Followers

Di Perantauan...........

21 August 2009

assalamualaikum....

hari ini merupakan hari pertama bagi diriku berpuasa di perantaun malah berjauhan dari keluarga tercinta.....ini merupakan pengalaman baruku yang semstinya berlainan dengan hari-hariku berpuasa di Negara tercinta....

suasana penghidupan serta sambutan orang-orang arab terhadap Ramadhan,membuatkan diriku berasa bersemangat untuk menyambutnya....berlainan dengan Malaysia yang begitu ghairah untuk menyambut Hari Raya hatta belum tibanya Ramadhan pun,jualan hari raya sudah pun dibuka..jadi,tidak mahu bercakap panjang.......insyaallah post yang berikutnya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang fatrah diriku berpuasa di bulan Ramadhan

jadi,mungkin kena tunggu sebulan lagi untuk blog ni di update =)...sama-samalah kite menggunakan sebaik-baiknya bulan Ramadhan ini dalam bertaqarrub kepada Allah...

wallahualam..

Click Here to Read More..
Share

buat sahabat-sahabat KISAS...

20 August 2009

Salamullahi a’laikum…

Sudah hampir setahun diriku berada di bumi Mesir…banyak yang sudah berubah..diriku sudah tidak seperti personalitiku semasa di sekolah..baik mahupun buruk,kedua-duanya ada..tidak perlu ku ceritakan,melainkan diriku sendiri yang menilai dan bermuhasabah semula segala perubahan yang berlaku akan diriku..Menjadi pendokong kebangkitan islam…inilah jalan yang ku pilih tatkala keluarnya aku dari Kolej Islam Sultan Alam Shah…namun,ku rasakan segalanya seolah-olah sudah direncana olehNYA bagi kehidupanku ini…segala puji bagiMU,Tuhan sekelian alam,yang menentukankan perjalanan sesuatu perkara serta kehidupan seorang insan

Sekilas memori tatkala di KISAS………begitu hebat laungan serta dentuman suara dalam kepentingan menjaga tarbiyah baik di dalam diri kita mahupun suasana sekeliling kita..bagi mereka yang merupakan pelajar baru,segala suruhan terpaksa dituruti walau hati telah sarat dan bergerak daripada tempat asalnya disebabkan ingin memberontak,serta keengganan dalam melakukan segala yang disuruh,tak nak itu,tak nak ini…seolah-olah seperti sume tidak mahu dibuat..siapa mereka ingin menyuruh kite untuk lakukan segala tuntutan mereka??? Umur pun setahun beza…begitu banyak rungutan pada waktu itu…

Pabila tiba tahun berikutnya…kita lah yang mengulangi segala adat istiadat yangmenjadi kelaziman bagi para senior dalam perencanaan mendidik adik-adik agar menjadi seorang insan…namun pada hakikatnya,adakah terkesan tarbiyah yang diberi kepada para junior pada senior itu sendiri???? Satu persoalan yang harus diungkai dalam diri kita…

kite mampu melihat semangat yang ditunjukkan dalam memastikan kelangsungan pentarbiyahan di KISAS terus gemilang dan meneruskan legasinya dalam skop institusi pendidikan yang cemerlang dari aspek rohani serta intelek..sesuai dengan matlamat penubuhan sekolah ini….akan tetapi,apakah sebenarnya matlamat tarbiyah? Mengapa perlu mentarbiyah dan ditarbiyah? Adakah sekadar ingin menjaga nama baik sekolah? Dan tatkala selesai sesi persekolahan dengan berakhirnya kedudukan kita sebagai seorang pelajar,adakah tidak perlu kepda tarbiyah? Entahla………..sama-sama kita renungkan…

Mata merenung dan hati menilai segala serta menyingkap segala yang berlaku pada waktu dahulu..adakah tarbiyah yang serta uslub pelaksanaan yang dilaksanakan bersesuaian?? Relevankah kaedah yang diamalkan? Praktikal wasilah tarbiyah sert dakwah yang dilakukan bersesuaian dengan realiti?
Herm…hasilnya? Kita lihat sahaja suasana pelajar lepasan sekolah ini….rata-rata berlaku satu tsunami perubahan diri dalam diri masing-masing baik perubahan yang baik mahupun yang buruk...namun,fitrah seorang insan yang inginkan perubahan..kehendak hati yang harus kita penuhi dengan didikan dan bukan sekadar kepuasan nafsu semata-mata tanpa garisan batasan yang mengawal…..

Bukanlah niat di hati untuk menyalahkan mana-mana pihak..tapi diri ini terpanggil untuk berbicara bersama rakan-rakan dengan satu ‘mind-setting’ yang terbuka serta kelapangan hati untuk menerima….bukan juga untuk mengakui akan kebaikan yang ada dalam diri ini dan meninggikan hidung sendiri hanya kerana diri ini memilih jalan dakwah secara langsung….tidak lain dan tidak bukan,hasil coretan ini juga sebagai cermin kepada diri dalam bermuhasabah dan mengislah semula diri ini yang ku sendiri merasai akan kekosongan yang wujud dalam atmaku ini…

Mungkin tidak layak sebenarnya untuk aku melontarkan kalam serta menyatakan sesuatu akan perihal ini..disebabkan,aku sendiri tidak menghadapi keadaan seperti mana yang kalian hadapi…perubahan disebabkan suasana…..

Bagi ku, tidak kisahla dan tidak mengapa seseorang itu berubah..tidak terkejut sama sekali…bahkan adalah satu bnda biasa malah satu realiti yang perlu kita semua hadapi kerana inilah hakikat suasana pelajar tatkala melangkahnya kaki mereka ke alam universiti…hanya persiapan mental yang rapi dan persediaan iman yang kukuh mampu memandu diri dalam mengharungi dunia sebenar yang secara totalnya berlainan dengan alam persekolahan..

Banyak juga bekas-bekas pelajar yang bertandang ke sekolah semata-mata untuk memformulasikan serta memberi mau’izah kepada mereka yang masih pelajar agar persiap diri serta merencanakan minda agar diri tidak tergelincir ke lembah yang sedemikian…
Baik yang bekas pimpinan BADAR mahupun pelajar biasa…ramai yang menukar 180 darjah gaya hidup mereka ketika hidupnya mereka di alam baru…penjagaan personaliti semasa di bangku sekolah begitu hebat hinggakan sekolah pada waktu itu,menjadi medan untuk kita mencari pasangan,hehe =)….masakan tidak,masing-masing kita lihat pada waktu itu seorang yang alim,baik,berilmu agama tinggi…yang muslimat pula,seorang yang solehah,sopan santun,peramah…..bila dah habis SPM,masing-masing ambil no telefon…walau apapun,biarlah….tidak perlula untuk kita menyentuh perkara ini..yang penting biarlah melalui jalan-jalan yang halal dalam merealisasikan hasrat di hati…

Berbalik kepada perubahan diri….persoalannya adalah kerana:
1.Tidak memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim
2.Tidak memahami matlamat bagi berakhlak dengan akhlak Islam
3.Didoktrinkan menjaga perilaku demi nama baik sekolah..bukan kerana Allah itu sendiri
4.Tidak jelas dalam matlamat sebenar serta hala tuju sebenar kehidupan
5.Keyakinan yang kurang akan kelebihan hidup dengan pengamalan gaya hidup Islam yang menyeluruh

Ini sahaja yang mampu disenaraikan dan dikongsi bersama sahabat-sahabat sekelian…

Segala-galanya berbalik kepada diri kita…tidak salah untuk berubah..tapi biarlah perubahan yang dipandu dengan iman dan akal dan bukan panduan hawa nafsu…

Menyentuh bab pakaian pula,hehe….enthla..untuk sahabat yang lelaki,mungkin perkara biasa..selagi baju yang dipakai tidak merosakkan akidah,tidaklah mengapa..ini bagi akula…sebab,’don’t jugde the book by its cover’…….tapi jikalau dah nampak pelik sangat n tidak melambangkan ciri-ciri seorang muslim lagi mukmin,kena dikoreksi semula juga….bagi yang muslimat pula...herm,no komen..kerana korang lebih tahu tuntutan pakaian bagi seorang wanita..tidak salah untuk memakai apa jua selagi tidak bertentangan dengan segala yang disyariatkan…jadi,pandai-pandaila anda semua fikirkan sendiri kewajipan anda dalam berpakaian…adakah seluar dan baju yang ketat?

Pemakaian wangian yang berlebihan? Solekan muka yang terlampau? Terpulang kepada anda….jikalau ’diriku berasa begitu berharga’ ini menjadi pegangan anda,maka seharusnya diketahui akan tuntutan ketas diri dan kewajipan untuk melaksanakan..tidaklah pensyariatan Islam ke atas seorang muslimat untuk menzalimi dirinya,akan tetapi untuk menjaga mereka serta menjadikan mereka perhiasan dunia yang begitu bernilai serta permata bagi para pemuda Islam…malah mengangkat semula darjat anda wahai sahabat muslimat setelah sekian lama kaum anda diperlekeh serta dipandang enteng oleh masyarakat jahiliah tatkala dahulu…

Anda semua mampu bezakan kehidupan kaum wanita sebelum dan selepas datangnya Islam,(baca post MENGAPAKAH ISLAM???)

Hanya ini yang mampu ku kongsikan bersama sahabat sekelian…tidakla datangnya segala lauahan kata-kata ini melainkan daripadaNYA…DIA lah yang memandu serta memberi kudrat kepada jari jemari ini dalam menaip setiap perkataan….

Ingin ku ulangi…bukan bermakna diri ku yang terbaik..tapi anggapla ia sebagai satu tazkirah daripada seorang teman serta sahabat yang hanya inginkan satu ‘reunion’ secara besar-besaran di syurga Allah S.W.T…sama-samalah kita berdoa agar kita berjaya mendapat syurgaNYA dengan pengistiqamahan kita di atas jalanNYA …..

*Wallahualam….segala teguran amat dialukan berhubung post ini…silap dan salah sepanjang penulisan ini,mohon ampun serta dimaafkan…sama-samalah kita bermuhasabah...

Click Here to Read More..
Share

DEMIMU YA RAMADHAN.........

18 August 2009

Ya Ramadhan...
bulan yang ku tunggu-tunggu
seumpama seorang putera mendambakan puterinya
umpama seekor pungguk yang merindukan bulannya
beruntunglah bagi mereka yang merindukannya

amatlah beruntung kiranya aku temui cinta di dalam Ramadhan
amatlah bertuah kiranya aku temui kasih sayang yang maha hebat dari Sang
Maha Penyayang lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya
cinta yang amat didamba-dambakan
cinta yang betul-betul dan benar-benar cinta
cinta yang tidak ada cinta yang lebih hebat dari cintaNya
cinta yang tidak terbanding dengan cinta sesama manusia dan makhlukNya
SubhanAllah. ...

Aduhai...
mampukah aku temui cinta sehebat itu di dalam Ramadhan
mampukah aku benamkan seluruh jiwa ragaku demi mengejar cinta hebat itu
mampukah aku istiqamah di dalam menghadapi dunia yang semakin parah ini
mampukah aku berpaut kuat pada taliNya di dalam menempuh urusan dunia yang
penuh tipu daya ini
mampukah aku sekuat Rabi'atul Adawiyah di dalam ketegasan beribadah kerana
cinta dan bukannya mengharapkan pahala atau syurga???
AllahuAkbar. ..Allah Maha Besar



Duhai sahabat-sahabatku. ..
kiranya ada kekhilafan di dalam persahabatan
dan juga perkenalan.. .
kiranya ada hati-hati yang terluka
kiranya ada hati-hati yang menjauh
kiranya ada juga hati-hati yang semakin mengecil
lantas menjarakkan diri
maafkanlah sahabatmu ini
maafkanlah segala kekhilafanku
ampunilah segala dosa-dosa yang pernah sahabatmu ini lakukan terhadapmu
sebelum mata terpejam
sebelum ruh diangkat dari jasad
sebelum segala-galanya terlambat
maafkanlah
maafkanlah
maafkanlah.. .
segalanya demimu..Ya Ramadhan...

Wallahua'lam
Salam Ramadhan buat saudara Islamku...Kejarlah Akhirat, InsyaAllah kita akan
mendapat kedua-duanya. ..InsyaAllah!

Click Here to Read More..
Share

MENGAPAKAH ISLAM???

13 August 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah,setelah sekian lame tidak memperbaharu post-post di dalam blog,pada hari ini baru penulis berkesempatan untuk melaksanakan hajat yang terpendam di hati..

post pada kali ini,penulis ingin berkongsi serba sedikit ilmu,fikrah serta thaqafah yang dikemukan oleh Murabbi kita pada zaman ini,Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya,MENGAPA ISLAM???

buku ini bukanlah seperti kitab-kitab berjilid yang lain,tidak juga tebal..malah ia hanyalah sekadar sebuah kitab yang tipis dan bersaiz kecil...namun,isi kandungannya amatlah bermakna...inilah yang kita dapat lihat pada para ulama baik pada zaman dahulu mahupun zaman kini..hasil mutiara ilmu daripada mereka amatlah bermanfaat kepada mereka yang cintakan Islam dan ingin menagasah pemahaman mereka mengenai Islam..daripada sebesar-besar kitab,sehinggalah kepda sekecil-kecil kitab...teramatlah berharga ilmu-ilmu mereka

berkata Saidina Ali R.A."ILMU ITU LEBIH BERHARGA DARIPADA HARTA..HARTA KITA YANG MENJAGANYA DAN AKAN HABIS SEKIRANYA DEBELANJAKAN KEPADA ORANG LAIN,AKAN TETAPI,ILMU ITU YANG AKAN MENJAGA KITA MALAH AKAN SEMAKIN BERTAMBAH SEKIRANYA DIGUNAKAN SERTA DISUMBANGKAN KEPADA ORANG LAIN"

pelbagai persoalan diutarakn oleh Sheikh Yusuf kepada para pembaca...mengapa kita menyeru kepada Islam?? mengapakah Islam?? mengapa perlu kembali kepda Islam??? inilah 3 soalan yang dikemukan oleh beliau pada permulaan kitabnya...

persoalan ini dijawab dan dirungkai serta dirumuskan dalam 3 perpektif atau logik yang cukup mudah difahami..
1. logik iman serta akidah
2. logik sejarah umat Islam terdahulu
3. logik keadaan semasa umat Islam pada hari ini

LOGIK IMAN SERTA AKIDAH MEWAJIBKAN KITA UNTUK KEMBALI KEPADA ISLAM

tidak layak bagi kita untuk dikatakan beriman dan seorang muslim jika kita hdup selain daripada Islam,tidak menjadikan Islam sebagai manhaj atau cara hidup,tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan masyarakat dan tidak berhukum dengan hukum Islam....sebagai seorang yang mengaku beriman dengan penyaksian kepda ALLAH melalui 2 kalimah syahadah serta seorang yang bergelar muslim,penulis yakin,para sahabat diluar sana mampu berfikir dengn logik akan kenyataan ini melalui manhaj pemikiran yang betul dengan akal yang sihat...

bahkan,ia adalah menjadi satu kewajipan bagi kita yang tiada kudrat serta pilihan bagi kita melainkn untuk berpegang teguh dengan Islam tanpa mempertikaikan sedikit setiap yang terkandung di dalam agama yang suci ini..inilah agama yang diturunkan Pencipta segala makhluk,Raja segala raja,

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam" Al-I'mran:19

tiada peluang bagi kita untuk mempertikai serta menolak hatta sebahagian kecil daripada Islam selain untuk mengatakn bahawa,"Kami dengar dan kami ta'at" AL-Baqarah:285....

kita selaku golongan yang berakal serta makhluk yang paling sempurna penciptaannya seperti firmanNYA,"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" At-Tiin:4,mampu berfikir secara logik akal akan tahap serta kedudukan keimanan kita sekiranya kita menolak serta menghukum selain daripada hukum-hukum yang telah ditetapkn Allah...bagaimana??? hukum di sini bukanlah berbaur politik,tetapi setiap hukum yang berkaitan dengan Islam,seperti solat,kewajipan zakat,kewajipan menutup aurat serta setiap peringkat hukum,daripada yang peringkat individu hinggalah kepada peringkat kenegaraan...penulis serahkan kepda para pembaca untuk memikirkannya...

selagi kita di dalam kedudukan cahaya keimanan,tidak mahu tidak,wajib kita untuk beramal serta menjadikannya sebagai cara hidup,begitulah juga firmanNYA di dalam surah Al-Maaidah,ayat 44

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir"

di dalam ayat 45,golongan ini diibaratkan sebagai orang-orang yang zalim manakala di dalam ayat 47 pula,ALLAH mengibaratkn golongan ini sebagai orang-orang yang fasik....

maka jelaslah disini akan kewajipan kita untuk berpegang kepada Islam dan bukan agama yang selain daripadanya

"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" Al-I'mran:85...

pengembalian kita kepada Islam buknlah secara sebahagian kecil,mahupun rukun-rukun kecil,bahkan pengembalian yang secara total dan menyeluruh..Islam adalah agama dan negara,akidah dan syariah,ibadat serta kepimpinan,solat serta jihad..tiada pengasingan dan tiada pemisahan!! inilah Islam..

"Apakah kamu beriman kepada sebagian dari Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan" Al-Baqarah:85


LOGIK SEJARAH,MENGUATKAN LAGI LOGIK KEIMANAN

tidak perlu untuk membicarakan perihal umat selain umat Islam...penelitian serta pengamatan terhadap kondisi serta keadaan umat Islam terdahulu cukup untuk membuktikan kepada kita sert meneguhkn lagi keimanan kita terhadap agama ini...umat manusia tidak akan mempunyai nilai hidup di atas dunia ini melainkn dengan hidup di atas paksi-paksi keimanan serta manhaj keislaman malah menjadi hina serta tiada nilai disisi Allah tanpa menjadi seorang muslim yang beriman...

sejarah telah memformulasikn kepda kita akan kejayaan umat manusia yang terdahulu..umat ini berjaya membangunkan satu tamadun yang bertunjangkn sebuah agama yang akhirnya mampu menjadi kiblat penrevolusian umat manusia yang lain yang tidak berasaskn agama ini...apakah umat manusia tersebut jikalau bukan umat Islam,

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah" Al-I'mran:110...

kita lihat sahaja perihal bangsa arab jahiliah sebelum kedatangan Islam..mereka adalah bangsa yang berpecah,mengamalkan sistem kabilah yang sering berperang sesama kabilah yang lain demi mempertahankn nama kabilah,menindas hak-hak kaum wanita serta menanam anak perempuan kerana dikhuatiri akan 'kesialan' mereka......

berbeza pula selepas kedatangan Islam,satu pertukaran secara 360 darjah berlaku di dalam kehidupan mereka,malah mereka menjadi satu tamadun bangsa manusia yang begitu hebat pengaruh sehinggakn tunduknya kuasa-kuasa besar pada waktu itu seprti Rom dan Parsi(yang sekarang dikenali sbg Iran) kepada mereka..datangnya Islam kepda mereka yang mnnyeru kepada pembentukan fikrah 1 ummah,perpaduan sesama mereka yang menghasilkan satu momentum kekuatan yang mampu menerobos benteng kekuatan pihak yang lain,

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai" Al-I'mran:103

pemberian hak-hak yang sewajarnya kepada kaum wanita,serta kesyukuran di atas kurniaan zuriat yang diberikan sebagai amanah daripada Allah...

bagaimana dkwah ini yang dibawa serta dimulakn oleh seorang insan bergelar Nabi Muhammad S.A.w.,yang kemudiannya disambung oleh para sahabat melalui pemerintahan Khulafa' Ar-Raasyidin,seterusnya di sambung oleh para tabi'en,tabi' tabi'ien sehinggalah kepada kita...seruan kepda agama ni menjadi setiap manusia yang berpegang kepdanya mampu menjadi seorang insan yang hebat serta mampu menggoncang makhluk-makhluk yang lain malah dihormati oleh para malaikat...bagaimanakah keizzahan ini boelh dihasilkn??? tiada cara lain melainkan dengan Islam..

Islam jugalah yang memperbaharui kehidupan insan yang dipraktikkan melalui tuntutan kewajipan zakat..keadaan orang-orang miskin sebelum datangnya Islam,mereka ditindas,tidak mendapat hak-hak mereka,malah wujudnya perasaan benci kepada golongan kaya...indahnya Islam yang telah memfardukan satu sistem pemberian harta kepada golongan miskin melalui ZAKAT...sistem ini lah yang menghilangkan segala keresahan di dalam hati golongan ini apabila turunnya ayat,

"dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu" Al-Ma'aarij:24


"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdo'alah untuk mereka" At-Taubah:103

pelaksanaan yang telus serta kesungguhan dalam mengamalkan sistem ini,telah membawa satu gaya hidup masyarakat yang begitu aman dan damai kerana setiap orang mendapat hak mereka...kita kembali juga bagaimana keprihatinan Khalifah Umar Abdul Aziz akan sistem harta ini,diriwyatkan bahawa pelaksanaan kutipan zakat yang dijalankn dari setiap tahun,membawa kepada ketidaklayakan seorang pun untuk menerima zakat pada waktu itu kerana masing-masing mempunyai harta yang mencukupi ynag menyebabkan mereka tidak layak untuk mnerima zakat...inilah kehebatan serta keindahan agama kita,Al-Islam....

LOGIK KEADAAN UMAT ISLAM SEKARANG,MENYOKONG SERTA MENGUATKAN KEDUA-DUA LOGIK YANG SEBELUMNYA..

perihal umat Islam pada waktu ini,tidak perlulan untuk penulis berbicara panjang akannya..kalian dapat melihat,menilai dan merumuskan sendiri apakah keadaan kita pada zaman ini...kita hanyalah sekadar seperti buih-buih di lautan yang pecah pabila dipukul ombak seperti yang dikatakan oleh Nabi kita,1423 tahun yang lalu....

bagaimana perpecahan dalam kalangan kita,membawa kepada penindasan umat islam seluruh dunia tanpa mengira usia dan jantina...begitu juga perampasan wilayah Palestin daripada hak umat Islam...

erm,terlalu banyak kelemahan,kezaliman serta penindasan yang berlaku kepda kita pada hari ini,tidak larat rasanya penulis untuk menyebut kesemuanya..cukup sekadar penulis menyebut kondisi negara Iraq,Pakistan,Palestin dan umat Islam di Kashmir..yang selebihnya,penulis serahkan kepda para sahabat untuk mngkajinya...

inilah serba sedikit apa yang telah dikemukan oleh Syeikh Yusuf di dalam kitabnya,MENGAPA ISLAM??
semoga para pembaca mendapat sedikit manfaat daripada hasil pembacaan di dalam blog ini..segala maklumat yang salah serta tidak betul,penulis harapkan teguran serta sokongn daripada pihak sahabat

SKOP FOKUS KEPADA NEGARA MALAYSIA

keadaan masyarakat yang semakin bercelaru dalam negara Malaysia menimbulkan keresahan banyak pihak..ramai yang inginkan satu keharmonian serta kedamaian dalam menjalani kehidupan yang normal di negara Malaysia...

daripada masalah sosial dalam keluarga serta masyarakat,masalah ekonomi yang meruncing sehinggalah kepada masalah politik yang mengelirukan rakyat...kesemuanya bermula daripada sikap kita yang berpaling serta membelakangkan buku panduan serta manhaj hidup yang pastinya membawa kejayaan tanpa adanya keraguan sedikitpun..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" Al-Baqarah:2

saban hari seruan kesatuan dan pembentukan ummah yang gemilang dilontarkan kepada semua demi pembentukan satu ummah,namun kita sering terlupa untuk bersama serta mendampingkan diri kepada pemberi nikmat kesatuan itu sendiri...segalanya tidak akan datang bergolek...patutkah segala hajat kita itu diberi andai kita menolak Islam???

kesatuan serta kebangkitan ummah yang sering kita suarakan bukanlah satu perkara yang akan terbangun dengan sekadar seruan...namun ia memerlukan penggemblengan serta usaha setiap pihak dalam memastikan kehidupan kita sendiri berteraskan Islam serta bersih daripada sebarang anasir luar dalam mencapai matlamat yang satu..

segalanya bermula daripada pembentukan sahsiah seorang muslim yang membawa kepada pengislahan masyarakat yang kemudiannya kepada penstrukturan negara Islam yang ulung..masakan sebuah kesatuan itu akan terhasil sekiranya kita perkara yang asas ini tidak dilaksanakan seiring dengan pergerakan dakwah dalam mendaulatkan perundangan Al-Quran dan As-Sunnah...

pemahaman yang jelas akan agama ini amatlah perlu bagi mewujudkan satu kondisi hidup yang tenang dan aman..

adalah sia-sia sekiranya begitu banyak yang menyeru kepada pembentukan satu ummah namun sama banyaknya dengan kuantiti hiburan serta maksiat yang menular dalam masyarakat..malah,seruan yang sekadar atas angin dijadikan aset bagi meraih sokongan pihak yang lain..sia-sia sahaja dilakukan majlis sambutan maal hijrah,sambutan maulidur rasul,majlis tilawah Al-Quran sekiranya aktiviti berunsur maksiat juga tidak kurang banyaknya seperti konsert para artis,sambutan kemerdekaan dan sambutan tahun baru...tidak lupa juga dengan pertelingkahan yang ditimbulkan demi kepentingan individua...dakah mampu pembentukan satu ummah yang gemilang direlisasikan???

malah,wujud juga dalam kalangan kita yang mempertikaikan kesucian hukum Allah ini..kejahilan mereka dalam menyedari falsafah disebalik pensyariatan hukum Allah ini,menutup pintu-pintu hari mereka untuk menerimanya malah menolaknya..wujudlah kata-kata yang meragui akan hukum ini,"hukum Islam sudah tidak relevan pada zaman kita","hukum ini sekiranya dilaksanakan akan berlaku ketidakadilan terhadap semua orang","hukum ini adalah undang-undang yang kejam dan tidak sesuai bagi seorang yang bergelar manusia"...adakah wajar kata-kata ini diucapkan bagi mereka yang mengaku beriman?? apakah tahap kemimanan mereka sedangkan tahap iman yang paling rendah pun adalah mereka yang membenci kemungkaran sekadar di dalam hati,bagaimana pula dengan yang menolak terus hukum-hukum Islam..kita serahkan segala pengadilan kepada Allah..

berdoalah kita kepadaNYA agar iman serta keyakinan kita terhadap agama ini tidak akan berubah kerana DIA jualah yang maha membolakbalikkan hati....

berjuanglah demi ISLAM!

WALLAHUALAM...
ASSALAMUALAIKUM....

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails