Followers

MAHLIGAI KASIH

16 March 2010



tahniah diucapkan kepada ustzahku,Ustazah Zakiah atas pembinaan mahligai kasih bersama suami..

semoga ustazah akan terus mengikat kasih hingga ke syurga..


link gambo kt facebook kwn,Amirul Asyraf

teringat dulu masa join team nasyid kisas...ustzah zakiah yang jadi penasihat..

seronok ngn dia..belanja makan,buatkan air asam jawa (nak jaga suara la konon),belikan gula batu..sanggup balik malam n perhati kitorg berlatih...jahitkan baju nasyid...basuhkan baju,gosokkan....rase mcm mendapat belaian seorang ibu...

nasyid 07

kadang-kadang tu,rase kesian pun ade...tengok raut kepenatan di wajah ustazah...tu yang kadangkala ustazah merajuk kalo anak-anak die ni buat hal =)

memang kitorg taubat tak buat hal lagi...dan kalo nada cakap dan raut muka len macam skit...ada la tu yang tak kena...kitorang pun jaga-jaga sikit perlakuan kitorang..

ada yang cuba amek hati,pujuk-pujuk,cuba riangkan hati...

walau apapun...ustazah tetap yang ceria dan suka berkongsi cerita...barakallahu lahuma..ameen..


Click Here to Read More..
Share

AKU TIDAK MAMPU..

15 March 2010


melakukan kerja secara berseorangan sememangnya mengundang satu kepenatan...sokongan rakan dan bantuan motivasi diperlukan..

diri merasakan semangat yang berkobar dalam merealisasikan sesuatu..tapi,kadangkala mata hati menyedari keterbatasan diri dalam melaksanakan...

hanya inginkan sesuatu yang lebih baik...melibatkan manfaat bersama..tapi,halangan tetap ada
arus pemikiran yang berbeza akan tetap ada...bentuk fizikal yang hampir sama,tidak pernah menjanjikan arus pemikiran yang sering sama..

diri terus bermuhasabah...meratap kudrat diri...mungkin diri terlampau dalam menginginkan hajat hati...

diri merasakan itu yang terbaik...dituruti tuntutan nafsu....matlamat yang rapuh dianggap jelas..
akal dihijab dari kebenaran...rantai nafsu terus mengikat tanpa ingin melawan untuk berundur..

diri akan tetap menghadapi kesakitan dalam berjuang...walau tidak secara fizikal,pasti akan merasakan kesakitan mental....

diri dilanda kepenatan...merasakan ketidakmampuan dalam meneruskan....hanya laungan semangat dari sahabat yang menjadi bara dalam memastikan api semngat ini tidak akan terpadam..

lisan ini pernah melontar kata-kata bahawa berjuang ini tidak pernah senang..mehnah dan tribulasi pasti dihadapi...

namun,ketika diri berada di alam nyata..melihat cabaran yang ada...akar prinsip tersebut seakan rapuh...seperti sedang menunggu masa dimamah anai-anai dan rebah menyembah bumi..

mengapa ini yang berlaku??

diri terus mempersoal...adakah mulut ini memang hanya petah berkata tanpa bersedia hakikat sebenar?? adakah diri ini hanya ingin menjadi seperti golongan yang dilaknat Allah dek kerana banyak berbicara dari melakukan??

Ya Allah...kuatkanlah hambaMU ini...hanya kepadaMU diri ini bergantung..hanya kepadaMU diri ini bersujud...




Click Here to Read More..
Share

ANTARA 2 JALAN

12 March 2010




"hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah nafsu
yang tercela. Tiada satu pun nafsu yang terpuji dan nafsu tiada kaitan langsung
dengan al-haq. Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada
nafsu atau merasa senang hati dengan nafs
u"

"kita hanya ada dua pilihan:
Wahyu (syariat), atau hawa nafsu. Tiada pilihan ketiga. Jelaslah bahawa
kedua-duanya adalah dua sifat yang berlawanan. Apabila wahyu
mengatakan sesuatu itu hak, lawannya adalah nafsu dan apa jua yang
mengikut nafsu dengan sendirinya bertentangan dengan yang hak.
"

"Syariat hanyalah satu iaitu syariat Allah. Selain dari itu hanyalah nafsu yang
bersumberkan kejahilan. Pendokong dakwah wajib mengikuti syariat-syariat
Allah sahaja dan meninggalkan segala keinginan-keinginan nafsu. Mereka tidak
boleh menyeleweng dari syariat dan tidak boleh cenderung kepada nafsu walau
sedikitpun
"


petikan Al-Muntalaq

Click Here to Read More..
Share

BETUL KE METODOLOGI MASAK TU??

08 March 2010

saya panggil mak saya dengan gelaran 'mami'..tak tau la ianya adalah translation dari 'mommy' atau dari perkataan lain...yang pnting,apa yang saya tau mak saya ni memang suka membuat sesuatu perkara lain dari yang lain...jadi,mungkin juga panggilan 'mami' tu antara usahanya untuk sentiasa menjadi yang lain dari yang lain..



sepanjang saya hidup dan sejak berkemampuan untuk berfikir secara dewasa dan sebagai seorang anak lelaki,saya sedar...sememangnya mak saya memang suka buat perkara lain dari yang lain..mami seorang yang begitu berdedikasi,seorang yang ligat...walau sakit mana pun,pasti ada je keje yang ingin dibuatnya...

saya ingat lagi masa saya sekolah menengah dulu,mami pernah terseliuh buku lalinya dan terpaksa disimen kerana terjatuh dari tangga (tangga banyak sangat agaknya kt rumah tu)...tapi,keje2 rumah tetap berjalan...memandangkan diri sndiri tak mampu nak buat,maka adanya anak-anak pengganti tenaga mami...

seorang yang cergas...bayangkan,dalam umur yang sudah melewati 60 tahun,mami masih mampu mnguruskan rumah baik kawasan dalam mahupun halaman rumah yang besar tu...jikalau cuti hujung minggu,memang habis dikerjakan halaman rumah...yang sering menjadi mangsa,adalah bunga-bunga yang ada...banyak sangat bunga di rumah tu,tapi...mami masih mampu membuatnya bersama-sama abah...

mami memang minat dengan perhiasan bunga...macam-macam bunga ade kat rumah...saya pun tak tau nama-nama bunga secara keseluruhannya...





inilah antara bunga-bunga yang sentiasa mendapat sentuhan dari mami dan abah...di sini jualah mereka terus menyemai rasa kasih dan sayang mereka dalam meneruskan hidup mereka...taj mahal inilah yang menjadi bukti kasih cinta mereka...pemergian seorang demi seorang daripada keseluruhan 9 orang anak yang kian dewasa,meninggalkan satu kekosongan dalam kehidupan...di mahligai inilah mereka berpaut antara satu sama lain dalam memastikan keutuhan ikatan kekeluargaan ini terus teguh...bunga-bunga inilah yang menyaksikan segalanya...

so,memang bertuah ada mak yang prihatin terhadap persekitaran dan keselesaan rumah demi keluarga tercinta =)....bapa saya pula,jenis pendiam sikit...tapi sntiasa menyokong apa yang mami lakukan.....

kadang-kadang tu,kelakar pun ade bile melihat mereka tidak sependapat dalam sesetengah perkara...mami cakap tu,abah cakap ni..mami nak itu,abah pula kadangkala tak setuju..tapi,abah jenis mengalah...walau tidak sependapat,namun akan diturutkan jua hasrat isteri tercinta...sebab,apa yang mami buat kesemuanya untuk kami,anak-anaknya....

mami dan abah bersama sebahagian anak-anak,menantu dan cucu-cucu...raya 09..


kalo balik cuti sekolah,seronok dapat balik rumah....dapat tengok kehijauan dan keindahan tanaman bunga...di kala waktu petang,tiupan angin yang datang,membuai dedaun bunga...membuatkan mata seronok melihat rentak tari setiap dedaunan ...

bab masak pula,saya memang tak mampu nak ulas panjang....kadangkala terpikir,sebilangan mengatakan metodologi memasak adalah sekadar 'main campak-campak'...betul ke?? hehe..saje je trpikir teori ni...tapi,sejauh mana pembuktian teori ini??

seorang ustazah saya,Ustazah Latifah semasa di SMKA Segamat dulu kata,"bergantung kepada air tangan seseorang...kadang-kadang resepi sama,tapi rasa lain-lain sebab air tangan yang berbeza"

ye,saya setuju dengan kata-kata ustazah saya ni...dan juga saya lihat,air tangan yang ada pada mami memang hebat....saya suka tengok mami masak..men campak-campak je....tapi tetap sedap...dulu,ada beberapa kali buat rumah terbuka kat rumah...sume masakan,mak saya yang masak...buat mee rebus,buat sambal kering dan macam2 lagi...dan yang paling menjadi makanan kegemaran kami adik-beradik,nasi ciptaan mami...

nasi ni,sampai sekarang masih belum dikurniakan nama oleh mami...nak kata nasi beriani,bukan...nak kata nasi minyak,bukan....cuma warna je macam nasi minyak...tapi rasanya totally lain...dan bersama-sama nasi ni,ada acar sayur,daging masak kurma (kalo tak silap) dan ada la lauk pauk yang lain...nasi dagangnya pun cukup menyelerakan..

masakan barat pun mami pandai...sebab dulu mami ikut abah sambung belajar ke oversea,tu yang pandai agaknya...dari dulu saya nak makan pizza buatan mami..tapi sampai sekarang tak merasa lagi...mungkin sebab sibuk kot.....
ingat lagi ada skali tu,kawan mami nak datang....so,tertanye2 la jugak nak masak pe...tapi mami tenang je...tengok bahan-bahan yang ada kat dapur,mami pun masak la pe yang ada....masa tu,mami masak 'bihun masak kicap' (herm,xtau la betol ke tak nama ni...just andaian sndiri)..sedap..sekejap je masak...kicap pun ada...masuk tu,masuk ini,campak sana,campak sini,SIAP!

kalo raya,lagi seronok...cakap je nak masak pe...mami akan masakkan...dulu,slalu juga mami masak laksa..laksa johor dan laksa penang....lagipun,sebab saya ni suka makan laksa..tu yang mami masak...bile raya,mesti ada rendang,ada lemang...mami suka masak rendang tok...cucu-cucunya sume suka makan rendang tok masakan mami...kalo lemang pula,mami tak pakai buluh,tapi pakai kertas aluminium...daun pisang digulung dan diiletakkan di dalam kertas aluminium yang juga digulung...selepas itu,masukkanla pulut kedalamnya dan kemudian rebus...saya ingatkan cara ni dikenali...tapi bila tanya kawan-kawan,diorang pun pelik =)...mungkin juga mami memang suka menjadi 'orang lain',mesti cara pun lain....

sekarang ni,bila mengenangkan kembali memori tersebut baru rasa menyesal tak belajar masak dari mami...dulu,sebelum berangkat ke mesir,mami slalu juga tanya,bila nak belajar masak?? macam-macam alasan diberi nak mengelak dari belajar....sekarang,baru terasa rugi.....

kalau ada rezeki untuk balik tahun ni,saya nak tebus semula kekesalan tersebut =)

sejak umur menjangkau umur 50 dan keatas ni,dah kurang sikit memasak...anak-anak pun dah besar...jadi,tak perlu dirisaukan sangat....mami pun sibuk dengan kerja lain...mengajar dan berkhidmat bawah MAIJ sebagai salah seorang tenaga pengajar Al-Quran...baik kepada warga-warga emas,mahupun kepada pelajar-pelajar sekolah menengah....keluar tengah hari,balik malam...selepas maghrib,keluar lagi....sekitar 10 malam,baru boleh berehat di rumah...

rasanya,setakat ini perkongsian saya mengenai mami...bagi saya,mami seorang isteri yang cemerlang,seorang ibu berdedikasi dan seorang nenek yang menawan ;)


* silalah ke blog abah saya yang pertama...abah juga ada mendedikasikan cintanya kepada mami...di blognya yang kedua pun ada kisah lebih lanjut...

Click Here to Read More..
Share

INILAH JALANNYA!

04 March 2010


"Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang
terbentang di hadapan anda.
Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah
dengan sendiri yang mana haq dan yang mana batil.

Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan?
Apakah tauhid yang betul atau syirik?

Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala
atau tidak?
Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta
?
Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau bengkang-bengkok?


fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan,
Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan,
hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada
nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa
yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk
kebenaran untuk manusia sepanjang zaman.."

-Abul A'la Al-Maududi-

Click Here to Read More..
Share

manusia sepatutnya lebih berukhwah

02 March 2010



sahabat,lihatlah kasih sayang antara makhluk ALLAH.menitis air mata tika
melihat dan menghayatinya..

Disaat si bertina terluka dan kecederaan yang kritikal



Burung jantan membawakannya makanan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang



Datang lagi membawakan makanan tapi terkejut dengan kematian burung betina, ia
pun berusaha untuk menggerakkan pasangannya.



Burung jantan lalu menyadari bahwa jantung hatinya telah tiada dan tidak akan
kembali lagi bersamanya, ia pun menangis dengan kepedihan akan cintanya
yang hilang.



Berdiri disampingnya dan meratap atas kematian kekasihnya.



Akhirnya terdiam, menyadari kekasihnya tidak akan bisa kembali lagi kepadanya,
ia berdiri disamping kekasihnya itu, dengan kesedihan mendalam.



Mendalamnya kasih sesama makhluk. Anugerah ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.

********************************************************************

saya rasa,ramai yg dh baca post ni kt blog2 len...tapi,just nk berkongsi dengan yg masih belum membacanya...dari blog sahabat saya http://zibang-bestinme.blogspot.com/

laungan 'UKHWAH' terus dicanang...tapi sejauh mana ia digarapkan dalam kehidupan sosial kita dalam seharian?? walau berbezanya bentuk pemikiran kita,bukan itu persoalan...yang penting,titik persamaan ditumpu,manakala titik perbezaan pula dipertimbang...

bukan alasan perbezaan pndapat menjadi lesen pertelagahan berlaku...sepatutnya kita kembali kepada manhaj islami dalam berkhilaf..bukan bukan untuk menjadi yang terbaik,tapi mencari yang terbaik...kehidupan ini bukan hanya kita seorang,tapi dalam usaha memurnikan benih persahabatan...

khilaf itu pasti berlaku,tanda pemikiran seorang insan adalah terbatas...juga menjadi bukti kita saling memerlukan dalam menjana satu jentera pengislahan umat...

kita adalah mukmin...kekuatan iman terhadap prinsip Islam,benteng kepada pengukuhan ukhwah

'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai..'
Al-Imran:103

'janganlah kamu bercerai-berai..',perintah untuk berada dalam satu kumpulan mukmin dan larangan daripada berpecah belah - tafsir Ibnu Kathir

namun kita tidak mampu lari dalam nafsu dan godaan sang syaitan yang terus giat menyemarakkan api kemarahan yang terus mngundang perpecahan dalam memastikan banyakknya manusia yang akan mngikut makhluk durjana ini ke neraka...

berpeganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah...disitu pasti terjamin ikatan ukhwah yang kita idam-idamkan....kita bukan para sahabat,tapi kita jualah umat akhir zaman yang Nabi banggakan...keizzahan kita sbg umat Baginda akan terus memberi sinar kepada sekelian nurani insani...tapi ianya akan terealisasi hanya jika Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan hati dan pedoman sanubari dan bukan sekadar menjadi koleksi juga bukan sekadar barang untuk dihiasi...

Click Here to Read More..
Share

BENARKAH DAKWAAN ITU??

01 March 2010

12 Rabiulawal merakamkan satu peristiwa pnting yang terhebat dalam sejarah kewujudan manusia di dunia ini….dan pada sambutan mauled yang lepas juga,saya dan beberapa sahabat yang lain turut serta dalam acara sambutan Maulid Khairul Anam,Nabi Muhammad S.A.W…..bertempat di masjid Al-Asyraf,di Jabal Muqottom….majlis yang diadakan oleh Syeikh Yusri Ar-Rushdi Al-Hasani…salah seorang ulama azhar yang tidak asing dalam kalangan masyarakat mesir apatah lagi pelajar Malaysia….majlis bermula seusai solat jumaat…tapi,kami pergi awal ke sana untuk mendengar khutbah jumaat yang akan beliau sampaikan dan juga bagi mengelakkan sebarang kesesakan…..


Selang beberapa ketika setelah tibanya kami di sana,kelihatan Syeikh melangkah masuk ke ruang masjid tanda khutbah akan dimulakan sebentar lagi…pakaian serba putih,raut wajah yang serba tenang dan penghormatan para jemaah yang ada kepada beliau,menyebabkan hati berasa seronok melihat Ulama ini….terasa ketenangan hati dan kedamaian jiwa berlaku dalam diri….



Khutbah beliau berkisarkan mukjizat Kekasih Umat sepnjang kehidupan Baginda S.A.W…..sudah lama diri ini tidak dijamukan dengan manisan akan kisah hidup Baginda….diri sudah lama tidak terjaga dari lena hati….diri ini sudah lama tidak merasakan zouq keizzahan baginda meresap ke dalam diri…diri ini juga bersyukur kerana masih diberikan pluang untuk terus menjadi Umat Baginda S.A.W…….

Saya tersenyum sndirian ketika khutbah disampaikan….seronok,teruja dan ‘excited’ mndengar setiap saat kisah baginda menjalani hidup di dunia ini….berulang kali ibarat ini diperdengar oleh Syeikh,“Baginda adalah manusia tapi bukan seperti manusia-manusia yang lain”. Baginda sentiasa berbeza dengan makhluk yang lain dalam setiap aspek…setiap saat hayat Baginda bermulanya sejak di dalam rahim Ibunya hinggalah kesaat kewafatan Baginda,tidak sama perjalanan hidupnya dengan kesemua makhluk yang ada

Ya,sememangnya hayat Baginda tidak sama….perkara yang dianggap satu kecelakaan keatas manusia biasa,ianya merupakan satu barakah dan penghormatan kepada Baginda….kisah pmbedahan dada baginda oleh malaikat Jibril didalam Ar-Raheeq Al-Makhtum yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik oleh Imam Muslim dalam kitab hadis sahih beliau….pabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, di mana Rasulullah telah didatangi Jibril (a.s),ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talam emas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka, "Muhammad telah dibunuh". Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda kepucatan.’ -kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum


Syeikh Said Ramadhan Al-Buti menyatakan didalam kitabnya Fiqh As-Sirah,bahawa ini lah tanda bahawa baginda adalah manusia yang telah bersedia dengan tugas pembawaan risalah wahyu sejak waktu kecil baginda..keperibadiaan agung ini mula melakar dan membentuk pengaruh dalam sejarah ketamadunan masyarakat dunia....satu nama yang telah disebut oleh para anbiya terdahulu,nama yang terukir di benak fikiran umat terdahulu dan nama yang bakal menggegarkan pentas peradaban dunia....



itulah MUHAMMAD,Rasulullah sollallahhualaihiwasallam....


Hati yang bersih,tubuh yang cekal,pemikiran yang tajam dan akhlak yang termulia,teradun dalam peribadi agung Baginda....ketabahan Saidina Nuh,kehikmahan Saidina Musa,keteguhan Saidina Yusuf,keizzahan Saidina Sulaiman dan kesemua sifat mulia yang pernah wujud dalam kelompok manusia di muka bumi ini,berhimpun dalam susuk diri Baginda....Bagindalah ikutan yang selayaknya bagi semua insan....


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” Al-Ahzab:21


Penjagaan yang teramat istimewa diberikan kepada Baginda di setiap detik hayat baginda....pelbagai mukjizat yang berlaku,menguatkan kepercayaan diri akan keimanan terhadap kenabian Baginda..pentarbiyahan secara langsung dari kekasih Baginda,keatasnya memberi kesan yang teramat dalam mempersiap diri Baginda untuk berhadapan dengan pelbagai karenah umat....ditarbiyah kesabaran Baginda dengan mengembala kambing,menjadikan baginda mampu bersabar dengan pelbagai mehnah,tribulasi dan cabaran yang didatangkan kepada baginda....di situlah baginda bersabar dalam memformulasikan satu model insaniah yang bertepatan dengan fitrah manusia dan dididik keatas umatnya...generasi para sahabat,para tabi’in,para tabi’ tabi’in dan barisan umat Baginda yang terkemudian,mampu terus berpegang dengan prinsip yang dipasak oleh Baginda,bukti ajaran dan risalah alam yang dibawa bukan sebarangan ajaran...ia adalah risalah ilahiah dan panduan rabbani yang tidak mampu dicipta sama sekali oleh mana-mana manusia hatta Baginda sendiri


Dan sudah semestinya pilihan yang Sang Pencipta dalam memilih Sang Penyampai bukan pilihan yang biasa....terkesannya ajaran agama ni kesegenap pelusuk....berkembang dari sbuah sahara....menyusur dalam diri sbuah bangsa...bangsa yang dianggap hina oleh bangsa yahudi...gelaran ‘Ummiyun’ yang bererti binatang yang hina dipahat keatas diri mereka....mereka tidak dipandang oleh bangsawan dunia dek kejelekan dan ketidakmadunan mereka...


Datanglah risalah ketuhanan mengubah atmosfera hidup...suasana kejahilan bertukar menjadi suasana keilmuan...pegangan kebatilan beralih kepada pegangan kebenaran...dan kefasadan yang menjalar menjadi keamanan yang tersebar.....kesemuanya kembali kepada jasa penghulu para pemimpin,dan pemimpin para penghulu......


Keazaman dan keikhlasan mendahului segala-galanya...datanglah walau sehebat mana halangan dan ancaman,namun tugas ini akan tetap diteruskan...baginda dipinta pak ciknya untuk menghentikan segala yang sedang dilakukan...namun,”Wahai pak cikku,Demi Allah walau mereka letakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku tinggalkannya,sudah pasti aku tidak akan berundur sama sekali!”-sirah Ibnu Hisham


Dek kerana untaian kata inilah,kehidupan dalam kalangan salah sebuah kabilah yang begitu masyhur dan dihormati,menjadikan hayat baginda berada dalam legaran dan era penyeksaan serta ujian kesabaran yang menjadikan diri baginda terus kuat....bersama Baginda dan para sahabat radiallahuanhum,adanya Allah taala peneman diri,pelindung jiwa,penenang segala kekusutan dan pelerai bagi ketegangan...


Setiap saat,setiap detik perjalanan hidup Baginda tidak pernah lekang dari pelbagai cercaan,celaan,kejian,ancaman,makian dan tohmahan...di sinilah,sirah Baginda mengajar kita akan bentuk perjuangan sebenar dalam usaha menegakkan Kalimah Al-Hak dalam kalangan masyarakat.....perjuangan yang sebenar tidak akan bersenang...perjuangan ini tidak akan sunyi dari kesusahan...perjuangan hakiki akan sentiasa diuji zahiriah dan batiniah diri,keimanan dan kebergantungan diri.....inilah perjuangan hakiki yang berjalan diatasnya para rasul dalam menyempurnakan tugas mulia ini...




Saya dan para sahabat ingin menyusuri jalan ini...tapi,acap kali datang lintasan monolog dalaman di benak hati...benar ke aku ni sudah benar-benar layak menjadi pejuang?? adakah aku sudah teruji keimanan dan ketetapan diri?? Adakah aku sudah merasa ditohmah oleh musuh?? Adakah sudah teruji kesabaran diri?? Adakah diri telah berjaya melepasi mehnah yang datang??



Tidak kira dalam apa jua bntuk halangan dan mehnah sekiranya kita mengisytiharkan diri ini benar-benar beriman,halangan dan ujian akan datang dalam pelbagai bentuk...


Diselak helaian kitab-kitab tafsir yang ada,saya mencari makna sepotong ayat....


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji

(dengan sesuatu cubaan)?” Al-Ankabut:2



Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya,”Semestinya akan diuji para hambaNYA yang beriman bergantung kepada tahap keimanan yang ada dalam diri mereka”


Syeikh Said Tantawi berkata dalam tafsir Al-Wasiit,”Adakah manusia akan dibiarkan tanpa ditimpa ujian,bala,musibah,hanya kerana mereka berkata akan Iman?? Sesungguhnya sangkaan mereka itu adalah sangkaan yang batil...kerana iman bukanlah sekadar untaian huruf yang diungkap semata-mata dengan lidah,bahkan ia adalah akidah yang menyebabkan pemiliknya akan diberikan dengan pelbagai bentuk bala dan ujian..............................................disitu akan terzahirlah perbezaan kekuatan iman daripada kelemahannya”


Syeikh Wahbah Zuhaili pula dalam At-Tafsir Al-Munir,”manusia menyangka mereka akan dibiarkan selepas semata-mata mereka telah mengatakan:kami telah beriman kepada Allah dan rasulNYA,tetapi mereka tidak didatangkan dengan kesusahan tanggungjawab seperti hijrah dan jihad fi sabilillah,menlawan hawa nafsu dan pelbagai tuntutan ketaatan dan kefardhuan yang berbntuk harta dan fizikal.......................ia adalah untuk membezakan mukmin yang benar-benar ikhlas daripada munafik,yang benar-benar berpegang teguh daripada yang hanya sekadar terpaksa”


Syeikh Yusuf Al-Qardhawi sndiri mempunyai sejarah perjuangan yang getir dalam menjalankan tanggungjawab beliau...beliau pernah ditangkap,dipenjara....kita lihat pula kepada yang mengatakan diri telah mengikut manhaj perjuangan Jemaah yang pernah menggegarkan bumi mesir dan menggugat kedudukan puak-puak yahudi....adakah kita sebetulnya telah mengikut manhaj jemaah tersebut?? Mereka menempuh pelbagai sekatan hidup,kita juga telah menghadapi?? Mereka pernah merasa ancaman bunuh,kita pernah merasainya?? Datangkan bukti andai benar-benar jemaah yang pernah masyhur di bumi Mesir ini tidak pernah merasai fitnah!



Bagaimana pula dengan sejarah Ulama terdahulu?? Keikhlasan dalam memperjuang Islam yang sebenar-benar Islam,pasti akan menempuh mehnah...Mehnah yang lazimnya akan didatangkan keatas mana-mana muslim yang ingin berjuang mempertahankan kesucian agama ini....



Adakah betul iman yang ada ini sebenar-benar iman??


Amati sedikit sebanyak kepayahan baginda dari Ar-Raheeq Al-Makhtum:


1. ‘.....................Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan hadith yang memberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu.’

2. ‘……………….mengambil uncang najis sembelihan terbuang itu dan meletakkan ke atas belakang Muhammad semasa beliau sedang sujud itu, maka bangun yang ternakal di antara mereka iaitu Uqbah bin Abi Muit beliau membawa uncang najis itu dan beliau tunggu hingga apabila Rasulullah (s.a.w) sujud maka beliau meletakkannya ke atas belakang Rasulullah di antara dua bahunya…………………….’

‘Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang Baginda……………..’

3. ’ Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah, beliau pasti mencela dan memaki hamun Baginda……’

Tidak lupa kepada para sahabat yang bersama-sama Rasulullah….

1.‘pihak musyrikin telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untuk membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya lagi menggerunkan.’

2. ‘Umaiyah bertindak di luar batasan kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti menarik seekor binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya kesan dari jerutan tali..’

3. ‘Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panas membakar, di sana mereka disiksa………ibunya Sumaiyah adalah Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula tombaknya melalui farajnya…’

4. ‘Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar, beliau telah disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah….’

5. ‘Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba' al-Khuza'iyah, pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuat-kuatnya, memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu panas dan menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun....’


Maka,apabila kita berbicara soal perjuangan….ianya bukanlah benda yang remeh…keikhlasan yang diperlukan….jika kita mengaku dan mendakwa diri ini hendak berjuang,maka secara tidak langsung kita mengisytiharkan diri ini sudah bersedia dengan pelbagai ujian dan cabaran…


Sebilangan mendakwa usaha dakwah mereka yang terbaik…ada yang mendakwa merekalah sebenar-benar pejuang…..tapi,satu persoalan seharusnya dijawab,ADAKAH ANDA SUDAH DIUJI???


Diri ini masih tidak layak untuk bergelar pejuang dan masih jauh perjalanan dalam mengkaderkan diri ini dalam menjadi generasi yang benar-benar ikhlas memperjuang Ad-Deen ini kerana MASIH BELUM DIUJI….



TETAPKANLAH AKU DIATAS JALANMU YA ALLAH…..


Wallahualam

Mohammad Izzat Naqib b Md Yusof

Rumah Amanahraya,Kaherah,Mesir

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails