanya mampu menjadi seorang insan yang hebat serta mampu menggoncang makhluk-makhluk yang lain malah dihormati oleh para malaikat...bagaimanakah keizzahan ini boelh dihasilkn??? tiada cara lain melainkan dengan Islam..

Islam jugalah yang memperbaharui kehidupan insan yang dipraktikkan melalui tuntutan kewajipan zakat..keadaan orang-orang miskin sebelum datangnya Islam,mereka ditindas,tidak mendapat hak-hak mereka,malah wujudnya perasaan benci kepada golongan kaya...indahnya Islam yang telah memfardukan satu sistem pemberian harta kepada golongan miskin melalui ZAKAT...sistem ini lah yang menghilangkan segala keresahan di dalam hati golongan ini apabila turunnya ayat,

"dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu" Al-Ma'aarij:24


"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdo'alah untuk mereka" At-Taubah:103

pelaksanaan yang telus serta kesungguhan dalam mengamalkan sistem ini,telah membawa satu gaya hidup masyarakat yang begitu aman dan damai kerana setiap orang mendapat hak mereka...kita kembali juga bagaimana keprihatinan Khalifah Umar Abdul Aziz akan sistem harta ini,diriwyatkan bahawa pelaksanaan kutipan zakat yang dijalankn dari setiap tahun,membawa kepada ketidaklayakan seorang pun untuk menerima zakat pada waktu itu kerana masing-masing mempunyai harta yang mencukupi ynag menyebabkan mereka tidak layak untuk mnerima zakat...inilah kehebatan serta keindahan agama kita,Al-Islam....

LOGIK KEADAAN UMAT ISLAM SEKARANG,MENYOKONG SERTA MENGUATKAN KEDUA-DUA LOGIK YANG SEBELUMNYA..

perihal umat Islam pada waktu ini,tidak perlulan untuk penulis berbicara panjang akannya..kalian dapat melihat,menilai dan merumuskan sendiri apakah keadaan kita pada zaman ini...kita hanyalah sekadar seperti buih-buih di lautan yang pecah pabila dipukul ombak seperti yang dikatakan oleh Nabi kita,1423 tahun yang lalu....

bagaimana perpecahan dalam kalangan kita,membawa kepada penindasan umat islam seluruh dunia tanpa mengira usia dan jantina...begitu juga perampasan wilayah Palestin daripada hak umat Islam...

erm,terlalu banyak kelemahan,kezaliman serta penindasan yang berlaku kepda kita pada hari ini,tidak larat rasanya penulis untuk menyebut kesemuanya..cukup sekadar penulis menyebut kondisi negara Iraq,Pakistan,Palestin dan umat Islam di Kashmir..yang selebihnya,penulis serahkan kepda para sahabat untuk mngkajinya...

inilah serba sedikit apa yang telah dikemukan oleh Syeikh Yusuf di dalam kitabnya,MENGAPA ISLAM??
semoga para pembaca mendapat sedikit manfaat daripada hasil pembacaan di dalam blog ini..segala maklumat yang salah serta tidak betul,penulis harapkan teguran serta sokongn daripada pihak sahabat

SKOP FOKUS KEPADA NEGARA MALAYSIA

keadaan masyarakat yang semakin bercelaru dalam negara Malaysia menimbulkan keresahan banyak pihak..ramai yang inginkan satu keharmonian serta kedamaian dalam menjalani kehidupan yang normal di negara Malaysia...

daripada masalah sosial dalam keluarga serta masyarakat,masalah ekonomi yang meruncing sehinggalah kepada masalah politik yang mengelirukan rakyat...kesemuanya bermula daripada sikap kita yang berpaling serta membelakangkan buku panduan serta manhaj hidup yang pastinya membawa kejayaan tanpa adanya keraguan sedikitpun..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" Al-Baqarah:2

saban hari seruan kesatuan dan pembentukan ummah yang gemilang dilontarkan kepada semua demi pembentukan satu ummah,namun kita sering terlupa untuk bersama serta mendampingkan diri kepada pemberi nikmat kesatuan itu sendiri...segalanya tidak akan datang bergolek...patutkah segala hajat kita itu diberi andai kita menolak Islam???

kesatuan serta kebangkitan ummah yang sering kita suarakan bukanlah satu perkara yang akan terbangun dengan sekadar seruan...namun ia memerlukan penggemblengan serta usaha setiap pihak dalam memastikan kehidupan kita sendiri berteraskan Islam serta bersih daripada sebarang anasir luar dalam mencapai matlamat yang satu..

segalanya bermula daripada pembentukan sahsiah seorang muslim yang membawa kepada pengislahan masyarakat yang kemudiannya kepada penstrukturan negara Islam yang ulung..masakan sebuah kesatuan itu akan terhasil sekiranya kita perkara yang asas ini tidak dilaksanakan seiring dengan pergerakan dakwah dalam mendaulatkan perundangan Al-Quran dan As-Sunnah...

pemahaman yang jelas akan agama ini amatlah perlu bagi mewujudkan satu kondisi hidup yang tenang dan aman..

adalah sia-sia sekiranya begitu banyak yang menyeru kepada pembentukan satu ummah namun sama banyaknya dengan kuantiti hiburan serta maksiat yang menular dalam masyarakat..malah,seruan yang sekadar atas angin dijadikan aset bagi meraih sokongan pihak yang lain..sia-sia sahaja dilakukan majlis sambutan maal hijrah,sambutan maulidur rasul,majlis tilawah Al-Quran sekiranya aktiviti berunsur maksiat juga tidak kurang banyaknya seperti konsert para artis,sambutan kemerdekaan dan sambutan tahun baru...tidak lupa juga dengan pertelingkahan yang ditimbulkan demi kepentingan individua...dakah mampu pembentukan satu ummah yang gemilang direlisasikan???

malah,wujud juga dalam kalangan kita yang mempertikaikan kesucian hukum Allah ini..kejahilan mereka dalam menyedari falsafah disebalik pensyariatan hukum Allah ini,menutup pintu-pintu hari mereka untuk menerimanya malah menolaknya..wujudlah kata-kata yang meragui akan hukum ini,"hukum Islam sudah tidak relevan pada zaman kita","hukum ini sekiranya dilaksanakan akan berlaku ketidakadilan terhadap semua orang","hukum ini adalah undang-undang yang kejam dan tidak sesuai bagi seorang yang bergelar manusia"...adakah wajar kata-kata ini diucapkan bagi mereka yang mengaku beriman?? apakah tahap kemimanan mereka sedangkan tahap iman yang paling rendah pun adalah mereka yang membenci kemungkaran sekadar di dalam hati,bagaimana pula dengan yang menolak terus hukum-hukum Islam..kita serahkan segala pengadilan kepada Allah..

berdoalah kita kepadaNYA agar iman serta keyakinan kita terhadap agama ini tidak akan berubah kerana DIA jualah yang maha membolakbalikkan hati....

berjuanglah demi ISLAM!

WALLAHUALAM...
ASSALAMUALAIKUM....

Click Here to Read More..
Share

DISEBALIK PEMBUNUHAN SYUHADA JILBAB:SIAPA DALANG???

13 July 2009

Khamis, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah...

assalamualaikum w.b.t.

tarikh
July 09, 2009,telah menyaksikan bagaimana umat islam seluruh dunia dikejutkan dengan satu lagi peristiwa kekejaman puak musuh-musuh islam terhadap pembunuhan seorang wanita warga mesir,MARWA El-SHERBINI...

mungkin agak terlambat penulis untuk membicarakan mengenai isu ini..tapi biarlah ia menjadi tatapan kepada sesiapa yang masih belum mengetahui akan isu ini sekiranya berkunjung kepada blog penulis...

jika kita melihat kepada pembunuhan yang berlaku,dapat kita rasakan bahawa ia adalah masalah biasa yang berlaku dalam setiap negara samada negara umat islam mahupun bukan islam...akan tetapi,jika direnung serta diamati sebentar isu ini,para pembaca dapat menilai sendirilah,inilah dendam musuh-musuh islam kepada kita yang tidak ada penghujungnya hinggalah hari kiamat....

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka-al baqarah:120

malah,sejak perutusan para anbiya' yang tedahulu,cukuplah memberi gambaran kepada kita akan dendam puak-puak ini terhadap islam malah memusuhi Allah itu sendiri....sepertimana yang telah disebutkan dalm surah Al-A'raaf,merakamkan perbualan antara nabi nuh serta keingkaran kaumnya terhadap risalah yang dibawa..malah,secara jelas puak-puak ini telah diceritakan di dalam Al-Quran bagaimana sikap mereka ke atas Nabi Muhammad serta seruan dkwah yag dibawa oleh baginda...teramat banyak....


MARWA El-SHERBINI
(7 Okt 1977 - 1 Julai 2009)



Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman.merupakan lulusan sarjana bagi bidang farmasi pada tahun 2000 yang kemudiannya telah berkahwin dan kemudiannya berpindah ke negara Jerman pada tahun 2005..mereka pertama kali menetap di Bremen dan sejak tahun 2008,menetap di Dresden...


PEMBUNUHAN BELIAU.....

Pada tahun 2008,Marwa telah diserang oleh
Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German dengan ditohmah bahwa beliau adalah 'terrorist' dan juga 'islamic whore' kerana beliau BERTUDUNG! dihadapan khalayak ramai...kata-kata itu telah dilaungkan oleh pembunuh sewaktu berada di Dresden park..Marwa kemudiannya telah memfailkn kes ini ke mahkamah Jerman pada bulan Ogos tahun yang sama...

kemenangan pembicaraan antara kedua-dua pihak telah memihak kepada As Syahidah Marwa...akan tetapi,
Alex
telah menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

suaminya yang berada di situ bertindak meluru ke arah pembunuh bagi menyelamatkan isterinya..namun,keadaan sebaliknya yang berlaku...pihak keselamatan mahkamah telah menembak suami beliau dengan alasan yang amat tidak munasabah!! alasan mereka,"kami ingatkn bahawa pembunuh tersebut adalah suami marwa"..apakah ini???!! sama sekali satu alasan yang tidak masuk akal atau barangkali juga kite boleh katakn..............................enth,x terungkap dek kata-kata.....malah,beliau ditikam dalam keadaan beliau sedang hamil anak kedua yang baru berusia 2 bulan ...Suaminya, yang tercedera ketika kejadian kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.


PERSOALANNYA?????

apa yang ingin penulis persoalkn di sini adalah dari segi kewarasan akal pihak keselamatan serta mahkamah itu sendiri!...

1)bagaimana sebuah mahkamah boleh membenarkan kemasukan orang ke dalam tmpat
tersebut dengan membawa sebilah pisau??

2)mengapa reaksi pihak polis tersebut lembab yang amat sangat apabila menyaksikan tikaman ke atas seorg permpuan dilakukan sebanyak 18 kali?? malah boleh tersalah tembak sasaran apabila menyangka pembunuh tersebut adalah suami Marwa..

3)mengapa pihak berkuasa Jerman tidak mengambil hukuman berat ke atas pembunuh..malah mereka cuba merahsiakn kejadian yang berlaku...termasuklah akhbar-akhbar mereka mahupun barat..tidak ada yang mengulas secara jelas akn kejadian tersebut...hanya sebilangn sedikit sahaja yang membuat laporan...sekiranya seorang yahudi yang terbunuh oleh org islam..pastinya,satu liputan secara meluas pasti dilakukan,dan hukuman serta merta akan dijatuhkn ke atas pembunuh....


AGENDA PUAK KAFIR SERTA DENDAM KESUMAT MEREKA
:PERCATURAN GERAKAN ANTARA AMERIKA SERTA ISRAEL

pencerobohan puak yahudi keatas palestin meyakinkan kita akan kekejaman serta benci mereka terhadap umat islam....mereka melakukan perbbuatan tersebut atas dasar ingin menuntut bela di atas peristiwa hitam Holocaust ke atas puak yahudi yang dilakukn oleh Adolf Hitler...tetapi,mengapa harus rakyat palestin yang menanggung luka mereka yang berdarah???!!

mata kepala kita sendiri dapat melihat kekejaman puak yahudi ke atas rakyat palestin...mereka buknnya melakukn perbuatan tersbut ats dasar menuntut bela..malah wujudnya konspirasi dlam gerakan zionisme itu sendiri yang bermatlamatkn untuk menghapuskn seluruh umat islam di palestin..dan jika mereka mmpu,pastinye seluruh umat islam di dunia ini akan dibunuh!..

ini baru puak yahudi itu sendiri..jika kita lihat pula pada negara Amerika...para presiden mereka yang menjadi tulang belakang kepada gerakan penghapusan org islam di palestin terus menghulurkn tenaga senjata bagi merealisasikn impian mereka...kemuncak gerakan pembunuhan mereka semakin dasyat di bawah pemrintahan syaitan putih,George W Bush..

kekejaman ke atas Palestin,cukupla mmberi kita satu statement yang cukup jelas akn pendirian mereka kepada umat islam...

dan peristiwa pembunuhan Marwa jelas mfenunjukkn kepda kite akan perihal mereka...memang tidak hairanlah beliau dibunuh di medan perang yang di kuasai puak kafir yang bertuhankn sekularisme....hanya kerana SEHELAI TUDUNG! mungkin kerana mereka jaki serta dengki melihat seorg muslimah berjaya mempertahankn haknya,maka di biarkn sahaja assyahidah Marwa dibunuh sedemikian rupa,ditikam sebanyak 18 KALI!!!


OBAMA.....APA KAITAN??


kedatangan obama ke mesir pada 4 jun yang lalu,memberi satu impak yang besar terhadap masyarakat islam pada hari itu serta rakyat mesir khususnya....ucpan telah disampaikn di universiti kaherah mesir (sila klik:ucapan obama)

masalahnya,di manakah janji-janji beliau yang ingin mengadakan perdamaian antara muslim dan pauak mereka???

apakah obama hnya duduk diam mendengar peristiwa yang berlaku??? sedangkn pmbunuhan tersebut mendapat perhatian serta kebangkitan ramai muslimin....seperti yang berlaku di msjid azhar pada hari jumaat yang lepas...ramai yang berkumpul menzahirkan ketidakpuashatian mereka kepada pihak yang bertanggungjwab diatas kes itu...

sedangkan isu palestin yang paling besar pun yang mnjadi jurang kepada 2 tamadun besar dunia,si obama x buat pe2...masakan pula darah seorg muslimah perlu dilayan...

begitu juga pemimpin negara mesir sndiri...kaitan hubungan ntara beliau serta puak-puak di luar cukup untuk di katakan kpd kite bhawa beliau hnya memandang remeh isu ini...jika ratusan darah rakyat palestin bercucuran ke bumi pemimpin mesir hanya duduk diam,malah mnyekat kemasukan bantuan ynag ingin dihulurkn,inikan pula darah seorang saja rakyat muslim...

ucapan obama pada hari itu sekadar omong-omong yang membuatkn kita rase smkin jelik terhadap mereka...adakh kata-kata indah mereka akan memadamkan perasaan benci umat islam ke atas mereka??? sama sekali tidak...selagi mane mereka tidak melaksanakn apa yang mereka cakpkn,jgn di harap kemaafan dari umat islam....

cukupla untuk penulis katekn di sini bahwa dalang disebalik pembunuhan ini adalah pihak mahkamah itu sndiri yang diketuai oleh puak2 kafir laknatullahhialaihim

APA KATA MEREKA???


Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,

The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed.
[…]
This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!
May Allah bless her soul , she is a martyr of racism and hate.


Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam.
[...]

Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik or jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.

Seorang lagi blogger, Sadafat menulis;

لو أن يهوديا أصيب بكلمة أو مزحة ثقيلة في ألمانيا لأقامت رئيسة الوزراء الدنيا ولم تقعدها ولتنادت فوكس نيوز وسكاي نيوز بالدفاع عن العنصر السامي واعلان الحرب على اعداء السامية، وأما الأخت المصرية هذه فلا بواكي لها.
يجب ان تعلن الحكومة الألمانية ان هذا التصرف يمس المسلمين، يجب ان تضع في دستورها للغالبية الثانية من الديانيات وهم المسلمين حقوقا تحفظهم من العداء ضد الإسلام.
Jika seorang Yahudi terguris, di Jerman, walaupun dek sebutir perkataan atau jenaka, perdana menteri akan melakukan segalanya, dan memanggil Fox News dan Sky News untuk membela Semitisme dan mungkin mengisytiharkan perang terhadap antisemitisme. Tetapi, tidak ada seorang pun akan melaungkan untuk seorang wanita Mesir yang terbunuh di sana. Kerajaan Jerman sepatutnya tahu ini akan memberi kesan kepada Muslims dan sepatutnya meletakkannya di perlembagaan untuk majoriti agama kedua di negaranya, iaitu Muslim, atas haknya atas perlindungan dari kebencian terhadap Islam.

akhbar mesir serta suara umat islam seluruh dunia telah mngisyhtiharkn Marwa El Sherbini sbg syuhada'

SYEIKH DR SAID TANTAWI juga mendesak kerajaan Jerman agar mngmbil tindakan yang keras ke atas pmbunuh ...

ingatlah,sebagaimana mafhum hadis nabi Muhammad yang mengatakn bahawa HARAM darah seorg muslim itu untuk ditumpahkn begitu sahaja.........

smoga Allah merahmati keluarga Marwa agar sentiasa dinaungi lembayung rahmat ilahi baik di dunia mahupun di akhirat.....

Click Here to Read More..
Share

PERTMBUNGAN DUA KUASA BESAR POLITIK DI MALAYSIA

06 July 2009

assalamualaikum w.b.t.

menyusuri perkembangan politik tanah air..pelbagai pergolakan yang berlaku yang mampu membuka minda warganegara dalam menilai sesuatu perkara...Parti Islam Se-Malaysia(PAS),dilihat semakin mendominasi serta menjadi antara pengaruh yang besar yang dilihat bagi menghasilkan satu momentum perubahan yang dlm mengubah sistem kehidupan masyarakat di Malaysia khususnya..parti ini yang ditubuhkn sejak tahun 1951,terus tegar dalm mmperjuangkn apa yang hak serta dalam mendaulatkn islam serta terus kukuh serta semakin melebarkan sayap pengaruhnya baik kepada masyarakat islam mahupun bukn islam...kuncinya!!

dasar perjuangan parti ini adalah ISLAM serta menjadikan AlQuran dan As-Sunnah sebagai panduan..maka,tidak hairanlah parti ini terus kukuh di Malaysia dan dilihat mampu memacu sistem pemerintahan bagi menggantikn kerajaan yang ada sekarang...


manakala UMNO,parti yang ditubuhkn oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1946 adalah parti yang matlamat asalnya adalah untuk mmeperjuangkn nasib org Melayu yg pada ketika itu dilanda kemerunduman politik dan ekonomi menyebabkn mereka terkebelakang berbanding golongan-golongan lain yang lebih maju..namun,dukacita pada hari ini,masyarakat melayu yang mendominasi serta mengepalai pucuk pimpinan negara hari ini,dapat lihat bagaimana UMNO yang dahulunya begitu hebat di arena politik,semakin jatuh hari demi hari dek kerana pegangan Nasionalisme yang mnjadi dasar perjuangan...malah pari ini pada hari ini dilihat tidak lg mnjadi wasilah untuk membela nasib melayu,tetapi,mnjadi tmpt bg pimpinan UMNO untuk bersenang lenang dgn harta dunia yg tidak kekal ini...

lebih mndukacitakan..mereka sangup mnggadaikan agama Islam itu sendiri atas dasar bagi menjaga kepntingan serta kedudukn politik mereka..bagaimana umat islam di Malaysia dikejutkan dengan keputusan kabinet Najib berhubung status keislaman seorg anak apabila salah seorg daripada ibu bapanya memeluk agama Islam...

pelbagai persoalan timbul di fikiran umat Islam yang prihatin akan isu ini akn keislaman pimpinan UMNO itu sendiri ekoran daripada pengisytiharan keputusan kabinet itu...sapa mereka untuk melaksanakn undang2 yang melawan ALLAH?!

smakin hari kerakusan mereka semakin jelas dlm keinginan untuk mngaut terus tanpoa henti kekayaan serta pengekalan pengaruh dan empayar kuasa mereka..bagaimana kerajaan negeri Perak yang dirampas oleh UMNO sdemikian rupa tanpa mngendahkan persepsi,mandat serta wala' rakyat terhadap mereka..kemnangan telus Pakatan Rkyat keatas negeri tersbut,dirampas dalam skelip mata tanpa perlu tunggu masa yang lama untuk dijatuhkn oleh UMNO..


sewaktu kemelut perak

kezaliman itu tidak akn terus berleluasa..bagaimana sifat Islam,bahawa Islam tidak akn naik bersama seirung dgn kejahilan serta kezaliman..inilah apa yang berlaku kpd UMNO..sudah sampai masanya mereka jatuh dan PAS naik menerajui negara dalam mendaulatkn Islan yang suci ini...

Pilihanraya Manek Urai..

pilihanraya kcil(PRK) di Manek Urai bakal menyaksikan gelombang penolakn rakyat yang semakin celik serta jelik dgn perbuatan jahat UMNO selama ini..kemenangan Pakatan Rakyat serta Pas dlm PRU 12,mnjadi tanda awal kepada UMNO bhawa rkyat semakin sedar dn bertekad mahu mnjatuhkn mereka dan mnguburkn mereka skaligus dari bumi Malaysia ini..cuma waktu serta perancangan Allah saja yang menjadi ktntuan dalm merealisasikn matlamat ini....

pada waqi' yang berlaku di Malaysia,melalui pilihnaraya,mtlamat untuk mnjatuhkn kezaliman trhadap rkyat dan agama dpt dihentikn....tidak sempurna sesuatu perkara melainkn dengn perkara yang lain,maka perkara yang menjadi penympurna itu adalah sesuatu yang wajib...inilah kaedah fiqh yang dikemukan oleh para ulama...melihat kpd konteks tngungjwb dlm mendaulatkn Islam di tanah air adalah perkara yang menjadi kewajipan keatas setiap mukallaf yang faham....dn matlamt ini tidak akan dpt direalisasikn melainkan dgn penggunaan wasilah drpd setiap arah bg mncapai hasrat ini...maka ksemua penjanaan wasilah ini adalah mnjadi wajib keats kite..begitula juga PRK Manek Urai yang sedang berlangsung bermula pagi td waktu malaysia...ingin melihat tumbangnya UMNO,tunaikn tanggungjwb sbg pngundi jika kite kata bhawa kita sayangkn Islam....kita menentang mereka kerana mereka tidak mnjalankn tnggungjwb mereka

barang sesiapa yang tidak menghukumkn dengan apa yg telah ALLAH turunkn,maka mereka termasuk dlm golongan org2 yang kafir-al maidah:44

barang sesiapa yang tidak menghukumkn dengan apa yg telah ALLAH turunkn,maka mereka termasuk dlm golongan org2 yang zalim-al maidah:45


Penerimaan masyarakat bukan Islam


sokongan padu kaum cina dan india menjadi aset penting kepda PAS dan Pakatan Rkyat yang harus dikekalkn momentumnya agar satu perpaduan yang jitu dapat terus dijana dalm merobohkn tmbok kejahilan serta kezalaiman UMNO terhadap rakyat Malaysia...inilah yang perbezaan antara UMNO dan PAS...PAS terus mmperjuangkn Islam tanpa terlepas pandang satu aspek pun dn juga agar Islam ini trus mekar dan diterima oleh smua masyarakat,krn buknkah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk mmbwa rahmat kepada seluruh alam?? walaupn mereka tidak mmeluk Islam,yang manjadi titik tumpuan bagi ajaran Islam ini adalah mmbawa serta mnjamin kesejahteraan dan keamanan mnusia di dunia ini dan juga memastikan mnusia trus hidup tnpa wujudnya isu perbezaan kaum serta etnik...


sokongan masyarakat bukn Islam kpd PAS

dasar kesamaan inilah mnjadikn sokongan daripada masyarakt ini smakin brtmbah dn wujud pula Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh kaum India dn Cina..kelab inilah yang akan mnjadi wasilah dalam trus mmbawa mereka dekat kpd PAS dn kpd Islam itu sndiri...jelaslah disini akan kelengkapan serta kesyumulan Islam yang boleh diterimapakai oleh smua mnusia tnpa mngira kaum serta agama..berbezanya agama ini dgn agama yang lain....

ramai drpd ahli ini yang menyertai kelab ini,krn dasar keadilan yang dipegang oleh PAS,malah,mereka sndiri yang bertekad mahu mmbawa kaum mereka dekat kpd PAS


"Tan bertuah kerana dia boleh aktif dan bersama PAS tanpa sekatan. Usianya yang muda membuatkan dia bersemangat tinggi dan berkobar-kobar mahu menyampai misi PAS pada kaumnya. Langkah Tan umpama baru bermula."
-harapan TAN WEE KIAN (pimpinan Kelab Penyokong Pas)


Kelab ini diwujudkan kerana ramai pengundi Cina yang tidak sokong BN, termasuk daripada MCA dan Gerakan dan juga tidak berapa yakin kepada parti lain. Mereka perlukan cara untuk menyuarakan hasrat serta suatu kekuatan politik untuk emak dan imbang.

PAS mempunyai rangkaian yang berkesan di seluruh negara, maka PAS menjadi pilihan mereka, tetapi oleh kerana mereka tidak boleh menjadi ahli berdasarkan perlembagaan parti,maka timbulnya idea untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS.-ungkapan HU PANG CHAW(pimpinan Kelab Penyokong Pas)


doakn dipanjatkn agar PAS trus tguh di ats perjungannya...sokongan diberi bukn atas sentimen parti..tp atas dasar ingin menjatuhkn kebatilan serta menaikkn yg HAK!


selagi PAS mmegang dasar Islam,selagi itula seluruh sokongn perlu diberi,,akn tetapi,jika perjuangn mendaulatkn Islam itu berpndah kpd parti lain dan secara tiba2 PAS bertukar kpd dasar sekular,maka,PAS lah yang perlu kita tntang habisan2..di sini perlu kita paham mngapa PAS wajib disokong oleh umat Islam di Malaysi khususnya...perlu faham tjuan kite berpolitik ini...ia buknla satu perkara yang saja2...

*ini adalh sekadar rumusan yang dibuat oleh pnulis..sebarang komen diprlukn bg mnjana kematangan penulis dlm mmberi idea serta lontaran pendapt yg lebih bernas...penulis msih kurang 'mkn garam' dlm mengulas hal2 begini ...

Click Here to Read More..
Share

MESIR,dan DIRIKU???

07 June 2009

assalamualaikum..kpd semua pembaca...post kali ni,xde nk cite pe sgt pn..just nk cite pngalamn kt sini...xtau nk stat kt mane...

erm.....sedar xsdar..dh nk masuk 9 buln duk kt bumi msir ni..byk pnglamn duk kt sini tp xde r byk sgt...baik pngalman gduh ngn pak2 arab,naik bas mahupn pnglamn bertalaki ngn sheikh2 kt sini...

tp,sblum dtg msir ni...bukn bnde yg mudah..ia merupakan ntra satu keputusan yg besar dlm hdup ini dan memrlukn satu pngorbanan jiwa,mental srta kwn...namun,tiada sape yg tahu..ramai yg bertnyakn kedatangan ku ke mesir ade yg tye "eh,bukn ko amek STAM ke??","kate nk amek STAM,tiba2 dg mesir lak??","kate nk 'STAY'..ni dtg mesir lak"....inilah ntra lontaran kate2 yg sring aku dpt dalm beberapa bulan yg awal pabila jejaknya kaki,badan serta jiwaku ini ke bumi anbiya'......

abis SPM 07,aku melnjutkn pngajian ke F6 kisas dalm STAM..aku mndftarkn diri pada 12 mei 08...slama dlm beberapa mngu bersekolah sbg F6,dtglah cuti skula..nek cuti skula slma 2 mngu..aku mneruskn sesi persekolahan sprti biasa..namun,pagi pertama sesi persekolahn..aku serta 4 org stayer yg len TUAN,TARMIZI,NAQIUDDIN serta SYAZWAN mndapat satu pnggilan yg aku rasekn,bagi aku..ia merupakan satu nikmat dn mngkin juga satu ujian yg pastinye ade hikmah di sbalik ini...

benarlah mafhum Firman Allah taala,kite merancang dn Allah juga merancang,akn tetapi,Allahla sebaik-baik perancang....
meniti khidupan sbg F6 di skula kami,terbatal begitu sahaja...


namun,hati ini redha dn diriku memaksa hati ini untuk menerimanya walaupun pada awalnya,hati ini mmberontak dn tidak rela mnrimanya...namun,islam itu yg begitu indah mngajarnya umatnya bagaimana hati ini harus menrima sesuatu keadaan......

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.AL-BAQARAH:216

satu keputusan telah di buat..kami berempat akn pergi kecuali TARMIZI..berat hati kami untuk mninggalkn sahabat kami yg sorg itu..namun,apakn daya kite slaku hmbaNYA..tiada kudrat dalm melawan arus hidup yg telah ditetapn olehnya...dn juga demi matlamt perjuangna kami di atas muka bumi ini dn juga demi umat tercinta....segala perasaan wajib diketepikn..itula erti komitmen kite terhadap dkwah serta islam apabila bergelarnya seorg pndkwah

aku sndiri..mmg pada asalnye tidak akan sesekali mnjejakkn kaki ke bumi mesir ini bersama mereka..ingin diriku ini untuk mnghbiskn F6 ku ini....berlaku kepincangn antara aku serta kdua ibu bapaku dlm hal ini...tp,tidak perlulah aku ceritakn............biarla ia mnjadi rahsia ntra kami berlima serta keluargaku sndiri...

akhirnya,dgn takdir Allah,pada 5/10/08...aku mnjejakn kaki ku ini di bumi msir ini...benarlah firman Allah sbntar td....kdtangn ku ke bumi ini buknlah secara sia2....aku serta kawan2 ku yg lain dijumpakn dgn snior skula kami dhulu yg kemudiannya mmbawa kdp prtemuan dgn sheik talaki kami di masjid azhar

kami smua nmpk mtlamat kami n tngungjwb y wajib kami laksanakn di bumi ini...demi perkmbangn dn kemuliaan Islam di Malaysia...buknla kami ingin kate kn bhawa Islam itu akn tertegak dgn kami..akn tetapi,salahkn jikalau aku serta kawan2 ku mnyimpan hasrat untuk mnjadi ntra muslimin yg mmbntu dn mndokong perknbangan Islam di tanah air??

spnjang hmpir 9 buln berada di mesir..tdak dpt dinafikn byknya pahit manis yg aku kecapi..baik dgn berjumpa dgn kawan skula lame ku SMKA SEGAMAT,ISKANDAR namenye dn juga kawan2 kisasku yg len yg melnjutkn bidng pngajian dlm bidang perubatan di mesir ini..

di hadapan Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah


dimsir ini juga tidak dapat dinafikn,sbagaimana kite sbg manusia biasa tidak terlepas drpd sgala kesilapan...masalah hati,masalah kwn,suasana n sesi pngjian kite..itulah yg aku hadapi..dlm fatrah bberapa buln aku berada di sini....

namun,segala masalh ini perlu ditangani agar tidak mnjejaskn mtlamat perjuangan kite sbg seorg yg ingin terlibat scara langsung dlm kebangkitan Islam di Malysia khususnye...

pngalaman kepimpinan di skula,pngalaman berkawan n pgalamn hdup tnpa ibu bapa disisi..byk mmbntu dlm hdup di bumi msir ni....bergelarnya sbg seorg exco badar,pengawas dn naqib usrah..buknlah pengalamn yg sia2...semasa tingktan 6 rndh yg hnya selama beberaoa buln juga buknlah perjalanan waktu yg sia2...bnyk mngajar aku cara perinteraksian dgn pelbagai jnis mad'u..kerjasama dgn Pra KP F4 pada waktu baik ikhwah mahupun akhawat juga adalah pengalamn yg tidak aku sia2kn...

barisan pimpinan BADAR KISAS 06/07


barisan pimpinan KETUA PELAJAR 06/07


namun,ingin ku katekn,khidupan di sini..mmg berbeza..kejayaan hdup di sini,bukn diukur daripada hebatnye kite berpersatuan mahupun hebatnya kite dlm pelajaran shaja..akn tetapi dilihat ,sjauh mane hati ini terisi dgn ilmu,mkanan rohani,pembntukn fikrah,serta kemmpuan kite dlm mmbwa diri dlm merealisasikn mtlamat sbnar kite dlm mmbntu Islam di tanah air kita

kpd yg mngmbil medic,accounting,engineering dsb..perjuangkn Islam mlalui bidng antum krn mmg inilah tngunggjwb kite di atas muka bumi ini...tiada mtlamat lain kejadian kita dia atas muka bumi ni..mlainkn beribadah kpdNYA....beribadah ni plak xperlulah disntuh dlm post ni..pnjg plak t...

kite juga haruskn igt,Imam Hassan Al Banna juga mngatakn,tiada nilai hdup kite ini skiranya kite tidak berpegang dgn Islam serta dkwah itu sndri.....

tp,tu la...blajarnya aku ngn sheikh ahmad(sheikh talaki aku),sheikh ali jumaah(mufti mesir),sheikh usamah dn sheikh2 yg len...byk mmbntu n mmbimbing kami smua dlm mmahami agama ini dgn lebih mndalam..hadis Rasulullah S.A.W.:barang siapa yg Allah inginkan kebaikn kepadanya,akn Dia fahamknnya akan agamanya sndri...

apa2 pn...wajib bagi diriku untuk sntiasa igt sgla tngunggjwb sbg sorg mukallaf di muka bumi ini
perjalanan hdupku slama 5 thun di sini pastinye bukn sesuatu yg mudh dn penuh dgn liku2 perjuangan...baik perjuangan dlm melawan nafsu,mnuntut ilmu serta cabaran hdup yg akn mndatang....

Click Here to Read More..
Share

UKHWAH ISLAMIYYAH..

Ini adalah sebuah kisah tentang kepemimpinan Ali ibn Abi Thalib dalam
Khulafaurrasyidin yang sangat patut kita teladani...kisah inilah ntra pengaplikasian dn pengamalan sgala yg dipelajari daripada Rasulullah S.A.W. dalam kehidupn...UKHWAH....

Tidak ada khalifah yang paling mencintai ukhuwwah, ketika orang

berusaha menghancurkannya, seperti Ali ibn Abi Thalib. Baru saja dia
memegang tampuk pemerintahan, beberapa orang tokoh sahabat melakukan
pemberontakan. Dua orang di antara pemimpin Muhajirin meminta izin
untuk melakukan umrah. Ternyata mereka kemudian bergabung dengan
pasukan pembangkang. Walaupun menurut hukum Islam pembangkang harus
diperangi, Ali memilih pendekatan persuasif. Dia mengirim beberapa
orang utusan untuk menyadarkan mereka. Beberapa pucuk surat
dikirimkan. Namun, seluruh upaya ini gagal. Jumlah pasukan
pemberontak semakin membengkak. Mereka bergerak menuju Basra.

Dengan hati yang berat, Ali menghimpun pasukan. Ketika dia sampai di
perbatasan Basra, di satu tempat yang bernama Alzawiyah, dia turun
dari kuda. Dia melakukan shalat empat rakaat. Usai shalat, dia
merebahkan pipinya ke atas tanah dan air matanya mengalir membasahi
tanah di bawahnya. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdo'a: "Ya
Allah, yang memelihara langit dan apa-apa yang dinaunginya, yang
memelihara bumi dan apa-apa yang ditumbuhkannya. Wahai Tuhan
pemilik 'arasy nan agung. Inilah Basra. Aku mohon kepada-Mu kebaikan
kota ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya. Ya Allah,
masukkanlah aku ke tempat masuk yang baik, karena Engkaulah sebaik-
baiknya yang menempatkan orang. Ya Allah, mereka telah membangkang
aku, menentang aku dan memutuskan bay'ah-ku. Ya Allah, peliharalah
darah kaum Muslim."

Ketika kedua pasukan sudah mendekat, untuk terakhir kalinya Ali
mengirim Abdullah ibn Abbas menemui pemimpin pasukan pembangkang,
mengajak bersatu kembali dan tidak menumpahkan darah. Ketika usaha
ini pun gagal, Ali berbicara di hadapan sahabat-sahabatnya, sambil
mengangkat Al-Qur'an di tangan kanannya: "Siapa di antara kalian yang
mau membawa mushaf ini ke tengah-tengah musuh. Sampaikanlah pesan
perdamaian atas nama Al-Qur'an. Jika tangannya terpotong peganglah Al-
Qur'an ini dengan tangan yang lain; jika tangan itu pun terpotong,
gigitlah dengan gigi-giginya sampai dia terbunuh."

Seorang pemuda Kufah bangkit menawarkan dirinya. Karena melihat
usianya terlalu muda, mula-mula Ali tidak menghiraukannya. Lalu dia
menawarkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Namun, tak seorang
pun menjawab. Akhirnya Ali menyerahkan Al-Qur'an kepada anak muda
itu, "Bawalah Al-Qur'an ini ke tengah-tengah mereka. Katakan: Al-
Qur'an berada di tengah-tengah kita. Demi Allah, janganlah kalian
menumpahkan darah kami dan darah kalian."

Tanpa rasa gentar dan penuh dengan keberanian, pemuda itu berdiri di
depan pasukan Aisyah. Dia mengangkat Al-Qur'an dengan kedua
tangannya, mengajak mereka untuk memelihara ukhuwwah. Teriakannya
tidak didengar. Dia disambut dengan tebasan pedang. Tangan kanannya
terputus. Dia mengambil mushaf dengan tangan kirinya, sambil tidak
henti-hentinya menyerukan pesan perdamaian. Untuk kedua kalinya
tangannya ditebas. Dia mengambil Al-Quran dengan gigi-giginya,
sementara tubuhnya sudah bersimbah darah. Sorot matanya masih
menyerukan perdamaian dan mengajak mereka untuk memelihara darah kaum
Muslim. Akhirnya orang pun menebas lehernya.

Pejuang perdamaian ini rubuh. Orang-orang membawanya ke hadapan Ali
ibn Abi Thalib. Ali mengucapkan do'a untuknya, sementara air matanya
deras membasahi wajahnya. "Sampai juga saatnya kita harus memerangi
mereka. Tetapi aku nasihatkan kepada kalian, janganlah kalian memulai
menyerang mereka. Jika kalian berhasil mengalahkan mereka, janganlah
mengganggu orang yang terluka, dan janganlah mengejar orang yang
lari. Jangan membuka aurat mereka. Jangan merusak tubuh orang yang
terbunuh. Bila kalian mencapai perkampungan mereka janganlah membuka
yang tertutup, jangan memasuki rumah tanpa izin, janganlah mengambil
harta mereka sedikit pun. Jangan menyakiti perempuan walaupun mereka
mencemoohkan kamu. Jangan mengecam pemimpin mereka dan orang-orang
saleh di antara mereka."

Sejarah kemudian mencatat kemenangan di pihak Ali. Seperti yang
dipesankannya, pasukan Ali berusaha menyembuhkan luka ukhuwwah yang
sudah retak. Ali sendiri memberikan ampunan massal. Sejarah juga
mencatat bahwa tidak lama setelah kemenangan ini, pembangkang-
pembangkang yang lain muncul. Mu'awiyah mengerahkan pasukan untuk
memerangi Ali. Ketika mereka terdesak dan kekalahan sudah di ambang
pintu, mereka mengangkat Al-Qur'an, memohon perdamaian. Ali, yang
sangat mencintai ukhuwwah, menghentikan peperangan. Seperti kita
ketahui bersama, Ali dikhianati. Karena kecewa, segolongan dari
pengikut Ali memisahkan diri. Golongan ini, kelak terkenal sebagai
Khawarij, berubah menjadi penentang Ali. Seperti biasa, Ali
mengirimkan utusan untuk mengajak mereka berdamai. Seperti biasa
pula, usaha tersebut gagal.....

namun,pengajarannya disini..peliharahah ukhwah sesama kite dalm apa jua keadaan sekalipun.,aplikasikan dlm kehidupan seharian..buknnye sekadar pengucapn di mulut...

Click Here to Read More..
Share

CARILAH JODOH BERAGAMA.....

03 June 2009


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."







Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.


Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.


Berharta
Syor supaya menikahi wanita
berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.


Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.


Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.


Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam dosa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.


wallahualam...

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails