Followers

JANGAN MENGAKU SEBAGAI PEJUANG ISLAM!

29 September 2009

assalamualaikum....

dh lama saya tidak mengutarakan post-post yang ilmiah kepada sahabat-sahabat sekelian...post-post yang sebelum-sebelum ini lebih berkisarkan perjalanan hidup saya merayakan ramadhan,syawal bersama rakan-rakan saya di bumi barakah ini....post yang terbaru ini pula,tidaklah begitu bersifat ilmiah..hanya sekdar perkongisan pintar yang ingin saya mengajak sahbat-sahabat untuk kita sama-sama membuka minda dan membuat pertukaran pendapat dan perkongsian ilmu....

saban hari,cuping telinga saya sering terdengar pelbagai perkara yang melibatkn persatuan,jikalau di bumi Mesir ini..jika di Malaysia pula,melibatkan perkara-perkara melibatkan jemaah,persoalan berkenaan kredibiliti jemaah dan pertikaian akan kesahihan gerakan jemaah tersebut....

saya secara peribadi dah naik BOSAN dengar semua benda-benda tu....tapi,apakan daya...perjuangan tetap perjuangan...jika sudah namanya berjuang..tiada benda yang mudah...dan kesusahan dalam berjuang adalah benda yang pasti...jika anda bersenang lenang dalam melaksanakan misi dakwah anda,sebaiknya anda koreksi semula diri anda...tiada dalam sejarah perjalanan misi penyampaian risalah ketuhanan daripada Allah,para pejuangnya hidup dalam serba kemewahan tanpa penyeksaan mental mahupn fizikal!

akan tetapi...permasalahan yang timbul dalam para aktivis dakwah kita yang mempunyai hemah yang tinggi bagi menjalankan misi Dakwah ini adalah:

  1. soal pemilihan jemaah
  2. pertikaian kredibiliti terhadap jemaah yang lain
  3. taksub terhadap sesuatu jemaah dan sering memperlekeh jemaah-jemaah yang lain
saya masih musafir ilmu yang memerlukan masa yang lebih lama,barulah layak untuk berbicara soal ini..tapi izinkan saya melontarkan pendapat saya sendiri kerana kita adalah makhlukNYA yang kita tidak tahu kepada siapakah ALLAH memberikan ilham dalam berbicara dan buah pendapat yang bernas..sebab itulah pentingnya konsep musyawwarah...di situ,barulah kita mampu membuat 'brain-storming' dan memerah otak masing-masing bagi mencapai sesuatu keputusan....begitu juga ijma' ulama....kita memerlukan pendapat ramai orang bagi menghasilkan sesuatu kata sepakat.....kerana tiada dalam kalangan kita pada hari ini berkemampuan untuk berfikir akan sesuat perkara dengan sendiri...

izinkanlah saya berbicara...................................

SOAL PEMILIHAN JEMAAH

ramai yang masih keliru akan soal untuk memilih jemaah ini...mereka tdak tahu mana yang betul dan mana yang salah.....biar saya senarai dahulu ciri-ciri jemaah yang wajib kita sertai:

1. Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam

Kita telah diperintahkan oleh Allah dan kita juga telah meyakini bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan menyeluruh seperti mana yang telah di sebut dalam ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah swt: Maksudnya: "Hari ini telah aku sempurnakan bugi kamu agama kumu,telah aku cukupkan keatasmu, nikmatku dan aku redhakan Islam itu sebagai cara hidip kamu yang sebenar". (Surah al-Maidah ayat:3)

Di atas dasar keyakinan ini maka wajib bagi kita untuk meletakkan Islam di hadapan dalam semua ruang lingkup kehidupan kita.


2. Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur'an dan As Sunnah

Hadith Nabi saw yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. selagi mana kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama lamanya. iaitu Kitab Allah dan sunnahku "(Bukhari)


3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an

4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.

Ia bukan kerana dengki, khianat, atau hasutan dan pihak lain. Tetapi Islam yang nak dibawa adalah Islam yang timbul atas kesedaran terhadap kewajipan mereka untuk menyampaikan dakwah dan kewajipan untuk menegakkan Daulah Islamiah.


5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.

Keadaan ini mengambarkan tasawwur Islam yang sebenar yang mana perlaksanaan dua perkara dalam keadaan serentak bahawa Islam itu adalah al-Din yang bencikan kepada kekufuran dan sangat memerlukan perkara yang ma’ruf sebagai landasan utama. Islam tidak boleh tertegak bersama terbinanya jahiliah di atas muka bumi.


6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan".

Sebagai individu yang mengaku dirinya sebagai muslim tidak boleh mengambil dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan penting untuk diri sendiri dan tidak bercanggah dengan kehendak diri. Islam dengan agama lain adalah seperti minyak dengan air yang tidak akan bercampur walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan. Islam adalah Islam, yang ada manhaj hidupnya sendiri dan manhaj itu tidak pernah ditiru dari mana-mana manhaj golongan kuffar yang ada di atas muka bumi ini.


7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.

Ia mengutamakan keredhaan Allah tanpa mencicirkan dunia dalam kehidupan Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Manusia boleh mencari apa sahaja yang mereka mahu di dunia ini, tetapi mereka tidak boleh melupakan akhirat, sepertimana pepatah Arab yang mengatakan:

Maksudnya: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk hidup semata-mata kerana dunia atau akhirat. Islam bukannya agama yang menyuruh umatnya menjadikan maddiyyah sebagai wawasan untuk berjaya. Itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan umat manusia melonggokkan harta kemudian lalai dengan perintah Allah, tetapi harta itu disedekahkan atau dihadiahkan kepada golongan yang lemah. Itulah sebabnya di dalam Islam ada zakat. Islam mendidik hati dan syakhsiah umatnya untuk taat kepada perintah Allah. Selepas itu manusia akan dapat apa yang dihajatinya di dunia dan di akhirat.


8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-Qur’an dan al-Hadith, ijma' dan qiyas sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: (Ulama’ yang benar-benar menghayati Islam itu adalah pewaris kepada nabi-nabi)

9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah. , dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur'an sebagai perlembagaan.

Jemaah yang terawal dalam satu-satu kelompok manusia, itulah jemaah Islam yang wajib diikuti. Selagi mana syarat penubuhannya memenuhi kriteria yang telah disebutkan sebelum ini. Sekiranya ada sesuatu yang dirasakan tidak betul pada jemaah tersebut, maka betulkanlah dengan cara , (muzakarah/munaqasyah) atau berdebat (mujadalah) dengan cara yang baik di antara ahli jemaah. Bukannya dengan cara memprotes dari luar.


10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.

Jemaah ini boleh disertai oleh semua manusia, dan syarat utama untuk menggabungkan diri dengan jemaah ini adalah Islam, dan ahlinya mestilah taat sepenuhnya kepada pemimpin tanpa membantah, selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah.

Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: "Tidak ada ketaatan yang boleh diberikan kepada makhluk lerhadap perkara maksiat yang dilakukan di sisi Allah".

Jemaah itu pula mestilah membela hak-hak Islam serta umatnya. Tidak ada ‘double standard’ dalam membela hak umat Islam sama ada terhadap golongan miskin atau kaya.


11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.

Aktiviti utama yang ditekankan dalam jemaah tersebut adalah aktiviti yang lebih mementingkan aqidah umat islam. Mereka membela aqidah umat dan cuba mengelakkan umat dari terkeluar Islam. Mereka sanggup mempertahankan aqidah dengan berani dan berterus terang serta menolak segala bentuk amalan syirik. Mereka juga tidak mengambil sebarang dasar atau sistem dalam hidup mereka dengan sesuatu yang boleh menyebabkan syirik


12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.

Ini kerana perjuangan umat Islam yang ada sekarang adalah lebih kepada mengikut waqi’ perjuangan Rasulullah di Madinah. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk meletakkan semua umat Islam di bawah satu pemerintahan Islam, yang mengamalkan dasar-dasar dan sistem Islam di dalam pemerintahan secara kaffah (sepenuhnya). Ianya ditadbir oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dan faqih serta boleh menjadi qudwah untuk semua dalam mencari kebaikan.

Mereka dengan berani dan tidak bersembunyi memperjelaskan kepada semua manusia bahawa cita-cita mereka adalah untuk mengembalikan Khilafah Islamiah dan melaksanakan perundangan mengikut ketetapan Allah. Untuk itu, mereka perlukan suatu kuasa untuk melindungi hukum-hukum Allah. Jika tidak ada kekuasaan bererti kebenaran tidak dapat dinyatakan dengan sebenarnya.

13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.

Jemaah ini akur dengan segala ketetapan qada’ dan qadar Allah. Mereka redha terhadap apa yang patut di terima tanpa mengingkari perintah Allah. Yang penting mereka dapat menjalinkan hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara tuan dengan hambanya tanpa ada sebarang sekatan atau hijab.

Jemaah Islam juga akan sentiasa bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman(seperti yang berlaku terhadap Ikhwan Muslimin, Hamas dan mana-mana saja). Rasulullah SAW juga menyatakan di akhir zaman nanti, Islam sentiasa akan bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman dan Rasulullah saw memerintahkan kita supaya tetap berpegang teguh dengan islam. Jemaah sebenar akan mendapat tentangan dari semua pihak. Tetapi tentangan itu adalah ujian dari Allah.

antra ciri-ciri yang boleh kita semua teliti dan anda buatlah sendiri penilaian anda....ramai yang tersilap dalam memilih bukan kerana tidak tahu sahaja,tetapi juga kerana mengikut kawan-kawan mereka tanpa beliau senidri tahu akan hakikat kepentingan dri berintima' dengan jemaah....

PERTIKAIAN KREDIBILITI TERHADAP JEMAAH YANG LAIN & KETAKSUBAN TERHADAP JEMAAH YANG SATU..

point yang kedua dan ketiga,saya himpunkn bersama..

Konsep Jamaah Di Sisi Ahli Ilmu

Dalam menganggapi konsep jamaah, ahli ilmu terbahagi kepada dua:

Pertama: Jamaah ialah semua ulama daripada ahl al-sunnah wa al-jama'ah,
iaitu perhimpunan di atas kebenaran yang diwakili oleh tiga kurun pertama
yang mempunyai kelebihan. Pada setiap zaman, panjinya dijulang oleh para
imam ahl al-sunnah yang thiqah lagi adil. Mereka mewakili majoriti ummat
Islam kerana orang awam secara tabi'inya adalah pengikut kepada mereka.

Kedua: Jamaah ialah ummat yang berhimpun di atas seorang imam selagi
mana secara umumnya dia melaksanakan hukum hakam Islam, atau ia
adalah majoriti ahli Islam.

Dapat diperhatikan di sini bahawa pendapat pertama mencampuradukkan
antara jama'at al-muslimin dengan ahli syura atau ahl al-hall wa al-'aqd.
Mereka menganggap orang yang dianggap oleh ummat sebagai wakil itulah
al-jama'ah. Sedangkan wakil ummat ini sebenarnya hanyalah wakil kepada
al-jama'ah, tidak lebih dari itu. Bahkan mereka tidak layak menjadi wakil
melainkan melalui pewakilan yang diberikan oleh ummat

Berdasarkan hujjah di atas, pendapat yang kuat ialah bahawa al-jama'ah
ialah kalangan majoriti daripada ummat Islam menurut istilah para fuqahak

jadi secara asalnya..inilah yang dimaksudkan dengan jemaah...ia pada asalnya bukanlah satu parti politik,persatuan ataupun satu gerakan yang mewakili mana-mana orang..

Jamaah-jamaah Islam yang ada pada hari ini, bukanlah sebagaimana bentuk
di atas, kerana pada umumnya mereka bersepakat dan beriltizam dengan
prinsip-prinsip utama yang dipegang oleh ahl al-sunnah wa al-jama'ah.
Mereka juga berusaha menuju matlamat yang sama iaitu menegakkan agama
serta memberikan kekuasaan kepada syariat Allah untuk berfungsi di atas
muka bumi.

Oleh itu, kesemua mereka sebenarnya berada di dalam satu
jamaah. Perselisihan yang berlaku di antara mereka hanya terbatas kepada
perselisihan dalam perancangan dan wasilah yang digunakan. Bukan
perselisihan pada matlamat atau perkara yang menyentuh akidah.

jadi antara fahaman yang perlu kita perbetulkan dalam setiap pemikiran dan pendirian kita akan jemaah yang ada pada hari ini....

Manakala dakwaan yang membataskan konsep jama'at al-muslimin terhadap
sesuatu jamaah tertentu juga adalah silap dan ia adalah dakwaan yang tidak
mempunyai hujjah. Jama'at al-muslimin, sebagaimana disebutkan sebelum ini
ialah majoriti ummat Islam.

Manakala kumpulan-kumpulan yang ada walau
dalam apa bentuk sekalipun, bukanlah mewakili seluruh ummat dan bukan
juga kumpulan majoriti dari kalangan ummat. Bahkan ia hanyalah persatuan-persatuan yang
ditubuhkan bagi membantu agama Islam melalui wasilah atau alat tertentu.

Jadi bagaimanakah masih ada orang boleh mendakwa bahawa mereka adalah satu-satunya jama'at al-muslimin dan yang lain pula berada dalam kesesatan??

Kefahaman yang cetek ini sebenarnya mengundang bahaya yang besar,
terutamanya apabila permusuhan menjadi menebal di kalangan puak-puak
yang menjalankan amal Islami. Ketika itu, mengkafirkan orang lain dianggap
sebagai perbuatan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Setiap orang mentaqarrubkan dirinya kepada Allah dengan mengeluarkan
saudaranya daripada Islam. Dia beribadah kepada Allah dengan memutuskan
hubungan dengan saudaranya. Fitnah akan bertambah besar apabila
permusuhan ini berpindah ke atas minbar umum dan apinya bergejolak
menjulang di kalangan orang awam.

Perkara minima yang akan berlaku akibat daripada situasi tersebut ialah orang ramai tidak lagi mahu melibatkan diri dalam semua amal Islami yang sudah hilang kehormatannya disebabkan
perbalahan remeh temeh ini. Kumpulan-kumpulan tersebut kelihatan sebagai
kumpulan yang saling berbunuhan dan saling mengeji di antara satu sama
lain.

Sepatutnya tenaga dan usaha yang ada pada mereka digunakan
sebaiknya bagi melakukan dakwah kepada makhluk Allah, tetapi ia telah
ditukar untuk mengkafirkan dan menfasiqkan orang lain, bahkan kadangkala
digunakan untuk memukul dan membunuh juga!maka pemilihan wasilah berbentuk persatuan atau gerakan ini yang bermatlamatkan untuk mengangkat agama Allah ini juga perlulah juga diamati dan diteliti bagi mengelakkan kita daripada tersilap memilih wasilah....

sebab itulah jika pernah ditimbulkan idea 'unity goverment',mengapa tidak diseru kepada 'unity jemaah'?

pokok permasalahan yang berlaku dalam kalangan umat islam adalah mereka menganggap merekalah satu-satunya jemaah yang terbaik...tanpa mengiktiraf pihak yang lain..

secara tidak sedar,kita sendirilah yang memanjangkan tempoh kemenangn Islam disebabkan perbalahan sesama kita....masing-masing mengaku bermatlamat untuk mendokong Islam..tetapi mengapa masih mempunyai rasa dengki dan hasad dalam diri terhadap pihak yang lain??

sepatutnya tenaga kita semua wajib digembleng secara bersama bukan untuk saling menjatuhkan,tetapi disatukan dalam menghadapi dan menerobos dinding fahaman sekular yang kian bertapak dalam diri umat Islam,penjenayah kolar putih yang kian melata dalam negara dan
berusahan kearah mensatukan umat bagi mengangkat yang HAK...

sememangnya,wujud jemaah yang paling menepati kriteria dan ada pula yang kurang menepati(ketepatan kriteria disini dikira berdasarkan wasilah perjuangan yang paling sesuai dengan kondisi sesuatu tempat dalam memperjuang Islam) namun itu bukanlah alasan untuk kita saling berbalah dan mendendami antara satu sama lain.....yang penting kesatuan dalam kalangan kita!

tidak salah andai wujud 2 atau 3 jemaah..paling penting,kesatuan umat terjaga dan wasilah perjuangan mereka adalah tepat dan saling mendokong serta menguatkan gerakan atau jemaah yang lain..mungkin,ada dalam kalangan ahli masyarakat kita yang tidak merasakan sesuai untuk bergabung dengan sesuatu jemaah disebabkan beberapa faktor yang menyekat pergerakan mereka dan membataskan usaha mereka bagi berkhidmat untuk Islam yang menyebabkan mereka memilih jemaah yang lain....namun,pimpinan jemaah itu perlu memastikan ahli mereka terus berjuang dan sentiasa mengekalkan momentum perpaduan sesama jemaah yang lain...

satu perkara yang amat pelik dan tidak layak title 'jemaah islam' diberi kepada mereka yang mengaku sedemikian andai keinginan untuk berbuat jahat dan merosakkan jemaah yang lain dilakukan...bahkan,haram kelakuan mereka itu dan semestinya wasilah dalam merealisasikn matlamat tersebut adalah haram juga....

satu perkara yang membuatkan saya rasa MELUAT! terhadap pihak-pihak sedemikian...mereka bukannya membantu Islam..malah sekadar rasa anti kepada jemaah yang lain dan menarik orang ramai kepada mereka agar dijauhkan jemaah tersebut....sedikitpun tidak membantu Islam,malah memecahbelahkan umat! kemudian bersekongkol dengan pihak yang tidak sepatutnya......mengapa demikian???!!

ada yang mengatakan bahawa jemaah yang sedia ada tidak sempurna dan banyak kelemahan yang kemudiannya membawa tidak puas hati dan akhirnya kepada pertubuhan jemaah yang baru....jika demikian,mengapa tidak disuarakan apa yang lemah dan seterusnya dibaiki dan diperbetul kelompongan tersebut??

bayangkan,andai semuanya bermula dengan rasa tidak puas hati dan ditubuhkan pula jemaah-jemaah yang baru,kemudian saling berbalah...bilakah sinar kemenangan ISlam akan muncul?? tidak mustahil kita yang akan dijatuhkan dengan mudah oleh puak-puak penentang Islam...

hingga bila-bila saya akan meluat terhadap mereka yang berselindung disebalik matalamat memperjuangkan Islam sebaliknya menggunakan alasan tersebut untuk memuaskan nafsu hasad,dengki dan marah mereka......meluat saya tidaklah keatas peribadi insan itu sendiri...tetapi keatas setiap perbuatan mereka yang memudaratkan umat Islam...

apa beza kita dengan puak-puak musuh,andai perlakuan kita tidak ada bezapun dengan mereka??

peringatan juga kepada mereka yang telah berintima' dengan jemaah yang betul....janganlah kita juga bersikap dendam dan marah kepada mereka...berlapanglah dada dalam semua hal dan tanganinya dengan bijak dan penuh hikmah....jika kita pun bersikap menentang,tidak samakah kita dengan mereka??


wallahualam...
MOHON DITEGUR SEGALA PENDAPAT YANG SONGSANG DAN TIDAK TEPAT...SAYA MENGHARAPKAN KOMEN-KOMEN DARIPADA PARA PEMBACA....

Al-Faqir ila Rabbihi..
MOHAMMAD IZZAT NAQIB

Click Here to Read More..
Share

WALAU JAUH DI MATA.......

20 September 2009

walau jauh di mata.....kerinduan di hati mampu mendekatkan mereka nan tiada kepada diriku....keluarga ku,adik-beradikku,abang-abang iparku dan anak-anak sedaraku yang menjadi penyeri kepada keluargaku......

suasana hari raya di mesir tidaklah seperti negara Malaysia...nak best dan menarik,kita sendirilah yang kena hidupkan.....kami,plajar Malaysia yangberada di sini,kamilah yang meraikannya sesama kami...nak beraya dengan arab?? herm.....sunyi sepi la jawabnya....nak buat macam mana,kita yang melayu je yang semangat dalam hal-hal sambutan ni.....pak-pak arab biase je....

walau apapun,inginlah saya untuk berkongsi serba sedikit persiapan saya dan kawan-kawan bagi menyambut hari lebaran buat kali pertama di perantauan...

SEBELUM RAYA...

pada asalnya,kami tak bercadang pun nak menyambut aidilfitri di rumah dan masing-masing ada perancangan masing-masing....hinggalah,Jaid Hafizi,rakan kami melontarkan idea yang best dan seronok untuk dilalui dan dilakukan bersama...hehe

ni la pengarah kami....memang semangat....

kami semua bersepakat untuk membayar duit seorang sebanyak L.E 50 bagi memasak juadah hari raya...nak makan masakan mak,takde peluang....masak sendiri je la.....kami masak rendang,lontong,soto,kuah kacang,nasi himpit,nasi minyak dan ayam masak merah...fuh! memang best...rase cm ade kt malaysia..cume family je tiada di sisi.....tapi takpe la...kawan-kawan ade pun,cukupla.....

sibuk rewang....memang penat.....rase cm nak lari je dari buat keje....

sume bertungkus lumus....

sibuk duk blender kerisik tuk rendang

hakimi ngn begedil die....saya tukang goreng..=)

alhamdulillah...malam tu sume bahan sudah tersedia...tunggu masa untuk di'kerjakan' je....

MALAM RAYA...

kami sume berkumpul di tingkat atas untuk bertakbir menikmati malam raya bersama-sama....kesedihan jiwa mula mencengkam jiwaku..linangan air mata ingin menderasi pipiku....ku tabahkan diri......gema takbir mula berkumandang....

muka sayu..mengenangkn nun jauh di sana...ye ke???

duk termenung.....

sahabat-sahabat akhawat...diorg masak nasi minyak,ayam masak merah n byk lagi r..syukran!

abis acara takbir dan ucapan sikit...sesi makan pula! yg paling ditunggu...

baju baru sey.....

makan,jgn x makan...

kenyang tol malam tu...


PAGI RAYA...

pagi tu,solat raya kul 6.07 pagi....sblum tu,makan-makan dulu...isi perut...pastu g masjid...takbir stail arab ni best gak...walaupun x sesyahdu malaysia...tp best gak r...abis-abis solat,kami jumpa dengan imam masjid...diorg memang baik dengan kami....

bergambar sat..





destinasi kami pada pagi itu....DEWAN MALAYSIA ABBASIYAH KAHERAH.....

SAMBUTAN AIDILFITRI DI DEWAN MALAYSIA ABBASIYAH KAHERAH

kami ingatkan,sesi makan-makan belum mula....meleset rupanya..sampai-sampai je,pergh...byk dh org....



dh makan-makan sume...destinasi terakhir,KATIL....dh kenyang,suka hati.....maka bantal di bilik pun menunggu.....pulanglah kami rumah bagi menunaikan tuntutan badan yang telah kepenatan melayan perut tuannya yang duk makan je......wallahualam...



selamat hari raya...mohon kemaafan atas salah silap sepanjang perkenalan...


mohammad izzat naqib bin md yusof
1 syawal 1430 hijrah
kaherah mesir..

Click Here to Read More..
Share

MENGAPA PAS???

19 September 2009

Baru-baru ini saya dengar beberapa perbualan orang-orang itu. Ada yang kata "PAS bukannya jamaah Islam. PAS hanyalah parti politik. Maka tidak bermasalah kalau kami tidak berintima' dan membantu serta mendokong PAS".

Aneh. Macam mana pula PAS bukan jamaah Islam sedangkan tugas jamaah Islam adalah mengembalikan kesedaran masyarakat agar kembali menghidupkan khilafah Islam yang telah terkubur sejak 85 tahun yang lalu.

Apabila Khilafah Islam terakhir diputuskan daripada terus bernyawa pada tahun 1924, umat Islam terkejut hiba apabila nasib umat Islam sudah lagi tidak mempunyai ibu yang akan menaungi dan menjaga mereka. Hari itu nasib umat Islam akan terbiar tanpa ada satu ketumbukan yang akan mempertahankan mereka.

Atas kesedaran bahawa WAJIB mendirikan Khilafah Islam secara IJMA Ulama (rujuk Fiqh al-Khilafah karangan Dr. Abdul Razak al-Sanhuri), para ulama di seluruh bumi-bumi Islam bangkit untuk menyedarkan masyarakat bahawa khilafah Islam mesti dikembalikan.

Mereka bangkit dalam wadah kumpulan-kumpulan Islam yang digelar sebagai Jamaah Islam. Al-Ikhwan al-Muslimun pada Mac 1928 bangkit di Mesir untuk menyedarkan masyarakat Mesir akan kepentingan itu. MASYUMI (Partai Majelis Syuro Muslimin Indonesia) bangkit di Indonesia pada tahun 1945 atas kesdaran itu. Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 17 Mac 1948 di Gunung Semanggul di Perak ditubuhkan atas usaha itu yang akhirnya diteruskan oleh PAS (ditubuhkan pada 1951) setelah mana Hizbul Muslimin pada tahun 1948 juga telah diharamkan oleh British. Begitu juga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain yang tumbuh atas kesedaran ini di negara-negara yang didiami oleh umat Islam.

Tugas mengembalikan Khilafah Islam adalah perjuangan utama PAS. Wasilah yang dipilih adalah menyertai politik.

Ada orang beranggapan bahawa apabila PAS adalah wadah politik, maka ini bukti bahawa PAS bukan gerakan Islam atau jemaah Islam. Bagi saya, berhasrat semata-mata untuk mendirikan Khilafah Islam tanpa mengambil cara terbaik untuk mencapai hasrat ini adalah satu idea kosong.

Kalau di Malaysia contohnya, apakah cara yang paling ideal dalam mencapai matlamat mengISLAMkan kerajaan Malaysia yang saudara fikirkan; berdakwah kepada golongan-golongan tertentu sahaja (cream of the cream atau konsep tentera Badar al-Kubra yang diwarwarkan oleh orang-orang itu), atau hanya menceritakan kepada masyarakat untuk mengislah diri dengan harapan apabila ramai yang berubah dari sudut akhlak dan imej, atau berkecimpung dalam bidang politik untuk memenangi pilihanraya lalu kuasa yang dimenangi akan dipaksa untuk tunduk kepada arahan dan kehendak Allah?

Kalau anda tidak mahu untuk terlibat dalam gelanggang politik dalam menyampaikan mesej ISLAM sebaliknya lebih selesa untuk berdakwah kepada golongan manusia terpilih itu, saya sendiri tidak tahu berapa ratus tahun lagi atau berapa ribu tahun lagi yang kita kena tunggu sehingga seluruh manusia akan kembali dan mahu untuk mendaulatkan Islam sebagai Raja dan Sultan bagi negara.

Bertawakkal kepada Allah adalah yang paling utama. Namun Allah meminta kita selepas beriman dengan ketentuan Allah untuk mencari wasilah yang paling terbaik untuk mencapai maksud yang diinginkan (al-Akhdzu Bil Asbab). Pastinya wasilah yang paling hampir untuk merealisasikan projek MENGISLAMKAN KERAJAAN adalah dengan cara politik. Maka tidak hairan apabila al-Ikhwan al-Muslimun akhirnya menyertai politik Mesir dalam usaha untuk meraih kuasa pemerintahan melalui wasilah politik.

Kalau anda memang mahu dan sungguh-sungguh mahu untuk mendaulatkan sistem pemerintahan Islam, anda mesti menggabungkan diri dan berjuang dalam pentas PAS di Malaysia. Kerana itulah tidak hairan apabila Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri ketika ditanya oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkenaan dengan soalan "Siapakah Jemaah Islam yang wajib disokong dan didokong oleh rakyat Malaysia" menjawab dengan jelas bahawa: Jemaah Islam yang wajib disokong dan didokong di Malaysia adalah PAS.

Kalau anda sebut, PAS tidak ada tarbiah atau PAS tidak sempurna dari sudut itu dan itu dan itu...., maka saya mengajak anda semua terutamanya teman-teman pelajar di Mesir untuk kita terjun dan menggabungkan diri dengan perjuang PAS dan kita memperbaiki segala kelompangan yang ada.

Janganlah semata-mata ada kelompangan dalam PAS sedangkan matlamat dan cita-citanya adalah Menegakkan Islam di Malaysia menyebabkan kita merasa jijik untuk bersama PAS lalu kita menyertai atau menubuhkan satu kumpulan baru yang juga bertujuan dengan matlamat PAS. Kelak anda akan bermain dengan al-Tasalsul kerana pastinya jemaah baru itu akan ada masalah lalu akan ada yang keluar dan menubuhkan jemaah kedua yang pastinya akan turut tidak sempurna lalu akan tertubuhlah pula jemaah yang keseterusnya tanpa ada kesudahan.

Bagi saya, wujudnya kumpulan-kumpulan di Malaysia yang lain selepas wujudnya PAS adalah melambatkan kemenangan Islam. Mengapa tidak? Bukankah kita akan sibuk mengira nombor-nombor jemaah-jemaah yang wujud.

Terlibat dengan PAS adalah cabaran, dugaan, pengorbanan dan air mata. Anda akan letih kerana syurga itu merehatkan. Anda akan berair mata kerana syurga itu menggembirakan. Yang pasti kalau anda mahu menegakkan Islam tetapi anda hanya mahu selesa dan takut berdepan dengan FRU dan ISA, anda sebenarnya sedang buat kelakar.

So apalagi, teruskan berazam untuk mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam di dalam wadah PAS.


wallahualam....dipetik daripada blog Ustaz Hairul Nizam,Mahasiswa Azhar

Click Here to Read More..
Share

SHEIKH JIBRIL SERTA DOA QUNUTNYA....

17 September 2009

..

SOLAT TARAWIH BERSAMA SHEIKH JIBRIL PADA MALAM 27 RAMADAHAN merupakan satu pengalaman baru dan menarik untuk dikongsi bersama....walaupun solat dilaksanakan seperti biasa namun,yang menjadi kelainan pada susuk tubuh tersebut adalah pada bacaan qunutnya di akhir solat witir...apa yang lainnya??? ha....doa tersebut dibaca dibaca selama LEBIH 1 JAM! baca dalam keadaan berdiri?? itu sudah pasti..............

solat tarawih tersebut telah diadakan di masjid A'mru bin A's...masjid yang dibina oleh sahabat Nabi Muhammad,A'mru bin A's pada zaman khalifah Umar bin Al-Khattab dan merupakan masjid yang tertua di benua afrika......malam 27 ramadhan ni memang masjid ni akan sesak kerana ingin bersolat bersama Sheikh...jadi,atas nasihat orang-orang lama,saya dan rakan-rakan merancang untuk memulakan permusafiran kami ke situ selepas zohor......

tapi,saya dan beberapa rakan yang lain bergerak ke sana selepas asar....alamatnya.....

fuh..memang sesak....alhamdulillah rakan-rakan yang sampai awal tolong 'save'kan tmpat


sementara menunggu waktu berbuka....

mengisi waktu...=)

jadi bila dh malam tu...bertambah ramai yang membanjiri masjid ini...

para jemaah sedang berbuka...

selesai aktiviti makan selepas menunaikan solat tarawih,waktu diisi dengan ibadah-ibadah sementara menunggu waktu isya....

solat tarawih yang dilaksanakan selepas solat isya,ditunggu-tunggu oleh semua jemaah...orang ramai berpusu-pusu mengerumuni Sheikh Jibril bagi melihat wajahnya...saya dan rakan-rakan hanya mampu duduk sahaja...tak larat nak pegi...lagipun tengok dah ramai sangat orang kat depan.....

tatkala tiba ke bacaan qunut,suasana menjadi sepi......tiada lain yang kami dengar melainkan tiupan angin menyusuri cuping-cipung telinga kami....pabila doa mula dibacakan,AAMIIIINNNN!!.............AMIIIINNN!!........diselangi pula dengan YA ALLAH!!!....YA ALLAH!!!...........suara para jemaah bersatu mengaminkan bacaan doa Sheikh Jibril....

pada saat itu,tiada lain yang dapat dirasakan melainkan hati-hati para muslimin yang bersatu dibawah satu rabitah dalam pengabdiaan yang penuh khusyuk serta rasa kehinaan yang mencengkam benak hati kami dalam menghadap Sang Pencipta yang Maha Hebat.......

tangisan,rintihan serta rayuan suara para jemaah....hanya ini yang menemani kami pada malam itu..........tenangnya hati ketika itu........

walaupun kaki dan tangan rasa penat berdiri selama lebih satu jam,berbaloi rasanya......kemudian,aktiviti mengisi perut diteruskan selepas itu..dan ade juga yang terus tido.....hehe

perut rase lapar je mase ni....ye la,buka pun makan roti je...ni pun makan roti lagi...


setelah kepenatan....

saya pula dan akh hakimi,jalan-jalan cari makan di sekitar luar masjid...melihat ke arah masjid A'mru ini..memang cantik...



sekitar dalam masjid..

serba ringkas apa yang saya boleh ceritakan pengalaman bertarawih bersama Sheikh Jibril...sama yang nak rase bacaan qunut beliau,jemputla datang ke mesir..saya akan jemput kalian,cey....hehe...


sekian,wallahualam....

mohammad izzat naqib bin md yusof
kaherah,mesir
27 ramadhan 1430 Hijrah


Click Here to Read More..
Share

SELESAI SUDAH....

16 September 2009

15 SEPTEMBER,25 RAMADHAN,SELASA-RUMAH AMANAHRAYA

alhamdulillah majlis iftar jamaie yang telah sekian lama dirancang,terlaksana jua...berkat sokongan para sahabat dan keizinan daripada Allah...segalanya berjalan lancar...

fuh...penat la jgak...mcm-mcm bnda yg perlu diurus...itu tak termasuk masalah ataupun ralat yang berlaku sepanjang program...tapi takpe la..kita merancang,Allah yang menentukan...



smalam yang menu yang paling istimewa,puding karamel hasil tangan para sahabt akhawat kita...alhamdulillah,memang sedap..tapi sayang,terpaksa berkongsi =)...kalau sorang satu mangkuk,dah best dah,hehe....lain kali nk mintak diorang buat lagi r....

selepas solat maghrib dan makan,ramai pulak yang balik....last2,tingal kami je yang pelajar amanahraya ni.....dan sepatutnya ade ceramah selepas tarawih...akhirnya,kami je la yang mendengar...tapi dipihak akhawat pula,ramai la jugak...sebab diorg cmpur ngn pelajar-pelajar daripada rumah Johor.....


penceramah yg tgh duk tersengih tu...

pastu time moreh makan makanan arab...tah ape kebende la name die..tapi sedap r,alhamdulillah.....

time nk uruskan majlis ni,banyakla jugak ragam....kita pun penat duk pikir tu,pikir ni....sampai ade orang kate yg kita ni pikir dalam sgt tentang sesuatu perkara...xpela,pandangan manusia..



jadi bila dh selesai ni lega skit..ni pun nak fokus beberapa hari lagi nk abis ramadhan..nak kena
pulun abis ni....malam ni pun nak solat tarawih dengan Syeikh Jibril...

sekian laporan sekitar program....wallahualam..

Click Here to Read More..
Share

ADAKAH KAU LUPA??

11 September 2009

RAMDHAN BERLALU PERGI..SYAWAL PULA DATANG MENGGANTI....NAMUN,JANGAN KITA LUPA TANGGUNGJAWAB SELAKU MUKMIN KEPADA ALLAH,RASUL SERTA SAUDARA-SAUDARA PALESTIN......JUGA UMAT ISLAM YANG LAIN....

Sesungguhnya isu Palestin telah dirakamkan dalam episod paling hitam yang memaparkan kezaliman dan permusuhan dalam sejarah semasa serta merupakan gambaran buruk buat sejarah dunia...

Palestin adalah bumi para Nabi dan para Rasul. Tidak ada sebarang hubungan yang baik antara orang-orang Yahudi dengan nabi-nabi mereka. Kita sering mengulangi dalam setiap rakaat solat yang kita lakukan sepotong ayat yang bermaksud:


bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai

(Surah al-Fatihah ayat 7)


Ayat tersebut telah ditafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain yang bermaksud:

Dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

(Surah al-Baqarah ayat 61)



ayat-ayat yang merupakan antara bukti kedengkian dan dendam yahudi serta puak-puak yang lain terhadap Islam...sejarah puak yahudi penuh dengan kezaliman dan penghinaan keatas para rasul serta para nabi Allah..

Yahudi juga tidak mempunyai hak dari sudut sejarah untuk tinggal di Palestin kerana mereka bukanlah orang yang pertama sekali yang tinggal di negara tersebut. Kaum-kaum lain daripada keturunan Arab telahpun tinggal di Palestin pada tempoh zaman yang paling lama dan paling panjang berganda-ganda berbanding dengan orang-orang Yahudi.

Sejarah Yahudi mebuktikan bahawa kehidupan mereka adalah dipenuhi dengan sikap mengingkari perintah Allah, kedegilan, kerosakan dan tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan.
Antaranya adalah kederhakaan mereka terhadap Rasul Allah, Musa ‘Alayh al-salam yang telah menyampaikan kepada mereka arahan Allah supaya memerangi golongan sombong yang melakukan kerosakan di Palestin dan tidak melakukan kebaikan.

Sekalipun Allah telah membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun dan pengikut-pengikutnya dengan mukjizat yang mereka lihat sendiri dengan mata mereka sendiri iaitu dengan terbelahnya laut dan menenggelamkan musuh mereka, namun mereka menjawab arahan Allah tersebut dengan menyakiti Rasul Allah, Musa ‘Alayh al-salam dengan berkata yang bermaksud:

Oleh itu pergilah engkau bersama tuhanmu dan perangilah mereka. Sesungguhnya kami di sini duduk menunggu


(Surah al- Ma`idah ayat 24)


dibawah merupakan terjemahan muqaddimah buku 'PALESTIN',karangan Tuan Guru Haji Hadi Awang:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والعاقبة للمتقين , ولا عدوان إلا على الظالمين .

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك , له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , الرحمة المهداة والنعمة المسداة والسراج المنير .

والصلاة والسلام على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد , إمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وأصحابه أجمعين , ومن سار على نهجه , ودعا بدعوته , وجاهد جهاده إلى يوم الدين . وبعد .

Saya bukan orang Arab. Saya juga bukan orang Palestin. Tetapi saya adalah seorang muslim. Saya membaca segala isu yang berkaitan dengan Palestin secara bacaan Islam dengan berpandukan sejarah Palestin yang bersifat Islam, geografi yang bercirikan Islam dan persaudaraan Islam yang mana ketiga-tiga ciri ini telah menjadikan seluruh bumi Islam sebagai watan yang satu dan menjadikan umat Islam seperti jasad yang satu; apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut merasa sakit dan berjaga malam untuk anggota tersebut.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Palestin adalah bersifat Islam kerana Palestin merupakan tempat hijrah para nabi, tempat Israk Rasulullah dan tempat bermulanya Mi'raj baginda. Bumi Palestin adalah bumi Islam. Al-Quds ada di dalamnya. Al-Quds adalah kiblat yang pertama daripada dua kiblat, tanah Haram yang ketiga selepas dua tanah Haram dan salah satu masjid daripada tiga masjid yang dituntut untuk seseorang itu bersungguh-sungguh berkelana menuju kepadanya.

Warga Palestin adalah saudara kita kerana Allah dan agama. Kita bertanggungjawab terhadap Palestin untuk memelihara hak Islam, hak tanah dan hak persaudaraan. Isu Palestin adalah isu orang-orang Islam, kesedihan mereka dan urusan mereka. Sesiapa yang tidak mengambil endah terhadap urusan orang-orang Islam, maka dia bukan daripada mereka.

Isu ini adalah isu yang dipetik daripada keperitan dan kesedihan yang menimpa orang-orang Islam di dalam dunia Islam. Ia bukan semata-mata isu orang-orang Palestin dan orang-orang Arab. Bahkan isu ini adalah isu yang paling penting berbanding dengan isu-isu yang lain.

Menjadi kewajipan ke atas kita selaku orang-orang Islam seluruhnya untuk memikul isu ini dan menyelesaikannya sekalipun wujudnya perancangan-perancangan jahat antarabangsa dan setempat untuk menjadikan isu Palestin ini bukan isu utama daripada Islam atau mengeluarkan isu ini atau mencerai-beraikannya daripada Islam dengan menggunakan 'Asabiyyah perkauman, persempadanan kenegaraan dan geografi yang bercirikan politik.

Sesungguhnya perancangan-perancangan jahat ini tidak akan mampu untuk memutuskan hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam yang mana Allah telahpun melorongkan kita ke arah hubungan ini dan Allah telahpun menyatukan antara hati-hati kita dengan sebab hubungan ini.

Hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam ini adalah merupakan nikmat yang sempurna yang pastinya akan tetap menjadi perkara yang akan dikecewai oleh orang-orang bukan Islam. Hubungan ini tidak akan hancur sama sekali walau sehebat manapun tipu daya mereka meskipun tipu daya mereka akan menyebabkan hancurnya gunung-ganang di Afganistan, Iraq, Chechnya dan tempat-tempat lain.

Orang-orang Islam tidak akan kecewa untuk terus meyakini bahawa kemenangan itu adalah untuk Islam dan orang-orang Islam. Kemenangan ini adalah janji Allah yang tidak akan sama sekali memungkiri janji. Namun kemenangan ini mesti dipenuhi dahulu dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, bukannya semata-mata dengan slogan-slogan kosong. Kemenangan ini akan tercapai apabila kita berada di atas jalan kita yang lurus, bukannya apabila kita berada di atas jalan-jalan lain yang akan memisahkan kita daripada jalan Allah dan bukan juga apabila kita berada di atas peta-peta yang akan menyesatkan kita daripada jalanNya.

­Ini adalah petikan-petikan yang dipetik daripada bingkisan Palestin yang dizalimi untuk menjadi peringatan buat umat agar mereka tidak akan lupa pengkhianatan terbesar yang menjadikan Palestin sebagai mangsanya, agar umat kita yang tercinta ini akan dapat melihat siapakah pemilik-pemilik peta kepada jalan dengan nama 'Para Penyeru Kepada Keamanan' supaya umat Islam ini tidak akan disengat berulang kali di dalam lubang yang satu dan agar umat Islam ini tidak akan kecewa disebabkan musibah-musibah yang menyakitkan ini kerana kemuliaan Islam akan menjadikan umat ini lebih beriman dengan kebenaran janji Allah dan RasulNya.

Kita di atas satu keyakinan bahawa darah-darah yang mengalir di atas tanah Palestin dan tanah-tanah yang lain adalah seumpama darah-darah wanita-wanita yang mengandung yang akan menzahirkan janinnya yang kuat. Keganasan yang menggila yang membunuh pemuda-pemuda kita, orang-orang tua kita dan wanita-wanita kita di semua tempat tidak lain dan tidak bukan hanyalah gerakan-gerakan musuh-musuh kita kerana kehadiran maut dan sakaratnya. Kita di atas satu keimanan bahawa sesungguhnya kemulian itu adalah untuk Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui.


Saudara kamu semua yang fakir kepada Allah,


Abdul Hadi Awang Muhammad,

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).


********************************


sedarlah wahai sahabat....dalam kita seronok berpuasa...



mereka di palestin terus menjalani hidup dengan penuh ketabahan....



dan tatkala kita bergembira meraikan syawal....


seorang demi seorang terus gugur,rebah bagi menuju keabadian hakiki....


sedar serta ingatlah wahai sahabat sekalian....ikatan kita dan mereka bukan sekadar muslim...tetapi satu kelompok saudara yang saling melengkapi dan saling menguatkan antara satu sama lain...mereka,serta kita semua umat islam..merupakan komuniti adik beradik daripada ibu serta bapa yang sama,Adam dan Hawa......rasailah setiap penderitaan mereka....


WASIAT SYEIKH AHMAD YASSIN.......


tidakkah kamu sedar wahai bangsa arab,sudah sampai masa ke tahap mana keadaan ini?

sesungguhnya aku adalah seorang yang tua lagi lemah..tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ini(lumpuh)..aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini...

aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi kehendak hajatku kecuali jika kerusi rodaku ini mereka yang menggerakkan..aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia..aku, yang yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan...

adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku sudah menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka lemah? adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab? kalian diam membisu dan lemah,atau adakah kalian semua telah mati binasa?

adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit dan menyatakan kemarahan kerana Allah? tiada satu pun kumpulan (daripada dalam kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa kepada kami dan menukarkan kami daripada golongan yang mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas!

tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?!

tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian?! tidak malukah negara-negara umat islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?!

adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini,pasukan tenteranya,parti-partinya,badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambikl melaungkan;

Ya Allah,perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka ,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!

adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? seketika nanti kalian akanmendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dan berdepan dengan musuh..buakn mati dalam keadaan melarikan diri..akan mati bersama kami anak-anak kami,wanita-wanita,orang-orang tua dan pemuda-pemuda..

kami jadikan dalam kalangan kami sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! janganlah kalian menanti hingga kami mengangkat dan menyerahkan bendera putih,kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian...biarkan kami mati dalam kemuliann sebagai mujahidin dan syuhada'

jika kalian mahu,marilah bersama kami sedaya mungkin..tugas membela kami terpikul dibahu kalian..kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati..sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan!

kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami..demi Allah! jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini,wahai bangsa umat ini!

"Ya Allah,kami mengadu kepadaMU..kami mengadu kepadaMU..kami mengadu kepadaMU..kami mengadu kepadaMU lemahnya kami dan kurangnya helah kami..demikianlah kami dihadapan manusia..Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami..kepada siapa Engkau tinggalkan kami? adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? atau kepada musuh yang berkuasa keatas kami??

Ya Allah,kami mengadu kepadaMU darah-darah yang tertumpah,maruah yang ternoda,kehormatan yang diperkosa,kanak-kanak yang diyatimkan,wanita-wanita yang dijandakan,ibu-ibu yang kehilangan anak,rumah-rumah yag diruntuhkan,tanaman-tanaman yang dirosakkan...

Ya Allah,kami mengadu kepadaMU berseleraknya(umat) kami,berpecahnya perpaduan kami,berbagai-bagainya haluan kami,terkebelakangnya kami.....

Kami mengadu kepadaMU betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan bertapa berjayanya musuh-musuh kami..."

wallahualam...

walaupun syeikh Ahmad Yassin memfokuskan wasiat ini kepada bangsa arab..namun ia tetap kewajipan kita selaku umat islam kesemuanya walau yang bukan berbangsa arab...

Click Here to Read More..
Share

MENGAPA KEKAYAAN DUNIA TIDAK BERPIHAK KEPADA KITA??

07 September 2009

ASSALAMUALAIKUM.....

hehe...penghujung ramadhan semakin melewati kita ...adakah anda sedar?? atau,anda hanya sedar akan kehadiran 1 syawal??

tidak mengapa...saya xmahu sentuh mengenai perkara tersebut memandangkan sudah ramai yag memberi peringatan...jadi saya pun just ingin peringat sikit je la....

jadi,berbalik kepada topik post saya pada kali ini...ada terfikir??? saya pun tidak terfikir hinggalah Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menimbulkan persoalan ini...satu persoalan yang begitu menarik untuk dikupas sekaligus bakal membuka mata anda akan hakikat sebenar keadaan kita di dunia ini,insyaallah......

jadi,Sheikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani telah mengupas persoalan ini...dan dengan penerangan daripada Sheikh Nuruddin,dapat disimpulkan sebabnya:

  1. bukti kehinaan dunia disisi Allah
  2. Allah tidak mahu para hambaNYA lupa akan matlamat ubudiah mereka kepadaNYA
  3. DIA inginkan para hambaNYA mendapat akhirat yg jauh lebih baik daripada dunia

firmanNYA di dalam surah Az-Zukhruf,ayat 35:

وَإِن كُلُّ ذَلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلْمُقِينَ

Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.


masih meragui?? masih inginkan sangat dunia?? tidak salah untuk mngejar dunia,TAPI,hendaklah diniatkan untuk memberi sumbangan kepada agama dan umat...bukankah dunia adalah ladang untuk di akhirat???

nabi pernah berdoa: "Ya Allah,kau hidupkan aku dalam kemiskinan,matikan aku dalam kemiskinan dan kau jadikanlah aku dalam keadaan miskin"

mengapa Baginda berdoa sedemikian??? mudah sahaja...antara org kaya yaang begitu banyak kerja yg perlu dibuat dan org miskin yang tiada apa yg perlu dirisaukn,mana yang mempunyai masa yang lebih banyak untuk beribadah? saya serahkan kepada anda jawapannya.....

banyak juga hadis2 lain yang mengungkap tentang kehinaan dunia..antaranya,hadis yang mengatakan dunia adalah penjara bagi mukmin dan syurga bagi puak-puak kafir dan hadis mengenai bangkai kambing yang dijumpai Baginda dan para sahabat........begitulah juga banyaknya ayat-ayat Al-Quran yang mengatakan tentang perihal dunia dan nilainya disisi Tuhan....

jadi.fikirkanlah..apa tujuan kita hidup..


قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.(Al-An'am:162)

kesimpulannya....andai dunia itu sudah diiktiraf sebagai benda yang hina disisiNYA,mengapa kita masih mengagungkannya??? tidakkah kita merasa sia-sia mengejar benda yg tiada nilai langsung?

wallahualam....

Click Here to Read More..
Share

IFTAR JAMAIE PERSATUAN MAHASISWA ULUM ISLAMIYAH

06 September 2009

ASSALAMUALAIKUM......

MAJLIS IFTAR JAMAIE SEMPENA IHYA RAMADHAN
ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA ULUM ISLAMIYAH

TEMPAT: RUMAH AMANAH RAYA
TARIKH: 15 SEPTEMBER 2009/25 RAMADHAN 1430
SASARAN: MAHASISWA ULUM ISLAMIYAH
*TETAMU JEMPUTAN: MAHASISWA RUMAH JOHOR

*Tertakluk kepada pindaan..

Click Here to Read More..
Share

PERJUANGAN KITA.........SAMPAI BILA??

01 September 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah…segala puji bagi Tuhan sekelian Alam serta selawat ke atas junjungan mulia kita,Nabi Muhammad…..

Erm…asalnya tak bercadang pun nak tulis sebarang post dalam bulan puasa..tapi,bila ditinjau semula,banyak pula modal yang boleh ditulis…Cuma nak atau tak….jadi,keputusan diambil untuk saya menulis satu post bagi mengisi masa lapang yang ada memandangkan kelas kuliah pun dah tiada..dan kelas bersama Syeikh Nuruddin pula ditangguhkan seketika kerana ziarah ke Aswan yang diadakan…

Berlalu sudah sambutan kemerdekaan Negara Malaysia bagi kali ke 52…mungkin agak terlewat untuk saya mengulas atau memberi komentar mengenai kemerdekaan Negara kita..namun,hasrat di hati ini,ingin juga ditunaikan…saya pasti,ramai juga yang telah menulis dalam blog mereka,pendapat peribadi mengenai kemerdekaan di Negara kita..

Sebelum itu ingin untuk saya berkongsi bersama para sahabat…bahawasanya hari ini adalah tarikh berakhirnya saya menjalani hidup dalam tempoh hampir setahun sudah,sebagai seorang pelajar matrikulasi azhar bagi sesi 08/09…memang tarikh inilah yang ditunggu oleh kami semua setelah sekian lama dihidangkan dengan kemahiran asas dalam membiasakan diri dengan pembelajaran bahasa arab mendatang yang 1001 lebih mencabar..segala-gala yang berkaitan syariah,usuluddin dan lughah akan kami pelajari selepas ini pada 26 september 2009 sebagai mahasiswa tahun 1 Unversiti al-Azhar….

Bukan perjalanan hidup sebagai pelajar matrikulasi azhar yang ingin diceritakan…..jadi,tatkala para pensyarah mengumumkan tarikh bermulanya kuliah kami,sejenak hati berbicara,”erm..dah jadi mahasiswa akhirnya kita”…kalimah ‘MAHASISWA’ inilah yang mengejutkan benak hati yang sudah sekian lama berhibernasi di dalam diri akan tanggungjawab yang perlu dan akan dipikul pada masa akan datang….

Kedudukan sebagai mahasiswa tidak lari daripada tanggungjawab sebagai seorang pendakwah..malah,ianya adalah peringkat kehidupan sebelum melangkah ke alam dakwah yang sebenarnya…kerana mahasiswa itu sendiri adalah seorang penuntut ilmu yang memegang amanah ilmu daripada Allah yang perlu di sampaikan kepada masyarakat seketika kembalinya ke Negara masing-masing…

Malah kita adalah seorang MUKALLAF yang perlu sedar akan tugas yang diamanahkn daripadaNYA dalam meneruskan perjuangan para rasul….mereka menyeru umat manusia kepada Allah agar hanya Dia yang sepatutnya disembah..


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Adz-Dzaariyat:56)


قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ

الْمُشْرِكِينَ


Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf:108)


Jelas! Tujuan penciptaan manusia di dunia ini…pengabdian secara total kepada Allah yang tiada kelonggaran pun yang diberikan dari berpaling daripadaNYA walau sedikit…


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

(Al-Baqarah:208)


Terang lagi bersuluh apa tujuan kita hidup…inginkan kebahagian yang hakiki??? Tiada cara lain bagi kita melainkan dengan berpegang teguh kepada Islam…

Namun,melihat senario masyarakat dunia pada hari ini secara amnya dan umat islam seantero secara khasnya,satu keadaan yang jelas akan kehancuran hidup yang berlaku pabila agama dipisahkan daripada hal ehwal keduniaan…fahaman sekular para yahudi dan nasrani yang mula berkembang pada zaman renaissance,yang kemudiannya dikembangkan ke dalam negara islam pada waktu itu secara,yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Khilafah Islamiyah pada tahun 1924 melalui Mustafa kamal attartuk…fahaman ini tidak lain hanyalah bermatlamatkan menjatuhkan umat islam dek perasaan benci,hasad serta khianat yang telah lama bersarang dalam jiwa mereka….


وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ

اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِير


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

(Al Baqarah:120)



Peperangan dahsyat yang berlaku dalam kalangan puak sekular serta pendakwah-pendakwah islam kian melata dalam segenap pelusuk Negara…usaha untuk menjatuhkan undang-undang Allah ini,dilaksanakan hingga kepada usaha membuang Islam daripada akar..maka,penetapan undang-undang dan adat-adat pemikiran yang diimport masuk,dilakukan sekaligus….

Hebatnya perancangan mereka hinggakan,kesan-kesan penjajahan mereka secara batiniah dan zahiriah ini,masih melekat di jiwa umat islam…ketika mereka memberi kemerdekaan kepada Negara umat islam,kononnya…….natijahnya keatas umat islam itu sendiri:

  1. Pemahaman yang begitu terpesong daripada fahaman yang sebenar
  2. Hilang rasa keizzahan terhadap kesucian agama Islam
  3. Pengamalan manhaj hidup yang tidak menyeluruh
  4. Tafsiran Islam itu sendiri yang pelbagai
  5. Hilangnya kesatuan umat dan bangsa arab itu khususnya kerana merekala antara tulang belakang dalam perkembangan ajaran Islam di dunia
  6. Pemimpin Negara yang sekadar boneka kepada puak-puak durjana yahudi dan nasrani


Kitalah golongan intelektual yang WAJIB menjadi proksi kepada masyarakat dalam memerdekakan diri daripada segala cengkaman mush-musuh islam baik daripada cara hidup hinggalah kepada pentadbiran negara


ISLAM DAN KEMERDEKAAN


Kemerdekaan yang kita lihat pada hari ini merupakan satu kemerdekaan bercorak kenegaraan yang bebas daripada pengawasan serta sebarang jajahan…disini mungkin kita Nampak kemerdekaan itu bersifat NASIONALISME yang sebilangan daripada kita berpendapat bahawasanya ideologi ini adalah merupakan cabang daripada pohon SEKULARISME..

Satu fahaman yang jelas perlu kita ada dalam akal kita akan erti sebenar NASIONALISME…tidak salah andai ia dijadikan selari dengan tuntutan Islam…rata-rata kita memahami bahawa nasionalisme adalah fahaman yang melebih-lebihkan Negara dan berjuang atas kepentingan Negara sendiri tanpa memberi hirauan kepada Negara lain….


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menyatakan prinsip beliau terhadap sesuatu idelogi,


“pendiriaan kami terhadap pelbagai ideologi yang kini semakin bermaharajalela yang mencincang hati dan mengacaubilaukan fikiran mestilah dilihat daripada perspektif dakwah kami..apa yang sesuai dengan dakwah,kami pasti akan menyetujuinya………………”


Bagi kita,fahaman awal yang diberikan terhadap ideologi ini adalah sama sahaja dengan fahaman ciptaan manusia yang lain,’TIDAK BOLEH DIAMALKAN DALAM HIDUP’…akan tetapi,jika diamati semula dan difikirkan secara logik,andai cinta kepada negara adalah terlarang,adakah kita hendak membiarkan sahaja negara kita dimamah serta menjadi bahan rakusan puak penjajah yang datang menyerang??? Adakah kita akan sekadar melihat???


Nah,apa yang penting,bagaimana kita menyesuaikan sesuatu perkara serta fahaman,sejajar dengan ajaran Islam…Imam Hassan Al-Banna membetulkan fahaman ini:


“jika yang dimaksudkan dengan nasionalisme itu adalah cintakan tanah air,berpihak kepadanya dan kerinduan yang terus menguntum terhadapnya,maka perkara itu sebenarnya sudah tersemat dalam fitrah manusia…Islam juga menganjurkan perkara yang sedemikian..sesungguhnya Bilal bin Rabah yang mengorbankan segala-gala demi akidah.Bilal juga yang suatu ketika,tatkala penghijrahan,menyenandungkan bait-bait puisi kerinduan yang tulsu ikhlas terhadap tanah asalnya iaitu Mekah….


Jika yang mereka maksudkan dengan nasionalisme adalah kemestian berjuang membebaskan tanah air daripada cengkaman Imperialisme,menerapkan makna kehormatan dan kebebasan dalam jiwa putera puteri bangsa,maka kami pun turut bersetuju tentang perkara tersebut………”


Sebaliknya,Sang Mujaddid ini mengatakan:


“tetapi jika yang mereka maksudkan dengan nasionalisme adalah membahagikan umat menjadi kelompok-kelompok yang saling bermusuhandan dan saling berseteru antara satu sama lain dengan mengikuti sistem-sistem nilai ciptaan manusia yang diformulasi sedemikian rupa untuk memenuhi cita-cita peribadi,maka di situ kami tentang...........”


Maka cinta,semangat serta usaha untuk membebaskan negara daripada segala anasir yang membinasa negara adalah dituntut dan disaran oleh islam…bagaimana sebuah daulah islamiyah mampu dibentuk andai ketidakwujudan semangat ini dalam diri pejuang muslim…malah,SEPATUTNYA para aktivis dakwah itu mempunyai semangat patriotik yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa…….semuanya mampu dicakna dan dibentuk hasil pemahaman Islam yang Syumul……………..


ERTI HAKIKAT KEMERDEKAAN


Teliti kata-kata seorang ulama akan hakikat sebenar sebuah kemerdekaan..


"Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini."

ketepikan dahulu soal politik,fokus kepada isi kandungan ucapan tersebut...jangan menghipokrasikan diri anda..jangan disebabkan anda benci kepada sesuatu pihak,anda menolak setiap kata-kata dan perbuatan yang baik daripada mereka



Pendefinisan kemerdekaan dari perspektif Islam,tidak terlepas daripada hubungan yang mengaitkan antara makhluk serta pencipta..cukup daripada pengamatan terhadap setiap butir kata ulama tersebut memberi impak dalam membangkitkan hemah kita dalam erti kata penujuan kebahagiaan pengabdian yang hakiki….


Inilah tujuan kedatangan Islam yang dimulakan penyebarannya oleh seorang insan yang seterusnya membawa kepada sebuah pembentukan tamadun…cara hidup berlandaskan agama yang bersifat rabbani serta samawi ini,dan bukan ciptaan manusia yang dangkal ilmunya…telah mengangkat martabat seorang manusia yang bersifat muslim serta mukmin…


Kejahilan serta keangkuhan seorang manusia yang mampu dilihat dalam norma-norma kehidupan pada hari ini terus-menerus dalam usaha mencabar sebuah kuasa milik Tuhan yang secara PASTI!,tidak akan sesekali mampu dicabar….hendak membuat sebuah buku panduan hidup pun tidak mampu hatta sebuah ayat,inikan pula ingin dicabar kuasa penciptaan,




قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَن يَأْتُواْ بِمِثْلِ هَـذَا الْقُرْآنِ لاَ يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيراً

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
(Al Israa':88)



Kebodohan inilah yang menyebabkan pelbagai ideologi ciptaan manusia wujud yang melibatkan setiap liang dalam kehidupan..semata-mata pegangan yang menganggap bahawa AGAMA ADALAH SEBAB KEMUNDURAN….namun,kesemua ideologi ini makin hari makin jatuh dan luput ditelan zaman akibat ketidaksesuaiannya dengan zaman-zaman yang mendatang…virus inilah yang ingin dihapuskan oleh Islam…menyeru kepada penyerahan diri yang terus tanpa sebarang pemesongan …juga sifat ubudiah kepadaNYA yang bercirikan syumuliah dan bukan sekadar juziah..




ثُمَّ أَنتُمْ هَـؤُلاء تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقاً مِّنكُم مِّن دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِم بِالإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِن يَأتُوكُمْ أُسَارَى تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاء مَن يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat ."
(Al Baqarah:85)



Penularan fahaman yang menyesatkan ini makin hari bertambah parah dalam kalangan masyarakat islam serta rakyat Malaysia khususnya…sistem perundangan yang diamalkan jelas melawan sistem perundangan syariah..sebagaimana dalam


Perkara 4(1) menyatakan: Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan mana-mana undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang boleh menjadi terbatal dan tidak sah ialah semua undang-undang selain Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.


Dek kerana perundangan inilah berlakunya keterbatasan dan halangan dalam melaksanakan tuntutan syariah…satu tanggungjawab ke atas mereka yang memegang ilmu Allah untuk dijulung serta diangkat di atas muka bumi ini..


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Kita sebagai umat Nabi Muhammad telah dimuliakan dengan Islam dan pekerjaan yang mulia iaitu DAKWAH..




كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ

آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُون

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(Al Imran:110)



Yang merupakan sebaik-baik kalam di sisi Allah...



وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"

(Fussilat:33)


Berkata Imam Hassan Al-Banna,



“Kami sekiranya tidak bersama dengan dakwah islam,kami tidak akan bersama-sama yang selain dengannya..dan sesungguhnya sekiranya dakwah tidak bersama-sama dengan kita,maka ia akan mencari orang selain kita”


Dakwahlah yang membezakan kita dengan umat-umat yang sebelumnya…dengannya,manusia mampu mengenal Tuhan,mampu mengenal Rasulullah,tahu apa itu Islam,apa itu Iman dan tahu apa itu Ihsan…kesatuan umat Islam harus dijana semula setelah sekian lama kelesuan,keporakperandaan,kemunduran,penindasan dan kezaliman menimpa umat Islam keseluruhannya…dakwahla yang mampu menggerakkn serta memacu semula setiap jentera kekuatan demi satu hasrat,satu matlamat dan satu wawasan…


Gerakan kristianisasi wajib dipatahkan..segala doktrin yang menentang Islam wajib disekat..persekongkolan dan konspirasi gabungan pihak musuh wajib dikuburkan…tidak lain dan tidak bukan,hanya demi kesucian agama…tetapi jangan dilupa prinsip-prinsip berdakwah



ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(An Nahl:125)



PENUTUP BICARA


Perjuangan kita ini tidak akan terhenti hingga datangnya hari kiamat…kewajipan seorang muslim tidak akan tamat hingga datangnya maut….

Sejarah kita tidak akan kembali kecuali dengan paduan setiap tenaga….amati,hayati serta sedarilah peranan kita…….


SEGALA KESILAPAN DALAM PENULISAN,MOHON DIPERBETULKAN…

WALLAHUALAM….



mohammad izzat naqib

keherah,mesir.

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails