Followers

MENYEDARI PERANAN DIRI JIKA INGIN MENDOKONG ISLAM

28 April 2010



"Rasulullah diutuskan kepada bangsa arab secara khusus dan kepada manusia keseluruhannya secara am...tidaklah Allah mengutuskan kekasihNYA secara bersahaja..

baginda diutuskan bagi:
1. membacakan ayat-ayat
2. mengajarkan ajaran kitab
3. membersihkan jiwa-jiwa setiap umatnya

maka,misi dan visi pembawakan agama Islam tidak terhenti sekadar kita memahami akan tujuan kedatangan baginda yang muncul ditengah-tengah gelocak masyarakat

misi pengajaran kitab yang dibawa oleh baginda memerlukan manusia untuk memahami apa yang diinginkan oleh Tuhan daripada hambaNYA...disini tanggungjawab untuk beriman dan beramal menjadi tindakan susulan selepas pemahaman terhadap maksud disebalik ajaran kitab ini...

maka pengetahuan terhadap hukum hakam didalam Al-Quran wajib diimani dan disinilah ulama telah menggariskan dan membahagikan ilmu kepada dua; ibadat dan syariat..disini tanggungjawab menuntut ilmu wajib bagi memahami kedua-dua ibadat dan syariat ini"

petikan secara ringkas diskusi yang dilakukan bersama senior-senior yang ada di bumi mesir ini...banyak lagi yang dibincangkan...banyak lagi pecahan daripada ibadat dan syariat,termasuklah ilmu-ilmu berkaitan yang sepatutnya kami pelajari di bumi mesir ini....

perancangan yang cantik telah Allah aturkan...bermulanya ikatan kami di pondok Baitul Qurra' bersama murabbi kami U.Zulkifli Ismail.....beliau yang banyak membantu kami dalam memberi kefahaman mengenai perjuangan Islam...tanggungjawab dan peranan kami apabila menjejakkan kaki di bumi mesir ini....

Ustaz.Zulkifi Ismail


diskusi yang dilakukan,berjaya menyedarkan semula hati yang sedang lena ini...sudah sekian lama diri ini tidak dikejutkan dengan kesedaran tanggungjawab seorang pejuang Islam...kesimpulan yang boleh saya katakan,TUNTUTLAH ILMU dan BEKERJA BAGI PERJUANGAN ISLAM...

disinilah antara ukuran asas bagi seorang muslim.....dengan Ilmu,Islam akan mampu dipertahan dan segala kekeliruan yang datang,mampu dipatahkan...dan dengan bekerja,Islam akan mampu dikembangkan dan terjaga kelangsungannya..

wallahualam..

Click Here to Read More..
Share

anugerah CINTA ini

12 April 2010



kelahiranku di dunia adalah satu takdir dan ketentuan dari ilahi...
seakan satu peluang dan satu kenikmatan pabila diri ini dilahirkan di dunia...peluang yang Allah janjikan untuk hambanya sbuah syurga andai diri berjaya melepasi segala tipu daya yang ada..
tangan digenggam,mata ditutup rapat

raungan ketika masih bayi,tanda ketidaksanggupan diri untuk mengharungi segala fana dunia bakal dilihat

hidup ini terus dilalui..masa kian beransur...diri ini terus membesar...terus mengenal Islam...diri yang ibarat kain putih,kian tercorak bersama tarbiyah islamiyah yang diperoleh dari kedua ibu bapa...2 insan yang memegang tanggungjawab yang besar dalam penyulaman akhlak islamiyah dalam hati ini...

masa kian berlalu dan aku mula bersuai kenal dengan CInTa...cinta yang dijadikan oleh Tuhan sebagai satu pelengkap dalam kejadian mannusia...cinta yang berpasakkan nilai-nilai agama..

cinta inilah yang membantuku dalam menetapkan matlamat hidup....satu bentuk perasaan dalaman yang dicipta bagi mengisi kekosongan jiwa,membangkitkan lena hati dan mewarnai susur galur pelakuan manusia..

satu fitrah yang tidak boleh seorang manusia itu menafikan diri dari merasainya...kerana denga cintalah manusia itu dirasai kewujudannya di muka bumi ini...kewujudan yang mempunyai satu tujuan hidup dalam berjuang mengharungi mehnah dalam usaha mencapai cinta ilahi

dengan cinta inilah para anbiya berjuang mempertahan agama samawiah,menyebar risalah rabbaniah dan ilahiah ini

cinta inilah yang membawa kepada satu bentuk permuafakatan dan pembentukan rantai-rantai ukhwah bagi meneruskan sosial kemasyarakatan dalam berinteraksi

"tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah kamu mengasihi saudaramu seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"
riwayat imam bukhari dan imam muslim

perasaan ini yang membangunkan diri insan untuk timbul keinginan untuk berinteraksi dan bersuai kenal,membentuk tali ijtimak,dan mengadun perpaduan dalam pembinaan tamadun

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)

Al-Hujurat:13

perbahasan yang panjang jika ingin cuba menghurai cinta dalam acuan Islam...perjuangan manusia terdahulu berbekalkn kecintaan yang kuat kepada Allah...survival hidup mereka begitu utuh dalam memastikan hayat mereka dimanfaatkan dan mendapat pembelaan dari Allah

konsep 'Agama itu adalah nasihat' seperti sabda baginda,dipraktikkan oleh umat Islam yang memahami erti cinta Islam....disinilah amar makruf nahi munkar mendapat tempat dalam gaya hidup seorang muslim....diamalkan bukan sekadar ianya suruhan agama,bahkan ianya dilakukan kerana cinta dan kasihnya seorang muslim dari melihat saudaranya terhumban di api neraka..

cinta ini jugalah yang bakal mengikat antara 2 hati insan dalam pembentukan bait muslim dan penjanaan pertama dalam tingkatan pembentukan khilafah islamiyah ini...cinta yang suci dan akan terus menjadi nilai yang berharga jika Islam terus berada disisi...

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

dimana kedudukan Al-Quran??

04 April 2010




Frasa “Islam adalah cara hidup” sudah menjadi masyur dalam kalangan kita terutamanya para muslimin itu sndiri…cumanya,titik tumpuan perbincangan kita adalah berlegar dalam skop sejauh mana pengaplikasian dan pengamalan frasa rersebut dalam kehidupan duniawi kita…perkara ini terus diperbahaskan dan ramai mula mencambahkan diri dalam kancah masyarakat bagi merealisasikan apa yang dicanang


Tidak dinafikan bagaimana kejatuhan empayar khilafah yang terakhir merubah segalanya…kebergantungan umat Islam kian luput dan terhakisnya sedikit demi sedikit nilai-nilai murni islami dalam insaniah insan pada ketika ini

Islam yang datang secara dagang mula menjadi dagang..namun semua ini tidak pernah menjadi tembok pemisah kepada mereka yang yakin dan beriman kepada Allah dan Rasul dalam usaha memartabatkan apa yang sepatutnya dilakukan…ini hanya sekadar mukaddimah sebelum saya membuat perkaitan dalam apa yang hendak saya sampaikan..

Merujuk kepada kitab ‘Bagaimana Kita Berinteraksi dengan Al-Quran’ oleh Imam Syeikh Yusuf Al-Qardhawi,dinyatakan bahawa sesungguhnya kesemua risalah para anbiya adalah seruan kearah pembersihan dan pengislahan jiwa…sedikit sebanyak menjelaskan dan memberikan kita satu gambaran awal kepada akal bahawasanya Islam bukanlah sekadar satu aturan dan acuan ilahi yang hanya berfokuskan cara bersembahyang,berzikir mahupun berdoa…bahkan ianya melibatkan pembersihan dan penenang jiwa dalam meniti setiap titian kehidupan

Jika kita lihat pula pada kitab ‘Tujuan Al-Quran disebalik Pensyariatan Hukum’ oleh Syeikh Abdul Karim Hamidi..beliau telah menyatakan bahawa tujuan pengutusan para rasul kepada umat adalah untuk penyucian jiwa seperti yang dinyatakan dalam firman Allah..

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat)

Baqarah:129

Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Baqarah:151

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).

Jumaah:2

Maka,Syeikh Rasyid Redha didalam kitab tafsirnya ‘tazkiyyah adalah pembersihan jiwa daripada segala perilaku yang buruk dan tercela dengan menggantikannya dengan akhlak yang terpuji’

Maka,hikmah penurunan Al-Quran adalah bukan secara sia-sia…kita adalah ciptaan yang serba kekurangan dan memerlukan Tuhan dalam memberi kelangsungan kekuatan bagi meneruskan hidup….kitab mukjizat ini telah menyatakan pelbagai penyakit hati seorang insan dan jalan penjagaan jiwa tersebut bagi agar terpasak dalam diri setiap dari kita satu penghadang yang mampu membentengi diri dari terminum racun tersebut…

Al-Quran jualah yang memberi panduan dalam menjaga kestabilan habitat kehidupan yang ada di muka bumi ini…..disini saya ingin kaitkan kembali dengan frasa ‘Islam adalah cara Hidup’ yang telah disebut diawal penulisan post ini…sememangnya kebenaran frasa ini tidak dapat disangkal….hanya mereka yang bertuhankan nafsu akan berusaha menolak hakikat ini

Jauhnya diri dengan Al-Quran dan kejahilan terhadap hikmah pensyariatan hukum-hukum rabbaniyah menyukarkan mata dari terus melihat kebenaran….bertambah jahilnya kita apabila nikmat keduniaan yang semakin mencurah keatas kita….maksiat yang dilakukan tetap tidak memberhentikan nikmat ini dari terus diberi menyebabkan sedikit demi sedikit kita mula menempah jaminan kedudukan di neraka jahannam

Kejahilan ini mula mengingatkan kita kepada sirah perjuangan Nabi Muhammad yang memformulasikan kepada kita hakikat penentangan kaum quraisy dan bangsa-bangsa yang lain pada zaman itu,bukanlah disebabkan aspek agama,tapi hanya disebabkan DUNIAWI….mereka menentang Islam yang meletakkan kayu ukuran terhadap ketinggian darjat seorang insan adalah melalui TAKWA..ini bertentangan dengan prinsip mereka yang mengkagetkan bahawa harta sebagai kayu pengukur…begitu juga pegangan mereka terhadap kehidupan ukhrawi adalah ternafi disisi mereka dengan menyatakan bahawa kehidupan mereka adalah sekadar didunia sahaja dan akan terhenti tatkala datangnya maut...ini sekadar contoh yang boleh saya sampaikan…

keingkaran manusia terhadap Al-Quran menjadi punca utama kehinaan hidup ini….selain diturunkan untuk pengislahan jiwa,Al-Quran juga berperanan dalam membaik pulih sistem kehidupan masyarakat dengan menjadikan keadilan antara prinsip yang penting dalam pentadbiran….

Kitab ‘Ad-Din dan Daulah’ merumuskan kepada kita bahawa pentadbiran yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah adalah metodologi terbaik dalam wajah pemerintahan yang cemerlang dan Berjaya dalam memastikan kesaksamaan hubungan sesame rakyat adalah terjaga dan terjamin

Namun,manusia kian berfikir diluar ruang lingkup penceritaan Al-Quran yang memperlihat kepada kita,segala usaha yang dilakukan jika hanya atas dasar pemikiran manusia semata-mata tanpa dipandu,menjadikan segala usaha dalam menghalang segala kefasadan yang berlaku menjadi sia-sia…

Perlu ke saya nyatakan disini?? Saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya….

Tiada apa yang boleh saya ulas lagi melainkan hanya satu sahaja penyelesaiannya…TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI…

wallahualam


Click Here to Read More..
Share

HURU HARA SANA SINI

02 April 2010



kancah pergolakan medan politik yang semakin rancak mengundang pelbagai hikmah....keporak perandaan dan kecelaruan putaran hidup koloni setempat menggugat kesejahteraan masyarakat..manusia mula memandang serius terhadap apa yang berlaku baik dalam mahupun luar negara...


manusia tidak dapat lari daripada inginkan ketenangan...hati yang disertakan dengan bibit insaniah yang sejahtera,tidak dapat menafikan keengganan sanubari diri yang mahu terus menjauhkan diri dari segala kefasadan yang menular dalam hayat semasa..manusia mula ingin kembali kepada Islam..ingin kembali kepada fitrah asal mereka..inginkan kedamaian,inginkan ketenangan....


masakan tidak..kita adalah ciptaan...seluruh sistem pergerakan hidup sudah diatur..kita hanyalah watak-watak yang dicipta untuk mewarnai pementasan dunia fana..yang hanya wujud disebabkan ianya kehendak ilahi...kudrat terbatas menjadi asbab yang kukuh untuk terus menyedarkan diri akan kebergantungan kita terhadap Pencipta dalam memastikan kemandirian hidup yang terus sejahtera...


kefasadan yang kian menjalar dan menjadi parasit dalam hidup masyarakat,makin hari menatijahkan proses pemikiran yang kecil kepada satu fenomena pemikiran yang kian membesar...


negara Malaysia kian gah sebagai antara sebuah negara umat Islam yang kian berkembang...kepimpinan para pentadbir negara menjadi kayu pengukur dalam memandu matlamat dan hasrat pembangunan negara...


hampir 53 tahun kuku para penjajah dileraikan cengkaman mereka dari terus membelenggu negara malaysia...negara kita mula memacu sendiri era permodenan negara...disinilah segala-galanya bermula..


waktu kian beredar...seusai perginya setiap masa,datang pula saat baru mengisi pusingan waktu susunan Tuhan...


negara kian berubah..pelbagai pemuka baru mula mentadbir...tampuk pemerintahan silih berganti wajah...kan tiba masa,diri ini akan mula mengisi kekosongan itu...walau tidak sebagai perdana menteri,pasti akan dipertanggungjawabkan untuk memimpin peringkat bawahan..hatta hanya sebagai pemimpin diri...kerna,jalan yang sedang disusuri ini,sememangnya memerlukan diri untuk memimpin walaupun pada hakikatnya diri memang dijadikan Allah dengan tujuan itu..

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

Al-Baqarah:30

maka kita lihat bagaimana kebobrokan yang berlaku kian merobek kemanusiaan dan tatasusila islami yang kian terhakis dalam masyarakat dunia pada hari ini...pada ketika ini,pelbagai usaha dilakukan oleh para pemimpin dalam cuba menegah kefasadan yang kian menjalar ini dari terus meracuni kehidupan rakyat...

negara malaysia turut sedemikian...rakyat mula bersatu dalam mewujudkan satu ketumbukan dalam menjatuhkan kubu yang kian membelenggu..mereka kian aktif dalam mereformasikan arus hidup sosio ketamadunan Islam yang sudah sekian lama diketepi...gerakan fundamentalis mula mendapat tempat dalam diri masyarakat..

sikap sesetengah yang hanya mementingkan periuk nasi sndiri tanpa menghiraukan amanah rakyat yang dipegang semakin membakar api semangat setiap individu masyarakat...wang,pangkat,wanita dan nafsu menjadi fitnah terbesar pada zaman ini...mata kian dikaburi dengan kemewahan dunia yang secara pastinya merupakan fana yang hanya ibarat sebuah oasis ditengah gurun sahara...

disinilah segala jentera pengislahan mula bergerak....ISlam datang membawakan sebuah arus permodenan hidup yang sebenar....pembinaan sebuah ketamadunan yang telah mengundang sebuah transisi dalam hidup

rakyat kian mendekati dan kembali kepada fitrah mereka......fitrah yang telah dijadikan oleh Allah dalam keadaan yag sejahtera....

saya pasti ramai yang mengakui kebenaran agama ini...tapi,apakan daya...terperangkap dalam mainan nafsu dan nodaan syaitan...habis segalanya tergadai.....

kembalilah kepada ISLAM

Click Here to Read More..
Share

pak cik doakan ameen sihat

01 April 2010



alhamdulillah...anak sedara saya hanya mengalami sedikit kecederaan dalaman sahaja..omong-omong yang mengatakan anak sedara saya MUHAMMAD AL-AMEEN mengidapi ketumbuhan pada bawah mata kanannya adalah tidak benar...

ni emel yang saya dapat dari kakak saya...


So, mlm td jumpa surgeon tu. Dia kata, bukan bisul. Dia mcm luka, then berdarah kat dlm, then instead of healing sendiri, dia x heal, but all the darah and other fluids berkumpul kat situ. Senang cakap nanah la kan .

Doc tu bg 3 option:

  1. proper operation, tidurkan, then dia buang habis benda tu, pastu dia jahit skit utk rapatkan kulitnya. Parut minimum, 1 line je.
  2. dia belah skit, then drain. Tp lps tu hari2 kena dressing. Messy skit la, n parut leh jd besar
  3. dia sedut keluar nanah tu.

Option 2 & 3 tu mcm bahaya, sbb ameen kan lasak. Mana leh duduk diam dia. Lgpun benda tu betul2 bwh mata.

Tp, no. 1 tu pun assuming nanah tu well organized (ni doc tu punya term), meaning dia cantik bulat kat dlm tu. Klu dia cam bersepah2, it can end up mcm no. 2 gak.

Joe mmg dr aritu lg kata buat je mcm no. 1 tu. Dia siap tanya lg, nk sunatkan sekali leh tak? Alang2 dh bius tu. Heh, tiba2 jek. Tp aku tak nak la. Sbb doc kata budak pki diaper lg, kena tukar selalu, kena jaga betul2 la kan . dahla lasak.

Haa ameen jumpa geng dia kat hosp tu. Thomas die hard fan! Haha.. budak tu lg dasyat.. ada beg Thomas, cap Thomas, tumbler Thomas hahahahha.. mak dia kata baju n seluar Thomas pun ada gak hahaha giler ah… masa mula2 ameen nmpk tu, dia kejar budak tu sbb dia nk tgk gambar Thomas kat beg budak tu. Budak tu takut, nangis huhu. Tp lps tu ok, leh main sama2. ameen bwk train Thomas dia huhuhu. Klakar2…

So, we are going for option no. 1 la kot huhu. Kena decide bila nk buat.


smoga ameen cepat smbuh ye..


Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails