Hari ini,gerakan islam menyaksikan satu serangan pemikiran baru yang melanda aktivis-aktivis dakwah atau gerakan masa kini...menyisihkan medan politik sebagai wasilah perjuangan..
Ramai dalam kalangan kita yg impikan sebuah kehidupan,sistem perundangan,muamalat seharian serta pentadbiran Negara yang berteraskan Islam...tidak dapat dinafikan bagaimana banyaknya gerakan Islam yg tumbuh di dalam kekusutan masyarakat selepas tumbangnya khilafah Islamiyah pada 1924...begitulah hebatnya perancangan Allah dalam menjadikan sesuatu...inilah ntara hikmahnya ...betapa Dia ingin melatih kite agar berpeluang menyusuri selok belok gambaran perjuangan dakwah Baginda semasa hayatnya ....
Akan tetapi..dalam kesemua gerakan dakwah ini, adanya jemaah proksi(induk atau utama),jemaah furu’(cabang),jemaah yang bertentangan dengan jemaah proksi,dan jemaah taghut...inilah ntara jenis2 jemaah yang wujud dalam dunia islam pada hari ini...
Kita selaku yg diberi kefahaman akan hakikat perjuangan melalui gerakan ini...wajib ditimbulkn persoalan kepada diri kita,apakah jenis wasilah yang ingin digunakan,aspek apa yang ingin diperjuangkan????
Tetapi,di sini,saya hanya akan mngupas sedikit sebnyak mngenai penolakn terhadap medan politik sebagai wasilah perjuangn..kupasan ini just berdasarkn kefahaman yang cetek lagi sedikit dalm diri ini..ingin ana kemukakn sedikit sebnyak mngenai JIHAD POLITIK seprtimana yang dikemukan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Abdullah Naasih ‘Ulwan...di dalam kitabnya,”SEHINGGALAH PARA PEMUDA ITU SEDAR”
Tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan Negara Islam pada hari ini sedang dikuasai oleh pemerintah2 yang menyeleweng lagi mnyesatkn.Mereka tidak berpegang kepada manhaj yang rabbani,bahkan,kebanyakkan sistem Negara-negara ini,perlembagaan,serta undang-undangnya adalah perlembagaan timur dan perundangan barat.Sedikit sahaja yang mengangkat manhaj rabbani ini sebagai manhaj kehidupan...
Jika diperhatikn kepada Negara-negara yang terbentuk selepas perang dunia ke-2,kita akan dapati bahawa kebanyakkan daripadanya adalah ciptaan kuasa-kuasa yang berkomplot dan dengki kepada Islam.Tidak kiralah samada gerakan freemansory,penjajah yang zalim mahupun puak-puak yahudi yang begitu dendam kepada Islam...
Tahun 1924,sejarah hitam bagi umat Islam apabila Kamal Attartuk laknatullahhia’laihi,Ismet Inono dan para anggota persatuan dan penyatuan dan kemodenan telah mewajibkan majlis bangsa turki pada tahun itu untuk mengambil ketetapan agar menghapuskan sistem Khilafah Islamiyah sekaligus mengumumkan Negara Turki sebagai Negara sekular pada ketika itu.Bermulanya dengan penghapusan mahkamah syariah,institusi pendidikan agama,harta wakaf dan hukum pesaka..diikuti dengan azan dalam bahasa turki,pergantian bahasa arab kepada bahasa latin,cuti pada hari jumaat kepada hari ahad.......kesemua ini berakhir pada tahun 1928 dengan kejayaan mereka mmperkenalkan ‘konsep tanpa agama’
NATIJAH TERHAPUSNYA KHILAFAH-berpecahnya negara2 arab,umat Islam ditmpa pnyakit wahan(cinta dunia dan takut mati),umat Islam menjadi alat-alat permainan mereka disamping mencipta beberapa pemerintah yang menjadi boneka mereka dalam melaksanakan suruhan mereka yang berokjektifkan : MEMESONGKAN GENERASI MUSLIM KEPADA TIDAK BERTUHAN DAN KONSEP PENGHARUSAN(SEMUA BENDA DIHALALKAN).....
mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. AL-BAQARAH:217
Sesungguhnya kekuatan ini bersatu di dalam musuh yang lima:
1. Missionari dan Orientalis
2. Negara komunis
3. Zionis sedunia
4. Penjajahan
5. Agen-agen kepada kuasa asing(tali barut)
Pada waktu ini,tidak perkara kain yang wajib ke atas setiap individu muslim melainkan melainkan mengisytiharkan syiar ’jihad fi sabillah’......sehinggalah sampainya kepada penegakan hukum Islam,penyatuan Islam yang kukuh,rapat lagi menyeluruh....
Sesungguhnya,kaedah usul syariah: apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan dengannya,maka ia adalah wajib.
Oleh itu,selagi mana tidak tertegakknya hukum Islam di atas muka bumi ini,maka menjadi satu kefardhuan kepada setiap muslim untuk mnggembleng tenaga dalam mmbangunkan dan mengangkat agama ini,dan menegakkan Daulah Islamiyah...
Memang betul jika ada yang menyatakan bahawa perkara ini adalah fardhu kifayah sahaja..akan tetapi,kita harus lihat semula kepada kapisiti serta bilangan tenaga yang menjalankannya...sekiranya sudah mencukupi dalam melaksanakannya,maka terlepaslah dosa daripada orang lain...namun,sekiranya bilangan ini masih tidak mncukupi,maka mnjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk mnyertai dan memikul tanggungjawab ini secara bersama-sama sehinggalah cukup untuk melaksanakan dan mewujudkannya....
Tidak cukup kepada bilangan sahaja,akan tetapi perlu juga disusuli dengan gerak kerja yang sistematik,penyatuan,pelaksanaan strategi,penyediaan alatan dan pengorbanan........semua ini termasuk ke dalam jihad politik..
Setiap daripada kita yang tidak mahu melibatkan diri ,tidak mahu masuk campur di dalam bidang ini samada secara langsung ataupun tidak secara langsung ..termasuk dalam 2 golongan ini sahaja:
1. Samada tidak faham akan kesyumulan Islam
2. Atau mereka ini penakut atau pengecut

Tidak dapat dinafikan tujuan kita dijadikan Allah adalah untuk beribadah akan tetapi,cuba kite kembali dan renung semula kehidupan Baginda,para sahabat,taabii’n,As-Syahid Imam Hassan Al-Banna...serta mujaddid pada abad ini,Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi....adakah mereka ini hidup dengan di atas muka bumi ni dengan hanya duduk di masjid dan menunaikn solat2 di atas sejadah tanpa melakukan perkara2 lain?????
Bagaimana Baginda S.A.W.,pada hayatnya,Bagindalah Al-A’biid,Al-Muallim,ketua kaum muslimin,ketua pentadbiran Negara,yang menggubal Undang-undang pertama di dunia,ketua angkatan tentera yang telah menjatuhkn dua kuasa besar pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi,tidak lupa juga sebagai suami,serta bapa kepada anak2...
Tidak Baginda tinggalkan satu aspek pun daripada agama Islam ini untuk dibangunkn dalam kehidupan muslim....jelas di sini bagaimana jikalau kite mngatakn kita ingin mengangkat Islam itu smula,JANGAN SESEKALI KITA MENINGGALKAN WALAU SEBAHAGIAN KECIL PUN DALAM AGAMA ISLAM!!
Andai kita berpegang kepada pendapat yang tidak mahu masuk campur sama sekali di dalam politik,maka jangan pelik dan jangan hairan jika kita dianggap sebagai golongan yang mundur,negatif,sering dikalahkan,pengecut,lemah dan mutawakil(malas berusaha)..pegangan kita ini juaga akan mnyebabkan dunia dipegang oleh manusia perosak yang akan terus menerus merosakkan kesejahteraan,mnghancurkan,mmbiarkan kezaliman berleluasa malah tidak mustahil,mereka akan menafikan kewujudan tuhan...maka,tidak hairanlah jikalau nasib,serta generasi-generasi selepas ini akan berada di bawah takuk serta cengkaman mereka yang tidak percayakan tuhan
Maka,sekiranya kita tidak mahu mnyertai,malah menghalang orang lain daripada mnyertainya,secara automatic,kita telah berdosa sebnyak 2 kali
1. Tidak menyertai dan tidak bekerja
2. Menghalang orang lain daripada melaksanakn kewajipan serta kefardhuan atas diri mereka
Tidak ada yang boleh yag kita katakan melainkan mereka ini telah KHIANAT PADA ISLAM!
Ada juga yang mengatakan bahawa kita masih di peringkat pembentukan..namun,kita harus ingat,bagaimana keperibadian Islam yang teguh boleh terbentuk tanpa penentangan terhadap jahiliyyah,tanpa berakhlak dengan sifat sabar sewaktu mendirikan kewajipan jihad tablighi???
Pendapat mereka yang mngatakan kita masih di peringkat pembentukan,adalah tertolak sama sekali kerana Islam itu sudah lengkap dan mewajibkn umat Islam pada hari ini untuk melaksanakn dalam kehidupan seharian...
Sebagaimana kita tidak boleh meninggalkan solat,zakat,puasa,haji seperti itu jugalah kita tidak boleh meninggalkan hatta satu daripada sistem2 Islam baik daripada segi politik,kemasyarakatan dan ekonomi.....tidak mustahil usaha pembentukan semula khilafah dijalankan kerana ramainya bilangan umat Islam hari ini..namun kekuatan bilangan ini harus disatukan di bawah jemaah2 Islam yang kemudiannya bernaung di bawah satu jemaah proksi dalam merampas semula tampuk pemerintahan daripada puak2 taghut....
Memang tidak dinafikan bahawa proses pembentukan ilmu,fikrah,thaqafah serta kekuatan iman dalam diri setiap muslim dijalankan...akan tetapi bukankah bertambah mudah sekiranya adanya kuasa pemerintahan di tangan kita dalam melaksanakn tuntutan2 ini...
Pembentukan sahsiah muslim pada hari ini dilihat sukar kerana ada di samping penyucian diri,ada juga unsur2 maksiat yang mendorong mereka kearah tersebut...saya pasti para pembaca bersepakat dengan saya bahawa suasana,ataupun biah antara factor penting dalam pembntukan peribadi cemerlang seorang insan....kita ambil analogi atau contoh seorg anak yang soleh dan anak yang derhaka.....jenis suasana apakah yang membawa kepada pembentukan sahsiah mereka ini???? Anda sendiri mampu menjawabnya........................
Apa-apa pun,harus kita ingat bahawa kita hanya ditugaskan Allah untuk berusaha sahaja...samada Berjaya atau tidak,itu kita serahkan kepadaNYA....... WALLAHHUA’LAM.
Click Here to Read More..
