Followers

PERCAYA ATAU TIDAK??

19 June 2010



Terjemahan dalam Bahasa Melayu Surat Dr.Mahathir Mohamad Kepada PM Israel :

Perdana Menteri,

Jabatan Perdana Menteri,

Blok Barat, Aras 3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

Malaysia


No Ruj: PM/Pers/AHO/01/121 Jld 1
Tarikh : 16 Ogos 1999

Yang Dihormati Encik Ehud Barak,

Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.

Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya
dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kewibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.

Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.

Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.

Yang Ikhlas:

Mahathir Mohamad



TDM bermaksud Tun Dr Mahathir.
KJ bermaksud Khairi Jamaluddin.


**************************************************

*pe komen anda?? surat yg agak lama tarikhnya...saya mengetahuinya baru semalam...sesiapa yang boleh merungkai dan datangkan lebih banyak sumber-sumber mengenai segala yang berkaitan baik dari segi kesahihan surat ini,bukti penafian atau maklumat-maklumat lain yang berkaitan,silakan untuk tinggalkan komen anda...

wallahualam


sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/03/pendedahan-surat-dr-mahathir-kepada.html


Click Here to Read More..
Share

keadaan yang berbeza..redhalah dengan apa jua..

18 June 2010



tarbiyah itu seseorang pasti akan hadapi...cuma bntuk,waktu dan keadaan seseorg itu yang mmbezakan dengan orang yang lain

ada orang diuji dengn memegang taklifan atau mandat kepimpinan

ada yang diuji dengan wang

ada yang diuji dengan kematian insan tersayang

ada juga yang diuji kesabaran diri dengn didatangkan sakit kepada diri

banyak lagi bntuk tarbiyah dari Allah

tapi,ada yang tidak sanggup menghadapi...kadangkala,kita tidak pernah mengembalikan segala yang menimpa diri kita ini adalah semuanya dari Allah

kita mula menyalahkan keadaan,menyalahkan kawan,mula menyalahkan diri..

hampir-hampir konsep keredhaan itu hilang dari dalam diri dan iman kita

kita mula merasakan,segalanya tidak patut dan mengharapkan agar ianya menimpa orang lain

menyebabkan kita mula lari dari realiti dan rahmat kasih sayang Tuhan dalam memberi peluang kepada kita untuk menjadi muslim yang lebih baik

kita kadangkala tidak juga terlepas dari mengkritik keadaan yang dilalui oleh insan yang lain..

mereka yang sakit,kita katakan "padan muka...tu la,jahat sangat"

mereka yang gagal dalam periksa,kita suka melihat keadaan mereka,kita abaikan kesedihan hati mereka tanpa cuba mmberi sokongan dan dorongan

mereka yang melalui fasa kehdupan yang baru dalam kehdupan mereka seprti berkahwin dalam keadaan tidak menepati pndapat kita,kita katakan "apa la diorg ni...kawen awal-awal buat pe??"

jika sedara seakidah kita yang diancam oleh puak-puak musuh,kita tidak hiraukan mereka...kita lebih rela duduk dalam keadaan goyang kaki dari bersusah payah memrah keringat mmperjuangkan nasib mereka..

sume ini,datangnya dari Allah...perancangan Dia kearah permobilasian diri seorang insan...takdir Dia dalam menjadikan seorang muslim lebih dekat kepadaNya...

kesemuanya ada tujuan

bukan sifat DIA dalam melaksanakan perkara yang sia-sia bagi hambanya..semuanya bertujuan dalam mmberi peluang kepada hambaNYA dalam memilih rahmat atau murkaNya bagi menuju ke Syurga atau Neraka..

ianya juga bagi menguji keimanan seorang hamba;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

(al-Baqarah:214)

disinilah segalanya memerlukan segala bntuk keredhaan dan tawakal diserahkan kepadanya..

pengorbanan mula dituntut dari seorang hamba...kita berkorban dari segi wang,perasaan,insan tersayang,jawatan,hawa nafsu...

pengorbanan ini yang menjadikan hamba itu lebih kuat dalam meniti arus hidup yang lebih mencabar di hadapan mereka..

sentiasalah bersangka baik dengan Allah

Dia yang menjadikan kita,maka segala yang terbaik adalah ditanganNya


Click Here to Read More..
Share

LEPAS NI SAYA PULA...SUDAH BERSEDIA??

05 June 2010

hari ni merupakan hari pertunangan akak yang ke 5..Nur Zatulitri bte Md Yusof...meriah betul..kata nak buat simple-simple je...tapi dh mcm nak menikah je...alhamdulillah,setelah sekian lama nak melihat akak saya ni menjadi teman hidup seseorang...berjaya juga...insyaallah,raya ke 9 ni mereka akan diijabkabulkan..

sesi menyarung cincin





bakal abang ipar


ameen ni pantang jumpa kamera..



nenek,bakal besan mami,mami,kakak saya


abah bersalaman dengan tetamu sebelum bersurai


abah

ini akak yang ke 5...saya anak ke 8..ada 2 org lagi atas saya...kiranya,giliran saya dh tak lama la kn...erm...banyak yang nak kena bersedia...bila saya ckp mcm ni,gaya mcm dh menggatal nak kawen ke??

saya rasa tidak...bagi saya,ini antara matlamat dan perancangan hidup seseorang...berfikir akan sesuatu perkara di awal waktu tidak bermakna ingin melaksanakannya secara segera..tapi,ianya sebagai langkah untuk diri bersedia dari segi Ilmu,mental dan fizikal bagi kebahagiaan yang ingin dibina dalam usaha mencapai apa yang sepatutnya seorang muslim itu laksanakan

sebagai muslim,hidup kita sentiasa bermatlamat....ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam...matlamat mereka hanyalah dunia tapi berlainan dengan kita yang bermatlamatkan lebih dari sekadar dunia

setiap perkara hatta sebuah perkahwinan,jangan sesekali dianggap remeh dan memandangnya sebagai sebuah adat

dengan sbuah perkahwinan...seorang umat Islam akan bertambah..dengan sbuah perkahwinan,seorang pejuang itu dilahirkan..dengan sbuah perkahwinan juga masyarakat terhindar dari pelbagai gejala sosial yang kian meruncing dalam masyarakat

persoalan kahwin pada usia muda,tidak perlu kita perbincangkan dengan mendalam

siapa yang mampu untuk berkahwin,silakan...Islam sendiri tidak meletakkan had umur dalam berkahwin..yang pnting,setiap aspek yang melayakkan untuk kita berkahwin sudah kita penuhi,silakanlah.....

namun,ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk diputuskan...memerlukan kepada istikharah dan panduan Ilahi dalam memutuskan keputusan ini

banyak perkara dan manfaat yang kita perolehi dengan berkahwin...segala manfaat,hikmah dan faedah yang seorang muslim itu akan perolehi melalui sebuah perkahwinan,tidak terhad kepada umur-umur tertentu..

kahwinla pada apa jua usia,muda atau tua..manfaat dan hikmah yang akan kita dapat tetap sama..

nak membicarakan tentang soal hikmah berkahwin???

mungkin panjang dan tidak perlu saya utarakan disini...bertanyalah kepada mana-mana pasangan yang telah berkahwin sama ada pada usia muda atau tua...

pasti menarik hikmah yang anda akan ketahui

kepada akak saya ni,naqib doakan semoga jodoh berkekalan dan selamat diakad nikahkan...smoga Allah mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah

Click Here to Read More..
Share

MAHASISWA BUKAN BERJUANG SAJA-SAJA

02 June 2010

AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti yang ditubuhkan menjadi antara isu yang agak panas dan menjadi topik hangat dalam perjuangan mahasiswa kita dalam menunjukkan solidariti mereka...perjuangan ini sudah lama..namun makin hari,suasana semakin menjadi rumit dan tegang dan terus membakar semangat para mahasiswa...

yang paling jelas berlaku dalam institusi pengajian di Malaysia adalah larangan yang dikenakan keatas mahasiswa dalam menceburkan diri kedalam arena politik tanah air secara langsung..



bagaimana pula dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya??

tapi berbeza dengan beberapa akta AUKU yang dianggap bercanggah oleh mahasiswa,seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi :
15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-

a. Mana-mana parti politik sama ada di ada di dalam atau di luar Malaysia.


SEMANGAT ORANG MUDA

isu yang agak lama....tambahan pula isu yang melibatkan mahasiswa...memang tidak dapat dinafikan kerana sesuatu perkara yang melibatkan hak mahasiswa,pasti akan menjadi satu perbincangan yang boleh sampai kepada tahap nasional...

pelik bukan jika kita amati perihal mahasiswa.....mereka tidak pernah senyap dan sentiasa mengemudi usaha kearah penglibatan diri di dalam lanskap politik tanah air...

sebab apa?? kerana mereka ini adalah pewaris kepimpinan Malaysia pada masa akan datang..mereka juga adalah syabab...dan marhalah syababiah ini lah yang menjadi antara faktor kuat kepada mahasiswa dalam bersuara menembusi segala benteng yang menyekat mereka dalam berjuang...



kita ibaratkan mereka ini seperti anak-anak....jika kita lihat rata-rata pembentukan keterampilan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh anak-anak adalah dari sokongan dan dorongan yang diberikan oleh warga tua kepada semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda ini...

diawal perkembangan Islam yang didokong oleh para sahabat kebanyakkannya adalah dari golongan muda yang bersemangat dan sanggup berjuang ditambah pula dengan hikmah rabbaniah dan bimbingan islami yang diajar oleh Rasullullah..

mereka berjuang dalam memastikan keamanan serta Islam itu terus memayungi setiap ufuk alam ini..


KEYAKINAN YANG JITU

di awal perkembangan Islam pada zaman Baginda S.A.W ketika di Mekah,para muslimin diancam dengan pelbagai ugutan yang inginkan usaha dakwah mereka ini menjadi lumpuh dan terkubur begitu sahaja...dimulakan peringkat perkuburan dengan seksaan yang bersifat fizikal dan mental yang dianggap pada ketika itu oleh kaum musyrikin mampu menamatkan riwayat dakwah Islam pada ketika itu denga serta merta

tetapi mereka silap...usaha mereka adalah sia-sia...malah bilangan mereka yang memeluk agama Islam,berlaku pertambahan....menyebabkan kaum musyrikin pada ketika itu berpindah kepada cara yang kedua iaitu peringkat perbincangan bersama orang Islam...kemudian peringkat serangan peribadi keatas baginda yang mendakwa Baginda merupakan pengamal sihir yang memecah belahkan institusi kekeluargaan berdalilkan dengan stiap suami isteri yang salah satu antara mereka memeluk agama Islam,terlerai hubungan perkahwinan mereka...hinggalah kepada peringkat terakhir iaitu pemulauan ekonomi keatas kaum muslimin..

namun,natijah adalah sama...semuanya tidak berjaya....umat Islam mempunyai akidah yang jitu terhadap ajaran baginda....percaya dengan nusrah Allah..yakin dengan janji-janjiNYA..

kesemua ini membantu dalam memastikan umat Islam terus berada dalam landasan Islam yang dibawa oleh Baginda....Nabi sentiasa memurnikan semangat mereka dengan kalam-kalam taujihat yang datang dari Allah....menjadikan akidah mereka terus pejal dan solid dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dan mehnah yanh menimpa..


MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI

Islam mengajar kita untuk berlapang dada dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara....perbezaan dan khilaf pendapat dalam kehidupan antara perkara biasa dalam muamalat seharian...

didalam berukhwah,serenda-rendah martabat adalah berlapang dada bagi memastikan hubungan terus terjaga

berlapang dada dalam bermusyawarah..bagi memastikan keputusan yang diberkati dan perbincangan yang berkualiti mampu diperoleh

diamalkan kebebasan bersuara dalam pentadbiran agar kemajuan serta kematangan dalam memimpin dapat dijana

berkata Saidina Abu Bakar diawal perlantikan beliau sebagai khalifah

"Aku telah ditauliahkan untuk memimpin kamu tapi aku bukanlah yang terbaik...jika aku berbuat baik,maka bantulah aku..namun sekiranya aku membuat yang sebaliknya,maka tegurlah aku......."

pemerintahan yang berjaya adalah bentuk pemerintahan yang sentiasa menjaga kebajikan dan maslahat rakyat agar amanah sebagai pemimpin mampu ditunaikan..

adanya konsep 'tarik tali' dalam pentadbiran mampu menambah baik dan menggilap kualiti pemerintahan...pimpinan dalam sesebuah kerajaan tidak mampu untuk mengetahui segala apa yang diinginkan oleh rakyat...sebab itu,sepatutnya diberi keizinan kepada rakyat untuk menyuarakan apa yang menjadi masalah dalam kehidupan mereka agar ianya mampu dipikul dan diselesaikan oleh kerajaan...

rakyat tidak pernah meminta perkara ataupun kemewahan yang bersifat menguntungkan peribadi...apa yang dimohon tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kebaikan dan keamanan dalam hidup bagi menjamin kestabilan ekonomi,sosialiti dan politik sesebuah negara itu..


MAHASISWA CUBA MEREALISASIKAN PERANAN MEREKA



cabaran semasa menjadikan manusia ingin terus berusaha memastikan kesejahteraan insaniah terus terpelihara dari segala pencabulan hak-hak kemanusiaan yang kian bermaharajela

kita amati setiap perlakuan dan peranan yang dimainkan oleh mahasiswa.....segala program yang dianjurkan rata -rata bertujuan memasyarakatkan diri mereka serta orang sekeliling...

mereka sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupan negara...ceramah-ceramah yang diadakan walaupun berbaur politik...namun,ianya tidak dapat dielakkan kerana mereka berjuang atas apa yang diyakini mereka itu benar...

benar bukan perjuangan mereka??


mereka benar kerana berjuang bagi menjamin hak kebebasan bersuara seperti yang Islam sarankan...mereka benar kerana bergerak agar pemerintahan tidak mengamalkan korupsi yang boleh menjatuhkan kualiti pentadbiran...mereka benar kerana berusaha dalam memastikan masyarakat terus terjaga tatasusila mereka dalam acuan Islam..

mereka ini meniti jalan berbekalkan semangat dan keyakinan yang jitu dalam menatijiahkan usaha mereka ini...mereka percaya dengan kebenaran yang mereka bawa

disini pihak-pihak yang lain berperanan...pihak yang lain sepatutnya menjadi tempat untuk mereka meminta nasihat,meminta pandangan,memohon tunjuk ajar agar perjuangan mereka akan terus berhikmah serta bijak dan bukan dengan semangat semata-mata..

elemen 'semangat pemuda' dan 'hikmah kaum tua' apabila digabungkan pasti menghasilkan gelombang kemaraan kemajuan yang tiada siapa mampu menafikan keberkesanan gerakan yang menggabungkan kedua-dua elemen ini...

mahasiswa tidak boleh dihalang...kerana sifat manusia apabila semakin kuat ditekan,semakin kuat jugalah tindak balas dan respon mereka dalam melawan semula...

mahasiswa sepatutnya dibimbing dan diberikan saluran yang betul dalam menyalurkan semangat mereka...

bimbinglah mereka....mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan negara....pada peringkat pemuda ini,janalah kematangan mereka agar wawasan pemikiran akan terus terbina


wallahualam
Mohammad Izzat Naqib
kaherah,Mesir

Click Here to Read More..
Share

ILUSI vs REALITI

01 June 2010


saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!

Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa

saifulislam.com

Click Here to Read More..
Share

ADA RAHMAT DALAM UJIAN

kisah yang makruf dalam kalangan kita akan fitnah terhadap Ummul Mukminin Saidatuna Aisyah..

Kisah yang amat tragis. Padanya ada kesabaran, disebaliknya terselit pengajaran sepanjang zaman buat dai'e dan srikandi. Ada ibrah buat suami isteri. Ada sakti buat abi ummi, bagai tali pengikat ukhuwwah dalam majmuk Islami.

Aisyah ra difitnah oleh Abdullah bin Ubai Ibnu Salul (ketua munafikin Madinah), sekembalinya dari Perang Bani Mustoliq. Dituduh 'khalwat' dengan Sofwan bin Muatthol (nauzubiLLAH).


perasaan gundah gulana menyelimuti umat Islam ketika itu...namun,adanya ibrah dan tauladan yang patut menjadi prinsip kita dalam kehidupan ini

Tidak ingin saya nukilkan kisah panjang itu, cukulah sekadar saya titipkan pengajaran




Buat Suami


Harus punyai ketenangan bila berdepan situasi sukar. Orang yang hebat, akan diberi ujian yang hebat. Mereka yang dengki akan cuba merobek kebahagian orang lain. Lihatlah betapa dukanya Nabi SAW pabila Aisyah ra difitnah :

" Siapakah yang akan meredakan daku terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap isteriku?"

Seharusnya suami tidak patut terburu-buru dalam tindakannya. pintalah nasihat sebagaimana Nabi saw meminta pandangan dari Usamah ra dan Ali ra.


Buat Isteri

Sentiasa percaya dan yakin dengan Allah. Serahkan segalanya kepada Allah, mengadu pada-NYA , selain mencari kekuatan dengan tinggal bersama ibu ayah. Hayatilah kata-kata Aisyah :

"Demi Allah, aku tahu, kamu semua telah dengari apa yang telah dilemparkan kepada ku, kiranya aku mengingkari perkara itu, tentunya kamu semua tidak percaya, kiranya aku mengaku salah pasti kamu semua berpuas hati, demi Allah, tidakku tahu ungkapan apa lagi (harus aku nyatakan) kecuali seumpama ungkapan Nabi Allah Ya'kub "Sobrun Jamil"dan Allah sahaja tempat memohon pertolongan ".


Buat Ibu

Ibulah yang paling mengerti ( setelah Allah), perihal anaknya. Naluri ibu amat sensitif. Sudah menjadi aturan Tuhan, dia diciptakan begitu. Dengarkan kata-kata ibu Aisyah (Ummu Ruman ) kepadanya tika berdepan badai hasutan munafikin :

"Duhai anakanda, janganlah dikisah sangat perkara ini, harus diingat, mana-mana wanita yang menjadi buah hati seorang lelaki yang hebat, pasti akan direka cerita tentangnya "


Buat Ayah

Abu Bakar, turut merasai bahang fitnah. Apatah lagi, cerita Aisyah dijaja oleh orang yang mana kehidupannya dibiayai Abu Bakar ra. Namun beliau tidak melatah, tidak terkesan dengan khabar angin. Tetap sabar.
Tutur bicara beliau hanyalah :

"Demi Allah, kami tidak pernah dituduh sebegini tika di zaman Jahiliyyah, bagaimana harus kami rela (diperlakukan ) sebegini tika zaman Islam."


Buat Kaum Kerabat dan Teman-teman

Janganlah melonjak gembira dengan musibah orang. Hindari hati anda dari menjadi sarang pembiakan fitnah . Sucikan minda dari diterobosi kuman dusta. Teladani Abu Ayyub dan isteri menerusi perbualan mereka.

"Tahukah kamu apa yang sedang orang perkatakan sekarang terhadap Aisyah?" Ummu Ayyub bersuara.
Jawab Abu Ayyub "Apa pandanganmu jika aku berada di tempat Safwan, adakah kamu fikir aku akan lakukan perkara keji terhadap kehormatan RasuluLLAH?"

"Tidak," jawab Ummu Ayyub

Sambung Ummu Ayyub lagi "Jika aku di tempat Aisyah, aku juga tidak akan mengkhianati RasuluLLAH".
Lantas Abu Ayyub menambah "Ingatlah, Safwan lebih mulia dari diriku dan Aisyah lebih mulia dari dirimu (mana mungkin mereka melakukan perkara hina ; pent)"


Buat Masyarakat Islam

Janganah terlalu ghairah dengan berita sensasi. Bukankah Islam menyarankan agar kita menutup terlebih dahulu kisah aib seseorang? Sehinggalah dibuktikan kes, dan hukuman dijatuhkan, barulah diharuskan untuk hadiri proses hukuman.

Sabda Nabi saw

" Sesiapa yang menutupi aib seorang Islam maka Allah akan tutupi keaibannya di dnia mahupun di akhirat, dan Allah akan sentiasa membantu hamba-NYA selama mana dia membantu saudaranya yang lain "

JAUHI FITNAH, JAUHI HASUTAN

Click Here to Read More..
Share

malaysia hanya berdiam??

rata-rata kenyataan yang membangkang serta membantah perbuatan melampau puak israel adalah bukan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan negara Malaysia...perhimpunan awam,penyerahan memorandum dan hanya membakar bendera...hanya ini yang rakyat mampu lakukan....sedangkan negara malaysia mempunyai kemampuan yang lebih dalam membangkang perbuatan israel ini



"KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.

Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra."

ini bukan masalah politik...ini soal agama dan sejauh mana pegangan kita dalam menyatakan mereka ini adalah musuh-musuh Allah....mereka membunuh saudara seagama...mencabul hak-hak mereka...merampas tanah Palestin yang merupakan antara tanah yang wajib dibela oleh umat Islam...

Khalifah Umar berhempas pulas mempertahankan tanah Palestin dari tentera salib pada ketika itu....perjuangan ini kemudiannya disambung oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi sehinggalah kepada pemerintahan khalifah Uthmaniyah yang terakhir sebelum tumbangnya pada 1924

sang khalifah tidak sesekali memberi izin laluan kepada musuh-musuh Islam pada ketika itu...Palestin adalah tanah umat Islam...ianya bukan milik individu...

dalam kekecohan dan gelombang kemarahan masyarakat dunia yang cintakan kedamaian,masih ada pihak yang berdiam diri....keselamatan wakil rakyat malaysia yang berjuang kesana seperti tidak dihargai....apakh ini?? adakah menjalin hubungan bersama kaum tersebut lebih mulia dari menolong saudara seagama kita??

hingga kesaat ini...sesetengah pihak yang berpengaruh di negara Malaysia lebih suka untuk berdiam diri kerana ingin menjaga periuk nasi mereka...bila bab politik negara,nak buat fitnah,isu-isu perkauman,baru nak bersuara...baru nak jadi hero didepan masyarakat...

namun,bila ianya melibatkan nasib umat Islam di peringkat global,mulut seakan-akan terjahit...diam seribu bahasa...di mana mereka??

kasihan...hanya rakyat yang bersemangat...namun,seakan-akan tidak mendapat sokongan...malah mereka yang berpenat lelah mendesak golongan ini untuk bersuara...sedangkan authority berada ditangan mereka dalam menjadi wakil kepada suara rakyat...


mereka ini mula setelah jangka waktu yang agak lama dan reaksi sedikit lambat berbanding negara-negara lain...sedangkan,sepatutnya respon yang segera patut dilakukan tambahan pula ada warga Malaysia yang terlibat.....

"KUALA LUMPUR, 31 Mei – UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman Tentera Israel membunuh sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan ketika meluahkan kutukan itu menggesa Tentera Zionis segera menghentikan kezaliman terhadap sukarelawan berkenaan.

“Kita amat kesal dengan apa yang berlaku di atas serangan Regim Zionis Israel kepada sukarelawan yang bermisi suci bagi membantu rakyat tertindas dan terkepung di Gaza."

kenyataan pemimpin UMNO ini,bukanlah kita tidak hargai..cumanya,ia tetap kenyataan dari sebuah parti politik dan tidak mewakili kerajaan Malaysia...

bila dilihat kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak sejurus bermula israel membuat onar terhadap para sukarelawan,rata-rata kesemua kenyataan ini datangnya tidak dari kenyataan rasmi negara Malaysia..kerajaan malaysia patut lebih pantas dan peka dalam isu-isu sebegini...

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails