Followers

mahasiswa dan semangat juang

26 February 2011

Mahasiswa dibimbangi jadi 'kader' pembangkang

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Golongan mahasiswa di negara ini seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara yang berlaku pada pilihan raya kampus di universiti awam baru-baru ini cukup membimbangkan kerana mahasiswa dilihat cuba dijadikan alat politik pembangkang.sedutan dari utusan malaysia

Ini jelasnya, sebagai usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar tetapi kita kesal kerana mahasiswa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

"Lebih dikesali, universiti dijadikan gelanggang politik oleh pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa," katanya dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Rabu lalu, lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) cedera termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan penuntut promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.

Mereka bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa.

Syed Ali berkata, berkaitan pilihan raya kampus, pembangkang dilihat cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal apabila menjadikan revolusi politik di Asia Barat sebagai aspirasi perjuangan mereka.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan memantau kemungkinan gerakan pembangkang di universiti didalangi kakitangan serta pentadbir universiti berkenaan.

"Kita bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan kononnya Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini termasuk mengheret pembabitan mahasiswa.

"Jika benar, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," tambahnya.

ucapan tahniah saya mulakan dengan kemenangan para sahabat Pro M yang berjaya mendominasi universiti-unversiti di malaysia

KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH
[Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

UTHM, PRO-M KALAH [13 dari 30 kerusi]


berita yang dipaparkan di atas saya kira hanya mahasiswa yang patut menjawabnya. ini lebih menyentuh kepada prinsip dan pendirian mahasiswa dalam keterlibatan mereka terhadap insiden-insiden yang telah berlaku.

mereka katakan bahawa mahasiswa ini adalah kader para pembangkang. betul ke? saya tidak merasakan sedemikian. cuma,kita tidak boleh elakkan satu kelogikan yang ada; para pembangkang itu sedang memperjuangkan keadilan. begitu juga mahasiswa.

kedua-dua golongan ini sedang menentang kegiatan ketidakadilan pihak yang bukan bersama mereka. jadi,saya kira ini bukan masalah mahasiswa adalah kader atau tidak. namun,persamaan fikrah antara kedua-dua golongan ini,itu yang menjadikan mahasiswa dan parti pembangkang adalah serasi.

jika mahasiswa yang mencetuskan huru hara itu adalah kader parti pembangkang,hanya kerana persamaan fikrah,boleh juga saya katakan mahasiswa yang menyokong kerajaan itu juga adalah kader pihak kerajaan.

dalam kejadian-kejadian sebegini pembangkang dikatakan telah mencemarkan medan universiti dengan cubaan pelebaran pengaruh mereka. tohmahan dan dakwaan mula menghujani pihak pembangkang.

bagaimana pula jika pihak kerajaan yang membawa masuk fahaman dan pengaruh mereka? saya yakin,akan diam seribu bahasa tanpa sebarang cantasan.

bagi kekecohan yang berlaku di UPM,mungkin juga ada silapnya bagi mahasiswa yang mencetuskan huru hara tersebut kerana sedikit sebanyak memberi persepsi buruk kepada keluhuran akhlak pejuang keadilan itu sendiri dan juga sifat berhemah golongan intelektual tersebut.

hal-hal sebegini patut dicakna dengan teliti kerana inilah yang akan mejadi modal kepada pihak sana untuk mencerca dan menjatuhkan kredibiliti mahasiswa.

jika hendak berhimpun,biar aman seperti yang pernah sahabat-sahabat mahasiswa lakukan. hanya perlukan sedikit sahaja kesabaran.

soal menang dalam perjuangan walaupun kita kita sering tewas secara zahiri,tapi biarlah kita menang disisiNya. biarlah kita menang dalam erti kata kita telah melepasi penat jerih kepayahan dalam berusaha dan mampu bersabar dalam mendepani setiap longgokan halangan yang ada.

isu ini bukan mahasiswa sahaja yang patut bermuhasabah,pihak pentadbiran yang juga perlu berbuat demikian. semua pihak universiti patut tahu apa punca sebenar segala kekecohan ini. mahasiswa tidak akan bertindak melulu tanpa ada sebab yang membangkitkan semangat juang mereka.

Click Here to Read More..
Share

Gurauan dan Islam

25 February 2011



SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.

Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ‘al-mizah’. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud;

“Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia.”

(Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; “Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun.” Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta.

Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain.

Rasulullah bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.” Dalam sabda lain, baginda menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam.

Firman Allah bermaksud;

“Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.” (al-Hujurat: 11).

Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.


sumber

Click Here to Read More..
Share

hensem tak aku?

18 February 2011

pelbagai seni dan fesyen pemakaian yang ada pada zaman IT hari ini.kelompok manusia yang kian diterjah arus permodenan yang tidak henti-henti,mendedahkan manusia kepada bermacam bentuk pembaharuan dan gaya bentuk terkini dalam dunia fesyen

zaman dunia hitam-putih dulu,masyarakatnya sekadar berkebaya dan berkot. paling seksi pun,baju kebayanya jarang-jarang dan nampak 'baju kulit' yang dalam.

berbicara tentang fesyen,ada jenis yang baik dan ada yang buruk. namun,skop yang harus kita bicarakan adalah dari sudut kita sebagai muslim.



apa itu fesyen dan berfesyen?

fesyen;gaya pakaian,komestik,tingkah laku dan lain-lain(terutamanya yang baru) yang menjadi kegemaran ramai

berfesyen pula;menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain)



haramkah berfesyen?

jika jika lihat kepada definisi itu sendiri,saya timbulkan semula persoalan kepada anda. adakah salah menggayakan pakaian?

jika kita bergaya dengan helaian yang dipakai agar nampak kemas,berketrampilan dan mampu menonjolkan keperibadian diri adakah salah?

bagaimana pula dengan menggayakan pakaian hingga menampakkan 'pusat bandar' anda dan 'mee halus' atau 'mee maggi' di kepala? lebih-lebih lagi jika menampakkan 'buah-buahan' didada anda atau lutut yang berbulu dek kerana kain yang tidak cukup untuk menutup bahagian lutut seluar jean. bagi semua keadaan ini apa hukum yang sesuai?

tidak mengapa,simpan sahaja keinginan anda untuk memberi hukum.takut-takut silap pula percaturan anda. paling penting,secara asasnya di sisi Islam ada yang baik dan ada yang buruk.



Islam dan fesyen

penghukuman secara pasti bagi fesyen itu tidak boleh kita lakukan. jika diteliti ada keadaan-keadaan yang berlainan dengan keadaan yang lain. maka, jika kita haramkan secara total fesyen itu sendiri tidak boleh juga kerana ada juga fesyen yang tidak bersifat dengan hukum sedemikian. untuk tidak keluar dari neraca islami dalam penghakiman fesyen,gayakanlah mengikut apa yang telah Islam landaskan


dilema fesyen dan muslim

ramai muslim pada hari ini tersepit antara mengenal fesyen Islam dan fesyen barat. kolot,terkebelakang,mundur,tidak sesuai dengan trend semasa..kesemuanya perspektif yang kian berkarat dalam kepala sebahagian besar umat Islam. ianya sudah menjadi sukar untuk dihilangkan.

kurang fahamnya akan falsafah seni pakaian Islam barah yang kian melanda. untuk mengulas tentang makna tersirat di sebalik pensyariatan garis panduan dalam berpakaian,mungkin panjang. kita skip dahulu. tunggu dalam pos yang lain....

secara mudahnya,mereka yang menutup aurat itu akan menjadikan diri mereka lebih 'mahal' berbanding mereka yang hanya menayangkn tubuh mereka

bezakan...barang yang dijual tetapi disimpan dalam ruangan display dan barang yang dijual dan diletakkan dirak-rak jualan..mana yang mungkin lagi mahal? tambah-tambah lagi jika barang pertama tadi dibalut dengan cantik..lagi-lagi lah mahalnya

Busana muslimah

muncul pula trend 'Busana Muslimah' ketika ini. saya sendiri tidak tahu apakah ia sekadar propaganda barat ataupun memang betul-betul usaha murni sesetengah pihak yang ingin mengetengahkan kepada masyarakat Islam fesyen islami yang boleh diterima dunia


dukacitanya,bala menimpa kita. 'islamic fashion festival' yang pernah diadakan ini dikambing hitamkan oleh sesetengah pihak pula bagi menjayakakn niat mereka. keadaan yang berlaku tidak lebih dari sekadar mempersenda pakaian masyarakat Islam di dunia ini.


kemas atau selekeh?

seperti menjadi satu fesyen dalam kalangan penuntut jurusan agama memakai pakaian tidak 'seberapa' berbanding penuntut jurusan duniawi yang lain.

seakan-akan jika anda ambil bidang agama,maka pakaian hendaklah selekeh,kotor,kopiah yang tidak berbasuh,baju tidak bergosok.

bukan saya hendak memperlekeh ataupun mencetuskan kontroversi dengan mempertikai pemakaian jubah,kopiah,serban atau apa jua yang serasi dengan pelajar agama. cuma yang ingin saya highlightkan disini,biarlah apa jua pakaian yang anda pakai pastikan ianya menampakkan kekemasan dan kecantikan Islam. biar bersih!

agama kita cantik dan bersih. biar pakai tu,nampak gah dipandangan masyarakat. jangan pula yang sebaliknya

imej juga menjadi satu taruhan kepada kita dalam konteks dunia hari ini. tercalarnya dakwah sedikit sebnyak tercalar juga kerana kecacatan imej

jaga imej dan pemakaian. moga-moga akan membantu dalam usaha dakwah kita.

Click Here to Read More..
Share

aku bukan YB lg

17 February 2011


mami dan abah seorang tenaga pengajar Al-Quran di daerah batu pahat. antara yang mengambil kesempatan untuk memanfaatkn tenaga mereka,seorang bekas YB yang tinggal di daerah batu pahat. soal parti mana beliau itu tidak perlu diketahui.

satu perkara yang ingin diborakkan bersama anda.mami kata "bagus dia tu.walaupun dah tak jadi calon YB lg,tapi masih rajin buat kerja.sebab tu ramai yang suka dan selesa dengan die"

tertarik sebentar dengan ungkapan mami. ye,wakil dan pemimpin rakyat itu walaupun tidak mendapat mandat jawatan secara rasmi namun tetap berkhidmat untuk masyarakat.

inilah falsafah dalam diri mereka yang bersifat kepemimpinan dan bukan sekadar pemimpin. mengapa 'kePEMIMPINan' dan bukan 'kePIMPINan?

seperti ungkapan dalam prakata penulis bagi buku 'Kuasa kePEMIMPINan Al-Fateh',dinyatakan bahawa kepemimpinan itu merujuk kepada pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun tidak. manakala kepimpinan pula tertumpu kepada posisi dalam organisasi.

maka boleh bukan untuk kita nisbahkan sifat kepemimpinan ini kepada bekas YB itu.beliau bukan insan bekepimpinan yang sekadar bergantung kepada posisi dan kedudukan tapi insan bekepemimpinan yang sentiasa terus berpengaruh dalam kelompok manusia dan membina ikatan bersama mereka walaupun tidak berjawatan

satu sifat yang perlu kita prihatin bagi mereka yang mendedikasikn mereka untuk berkhidmat kepada rakyat secara langsung; membantu meringankan serta memudahkan urusan rakyat tanpa mengira waktu

ingat! bukanlah medan politik(dalam konteks sekarang) itu bertujuan asal untuk merebut kuasa hingga wujudnya menang kalah. tetapi ia adalah satu paltform bagi mereka yang sanggup menyerahkan diri kepada masyarakat dalam menjadi satu agen yang bertindak sebagai tulang belakang rakyat dalam menghadapi segala bentuk kekangan hidup yang datang.

bagi saya,amat silap jika mereka yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak sedikti pun memudahkan rakyat.malah menambahkan kekusutan dan keserabutan kepada rakyat.

sebab itu seharusnya bagi mereka yang sudah tamat tempoh bekerja secara rasmi sebagai pemimpin rakyat,terus berbakti dalam apa jua posisi anda selepas itu. anda yang memilih untuk menjadi pemimpin rakyat.mengapa dihadkan sahaja khidmat anda untuk tempoh tertentu? rakyat mengenali anda. gunakan sifat kepemimpinan yang ada untuk terus membina pengaruh dan menolong rakyat.

akhlak dan peribadi yang menjadi pakaian bagi pemimpin yang berjaya.mereka dihormati bukan kerana ketinggian jawatan dan posisi akan tetapi dek kerana sinaran perilaku dan kehalusan budi pekerti sepanjang memimpin.

itulah seni memimpin gaya Al-Quran yang diterjemahkan oleh Rasulullah. satu pakej kepemimpinan yang begitu terbilang dalam sejarah ketamadunan manusia. melengkapi kesemua cara memimpin bagi setiap keadaan yang berlaku.

Click Here to Read More..
Share

Indahnya perilakumu..


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi
beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang
lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

sumber

Click Here to Read More..
Share

adakah Muhammad masih hidup?

14 February 2011



"Muhammad telah terbunuh! Muhammad telah terbunuh!" jerit Ibnu Qaniah,seorang tentera musyrikin dalam hiruk pikuk peperangan. jeritan tersebut menggetarkan hati-hati para pejuang Islam yang berada di situ. mereka terpaku,terpana dan keliru dengan apa yang didengari. mereka diam terkelu.mana mungkin Rasulullah mati dengan begitu mudah.bukankah Allah sntiasa menjaga Baginda?

tentera muslimin mula dilanda keluh kesah. sebahagian mula berundur menyelamatkn diri. Muhammad telah mati,untuk apa kita terus berperang? tapi sebahagian yang lain tidak mudah tewas jatidiri dan prinsip. mereka berkata sesama mereka "sekiranya Muhammad telah terbunuh,maka berjuanglah demi agamamu!"

saat itu mereka terus berdepan dengan musuh tanpa mengenal penat dan takut.hanya redha Allah yang dilihat dalam memberkati kesyahidan mereka

segalanya bermula ketika tentera pemanah di bukit Uhud turun mengejar harta perang tinggalan tentera musuh. kesempatan yang ada diguna oleh Khalid al WAlid untuk menewaskn tentera Islam.

Baginda melihat keadaan itu. tentera Islam mula dipanggil bagi menyusun semula kekuatan. sifat kepahlawanan dan keberanian baginda terserlah. utusan Allah yang bukan sekadar seorang penyampai wahyu. malah juga seorang pahlawan dan pendekar dalam sorotan sejarah kepahlawanan dunia.

Baginda bertindak bangkit memanggil kesemua tenteranya sedangkn baginda tau pasti suaranya akan didengari oleh pihak musuh jika berbuat demikian. tapi,takut itu bukan sifat baginda.kecut itu jauh sekali. keberanian dan tawakal dipertaruh. baginda tekad melakukannya demi memastikkn tenteranya tidak tewas tanpa berusaha di medan tempur.

tentera musuh mula mencuri peluang.baginda diserang. wajah baginda dilukai,gigi depan dicacati.baginda pengsan setelah terjatuh ke dalam lubang yang digali. Abu Ubaidah datang menolong baginda. tatkala itu,berkata Rasulullah "bagaimana kaum yang melukai muka nabi mereka boleh berjaya?"

************************************

pasti sedih bercampur geram bagi para sahabat yang melihat penganiayaan keatas baginda itu. sedangkn kita yang tidak melihat Baginda secara fizikal pasti terasa sedih bagi setiap penghinaan yang dilemparkn oleh golongan jahiliyyah pada masa kini,bagaimana pula dengan para sahabat yang bergunung-gunung tingginya kecintaan mereka terhadap Baginda?

mereka itu hidup bersama Baginda. makan bersama Baginda. berperang,beribadat dan bersnda gurau kesemuanya dilakukan bersama Baginda. stiap saat akan mereka manfaatkn untuk bersama Baginda....

Ya Allah,kau kurniakanlah kami kecintaan yang berpanjangan keatas Kekasih-Mu


Click Here to Read More..
Share

istiqamah dan terus bersemangat!

13 February 2011

assalamualaikum..

alhamdulillah,masih berpeluang untuk menjenguk smula 'diari' eloktronik ini yang saya kira sudah 2 bulan lebih ianya tidak dikemas kini

oh! sudah sekian lama rupanya tidak menulis lantaran faktor-faktor yang saya sndiri tidak tahu apakah ia.adakah kerana terlalu sibuk? atau mgkn kerana diri sndiri yang tidak pandai mencari masa untuk mencoret sesuatu untuk dikongsi bersama..boleh jadi juga kerana minat yang kian terhakis sdikit demi sdikit dalam ruang penulisan ini punca segalanya..

tak kesahlah..yang dah lepas tu,biarlah ia..

yang penting,kena terus istiqamah dan sungguh dalam apa-apa jua yang dibuat

skian dulu untuk entri pembukaan tuk sesi yang baru =)

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails