Followers

tahniah kpd sume =)

25 February 2010

ari ni keputusan STPM dh keluar...tahniah kepada sahabat2 ku yg telah berjuang dengan penuh ketabahan selama stahun stengah di KISAS....keptusan pnuh sahbat2 ku,belum lagi diketahui...yang saya tahu,dua org mendapat 5PA...tahniah2 =)









antara koleksi kenangan mereka di KISAS...smoga mereka terus mmbina mercu kejayaan diri pada masa hadapan...

ni nak promote link blog btch f6 08/09 http://mtekisas09.ning.com/main

Click Here to Read More..
Share

SAYANG TETAP SAYANG...WALAU BERJAUHAN...

20 February 2010




balik dari kuliah...bukak facebook jap....saya pun tengokla coment kt link yang saya letak smlm.....ade coment dari bapa saya =)


"Wahai anak lelakiku. Kau sudah melangkah jauh. Ada diri abah dalam dirimu. teruskan perjuanganmu. Doa dan restu abah selalu. Kejar citamu. Hambat hasratmu. Gapai awanmu. Garap hidupmu. Abah sentiasa bersamamu. Dalam kesibukan abah terlalai menziahari hati nuranimu, melihat langkahmu, menghulur tongkat penunjuk jalanmu. Teruskan dan teruskan jalan lurus yang kau pilih. Moga Allah makbulkan semuanya. Amin."

syukran abahku....

Click Here to Read More..
Share

TERPULANG KEPADA DIRI...

19 February 2010


Tarikh: 17 Februari 2010

Waktu : selepas Isya

Tempat : Masjid Al-Azhar As-Syarif

Pengajian bersama Syeikh Ahmad berjalan seperti biasa…selepas Isya,diteruskan pengajian kitab ‘At-Tibyan fi Aadabi Hamlati Al-Quran’….syarahan demi syarahan mula diperkatakan bagi bab kelapan dalam kitab ini,mengenai perihal ayat-ayat dan surah-surah saranan bagi waktu-waktu dan keadaan-keadaan tertentu….menarik perbahasan jika ianya dilakukan oleh mereka yang bergelar ulama….bagi saya,bab yang baru kami masuk ini,mempertemukan saya dengan fasal pembacaan surah yang disunnahkan pada hari jumaat dan hari raya aidlfitri dan aidiladha,surah yang sunnah ketika istikharah,witir dan juga ayat-ayat yang sunnah bacaannya ketika hendak tidur…


syeikh ahmad hajain


Sudah pasti ilmu tambahan saya peroleh hasil pengajian…saya kira,rakan-rakan yang lain,yang sedang membaca blog ini,dan yang berada di luar sana sudah tahu…banyaknya yang masih saya tidak ketahui,membuktikan lautan ilmu yang sudah diredah,hanyalah sejengkal baru….

Kehebatan syarahan sang ulama ini terus berjalan hinggalah masuknya kepada perbahasan mengenai hadis yang bemartabat Dhaif….

Secara tiba-tiba susuk tubuh di hadapan mata yang lebih makruf dengan kepakaran perbahasan feqah,beralih kepada perbahasan Ulum Hadis…seolah-olah yang berada di hadapan ini,merupakan ulama hadis…perbahasan beliau menjadikan suasana pengajian pada ketika itu,adalah pengajian Ulum hadis…tambahan pula,persoalan mengenai martabat hadis dhaif disisi umat Islam,menjadi perencah kepada rancaknya perbahasan Syeikh Ahmad…

Saya tersenyum sendirian……………

Masyaallah…..hebatnya beliau….begitu juga para ulama yang lain….

Selesai perbahasan,selesailah pengajian pada malam tadi…..kaki melangkah pulang dengan menaiki motor bersama sahabat saya….

Terfikir sejenak……..Syeikh Ahmad,hanya seorang manusia sama seperti manusia yang lain…namun,beliaulah pegawai di salah sebuah bank di sini….beliaulah ulama feqah….beliau jugalah yang diberi kepercayaan oleh Mufti Mesir,Syeikh Ali Jumaah dalam memberi fatwa-fatwa semasa….dan seketika tadi,mungkinkah juga beliau ini merupakan ulama hadis????

Wallahualam…..yang penting,saya nampak satu sahaja….ILMU..

Penjagaan terhadap kesucian Islam tidaklah bergantung semata-mata kepada keimanan yang utuh kerhadap keesaan ilahi,bukan hanya dengan semangat dan bukan hanya dengan pengamalan semata-mata….yang penting,perlu disertakan bersama ILMU….

Sorotan sejarah kehidupan para ulama,rata-rata peringkat pembentukan thaqafah dan keilmuan penjanaan minda mereka lalui di kala mereka masih kecil…

Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin membicarakan perbahasan ILMU itu sndiri dalam babyang panjang…..yang banyak menyentuh mengenaipelbagai fadilat mengenai ILMU…bermulanya perkembangan Islam dengan pembentukan ILMU dalam diri Baginda S.A.W.


Maka,hakikat kepntingan Ilmu tidak pernah tergugat darjatnya sebagai salah satu kepentingan yg dhoruri bagi seorang insan oleh apa-apa jua…hendak memimpin,perlu kepada ilmu…hendak mengajar,perlu kepada ilmu..hendak bekerja,perlu kepada ilmu…hendak mengurus kewangan,perlu kepada ilmu….

Menyoroti pencaknaan dalam membntuk sbuah tamadun sperti yang dilakukan oleh Rasulullah bukanlah satu tempoh yang sekejap…permukiman para muhajirin ketika di tanah asal mereka iaitu Mekah selama 10 tahun,memperlihatkan kepada kita ayat-ayat Makki yang diturunkan keatas mereka lebih kepada pencerakinan prinsip-prinsip asas dalam Islam….

Pembntukan asas yang mantap dalam diri mereka terus menerus diadun oleh Rasulullah yang bertindak sebagai petunjuk jalan..

Proses pembentukan jati diri mereka ini kemudiannya berpindah kepada marhalah kedua tatkala berhijrahnya mereka bersama Rasulullah ke tanah suci Madinah dan bermulalah satu fasa hidup bagi umat Islam pada ketika itu…jika ketika mereka masih berada di Mekah,penurunan kalam-kalam suci ke atas diri mereka berfokuskan kepada amalan-amalan yang memperkukuh keimanan maka,ketibaan mereka ke madinah sebagai tanda sudah tibalah masa segala pengaplikasian ilmu-ilmu itu dilaksanakan dalam bentuk secara berjemaah

Langkah kearah pembentukan sebuah Negara Islam dibimbing oleh kalam suci madani oleh Sang Khaliq..pensyariatan dalam menjaga sbuah pentadbiran masyarakat masih terus dibimbing ILMU…kepimpinan yang diterajui oleh Rasulullah tidak hanya berdasarkan akal baginda semata-mata…disiplin IlMU dari ilahi yang didahulu dalam setiap aspek dan pegangan para sahabat radiallahuanhum,menjadikan perbuatan mereka dalam menjaga sebuah Ad-Din menampakkan kepada masyakarat dunia akan keagungan tamadun dan pensyariatan sbuah cara hidup yang pasti menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat…

Kesinambungan kegemilangan ini terus diterajui oleh khilafah yang wujud selepas zaman khilafah para sahabat yang 4,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Uthman dan Saidina Ali….mereka giat menterjemah buku-buku Negara asing dari luar dalam membentuk sbuah koleksi ilmu bagi maslahat tamadun yang mampu menjadi rujukan pada umat yang tetrkemudian

Jika diamati juga pentadbiran khilafah selepas pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin,penyebaran empayar Islam banyak dibantu oleh perluasan Ilmu yang menjadi aset terhadap kesinambungan tamadun ini..

Namun,hari ini kemunduran masyarakat Islam tatkala kejauhan mereka dari menjadikan Islam sebagai prinsip hidup….kelesuan mereka dalam memperkasa budaya keilmuan penyebab kepada penjajahan budaya,pemikiran dan akhlah oleh golongan kafir yang mengeksploitasi segala pusaka ilmu tinggalan para salafus soleh….

Segala virus berbntuk pemikiran yang mula meresap dalam peribadi muslim merupakan langkah awal oleh golongan yang jaki ini dalam merobek secara terus Islam dalam diri muslimin….lunturnya keyakinan dan ketandusan dalam memahami Islam,memudahkan kerja-kerja mereka dalam mempergiat usaha….

Saya melihat bahawa musuh Islam bukanlah dari sudut sekularisme semata-mata…malah,puak ini akan bersungguh dalam menyerang kesucian agama ini dari pelbagai aspek….serangan dalam bntuk persoalan kelogikan pengamalan hukum-hukum Islam dalam zaman yang baharu,unsure-unsur israiliyat yang melampau dari hakikat sebenar dan cercaan terhadap peribadi tertentu dalam sejarah Islam terus dicanang dalam mujtamak islami…

Kemunculan pelbagai aliran pemikiran dalam mujtamak islami sendiri seperti golongan wahabi dan syiah mencabar kredibiliti umat Islam dalam mempertahan agama Ini dari penyimpangan yang terlampau…

Wujud sekolompok kecil golongan yang hanya ingin berjuang dalam Islam melalui gerakan islam tanpa melihat kepada permasalahan yang datang dari sudut yang lain….bagi mereka,cukup sekadar mengetahui secara kasar ilmu-ilmu yang lain hinggakan,seolah-olah gaya dan percakapan mereka memperkecil dan memandang remeh ilmu-ilmu yang bersifat turath berbanding ilmu-ilmu bersifat haraki…

Ya,memang tidak dapat dinafikan….kemampuan kita tidak sehebat kemampuan golongan umat Islam terdahulu…mereka mampu menguasai pelbagai bidang ilmu…tidak seperti kita yang kemampuan adalah terbatas…pada saat ini,kita memerlukan pngkhususan dalam sesuatu bidang….bagi yang minat kepada fekah,pelajari….yang berminat mengenai pemikiran,amati…yang cenderung kepada masalah akidah,perdalami….

Namun,keterbatasan diri dan galakan kepada pengkhususan bidang bukanlah alasan untuk kita memandang enteng dan ambil ringan bidang ilmu yang lain yang tidak kita perdalami….semangat untuk mengetahui dan mempelajari sudut ilmu yang perlu juga ada kerana kefahaman terhadap Islam bukanlah bersifat juziyyah….syumulnya Islam yang merangkumi segenap aspek hidup,bukti perlunya kefahaman yang menyeluruh….

Islam tidak hanya berfokuskan ilmu gerakan,tidak hanya berfokuskan ilmu kepimpinan,tidak hanya berfokuskan ilmu feqah ibadat…malah,Islam itu lebih dari itu…ia adalah ‘The Way of Life’…..satu cara hidup….

Islam ini akan terus terjaga jika terus wujud mereka yang sanggup menjadi benteng dalam mempertahan keizzahan Islam ini….cuba dipandang seketika kepada para ulama….mereka secara zahirnya golongan yang hanya pandai masalah fekah dalam ibadat,masalah tauhid,masalah hadis…tapi,adakah hanya sekadar itu pengetahuan mereka?? Tidak……

Mereka juga tahu hal berkaitan ekonomi,tahu mengenai kepimpinan,tahu mengenai hal-hal semasa…tahu mengenai hal ehwal gerakan islamisasi…tahu akan tasawuf…….

Maka,peringatan kepada sahabat-sahabat dan khususnya kepada diri…..sentiasalah berusaha untuk mensibukkan diri dengan ilmu….keruncingan terhadap Islam datang dari pelbagai arah….terpulang kepada diri untuk menjadi golongan yang terus menerajui saff umat ini,ataupun hanya ingin sekadar bersembunyi disebalik tabir melihat agama ini terus dicabul kehormatannya…

Wallahualam…..

Click Here to Read More..
Share

TAHNIAH SAHABATKU...

16 February 2010




sekalung ucapan tahniah dan perjuangan kepada sahabat sekelasku,di KISAS
bagi kelas STAM 08/09

NURUL ATIQAH BTE AZMI



atas perkahwinan bersama insan pilihan pada 15 Februari 2010

saya dan sahabat-sahabat lain yang berada di mesir,hanya mampu menghulurkan ucapan tahniah kepada anda berdua

moga perkahwinan anda bersama insan pilihan,AKH UBAID B AKLA akan terus menjadi batu loncatan kepada semangat saudari dalam terus menjadi sayap kiri kepada perjuangan Islam


salam juang dari saya,TUAN MOHD HANIF,MOHD NAQIUDDIN dan MOHD SYAZWAN
kaherah,mesir



Click Here to Read More..
Share

SEKILAS MATA MEMANDANG.....

15 February 2010

hidup dah nak masuk tahun ke 20 pada 10 mei ni...taklifan sebagai hamba Allah pun makin bertambah...semakin matangya hidup semakin banyakla saat-saat kehidupan ini perlu diserahkan sepenuhnya untuk Islam...kerana memang inilah tiket untuk mendapat keredhaan Allah....

semangat dalam bekerja pun perlu sntiasa digilap agar ia tidak pudar....walau sehebat mana pun seseorg dalam bekerja demi Islam,pasti akan sampai satu masa diri akan merasa lemah dan tidak berdaya dengan tanggungjawab dakwah yg dipikul....

pandangan hati sntiasa memerhati norma-norma pergerakan hidup insan...khususnya susuk peribadi diri....perhatian terhadap pmbinaan kemahiran diri menjadi daie,pembacaan thaqafah harakiah dan 'ulum islamiyah terus ditumpu...hinggalah pada hari ini,mataku terkilas memandang satu buku yang dibawa dari malaysia 'Mensucikan Jiwa' oleh Sa'id Hawwa...

tersentak juga buat seketika diriku...Ya Allah.....betapa kosongnya hati ini...bunga semangat terus mekar namun,bunganya tidak secantik yang disangka..keikhlasan hati sukar diperoleh...tapi diri ini jarang berusaha bagi mencapainya....

kadangkala,ketika duduk bersama para sahabat,berbicara soal agama,permasalahan umat dan ancaman dakwah,alhmdulillah....ada seseorg yang mengingatkan akan ketulusan dan keikhlasan hati dalam bekerja.....

sibuknya terhadap tanggungjawab zahiriah hingga terlupa kepada tanggungjawab batiniah dan ruhiyah....ramai yang terlepas pandang...kesibukan dalam bekerja,mnyebabkan penjagaan hati terabai.....tidak saya maksudkan bekerja demi Islam itu adalh salah...cumenye,kita yang ingin menggalas tanggungjawab yg mulia ini,jangan sesekali diabaikan penjagaan hati...malah sepatutnya diri inilah yang paling hebat berbanding mereka yang lain...

kealpaan,kelalaian,dan kelekaan dalam menjaga hubungan antara hamba dan tuannya pasti memberi kesan bagi mereka yang bergelar pndakwah....tidak hairanlah,kecacatan dalam pelaksanaan,kelompangan dalam pengaplikasian dan kesalahan dalam perbuatan pasti berlaku dalam kerja dakwah....

kesilapan yang amat besar bagi mereka yang berjalan di atas jalan mustaqim ini,hati tidak disertakan sekali.....

krisis yang wujud dalam alam globalisasi manusia,sama ada berbntuk ekonomi,sosial,politik,hukum dan moral berpunca daripada krisis hati dan rohani yang terjadi pada diri dan hati manusia..datanglah Nabi pelerai kekusutan..

samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

(al-baqarah:150)


matlamat pensyariatan Islam juga adalah menjaga jiwa dan diri seorang insan...kerana inilah antara tiang kejayaan kepada pembangunan insaniah bagi krisis yang dihadapi...

maka proses penjagaan hatila antara masalh yang sering melanda pekerja-pekerja dakwah....riya',u'jub dan takbur dalam bekerja....membantutkan niat-niat ikhlas dalam bekerja....

Ya Allah....Kau ikhlaskanlah hati-hati kami dalam berjuang...Kau thabatkan hati-hati kami dalam berusaha menggapai redhaMU...kepadaMU kami sembah dan kepadaMU lah kami meminta pertolongan....

Click Here to Read More..
Share

PAMERAN BUKU 2010

10 February 2010

bismillahirrahmanirrahim...

kali ni,ingin berkongsi pengalaman menghadiri Pameran Buku Kaherah buat kali ke-42..tahun ni rase mcm seronok skit..duit pun,alhamdulillah rezeki ade...banyak la diperuntukkan tuk berbelanja memborong kitab2 yg diingini...

tapi sesetengah ada berfikiran,"buat pe beli kitab banyak??"...tapi kalo saya sndiri berfikiran,"duit banyak2 nak buat pe??".....saya berpegang kepada yg pertamanya,ia adalah ILMU...yg kedua,kita tidak tahu bila kita akan memerlukannya..walau waktu sekarang tidak dibaca,saya pasti akan tiba satu masa kitab2 ini akan saya perlukan sebagai bahan rujukan...

ckupla isu2 semasa yg smakin mendatang,menjadi bukti kepada perlunya kitab2 ini diperlukan sebagai rujukan...misalnya mengenai fahaman sesetengah pihak yang menolak politik..dengan adanya mutiara ilmu daripada tulisan para ulama,kefahaman betul mampu diperoleh dan digali dari karangan mereka ini...fatwa-fatwa semasa dalam kehidupan seharian,permasalahan yang melanda kefahaman manusia terhadap Islam,mampu diperoleh melalui BERTALAKI bersama masyaeikh dan membaca nukilan mereka....

yang ketiga,andai saya mati,buku-buku ini masih boleh digunakan oleh generasi-generasi terkemudian dan mungkin juga diwakafkan kepada mana-mana pihak yang menginginkan...selagi mereka menggunakannya untuk terus menggali kalam para ulama,insyaallah kesinambungan rantai manfaat tidak akan terputus

alhamdulillah saya bersama rakan-rakan yang mempunyai pemikiran seperti saya...sikap tidak begitu kesah jika duit lebih kepada mengumpul mutiara-mutiara ini.....

tapi terpulanglah...ini pegangan saya...sesiapa yang kesah duitnya dibelanjakan untuk ilmu,terserah......pendapat masing2....tidak perlu untuk diperdebat sesama kita....ini rezeki yang Allah berikan dan perlu dibelanjakan di jalan yang dituntut...dan inilah cara saya....jika setuju,ok....jika tidak,berdiam sahaja.....

hehe...tiada niat untuk berkontroversi...takde pe2 pun...sj je (^_^)


kt maktabah arab saudi..di ruang pameran pelan pembangunan masjidil haram




berehat sebentar selepas mengangkut kitab2


mcm kt oversea plak


suasana sekeliling


abdul hafiz meninjau kitab2 yang ada

menunggu kawan membungkus kitab dan dimasukkan ke dalam beg

rasenye...sekadar ni saja yang mampu dikongsi...tahun depan,jemput la kepada sume untuk hadir bagi memeriahkan suasana...baik yang berada di mesir mahupun di malaysia =)

wassalam

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails