
Ada orang-orang yang meski hidupnya sering dipandang serba berkekurangan, namun mereka tetap tenang menjalani hidup. Kedamaian jiwa senantiasa menyelimuti hari-harinya sementara disaat yang sama pula tekanan hidup seolah tak hentinya menghantui. Mereka, tak pernah merasa khawatir, takut, gelisah bahkan putus asa mengukur jalan panjang kehidupan yang bagi sebagian orang lainnya sering terlihat begitu berat dan menyesakkan.
Ujian dan cubaan yang datang silih berganti tak membuat mereka lelah apalagi berfikir untuk mengakhiri hidup. Goretan-goretan perjuangan pun bahkan tampak jelas dari derasnya peluh yang mengalir. Demikian pula, pahit getir hidup tak pernah memaksa mereka membutakan mata untuk melakukan perbuatan jahat.
Mereka tak berpangkat dan jabatan,juga tidak berlebih-lebih. Perjalanan mereka tetap terasa sejuk dan menyenangkan tanpa kendaraan pribadi, tak menaruh keceriaan hidup pada tempat-tempat rekreasi. Bagi mereka, berkumpul dan bercanda penuh suka cita dengan seluruh keluarga sudah menjadi rekreasi yang memuaskan.
Bukan sepatu dan pakaian bagus, tapi cukup dengan memastikan tak satupun anggota keluarga mereka yang bersedih hati dihari itu, dijamin senyum pun terkembang. Makan hidangan ala kadarnya di rumah bersama segenap anggota keluarga, bagi mereka jauh lebih nikmat dengan membayar mahal sebuah tempat makan di luar yang bercampur dengan orang lain. Sementara di seberang kehidupan mereka, ada orang-orang yang menggantungkan kebahagiaannya pada banyaknya harta yang mereka miliki.
Tak pernah ada kata cukup dalam hal kepemilikan, karena dalam kehidupan mereka, kebutuhan akan kepuasan hidup terus berpacu dengan semakin giatnya pencarian kekayaan. Hingga akhirnya, mereka selalu gelisah atau khuwatir akan hidup kekurangan, bahkan ketakterkecukupan menjadi suatu yang menakutkan untuk sejauh mungkin dihindari.
Bukan tidak mungkin, rasa takut akan datangnya orang yang merampas paksa harta mereka, kerap menghantui malam-malamnya. Tentu saja tidak semua orang-orang berkecukupan mengalami keterhenyakkan hati seperti diatas, sebagaimana halnya tidak semua orang-orang miskin mampu mengendalikan setiap tekanan yang memang tak bosan menghampirinya.
Perbedaannya hanya pada hati, seberapa kaya hati mereka sehingga bisa melepaskan semua belenggu material yang menghinggapi, seberapa kaya hati mereka sehingga mampu menguasai dan mengendalikan nafsu dan keinginan-keinginan yang sering kali tak terbendung. Untuk kita, seberapa kaya juga hati-hati dipersiapkan untuk dapat terus bertahan dengan segala cobaan hidup yang jelas-jelas mustahil tidak ada.
Perkayalah hati ini dengan zikir yang membasahi lembar-lembar hati yang sudah kering. Sejukkan dia dengan keheningan malam-malam yang tak terlewati dalam simpuh di kaki-Nya, dimana ada butir-butir tangis yang meruntuhkan kesombongan dan mengembalikan kesadaran kita akan tempat kembali. Rasulullah Muhammad Saw telah mencontohkan kepada kita soal kekayaan hati dengan memperbanyak mengingat Allah, sehingga meski sebagai manusia mulia yang begitu dihormati pengikutnya, ia memiliki peluang untuk hidup berlebih, namun kesederhanaanlah yang menjadi pilihannya.
Ia juga yang mengajarkan kita untuk selalu takut akan adzab Allah dengan memperbanyak memohon ampunan-Nya. Hiasi juga hati dengan pancaran keindahan cinta kepada Allah dan Nabi-Nya dengan senantiasa memancangkan niat pengorbanan dan pembelaan terhadap agama-Nya. Bukankah janji Allah begitu terang akan pertolongan dan peneguhan kedudukan bagi setiap penolong-Nya sebagai bukti cintanya.
Tentu banyak cara yang bisa kita perbuat untuk membuktikan cinta itu. Berselawatlah untuk Rasulullah dan keluarganya, karena itu menjadi bukti kecintaan kita kepada beliau dan keluarga. Sehingga dengan itu semua, tak ada lagi kecintaan terhadap apapun yang lebih tinggi dari cinta Kepada Allah dan para Rasul-Nya.
Tambahkan kekayaan hati dengan mengasah kepekaannya agar senantiasa tersentuh dengan keprihatinan orang lain dan menikmati keindahan hidup dalam kesederhanaan. Allah mengajarkan kita untuk melakukan itu dengan berpuasa, berzakat dan infak sedekahh. Perbanyaklah memberi kepada mereka yang kekurangan dengan ikhlas.
kalendar islam
Bilangan pengunjung
Popular Posts
Kayakan Hati!
29 July 2010Posted by izzatnaqib 0 comments
Labels: cerita hati..., islam, keluarga, tarbiyah
KONSEP KEPIMPINAN DALAM PARTI ISLAM SE MALAYSIA
28 July 2010
Menurut Islam, kepimpinan atau imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua tanggungjawab yang besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siasah dunia.
Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempertahan dan melaksanakan syariat agama dalam semua bidang hidup sama ada yang mengenai peribadi, keluarga, masyarakat an negara bahkan dunia seluruhnya.
Sementara menguruskan siasah dunia bererti mengendalikan urusan pentadbiran, pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal-soal kehidupan, pembangunan material, kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai agama dan prinsip-prinsip syariat.
Dasar-dasar ini adalah dasar-dasar yang berkaitan kepimpinan negara dan ummah.
Lantaran penting dan besarnya tanggungjawab kepimpinan ini iaitu kepimpinan yang mengabungkan tanggungjawab keagamaan dan keduniaan yang tidak boleh dipisahkan maka Islam meletakkan syarat-syarat tertentu agar amanah kepimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya, kerana seorang pemimpin dalam Islam bukan sahaja bertanggungjawab kepada umat bahkan bertanggungjawab kepada Allah SWT.
“Mereka yang apabila kami kukuhkan mereka di bumi mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan mereka menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mereka mencegah dari berbuat yang mungkar dan kepada Allah jualah akibat dari segala urusan” (al Hajj : 41)
Antara syarat-syarat kepimpinan dalam Islam ialah seorang yang berilmu, memahami hukum-hukum ke tahap yang dapat berijtihad dalam menangani isu-isu yang berlaku, seorang yang adil dalam pengertian dan syarat-syarat keadilan, mempunyai kepintaran di dalam menjalani siasah syariah dan pentadbiran, mempunyai keberanian di dalam mempertahankan hak-hak dalam kebenaran Islam serta mampu menghadapi tentangan musuh selain dari mempunyai pengaruh yang besar yang dilambangkan di dalam pengertian ianya hendaklah seorang yang berketurunan Quraish.
Syarat-syarat yang penuh seperti ini tentulah sukar ditemui di dalam setiap generasi kepimpinan tetapi ianya dapat dipenuhi di zaman kepimpinan para sahabat Nabi Muhamad SAW dan juga dalam beberapa khalifah yang kemudian selain dari kepimpinan Rasulullah SAW sendiri yang merupakan kemuncak kepimpinan kemanusiaan yang sempurna.
Kepimpinan Islam bertanggungjawab melaksanakan tuntutan syariat, meletakkan manusia dalam suasana pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT dalam semua bidang samada aqidah, ibadah, muamalah, kekeluargaan, pmerintahan, pembangunan dan perundangan dan sebagainya.
Maksudnya “Dan tiadalah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepadaKu”. (ad-Dzariyyat : 56)
Membebaskan mereka dari segala ikatan pengabdian kepada yang lain dari Allah SWT, melaksanakan kebaikan di tengah-tengah masyarakat serta mencegah segala bentuk kemungkaran.
Jika kita mendalami matlamat dari risalah agama yang sebenarnya, akan kita dapati antara matlamatnya ialah untuk membentuk suatu system kepimpinan yang soleh dan mempunyai pengarahan menuju kebenaran dan hidayah iaitu kepimpinan yang dapat memandu manusia bagi menghayati konsep pengabdian dan ketaatan yang padu kepada Allah SWT dan perintah-perintahNya.
Kepimpinan yang dapat menegakkan keadilan dan membasmi kemungkaran serta kefasadan dari muka bumi. Antara hikmah dan tujuan kebangkitan para Nabi dan Rasul-rasul adalah untuk melaksanakan peranan tersebut.
Peranan kepimpinan untuk membawa manusia ke jalan hidayah dan pengabdian kepada Allah diteruskan oleh para ulama’ selepas wafatnya nabi-nabi dan rasul-rasul. Kerana Ulama’ adalah pewaris dan penanggung amanah mereka.
Dalam sejarah Islam kita dapat melihat mereka yang memegang kepimpinan umat dan negara umumnya terdiri daripada ulama’.
Khalifah-khalifah Al Rashidin RA adalah ulama-ulama yang agung, mereka sebagai bintang-bintang yang menyinari alam ini. Begitu juga sebahagian daripada mereka yang kemudian.
Meskipun ada di antara yang kemudian itu bukan terdiri dari ulama’ yang tinggi kewibawaan tetapi mereka sentiasa mendampingi ulama’ dan di satu pihak yang lain pula para ulama’ sentiasa memberi nasihat, teguran dan kritikan yang sungguh berani dan tegas.
Selepas kejatuhan khilafah Islam yang terakhir di Turki dan syariah Islam digugurkan, diganti dengan undang-undang secular dari barat, wilayah-wilayah Islam jatuh satu demi satu ke tangan penjajahan.
Sebelum dan selepas kejatuhan khilafah, pimpinan umat Islam dipegang oleh golongan sekular yang tidak lagi menghirau syariat apatah lagi pandangan ulama’.
Menyedari tentang kewajipan melaksanakan dakwah, syariat serta mengembalikan khalifah yang telah kehilangan kuasa itu maka para ulama’ telah mempelopori pembentukan jamaah harakiah, gerakan-gerakan Islam dan menyeru umat supaya menyertai jemaah memperjuangkan kembali kesatuan umat, menghayati dan melaksanakan syariat serta membebaskan diri dari segala bentuk penjajahan dan penindasan sama ada dalam politik ataupun pemikiran.
Gerakan-gerakan Islam yang lahir di Turki, Mesir dan wilayah-wilayah Arab yang lain, Iran, India, Indonesia dan Malaysia dipelopori oleh para ulama’. Gerakan yang dipelopori mereka mendapat dukungan dari kalangan umat yang masih setia dan cinta kepada Islam dan syariahnya.
PENGHAYATAN KONSEP KEPIMPINAN ULAMA’ DALAM PAS
Penubuhan Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1951 yang kemudian dikenali dengan Parti Islam SeMalaysia adalah dipelopori oleh ulama’ dan mereka yang mendapat pendidikan agama kerana mereka merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajahan.
Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS diseluruh tanah air.
Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam Perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang syarat-syarat kepimpinan.
Tetapi sudah menjadi suatu yang difahami, ulama’lah yang dianggap lebih berwibawa untuk memimpin sesebuah gerakan Islam termasuk PAS.
Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kepada suatu keadaan di mana sebahagian ahli-ahli PAS merasakan seolah-olah ulama’ tidak diberi peranan utama di dalam PAS.
Mereka mendesak supaya satu perubahan yang lebih tegas dibuat bagi membolehkan ulama’ itu memimpin. Suatu pindaan kepada Perlembagaan PAS telah dibuat dengan penubuhan suatu majlis yang dikenali dengan Majlis Syura Ulama seperti yang tersebut di dalma Fasal 7 (3) (4) Perlembagaan PAS Pindaan 1993, menyebutkan:
Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam ceraian (2) di atas dan badan-badan yang diberi kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama’ dan diberi kepadanya kuasa-kuasanya berikut:
a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.
b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.
c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli-ahli jawsatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 75 perlembagaan ini.
Ahli-ahli Majlis Syura Ulama’ hendaklah terdiri dari 15 orang dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut:
a) Seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulama’ itu hendaklah seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (Al Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukum atau dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, Al Sunnah Ijmak dan Qisas dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakin tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah seorang ahli PAS.
Fasal tersebut telah memberi penegasan tentang peranan penting yang mesti dilaksanakan oleh para ulama’ di dalam PAS serta sifat-sifat ulama’ yang layak memduduki Majlis Syura tersebut.
Bagi kita ulama’ bukanlah dilihat dari segi pakaina lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama’ ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mumgkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini.
Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin.
Kita telah memberi penekanan terhadap cirri-ciri yang perlu dimiliki ulama’ di dalam melayakkan mereka menerajui kepimpinan PAS di dalam dekad-dekad yang akan dating sesuai dengan cabaran-cabaran yang semakin sofistikated.
Kita telah menyatakan suasana dan permasalahan yang sedang kita alami ini memerlukan kepimpinan ulama’ berijtihad di dalam pelbagai isu yang sedang mendesak ini.
Kepimpinan Islam perlulah memiliki ciri-ciri khas iaitu kepimpinannya adalah kombinasi dari pelbagai unsure terbaik seperti yang pernah ditampilkan oleh kepimpinan
Rasulullah SAW dan para sahabat RA iaitu selain ketaqwaan yang tinggi ia mestilah sensitive dengan masalah-masalah semasa, berpandangan jauh, mampu merancang dan membentuk masa depan ummah, bersikap terbuka dan tolenrasi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.
Bekerja sebagai kumpulan professional, proaktif dan memperlihatkan ketrampilan sebagai pimpinan sejati. Ini ciri-ciri yang amat diperlukan.
Posted by izzatnaqib 0 comments
nak PAS ke UMNO?
19 July 2010
Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara PAS dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.
PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutnya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.
Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat. PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa Melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.
PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.
PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik Melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.
Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah Umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, al-Marhum Dato Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang
Hakikat yang berlaku Umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo'lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.
PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Posted by izzatnaqib 0 comments
Tribute to My New Niece
06 July 2010gambar-gambar yang diambil oleh abah..walaupun tak banyak,sekurang-kurangnya dapat meredakan keinginan hati untuk melihat wajah manis mujahidah yang baru ini...
Farah Nuryasmeen namanya..
Click Here to Read More..
Posted by izzatnaqib 1 comments
BERITA GEMBIRA! =)
bukan anak saya,tapi anak U.Hairul Nizam :)hari ni,jam 12 tengahari saya selamat menimang anak sedara yang baru...perempuan...zuriat dari kakak saya yang kedua Dahlia Syahrani suaminya,Mohd Shahrizal..ini anak yang ke-7 mereka dan anak sedara yang ke-12 bagi saya.
alhamdulillah...rezeki murah...Allah kurniakan saya ahli keluarga yang ramai bahagia..bersyukur sangat..mengenai anak-anak sedara saya yang terawal.saya dah rakamkan catitan saya dalam post yang sebelum ni,warna warni kehidupan
tadi pun,baru telefon kak lia..die masih kat wad..baby pun tengah tido tadi..ni yang makin tak sabar nak balik ni...nak sambut kehadiran insan baru dalam keluarga..
family pun belum ada yang datang ziarah kak lia kat hospital seremban tu..maklumlah,hari bekerja...suami pun ada kat rumah..menjaga anak-anak yang ada
mami dengan abah baru nak pegi petang ni...tapi,nak kena pi UIA Nilai dulu..nak amek adik saya yang ada kat sana...
maafla..gambar tiada...nanti kalo abah saya dah amek gambar2 baby yang baru ni,nanti saya letak kat blog...
diri masing-masing..
bagi saya,memang bahagia berahli keluarga ramai...seronok (^_^)
Posted by izzatnaqib 0 comments
MEREKA SANGKAKAN...........
05 July 2010berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa
da’wah adalah pengorbanan.
Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’ie sering menjadi contoh yang
tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.
Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka
kemukakan dalam Amar-ma’rufnya.
Dengan demikian mereka menjadi beban
yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang
memperlambatkan kelancaran da’wah.
Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam
itu gugur dari bahu mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam,
atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau
menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap
Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan
ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang
bertujuan memajukan jama’ah itu....!
Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini adalah para
petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka
belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke
RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut
menghirup udaranya yang segar…!
Posted by izzatnaqib 1 comments
AURAT DAN WANITA
assalamualaikum...
isu sekitar aurat yg perlu kita ingati dan perbaharui...diambil dari website U.Zaharuddin dengan sedikit edit..dijemput baca..moga ada ilmu tambahan yg diperoleh..
*******************************************************
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis
sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut
sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman
Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG
TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk
menutup kepala. manakala apa yang disebut `juyub' kata jama' (bentuk plural)
dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh
pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian
dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh
membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh
orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan
dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk
mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan
potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan
sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya
menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.
Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh
karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir
itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam
menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus
dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua
tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa
yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i
dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan
gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat
letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada
fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih
diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat
yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai
gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk
berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali
di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di
luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya
adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus
bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya
itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya
kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut
mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan
fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya
kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara
sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada
perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya:
perhiasan telinga (anting-anting) , perhiasan rambut (sanggul); perhiasan
leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis
dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki
lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang
ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan
perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak
kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan
bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah,
seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya
itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat
memukul orang (penguasa yang kejam..dalam tafsiran yang lain,yang dimaksudkan adalah mereka-mereka yang membuat kerosakan dan menggangu ketenteraman orang lain); (2) Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar
punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan
demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian
pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi
menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya
terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti
kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam,
Dr Yusof Al-Qaradawi)
`Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa
(punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut
karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi
di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut,
dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah
pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar
pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak
kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup
umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini --
sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan
hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika
diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita
atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat
dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
Click Here to Read More..
Posted by izzatnaqib 0 comments





