Followers

PEMERGIAN...

25 October 2009

assalamualaikum.....

berita kematian sahabat sekula dulu,IZAIFAH BTE JAILANI...saya baru tahu tadi...rase mcm bengang kt diri sendiri pun ade gak...ye la,org sume dh ramai tau...diri ni baru terkial2 nak cari pasal berita tersebut....innalillah....anggapla segala kematian sebagai senario percaturan hidup seorang insan di atas pentas dunia ini yang dikawal sepenuhnya pembina pentas....keterimaan hati yang sentiasa bersangka baik terhadapNYA mampu menjadikan kita lebih mengenali kehebatan serta kekuasaanNYA...

tuk berita yang lain...http://kisas52.blogspot.com/ dan http://max-mrvica.blogspot.com/

SESAPE YANG ADE BERITA LANJUT,MOHON UNTUK DIKONGSI BERSAMA...

wallahualam....

Click Here to Read More..
Share

ERTI CINTA...

24 October 2009

kalimah CINTA..... satu lafaz yang bisa diucapkan oleh semua orang....hakikat kalimah ini bukanlah sekadar lafaz,bukan perasaan kesukaan yang biasa...
Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah swt. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan , manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki . Manusia memiliki fitrah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia. (انسانية الإنسان)

Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia . Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia . Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian , keamanan dan ketenangan . Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah .


Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt.


من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليحب المرء لا يحبه إلا لله عز و جل

(رواه أحمد و الحاكم)


“Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt.”


Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serious oleh ummat Islam hari ini . Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan ummat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik . Krisis cinta palsu telah memapah ummat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial.


Individu muslim sewajarnya peka terhadap kehadhiran cinta yang menguasai jiwa. Cinta yang berlojikan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh sandiwara.


Firman Allah swt:


لا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب

( ص: 26 )


“Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu , kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . Sesungguhnya orang - orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.”


Firman Allah swt.


و قال نسوة فى المدينة امرأت العزيز تراود فتاها عن نفسه قد شغفها حبا إنا لنراها فى ضلال مبين

( يوسف: 30 )


“Dan wanita - wanita di kota berkata : Isteri Al Aziz (sebutan bagi raja di Mesir) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya . Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata.”


Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan aqidah Islamiyyah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah. Firman Allah swt:


قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم و الله غفور رحيم.

(ال عمران: 31)


"katakanlah:jika kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah menyintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


maka ,hakikat keindahan sebuah cinta jangan sesekali disalaherti...global pemikiran yang salah terhadap makna cinta menjadikan sesetengah golongan merasa jijik terhadap cinta...Islam adalah agama yang indah....blok fikiran sesetengah mereka yang berfikir sedemikian,menatijahkan fahaman yang sebaliknya...


tanpa cinta,kita tidak mampu menjadikan Allah sebagai matlamat..

tanpa cinta,Rasul tidak akan menjadi ikutan...

tanpa cinta,Al-Quran tidak akan menjadi panduan

tanpa cinta,Jihad tidak akan menjadi jalan kehidupan..

tanpa cinta,Syahid tidak akan menjadi cita-cita..



perkelanaan dalam memperoleh cinta Allah tidak pernah menafikan segala wasilah yang boleh menyampaikan kita kepadaNYA...percintaan sesama insan tidak pernah menjadi penghalang....sulaman keimanan dan ketakwaan menjadi syarat...perhubungan yang tidak didasari dorongan nafsu menjadi batasan...segalanya menjadi indah jika Islam menjadi pengikat....


wallahualam......realisasikan hakikat cinta.....

Click Here to Read More..
Share

SATU PERJUANGAN...

18 October 2009

assalamualaikum.....

sesi kuliah dah bermula..perjalanan hidupku bermula semula setelah sebulan berhibernasi di rumah kembali sdia kala...

perjuangan dalam menuntut ilmu kian mencabar....hanya ketabahan menjadi penyabar...
kelunturan dalam berjuang semakin mendepani.....namun segalanya perlu ditempuhi..
hari yang mendatang pastinya berbeza..menjadi penentu keislahan jiwa..
kadangkala ketidakdayaan mengikat diri...adanya para sahabat sebagai pelerai...
semangat ini kian berubah...dalam bersungguh menjadi pengubah..
tugas ini bukanlah mudah...namun balasannya adalah indah...
bukanla niat diri ini untuk berkarya....sekadar untuk luahan rasa

sesi kuliah

perkelanaan sepanjang setahun diriku di sini...banyak yang telah ku pelajari....proses pengislamisasian dan mengikis sikap pedulisme dalam diri masih perlu ditingkatkan...blog ini kian dilawati...tetapi tidakla bermakna ilmu dihati sehebat sinar mentari...

aku bersyukur hidup dalam suasana keilmuan bersama sahabat-sahabatku....kegigihan dalam mata mereka terus membakar.....konsep kekeluargaan dalam kalangan kami terus disemai..kerana bersama merekalah diri ini berkongsi...gelak tawa,pahit manis,susah senang dan rasa rindu menjadi satu pengikat kepada keutuhan hubungan ini....



muhasabah diri...

namun.....aku harus ingat.... ALLAH tetap dihati ini....NABI MUHAMMAD pembaiki diri...ISLAM penenang hati....kesyukuran harus didahului....

Click Here to Read More..
Share

REALITI UMAT ISLAM

15 October 2009


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..

ASSALAMUALAIKUM…..

Dunia Islam pada hari ini menyaksikan pelbagai permasalahan yang melanda umat dan masyarakat yang menjadi antara faktor kemunduran dan kekalahan kita terhadap puak-puak Orientalis,Zionis,Kristianisasi dan gerakan anti-Islam yang lain…

Dalam kita mensibukkan diri dengan kancah politik yang kian hangat di persada pentas negara Malaysia,perbalahan antara dua persatuan yang giat melebarkan sayap pengaruh mereka di bumi Mesir ini….kita mungkin terlupa terhadap realiti yang berlaku yang menjadi barah kepada masyarakat kita…..

tidak dapat dinafikan bahawa bibi-bibit kemenangan Islam sudah mula terpancar dan sinar harapan untuk mengkuburkan secara terus fahaman dan perlembagaan Sekularisme bakal menerangi norma-norma kehidupan masyarakat kita….namun,segala-galanya harus disertai sekali dengan usaha-usaha mengislamisasikan fahaman yang kian berkecamuk dalam akal ahli masyarakat kita yang jelas jauh bercanggah dengan Islam…di dalam kitab JUNDULLAH:THAQAFAH DAN AKHLAK,Said Hawwa telah memberikan 2 permasalahan yang melanda fahaman umat

  1. Fahaman muslim pada hari ini tentang islam adalah fahaman yang bercanggah dengan hakikat kesyumulan Islam yang sebenar dan tidak sama setiap fahaman antara satu sama lain tentang Islam…ini berdasarkan kajian beliau yang mendapati takrifan yang pelbagai mengenai Islam
  2. Fahaman mereka tentang Islam adalah fahaman yang tidak lengkap dan hanya meliputi sebahagian aspek sahaja daripada Islam

Terang lagi bersuluh bahawa pemahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri bercelaru yang amat sejak jatuhnya kepimpinan Khilafah Uthmaniyyah dan penularan ideologi sekular dalam benih diri umat Islam

Kanser yang kian merebak dalam nadi fahaman mereka yang hanya faham akan sebahagian daripada Islam yang syumul…menyangkakan bahawa Islam ini hanya cukup setakat rukun yang 5….menyangkakan bahawa keislaman cukup setakat pengucapan 2 kalimah syahadah…mengambil hanya sebahagian daripada pengamalan dan ajaran islam yang membawa kemaslahatan yang baik kepada diri dan menolak aspek pengamalan yang dianggap tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada kepentingan diri….

Penolakan terhadap Al-Quran punca segala kerosakan yang semakin menular di bumi ini….sedangkan ialah kitab panduan kejayaan seorang manusia...

"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam"

An-Nahl:89

"dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu"

yusuf:111

Penyangkalan terhadap setiap yang dinyatakan di dalam Al-Quran membawa kepada kerosakan iman…seorang muslim yang sebenar,yang membuat penyerahan diri secara ikhlas kepada Sang Pencipta itula bukti keislaman yang sebenar

"Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas)"

An-Nisa':125

Bahkan,mereka ini mengambil sumber hukum,pendapat dan fatwa daripada mereka-mereka yang tidak layak dalam memberikan penerangan dan jawapan kepada persoalan yang mereka hadapi tentang agama…

Harus kita sedar akan kepentingan dan ketelitian dalam perkara berkaitan FATWA…ia bukanlah perkara yang sekadar perlu dijamah…bahkan ia perlu dihadam dan dicerna di dalam diri kita kerana ia berkaitan pemahaman kita terhadap agama kita sendiri dan memerlukan pengamalan yang membawa kepada rahmat dan kasih Ilahi…

Seorang mufti itu sendiri bukanlah seorang insan yang biasa…Imam As-Syatibi mengatakan,”kedudukan seorang mufti di dalam umat adalah seperti kedudukan Nabi Muhammad dalam memberi penerangan terhadap hukum-hukum syariat dari sudut menyatakan ini halal,itu haram…….”,bagi Imam Ibnu Qayyim pula,”mereka ini adalah seperti wakil yang mengesahkan hukum daripada Allah,seperti para pemimpin dan pemerintah yang bergantung kepada mereka dalam memberi pengesahan terhadap sesuatu hukum”

Di dalam kitab ‘SEBAB-SEBAB PERUBAHAN FATWA DI ZAMAN KITA’,karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi..beliau mengatakan bahawa kedudukan seorang mufti di sisi agama Allah adalah mulia,tidak boleh dihina sama sekali,dan tidak boleh ditauliahkan kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan…sesungguhnya golongan umat islam yang terdahulu melarang kelayakan dalam memberi fatwa diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya…

Kita pernah dikejutkan dengan Ayah Pin,Rasul Melayu iaitu Kahar dan juga ajaran sesat lain yang pernah menggugat kesucian fahaman agama Islam yang membawa kepada pemesongan akidah dan I’tikad dalam diri masyarakat di negara kita…kesesatan yang membawa kepada kemusnahan ketenangan jiwa serta yang mengundang kemurkaan dan bala daripada Allah…

Pabila Al-Quran ditinggalkan maka As-Sunnah dijauhi,

Pabila Allah dipinggirkan,pengamalan Islam dianggap rugi.


Maka tidak hairanlah dari sekecil-kecil manusia hinggalah mereka yang bertaraf pemimpin,berani untuk melontarkan segala kata-kata yang menggambarkan kejelikan mereka terhadap segala ajaran Islam yang dianggap kuno dan tidak relevan dengan keadaan semasa…kebebasan mentafsir ayat-ayat Al-Quran tanpa manhaj dan metodologi yang tepat,penyebab wujudnya pelbagai kesalahan dalam memahami agama….agama ini telah dipersenda,dihina,dianggap kolot,dianggap tidak maju,menjadi bahan gurauan,ulama dipersenda,kepimpinan nabi menjadi keraguan dan kekuasaan ilahi menjadi pertikaian..


Satu yang amat dikesali pabila mereka ini dibiarkan berkata-kata….dipatuhi dan diangkat menjadi pemimpin…..siapa mereka??! Mengapa kepercayaan dalam menerajui kepimpinan terus-menerus diberi??


Said Hawwa,di dalam kitab JUNDULLAH telah memperingati kita bahawa dalam kalangan mereka yang bergelar muslim,bukanlah title keislaman mereka itu menjadi tiket untuk kita mengambil daripadanya hukum-hukum islam tetapi daripada mereka yang bergelar mujtahid….umat ini pada satu ketika berpegang teguh dengan akar penghukuman ini dengan pegangan yang betul-betul kuat dan sempurna..bahkan,bagi mereka yang tidak mempunyai alat-alat yang cukup dalam bergelar seorang mujtahid,dianggap sesat dan menyesatkan…hatta dia seorang yang soleh dan a’bid…


Nah,inilah dia prinsip yang sebenarnya dalam memastikan kelangsungan kesucian Ad-Deen ini….dapat kita amati bahawa persoalan berkaitan Islam bukanlah perkara yang remeh…segala penghukuman wajib berpandukan sumber-sumber yang betul….ia adalah luas…tidak tertakluk kepada sesuatu aspek sahaja…malah,ia adalah ilmu yang saling berkaitan dan meliputi setiap aspek kehidupan dan pergerakan manusia di atas muka bumi ini…tiada satu pun yang wujud di dunia ini,terlepas daripada hukum-hukum Islam..


Generasi pertama islam telah menjadi formula kepada kemajuan umat Islam…mereka beramal dengan segenap aspek dalam Islam tanpa peninggalan hatta sekecil-kecil perkara…mereka menyahut seruan Tuhan,


"dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya)"


Al-Hajj:77


Hinggakan Rasulullah memberi keringanan terhadap amalan mereka yang berlebihan dalam beribadah…


namun realiti umat Islam pada hari ini dapat dilihat bahawa pengamalan sesetengah muslim terhadap Islam adalah sedikit dan bersikap juziyyah….mereka bersolat,tetapi tidak menunaikan kewajipan zakat….mengapa?? sedangkan kedua-duanya adalah daripada rukun Islam yang 5….di dalam syarah kitab sahih Muslim,saidina Abu Bakar sendiri telah mengisytiharkan perang kepada mereka yang tidak menunaikan kewajipan zakat walaupun mereka telah mengucap 2 kalimah syahadah….ermm,realiti antara generasi dahulu dan sekarang….


mereka mengeluarkan zakat,tetapi tidak beramal dengan ‘amru bil ma’ruf wan nahyi a’nil munkar’..adapun andai mereka telah beramal dengannya,mereka tidak beramal dengan prinsip halal dan haram…..Islam apakah ini??


Seorang muslim pada asalnya secara automatik merasakan bahawa hukum Allah adalah yang terbaik dan paling sesuai dengan jiwa insani seorang manusia


"dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?"


Al-Baqarah:138


Tatkala datangnya ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan akan kewajipan sesuatu perkara dalam Islam,penyerahan yang sepenuhnya diberikan tanpa 1001 persoalan dikemukan….tanpa berbuat demikian,tiadalah Islam….


Muslim pada zaman ini adalah sebaliknya…mereka buta terhadap konsep penyerahan kepada Allah…hilangnya tali pegangan Islam dalam diri…keraguan terhadap keberkesanan hukum-hukum Islam mula memenuhi diri…keegoan terhadap Maha Pencipta merosakkan diri…prasangka terhadapNYA memakan hati…lagak terhadap suruhanNYA memakan sanubari insani….akhirnya,pemberontakan terhadap apa yang telah ditetapkan makin menjadi-jadi….


Mereka menyangka bahawa mereka adalah makhluk yang bebas tanpa keterikatan dengan mana-mana kuasa….mereka menyangka bahawa mereka lebih tahu berbanding Tuhan…sombong mereka lebih tinggi daripada rahmatNYA….kejahilan mereka semakin terserlah dalam diri…perasaan malu mula diketepi…natijahnya,kerosakan yang kian melata sukar diatasi..kemudian,dicari dan dikerah setiap keringat untuk menyelesaikan setiap masalah tetapi mereka terlupa kepada ubat yang berada disebelah,Al-Quran dan As-Sunnah…


Mereka ini ditemani pula dengan setiap agen tersusun yang bermatlamatkan menghancurkan Islam…mereka bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain…malah,gerakan mereka inilah yang paling hebat dilancarkan dalam setiap pelusuk negara…rasa ‘jijik’ terhadap Islam menyebabkan umat Islam itu sendiri yang menjadi dalang dalam usaha mengebumikan ke’izzahan agama..segala usaha ke arah membentuk thaqafah Islam dilarang…gerakan dalam membebaskan minda masyarakat daripada sekularisme diharamkan dan kongkongan serta sekatan terus menerus ditekan keatas mereka yang ingin menyampaikn risalah Allah ini…


Dimana silapnya?? Allah tiada kuasa?? Nabi tidak menyempurnakan tugas?? Islam adalah agama ciptaan manusia??


Maka,tidak mahu tidak….keimanan terhadap Allah dan Rasul perlu digilap semula…segala fahaman yang bengkok perlu diluruskan…segala kegelapan kejahilan perlu diterangi dengan cahaya keilmuan…keyakinan yang rapuh perlu diperkukuh semula….segalanya bertitik tolak daripada,ILMU....


tapi dua soalan....BENAR KE KEJAHILAN UMAT ISLAM KHUSUS DI MALAYSIA,KINI MAKIN BERKURANG??? ADAKAH DENGAN SEGALA PERGOLAKAN EKONOMI,SOSIAL DAN POLITIK YANG GIAT BERGERAK TELAH MEMBUKA MATA MASYARAKAT???


Wallahualam

Mohammad Izzat Naqib b Md Yusof

Kaherah,Mesir

Click Here to Read More..
Share

KENAPA SEBENARNYA??

13 October 2009

ASSALAMUALAIKUM....

satu program yang merupakan aktiviti Universiti Al-Azhar pada suatu ketika dahulu akan dihidupkan semula oleh PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR yang bakal diadakan pada 17-20 OKTOBER akan dibatalkan atas sebab-sebab tertentu..

bagi saya,pembatalan program andai disertai dengan sebab-sebab yang munasabah dan logik dek akal,boleh diterima...namun,desas desus mengatakan ia dibatalkan dan disandarkan kepada alasan-alasan yang.............................................erm,kurang sedap untuk didengari....

namun saya sendiri tidak berpegang terus dengan kenyataan sesuatu pihak...kerana mungkin dipihak yang membatalkan tersebut mempunyai alasan tersendiri yang kita tidak tahu.....oleh itu,kita HUSNUZZON dahulu...jangan cepat melenting.....lebih-lebih lagi kepada mereka yang begitu semangat dengan PMRAM dan pantang andai PMRAM ini dicubit sedikitpun....

bersabarlah...elakkan mulut anda daripada mengucapkan UMPATAN-UMPATAN terhadap mereka.....apa guna kita mengaku ingin menolong Islam tetapi tidak cuba disemaikan akhlak islamiah dalam diri.....wallahualam...

ikuti kenyataan dan penerangan susulan di http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/ dan http://www.pmram.org/

saya menyatakan sentimen tidak bersetuju dengan apa yg dibuat BUKANLAH kerana saya ini ahli PMRAM...tapi saya pandang dari sudut kebaikan dan penganjuran program yang ingin dibuat..malah ia sepatutnya disokong...

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Al Maaidah:2)


Click Here to Read More..
Share

NAK TULIS PE EA???

11 October 2009

assalamualaikum...

xtau nak post pe kt blog ni...nak post pasal isu pernyataan syeikh azhar mengenai niqab,rasenya dh byk blog yg mengulas...

nak post pasal pilihanraya bagan pinang....maklumat xcukup lak..

nak post pasal program bersama dato nazri 3 hari straight....lame lak nak tunggu upload gambo2...

entahla....nantila...saya pun bukan jenis yang suka post bnde yang saja2....saya suka kumpul maklumat n ade bahan yang mencukupi baru rase best sikit nak posting.....kadang2 je kalo xde bnda yang ilmiah boleh dipost,saya posting pasal aktiviti saya sepanjang kt sini....bukn pe,nak pastikan blog ni berupdate...

pe2 pun...pesanan untuk para sahabat dalam hidup di zaman kini,bermujahadahla kita sume agar sentiasa husnuzzon dalam setiap perkara kerana itula antara ciri para anbiya,ulama,auliya dan solihin....

syukran kepada yg sudi jadi follower blog ni...=)

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails