12 Rabiulawal merakamkan satu peristiwa pnting yang terhebat dalam sejarah kewujudan manusia di dunia ini….dan pada sambutan mauled yang lepas juga,saya dan beberapa sahabat yang lain turut serta dalam acara sambutan Maulid Khairul Anam,Nabi Muhammad S.A.W…..bertempat di masjid Al-Asyraf,di Jabal Muqottom….majlis yang diadakan oleh Syeikh Yusri Ar-Rushdi Al-Hasani…salah seorang ulama azhar yang tidak asing dalam kalangan masyarakat mesir apatah lagi pelajar Malaysia….majlis bermula seusai solat jumaat…tapi,kami pergi awal ke sana untuk mendengar khutbah jumaat yang akan beliau sampaikan dan juga bagi mengelakkan sebarang kesesakan…..
Selang beberapa ketika setelah tibanya kami di sana,kelihatan Syeikh melangkah masuk ke ruang masjid tanda khutbah akan dimulakan sebentar lagi…pakaian serba putih,raut wajah yang serba tenang dan penghormatan para jemaah yang ada kepada beliau,menyebabkan hati berasa seronok melihat Ulama ini….terasa ketenangan hati dan kedamaian jiwa berlaku dalam diri….
Khutbah beliau berkisarkan mukjizat Kekasih Umat sepnjang kehidupan Baginda S.A.W…..sudah lama diri ini tidak dijamukan dengan manisan akan kisah hidup Baginda….diri sudah lama tidak terjaga dari lena hati….diri ini sudah lama tidak merasakan zouq keizzahan baginda meresap ke dalam diri…diri ini juga bersyukur kerana masih diberikan pluang untuk terus menjadi Umat Baginda S.A.W…….
Saya tersenyum sndirian ketika khutbah disampaikan….seronok,teruja dan ‘excited’ mndengar setiap saat kisah baginda menjalani hidup di dunia ini….berulang kali ibarat ini diperdengar oleh Syeikh,“Baginda adalah manusia tapi bukan seperti manusia-manusia yang lain”. Baginda sentiasa berbeza dengan makhluk yang lain dalam setiap aspek…setiap saat hayat Baginda bermulanya sejak di dalam rahim Ibunya hinggalah kesaat kewafatan Baginda,tidak sama perjalanan hidupnya dengan kesemua makhluk yang ada
Ya,sememangnya hayat Baginda tidak sama….perkara yang dianggap satu kecelakaan keatas manusia biasa,ianya merupakan satu barakah dan penghormatan kepada Baginda….kisah pmbedahan dada baginda oleh malaikat Jibril didalam Ar-Raheeq Al-Makhtum yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik oleh Imam Muslim dalam kitab hadis sahih beliau….
Syeikh Said Ramadhan Al-Buti menyatakan didalam kitabnya Fiqh As-Sirah,bahawa ini lah tanda bahawa baginda adalah manusia yang telah bersedia dengan tugas pembawaan risalah wahyu sejak waktu kecil baginda..keperibadiaan agung ini mula melakar dan membentuk pengaruh dalam sejarah ketamadunan masyarakat dunia....satu nama yang telah disebut oleh para anbiya terdahulu,nama yang terukir di benak fikiran umat terdahulu dan nama yang bakal menggegarkan pentas peradaban dunia....
itulah MUHAMMAD,Rasulullah sollallahhualaihiwasallam....
Hati yang bersih,tubuh yang cekal,pemikiran yang tajam dan akhlak yang termulia,teradun dalam peribadi agung Baginda....ketabahan Saidina Nuh,kehikmahan Saidina Musa,keteguhan Saidina Yusuf,keizzahan Saidina Sulaiman dan kesemua sifat mulia yang pernah wujud dalam kelompok manusia di muka bumi ini,berhimpun dalam susuk diri Baginda....Bagindalah ikutan yang selayaknya bagi semua insan....
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” Al-Ahzab:21
Penjagaan yang teramat istimewa diberikan kepada Baginda di setiap detik hayat baginda....pelbagai mukjizat yang berlaku,menguatkan kepercayaan diri akan keimanan terhadap kenabian Baginda..pentarbiyahan secara langsung dari kekasih Baginda,keatasnya memberi kesan yang teramat dalam mempersiap diri Baginda untuk berhadapan dengan pelbagai karenah umat....ditarbiyah kesabaran Baginda dengan mengembala kambing,menjadikan baginda mampu bersabar dengan pelbagai mehnah,tribulasi dan cabaran yang didatangkan kepada baginda....di situlah baginda bersabar dalam memformulasikan satu model insaniah yang bertepatan dengan fitrah manusia dan dididik keatas umatnya...generasi para sahabat,para tabi’in,para tabi’ tabi’in dan barisan umat Baginda yang terkemudian,mampu terus berpegang dengan prinsip yang dipasak oleh Baginda,bukti ajaran dan risalah alam yang dibawa bukan sebarangan ajaran...ia adalah risalah ilahiah dan panduan rabbani yang tidak mampu dicipta sama sekali oleh mana-mana manusia hatta Baginda sendiri
Dan sudah semestinya pilihan yang Sang Pencipta dalam memilih Sang Penyampai bukan pilihan yang biasa....terkesannya ajaran agama ni kesegenap pelusuk....berkembang dari sbuah sahara....menyusur dalam diri sbuah bangsa...bangsa yang dianggap hina oleh bangsa yahudi...gelaran ‘Ummiyun’ yang bererti binatang yang hina dipahat keatas diri mereka....mereka tidak dipandang oleh bangsawan dunia dek kejelekan dan ketidakmadunan mereka...
Datanglah risalah ketuhanan mengubah atmosfera hidup...suasana kejahilan bertukar menjadi suasana keilmuan...pegangan kebatilan beralih kepada pegangan kebenaran...dan kefasadan yang menjalar menjadi keamanan yang tersebar.....kesemuanya kembali kepada jasa penghulu para pemimpin,dan pemimpin para penghulu......
Keazaman dan keikhlasan mendahului segala-galanya...datanglah walau sehebat mana halangan dan ancaman,namun tugas ini akan tetap diteruskan...baginda dipinta pak ciknya untuk menghentikan segala yang sedang dilakukan...namun,”Wahai pak cikku,Demi Allah walau mereka letakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku tinggalkannya,sudah pasti aku tidak akan berundur sama sekali!”-sirah Ibnu Hisham
Dek kerana untaian kata inilah,kehidupan dalam kalangan salah sebuah kabilah yang begitu masyhur dan dihormati,menjadikan hayat baginda berada dalam legaran dan era penyeksaan serta ujian kesabaran yang menjadikan diri baginda terus kuat....bersama Baginda dan para sahabat radiallahuanhum,adanya Allah taala peneman diri,pelindung jiwa,penenang segala kekusutan dan pelerai bagi ketegangan...
Setiap saat,setiap detik perjalanan hidup Baginda tidak pernah lekang dari pelbagai cercaan,celaan,kejian,ancaman,makian dan tohmahan...di sinilah,sirah Baginda mengajar kita akan bentuk perjuangan sebenar dalam usaha menegakkan Kalimah Al-Hak dalam kalangan masyarakat.....perjuangan yang sebenar tidak akan bersenang...perjuangan ini tidak akan sunyi dari kesusahan...perjuangan hakiki akan sentiasa diuji zahiriah dan batiniah diri,keimanan dan kebergantungan diri.....inilah perjuangan hakiki yang berjalan diatasnya para rasul dalam menyempurnakan tugas mulia ini...
Saya dan para sahabat ingin menyusuri jalan ini...tapi,acap kali datang lintasan monolog dalaman di benak hati...benar ke aku ni sudah benar-benar layak menjadi pejuang?? adakah aku sudah teruji keimanan dan ketetapan diri?? Adakah aku sudah merasa ditohmah oleh musuh?? Adakah sudah teruji kesabaran diri?? Adakah diri telah berjaya melepasi mehnah yang datang??
Tidak kira dalam apa jua bntuk halangan dan mehnah sekiranya kita mengisytiharkan diri ini benar-benar beriman,halangan dan ujian akan datang dalam pelbagai bentuk...
Diselak helaian kitab-kitab tafsir yang ada,saya mencari makna sepotong ayat....
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)?” Al-Ankabut:2
Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya,”Semestinya akan diuji para hambaNYA yang beriman bergantung kepada tahap keimanan yang ada dalam diri mereka”
Syeikh Said Tantawi berkata dalam tafsir Al-Wasiit,”Adakah manusia akan dibiarkan tanpa ditimpa ujian,bala,musibah,hanya kerana mereka berkata akan Iman?? Sesungguhnya sangkaan mereka itu adalah sangkaan yang batil...kerana iman bukanlah sekadar untaian huruf yang diungkap semata-mata dengan lidah,bahkan ia adalah akidah yang menyebabkan pemiliknya akan diberikan dengan pelbagai bentuk bala dan ujian..............................................disitu akan terzahirlah perbezaan kekuatan iman daripada kelemahannya”
Syeikh Wahbah Zuhaili pula dalam At-Tafsir Al-Munir,”manusia menyangka mereka akan dibiarkan selepas semata-mata mereka telah mengatakan:kami telah beriman kepada Allah dan rasulNYA,tetapi mereka tidak didatangkan dengan kesusahan tanggungjawab seperti hijrah dan jihad fi sabilillah,menlawan hawa nafsu dan pelbagai tuntutan ketaatan dan kefardhuan yang berbntuk harta dan fizikal.......................ia adalah untuk membezakan mukmin yang benar-benar ikhlas daripada munafik,yang benar-benar berpegang teguh daripada yang hanya sekadar terpaksa”
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi sndiri mempunyai sejarah perjuangan yang getir dalam menjalankan tanggungjawab beliau...beliau pernah ditangkap,dipenjara....kita lihat pula kepada yang mengatakan diri telah mengikut manhaj perjuangan Jemaah yang pernah menggegarkan bumi mesir dan menggugat kedudukan puak-puak yahudi....adakah kita sebetulnya telah mengikut manhaj jemaah tersebut?? Mereka menempuh pelbagai sekatan hidup,kita juga telah menghadapi?? Mereka pernah merasa ancaman bunuh,kita pernah merasainya?? Datangkan bukti andai benar-benar jemaah yang pernah masyhur di bumi Mesir ini tidak pernah merasai fitnah!
Bagaimana pula dengan sejarah Ulama terdahulu?? Keikhlasan dalam memperjuang Islam yang sebenar-benar Islam,pasti akan menempuh mehnah...Mehnah yang lazimnya akan didatangkan keatas mana-mana muslim yang ingin berjuang mempertahankan kesucian agama ini....
Adakah betul iman yang ada ini sebenar-benar iman??
Amati sedikit sebanyak kepayahan baginda dari Ar-Raheeq Al-Makhtum:
1. ‘.....................Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan hadith yang memberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu.’
2. ‘……………….mengambil uncang najis sembelihan terbuang itu dan meletakkan ke atas belakang Muhammad semasa beliau sedang sujud itu, maka bangun yang ternakal di antara mereka iaitu Uqbah bin Abi Muit beliau membawa uncang najis itu dan beliau tunggu hingga apabila Rasulullah (s.a.w) sujud maka beliau meletakkannya ke atas belakang Rasulullah di antara dua bahunya…………………….’
‘Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang Baginda……………..’
3. ’ Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah, beliau pasti mencela dan memaki hamun Baginda……’
Tidak lupa kepada para sahabat yang bersama-sama Rasulullah….
1.‘pihak musyrikin telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untuk membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya lagi menggerunkan.’
2. ‘Umaiyah bertindak di luar batasan kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti menarik seekor binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya kesan dari jerutan tali..’
3. ‘Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panas membakar, di sana mereka disiksa………ibunya Sumaiyah adalah Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula tombaknya melalui farajnya…’
4. ‘Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar, beliau telah disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah….’
5. ‘Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba' al-Khuza'iyah, pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuat-kuatnya, memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu panas dan menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun....’
Maka,apabila kita berbicara soal perjuangan….ianya bukanlah benda yang remeh…keikhlasan yang diperlukan….jika kita mengaku dan mendakwa diri ini hendak berjuang,maka secara tidak langsung kita mengisytiharkan diri ini sudah bersedia dengan pelbagai ujian dan cabaran…
Sebilangan mendakwa usaha dakwah mereka yang terbaik…ada yang mendakwa merekalah sebenar-benar pejuang…..tapi,satu persoalan seharusnya dijawab,ADAKAH ANDA SUDAH DIUJI???
Diri ini masih tidak layak untuk bergelar pejuang dan masih jauh perjalanan dalam mengkaderkan diri ini dalam menjadi generasi yang benar-benar ikhlas memperjuang Ad-Deen ini kerana MASIH BELUM DIUJI….
TETAPKANLAH AKU DIATAS JALANMU YA ALLAH…..
Wallahualam
Mohammad Izzat Naqib b Md Yusof
Rumah Amanahraya,Kaherah,Mesir













syukran abahku....