Followers

Pakatan pembangkang tiada niat laksana hudud

30 August 2010


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

"Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama pakatan pembangkang.

"Itu hanya mimpi Pas, kata pemimpin pembangkang (yang lain)! Mimpi yang Pas tidak akan dapat capai selagi bersama pakatan pembangkang.

"Saya percaya ramai ahli akar umbi Pas tidak tahu yang undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, negara Islam tidak akan ditubuhkan serta Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika pembangkang memerintah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Mufaraqahlah (berpisahlah) dalam blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan negara.

Jelas beliau, untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Kenyataan Zaid itu dikeluarkan ekoran pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini.

Sementara itu, Zulkifli yakin dan percaya kebanyakan ahli-ahli akar umbi Pas memang ikhlas bersama dengan parti itu kerana percaya pada perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Dalam pada itu, Zulkifli memuji tindakan Nik Abdul Aziz baru-baru ini yang mendesak supaya pakatan pembangkang menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah apabila memerintah negara kelak.

Tetapi malangnya, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu ditentang dan disangkal oleh pimpinan pembangkang termasuk daripada kalangan Pas sendiri.

"Klimaksnya apabila satu Kenyataan Bersama dikeluarkan minggu lepas memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli menyeru agar ahli-ahli Pas kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan negara Islam dan seterusnya menolak kerjasama dengan parti-parti yang tidak sehaluan seperti DAP dan PKR.


*no komen..saya tak berani nak kata apa-apa..sekadar ingin membuat perkongsian dengan berita yg dilaporkan


Click Here to Read More..
Share

antara hukum dan fatwa


*sila baca kepada sesiapa yang masih belum baca

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Click Here to Read More..
Share

perundangan Islam




Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinya semua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya.

Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri.

Kebolehan insan untuk melihat rahsia-rahsia di sebalik kejadian-kejadian Allah dan cara hidup yang ditetapkan di dalam Islam juga dikongkongi oleh litupan "ghita" di atas mata manusia itu sendiri.

Kalaulah litupan itu dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya.

Keunggulan Perundangan Islam sudah banyak diperkatakan dari permulaan lahirnya Islam itu sendiri hinggalah ke hari ini dan hari-hari akan datang.

Namun demikian ruang untuk manusia memperkatakannya masih luas terbentang yang pada bila-bila masa manusia boleh terus membongkar rahsia yang terkandung di dalam perundangan itu sekiranya ada kemampuan berbuat demikian.

Pengulangan memperkatakan tentang keunggulan Perundangan Islam adalah sesuatu yang perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakat Islam itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undang Islam. Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakan ungkapan penghayatan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.

Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangan dan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut.

Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga dan membersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama.

Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi kepada orang-orang Islam.

Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan membelakangkan undang-undang Allah s.w.t.

Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah?

Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?

Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.

Click Here to Read More..
Share

CARILAH PENGALAMAN ANDA

27 August 2010

bismillah..

langit tidak selalu cerah,hidup juga tidak selalunya indah..namun itulah hidup yang penuh lumrah dan rencah..yang tidak pernah sunyi dari ujian dan musibah.

sudah masuk hari ketiga saya di Klang.macam-macam yang berlaku dan terjadi.mungkin juga sekadar perkara biasa pada pandangan orang..tapi,sejak akhir-akhir ni saya seolah olah suka melihat setiap ragam manusia yang berlaku depan mata..bukan nak jaga tepi kain orang,tapi ingin cuba mencari pengalaman dalam setiap peluang..

pengalaman mungkin akan datang kepada kita semasa kita sendiri yang hadapi,tapi bagi mereka yang lebih kreatif,pengalaman itu yang cuba dicari..

macam-macam ada.saya melihat sbuah keluarga yang mempunyai anak syndrome down.begitu gembiranya mereka melayan dan merasai kehadiran anak itu dalam hidup mereka.setiap tutur kata yang diucapkannya,mereka perhati dan amati agar anak itu merasakan mereka itu wujud di hati ahli keluarganya.abang yang sulung pula suka menyakat adiknya itu.gelak tawa memenuhi ruang rumah

maka saya pun terfikir,bagaimana andai saya mendapat rezeki sedemikian kelak?? adakah bekal iman yang mudah berkulat ini,mampu mengukuhkan sifat reda terhadap kurniaan anak sebegitu?? adakah mampu saya menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak demikian dengan penuh kasih sayang??

sume ini saya suka fikirkannya dan kaitkannya dengan keadaan diri saya agar saya selalu sedar bahawa dunia ini tidak pernah sunyi dari pelbagai hadiah dariNya..

kemudian melihat pula seorang anak yang memarahi ibunya di tengah khalayak ramai dan meninggalkannya kaku berdiri seorang diri menahan sedih di hati..tiada kasih yang masih berbekas buat ibu sndiri..

tergamam saya..benar ke yang saya lihat? inikah manusia? bagaimana pula saya nanti?

tidak lupa juga anak kecil yang ligat lakunya di dalam komuter.cuba bermain dengan orang sekeliling untuk menagih perhatian.namun,itulah kanak-kanak..mereka masih didalam proses pembntukan mental,fizikal dan juga emosi serta personaliti..maka,tidak hairanlah mereka akan sntiasa bergerak sana-sini untuk mencari apa yang sesuai dengan jiwa mereka agar mampu membesar dengan menjadi seorang manusia yang sebenar-benar manusia dan bukan manusia yang mendapat gelaran 'seperti manusia bertopengkan syaitan'!

namun,yang agak saya kecewa..bapanya mncubit,memarahi dan memiat telinganya jika si anak itu bising..aduh! didikan jenis apakah ini? apakah salah si anak sehingga dicubit hingga menangis? hanya disebabkan bising??

berlaku juga pergaduhan kecil diantara seorang ahli masjid dan seorang lelaki.ahli masjid berkenaan yang membenarkan lelaki tersebut untuk bermalam di masjid,terkejut apabila mendapati tandas dijadikan sarang untuk menagih!

dimarahnya ahli masjid berkenaan kepada lelaki itu..tapi,satu yang saya dengar dari penagih itu yang membuatkan saya terfikir,"abang,ingat senang ke nak berhenti menagih? org keliling kita pun menagih..kita pun terpengaruh..orang kampung pulak,tak pula memberi sokongan..makin dimarahnya kita..sedangkan saya pun nak berubah bang....tapi takde org tolong..."

herm...besar cabaran kita dalam mendidik masyarakat..pelbagai karenah..sumenye kena dihadapi dengan tenang dan berhikmah..lelaki tersebut nak berubah,tapi tiada sokongan..kita yang sepatutnya berasa kasihan kepada diri kita kerana kita yang menjadi asbab kepada tutupnya pntu hidayah itu..kita yang patut berdkwah dengan penuh kasih sayang agar mereka mampu pulang dari tersesat..namun,sikap angkuh dan jijik kita kepada mereka,makin jauh la kesesatan mereka hingga amat sukar untuk menemui jalan pulang..

Click Here to Read More..
Share

KITA PULA BAGAIMANA?

25 August 2010

bismillah...

alhamdulillah..dapat juga menjejakkan kaki ke masjid Al-Amaniah kat batu caves

gerbang masuk ke masjid


pandang sisi masjid

macam yang saya katakan dalam post seblum ni,saya bertandang ke masjid ini untuk menghadiri satu ceramah Palestin yang disampaikan oleh mantan imam dan khatib masjid A-Aqsa,Syeikh Mahmoud Siyam..skrol down ke posting yang seblum ini..gambarnya ada di situ..saya pegi ceramah tu malam..sampai sana,dalam pukul 10..dari stesen komuter batu caves tu,terus amek teksi meter kesana..dekat je rupanya..dalam 5 ke 7 minit je perjalanan..tapi nak buat macam mana,hari pun dah malam dan saya nk kena bergegas ke sana sebab tak nak ketinggalan dari mengikuti ceramah tu..jadi,berkorban la sikit 3 ringgit tuk menuntut ilmu dan berjihad sikit demi ambil peduli keadaan semasa saudara kita di Palestin..

gambo masjid tu,saya amek kat google,hehe...tak sempat nak amek..cari je la kat google

so,mungkin ada yang akan persoal..baca je la liputan berita kat internet,kat palestinkini.info ke,kat News@feryco ke dan rangkaian-rangkaian lain yang berkaitan..tapi bagi saya,apalah kiranya jika kita sendiri pergi dan duduk di dalam majlis ceramah tersebut dan mendengar luahan hati mereka agar kita ingin menunjukkan keprihatinan kita terhadap mereka..nak kata diri ni hipokrit?? ok la jugak dari tidak berbuat apa-apa dan hanya duduk diam membisu.

mereka bertandang ke negara kita..sambut dan raikanlah mereka sebagai tetamu dalam negara kita..walau kita tidak mampu berjuang bersama-sama mereka,buatlah apa yang termampu..hulurkan sumbangan,mendengar luahan mereka,sdia untuk berkongsi keprihatinan terhadap kemelut yang melanda dan tunjukkan sokongan kita terhadap mereka

jadi,berbalik kepada ceramah Syeikh Mahmoud Siyam..kalo tak silap,ceramah beliau bermula pada jam 9.30 malam..kiranya,saya dah terlewat setengah jam..pada sangkaan awal saya,kelompok penduduk yang akan hadir,tidaklah ramai..tapi bila masuk je,Subhanallah!...ramai jugak yang memberi komitmen mereka terhadap ceramah ni...anak-anak muda pun tidak ketinggalan dari turut serta

tibanya saya di sana,dalam keadaan syeikh sedang membicarakan kekuatan rohani yang ada pada diri pejuang palestiin..beliau mengatakan jika puak zionis laknatullaha'laihim meminta kekuatan dari sekutu-sekutu mereka seperti Amerika Syarikat,para pejuang palestin pula meminta bantuan hanya dari Allah S.W.T...itulah sumber kekuatan mereka..mereka mungkin nampak hina di pandangan mata masyarakat dunia yang hanya sedikit bilangannya dan tidak mampu menghalau penjajah keluar dari negara mereka sendiri..

namun hakikatnya,mereka jualah para hamba yang dipilih oleh Allah untuk berjihad secara langsung menentang puak-puak zionis dan musuh-musuh Islam yang lain..ianya tanda bukti ketinggian semangat jihad yang lahir dari keberanian dan kebergantungan yang terus kepada Allah hasil dari iman yang jitu

syeikh juga ada menyebut dan memberi pesan kepada rakyat malaysia agar jangan berhenti dari terus berjuang bersama-sama mereka walaupun dalam jarak yang jauh..berjuanglah dengan apa jua medium yang ada agar musuh kita dapat ditewaskan..biarlah kita antara rantaian perjuangan yang terus menghubungkan rantai perjuangan ini agar tidak terputus dari generasi yang akan datang

kemudian,sesi soalan pula dibuka

soalan pertama diajukan oleh MC majlis sndiri berkenaan kondisi struktur binaan msjid Al-Aqsa sekarang..syeikh menyatakan bahawa puak israel terus dengan kegiatan mereka yang menggali terowong bawah masjid itu yang berkehendakkan kepada 2 matlamat;
yang 1 adalah untuk menjadi tempat dan memudahkan tentera mereka membuat serangan balas terhadap pejuang palestin yang hadir dari bawah..
yang ke 2 pula adalah untuk meruntuhkan msjid tersebut dan bertindak mendirikan kuil mereka sendiri

kemudian soalan kedua pula yang diajukan oleh pnduduk tempatan adalah berkenaan prinsip negara-negara arab yang lain dalam isu ini..

maka syeikh mengatakan bahawa hakikatnya adalah,mereka ini lebih suka duduk di bawah telunjuk Amerika Syarikat dari bersusah payah menghulurkan bantuan kepada rakyat palestin
yang penting,kekayaan mereka kekal dan keselamatan mereka terjamin dari sebarang payah jerih

manakala soalan ketiga pula yang agak menarik minat saya kerana jawapannya juga agak menarik minat

seorang pak cik bertanyakan kepada syeikh tentang cara anak-anak muda di sana membahagikan masa antara belajar dan berjuang

syeikh memaklumkan kepada kami bahawa kedua-duanya berjalan serentak dan dilakukan berganti-ganti

mereka belajar macam biasa di sekolah dan unversiti...mereka juga menggunakan ruang waktu yang ada di institusi pembelajaran mereka dengan mempersiap tubuh badan mereka agar cergas dan kuat disamping mereka mempelajari juga cara-cara menggunakan senjata..namun bila datangnya seruan jihad dan berlakunya serangan,mereka akan terus bertukar kepada mode barisan pejuang yang siap siaga untuk menyertai peperangan

sesi pembelajaran ditinggalkan seketika...fokus mereka beralih kepada peperangan..tatkala keadaan kembali reda,barula mereka memulakan kembali sesi pembelajaran..

inilah rutin yang dijalani oleh anak-anak muda Palestin

kita pula bagaimana??




Click Here to Read More..
Share

permudahkan perkara yang sememangnya adalah mudah pada asalnya


*artikel asal http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan




1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Click Here to Read More..
Share

SEBUAH PENCARIAN

bismillah..

hari ni saya cadang nak bekelana sebentar ke batu caves..melihat ruangan iklan di dalam akhbar,malam ini di masjid al amaniah di batu caves ada menganjurkan ceramah sempena ramadhan berkisarkan liputan semasa negara Palestin yang akan disampaikan oleh mantan imam dan khatib masjid Al-Aqsa,Syeikh Mahmoud Siyam.


ceramahnya banyak dan di pelbagai tempat..dan saya memilih untuk cuba menghadirkan diri ke batu caves kerana disinilah yang paling dekat dengan negeri johor rasanya..tempat lain,dah kena naik ke utara malaysia..jadi,macam sukar hendak ke sana..

macam yang saya katakan dalam posting saya yang sebelum-sebelum ni,walau sibuknya kita dengan perjuangan di negara kita,hal ehwal umat islam yang bersifat global jangan kita abaikan dan ketepikan

ya,memang di negara kita sendiri tidak pernah sunyi dari pelbagai isu yang sentiasa menggamit kerisauan dan kebimbangan rakyat malaysia..namun,ia bukanlah alasan untuk tidak berusaha untuk mensasarkan sedikit fokus kita terhadap keadaan saudara kita diluar sana

dengan liputan kes pembuangan bayi yang kian menular dalam masyarakat kita..hinggakan seorang guru kenalan mami menyatakan,suasana pelajar perempuan mengandung di sekolah tempat beliau mengajar,adalah suasana yang makin menjadi adat di sana..nasihat,bimbingan dan kaunseling yang diberi tidak pernah mendatangkan kesan kepada mereka..tapi,mungkin ini juga cabaran dakwah kepada guru-guru disana untuk membasmi gelaja tidak sihat tersebut

belilah akhbar harian,ianya tidak akan lekang dari melaporkan pelbagai kes pembuangan bayi..baik di longkang,di tepi jalan,berbalut,yang isu perutnya terburai,yang disumbat dalam lubang tandas katakan apa sahaja...sudah dilakukan oleh saudara seagama kita yang sudah terlanjur dalam berinteraksi antara lelaki dan perempuan

berita utama akhbar KOSMO! pula,melaporkan seorang ayah yang menyembelih anak lelaki tunggalnya yang berusia 3 tahun..kronik sungguh senario rakyat kita!

erti belas ehsan,kasih sayang dan lembut sesama makhluk kian terhakis dalam diri..siapa yang patut dipersalahkan?? wallahualam.....

namun segalanya berbalik dan akan berkait juga dengan keadaan pentadbir negara tersebut..selain ihya ulumuddin yang diamalkan oleh rakyat,pemerintah tetap mempunyai peranan yang amat besar dalam isu ini..

keadilan yang diamal dan dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz menjemput barakah dari Allah untuk turun memayungi negara tadbirnya pada ketika itu hinggakan serigala yang merupakan pemangsa,tidak menganggu kambing-kambing yang merupakan mangsanya..berakhirnya hayat beliau,barulah keadaan menjadi yang biasa..serigala mula menjamu selera didepan mata mereka..

nampak pelik bukan? tapi itulah hikmah yang Maha Adil ingin tunjukkan kepada kita jika prinsip-prinsip Islam menjadi asas penting dalam pentadbiran

ini contoh yang saya boleh bawa..

baca,cari dan kajilah sejarah ketamadunan Islam di bawah pemerintah yang adil..disitu anda akan dapati pelbagai kebaikan yang sentiasa Allah limpahkan keatas negaranya..

wallahualam

Click Here to Read More..
Share

KIAN HANGAT!

24 August 2010

assalamualaikum..

dh lama blog ni tidak diisi dengan liputan semasa...dah lebih sebulan tempoh saya duduk kat rumah...kemas rumah,tolong akak memasak untuk juadah berbuka..dan yang paling best,menyelak dan mengamati akhbar-akhbar harian yang pro-kerajaan dan yang pro-pembangkang..negara Malaysia terus hangat dengan pelbagai api yang dimarakkan!


makin banyak isu yang diketengahkan oleh kedua-kedua pihak dalam menarik perhatian rakyat dan memenangi jiwa mereka yang dianggap sebagai antara faktor terbesar dalam memastikan pihak mana yang akan berpeluang menaiki takhta pemerintahan di putrajaya

ada isu yang hanya sekadar serkap jarang tanpa bertiangkn bukti yang kukuh,ada yang diputar belit malah ada yang direka-reka untuk dijaja sebagai fitnah keatas pihak yang tidak sehaluan dengan mereka..semua ini menjadi satu perjuangan kepada kedua-kedua belah pihak dalam membuktikan siapa yang berada dipihak yang benar dan siapa yang salah

dalam konteks demokrasi dalam sistem kemandirian pihak yang memegang dan mendominasi politik malaysia pada hari ini,kuasa untuk memilih dan menentukan siapa yang berada di atas berada di tangan rakyat..setiap undi dari mereka mnjadi untung kepada yg berjaya dan mungkin juga boleh mengakibatkan satu kerugian kepada yang lain

segalanya terpulang kepada Allah untuk memilih dan memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang agamaNya yang benar...

membaca akhbar dari kedua-kedua belah pihak juga kita akan mampu membuat perbandingan cara yang digunakan oleh mereka..

bermacam-macam cara yang digunakan dalam menjayakan misi mereka..

kita dapat melihat kematangan mereka dalam bergerak..dalam melihat pandangan dan cara strategi mereka dalam berjuang..dan kita dalam melihat sejauh mana kepintaran pemikiran mereka dalam mnyusun kata-kata

mutakhir ini,Kelantan melancarkan penggunaan D&D dalam urusniaga..maka,melompat-lompatlah beberapa orang dari pihak sana yang cuba membangkitkan spekulasi terhadap apa yang dilakukan dalam meraih simpati rakyat..ada juga segelintir rakyat yang berdiri bersama-sama mereka cuba menentang pelaksanaan tersebut..mereka katakan akan susah untuk dibuat urusniaga kerana rakyat sudah biasa dengan penggunaan wang kertas

ada juga yang mengatakan urusan muamalat akan menjadi sukar jika D&D ini dibawa ke negeri-negeri lain kerana sistem ini tidak digunakan..

tapi jika kita tengok smula dari pnerimaan dan dari isi perut tanah Kelantan itu sendiri,ternyata sambutan amat menggalakkan..lebih 800 premis kedai yang menerima sistem ini bagi urusan jual beli menyangkal tuduhan dan pandangan cetek yang diutarakan..malah,negeri yang selalu melaksanakan sistem yang dianggap kolot oleh pihak sana,akan diterima jua pada suatu hari nanti...mereka yang terkena ludah mereka sendiri..jangan di sini dinar,dan di sana dendam bak kata TGNA

kemudian isu khutbah jumaat yang dikatakan kononnya nama seorang menteri sbuah negeri menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah yang dibacakan..baca satu sahaja pendapat,maka akan berlaku ketidak seimbangan dalam kita membuat penilaian

jika di media yang dipegang mereka,kononnya khatib berkenaan tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong tetapi sebaliknya mendoakan nama yang lain

namun,pihak yang satu lagi pula teguh berdiri mempertahan yang sebaliknya dan menyatakan nama tersebut didoakan dalam konteks yang berlainan dan bukan seperti yang dicanang dan dikambinghitamkan oleh pihak sana

walau apapun,tanggungjawab kita sebagai rakyat baca dan bandingkan kesahihan maklumat yang ada...Islam mengajar kita untuk membuat pertimbangan keputusan setelah medengar dari kedua-dua belah pihak..tidak adil kiranya hanya satu pihak yang kita dengari..

banyak lagi isu semasa yang kian tumbuh dalam politik negara...yang hari ini punya,yang saya kira agak menarik perhatian adalah sebuah pendirian rakyat kita yang mengatakn bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan Sekular..baginya,sekular adalah sistem pntaddbiran yang mengasingkn pihak gereja dan politik..baginya juga,sekular disini adalah tidak menggabungkan sistem Kristian atau Katholik dalam pentadbiran..oleh itu,negara Malaysia juga boleh dianggap sekular kerana tidak mengamalkan sistem kristian dan katholik dalam pentadbiran...menarik bukan cara pemikiran dia =)

tidak kisahlah berapa banyak isu pun yang cuba ditimbulkan,paling penting kita mampu menilai yang mana teladan dan yang mana sempadan..ramai terlolong dengan isu yang saya rasa agak murah dan lebih kepada pembawakan isu yang tidak disertakan dengan bukti dan boleh diyakini dan lebih teruk jika ianya sekadar gimik semasa agar rakyat terpesong dari akidah perjuangan mereka..

wallahualam...bersama-sama kita mengemudi sbuah bahtera perubahan

Click Here to Read More..
Share

SEBUAH KESEDARAN

09 August 2010




Praktik hidup umat Islam kini sedang menolak keterangan al-Quran al-Karim. Ini bererti mereka menolak kekuasaan, kedaulatan dan janji-janji Allah S.W.T. Juga bererti menolak cara hidup yang diredhai Allah S.W.T. untuk difahami, disedari, diyakini dan dilaksanakan.

Keyakinan umat mestilah dibina semula agar mereka merasai pripentingnya rahmat Allah S.W.T. dan mempertahankannya dalam kehidupan mereka. Seterusnya, agar penolakan terhadap rahmat Allah S.W.T. dirasakan sebagai satu ancaman keras yang sentiasa membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan amalan

Kesan daripada penolakan tadi, umat kini kehilangan Daulah Islamiyyah, tamaddun Islam, Ummah Islamiyyah, hukum-hukum Islam, Tarbiyyah Islamiyyah ke arah ‘Ubudiyyah, nilai hidup sebenar, akhlaq sebenar, keperibadian sebenar, pembangunan sebenar, kekuatan sebenar, pertahanan sebenar, keharmonian sebenar dan kejayaan sebenar.

Punca

Penolakan umat terhadap Islam berpunca dari ‘aqidah yang lemah. ‘Aqidah yang tidak berfungsi untuk kembali kepada Islam sebagai ad-Din. ‘Aqidah yang sakit lantaran dipengaruhi dan diserang oleh Din atau cara hidup bukan Islam.

Berbagai-bagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku umat hingga Islam kembali menjadi dagang. Islam sebagai ad-Din turut dagang di hati orang-orang yang mengaku beriman..

Rasa cinta kepada Islam sebagai cara hidup yang Allah redhai sudah tiada. Rasa keperluan kepada pembentukan masyarakat Islam juga tiada. Yang wujud ialah realiti mempertikaikan kehendak-kehendak Allah S.W.T. Ini bererti mempertikaikan ketaatan yang Islam kehendaki, mempertikaikan nilai-nilai syara’, mempertikaikan akhlaq dan mempertikaikan keperibadian Islam.

Suasana Kabur

Pendokong-pendokong sistem kini, yang mendaulatkan Din rekaan manusia turut menggembar-gemburkan syi’ar atau lambang Islam di waktu dan ketika tertentu. Kesungguhan mereka menonjolkan syi’ar atau lambang itu selaras dengan kesungguhan mereka mempertahankan Din rekaan manusia

Tanpa kefahaman dan kesedaran sebenar, umat Islam terpengaruh dengan syi’ar atau lambang yang dihiaskan. Semua ini menimbulkan salah faham dan prasangka pada diri umat. Yang haram telah dihalalkan dan yang salah selalu dibenarkan. Nilai syara’ diketepikan. Umat tidak sedar dan larut dalam suasana perhambaan sesama manusia. Inilah satu kezaliman besar yang mesti segera disedari atau disedarkan kepada umat.

Siapakah Yang Akan Menyambut Seruan Kesedaran?

InsyaAllah di sana sini masih ada insan yang ikhlas dan merasai keperluan untuk bertindak segera. Mereka perlu dikumpulkan dan dibimbing agar keikhlasan mereka berada di bawah telunjuk syara’. Begitu juga kembali kepada Allah S.W.T. mestilah mengikut cara yang betul dan diredhaiNya..

Da’i perlu keluar mencari jiwa-jiwa yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. dan yang mencari serta ingin menyahut seruan Allah S.W.T. Fitrah Insaniah untuk kembali kepada fungsi tauhid sebenar sememangnya ada. Ada yang sanggup melalui proses, ada yang sedang melalui proses dan ada yang telah melalui proses. Ada juga yang lambat melaui proses. Da’i atau murabbi perlulah bijaksana menggunakan teknik dan cara bertindak.

Juga ditegaskan bahawa da’i perlu mencari dan mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. Hati-hati yang merasai kehilangan neraca syara’ dalam praktik hidup umat sekarang. Hati-hati yang ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap bidang.

Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari kehilangan Islam sebagai ad-Din. Umat Islam bukanlah kehilangan ekonomi Islam, politik Islam atau pembangunan Islam sahaja. Umat juga bukan kehilangan masjid dan rumah-rumah ibadat. Umat sebenarnya kehilangan pokok, bukan ranting-ranting. Umat kehilangan rumah, bukan bahagian-bahagian rumah. Juga, umat bukan kehilangan kuantiti tetapi kehilangan kualiti yang ingin mengambil Islam sebagai ad-Din.

Hati-hati ini perlu diasuh agar memahami bahawa penyakit sedang menyerang umat dan merosakkan ‘aqidah umat. Tauhid pada hati-hati umat semakin futur atau tidak berfungsi dengan betul.

Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari bahawa segala tindakan berpunca dari permasalahan aqidah yang mesti dirongkai terlebih dahulu. Juga, memahami makna dan fungsi Iman sebenar agar tindakan yang lahir selaras dengan tuntutan Iman. Iman kepada Allah S.W.T. adalah pemancar.

Dari pemancar ini lahirlah kerja-kerja Islam....

Da’i atau murabbi perlu memahami bahawa ‘mukmin’ adalah natijah yang lahir daripada tarbiyyah yang menekankan keimanan kepada Allah S.W.T....

Punca Kekuatan

Iman kepada Allah S.W.T. adalah satu kekuatan. Quwwah Imaniyyah perlu dibina sebelum Quwwah Maddiyyah. Iman akan membentuk segala dorongan atau kekuatan yang ada dalam hati. Kekuatan-kekuatan itu termasuklah:

1. Kesedaran

2. Ketaatan

3. Keikhlasan

4. Kepatuhan

5. Keinginan

6. Kesabaran

7. Kecintaan

8. Ketabahan

9. Kemesraan

10. Kesyukuran

11. Keberanian

12. Kesungguhan

Kekuatan ilmu pengetahuan perlu dipelajari, dituntuti dan didalami. Kekuatan harta kekayaan perlu diperkukuhkan. Kekuatan tubuh badan dan ketenangan mental perlu dipelihara dan dipertingkatkan. Semua kekuatan itu perlu diproses agar berada di bawah telunjuk Iman.

Dalam realiti kini, kekuatan-kekuatan tersebut telah dididik oleh Din bukan Islam untuk mengenepikan cara hidup Islam, menolak nilai Allah S.W.T., mengutamakan nilai manusia, mencemarkan kesucian Islam, menyusahkan kefahaman Islam dan merosakkan kesadaran atau keyakinan terhadap Islam.

Da’i atau murabbi perlu mencari kekuatan-kekuatan itu dan memproses dalam Manhaj Tarbiyyah agar dipandu oleh Iman kepada Allah S.W.T.. Iman yang mengarahkan setiap kekuatan itu untuk melahirkan suatu hasil yang kena pada tempat, masa dan ketika serta selaras pula dengan kehendak Allah S.W.T. atau syara’ serta tuntutan Tarbiyyah Islamiyyah.

Dalam suasana kehilangan Islam kini, semua kekuatan itu perlu ditarbiyyah oleh jama’ah atau harakah yang bebas daripada sebarang pengaruh jahiliyyah. Hanya tarbiyyah yang betul akan membawa seseorang kepada cara hidup Islam, sepertimana yang dikehendaki Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: yang bermaksud;

“Sesungguhnya Din di sisi Allah hanya al-Islam.”

Hati juga perlu diproseskan agar bertambah benci dan marah terhadap kekufuran, kefasiqan, kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran. Kekufuranlah yang telah menanam neraca serong terhadap segala tuntutan Allah S.W.T.

Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah

Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah adalah merujuk kepada Madrasah Rasulullah S.A.W. Tarbiyyah berbentuk gerakan akan melaksanakan tarbiyyah yang haq tanpa mengira pertimbangan atau desakan lain. Memperkatakan yang haq tidak boleh berlembut, mengampu atau melayani hawa nafsu. Firman Allah S.W.T.:

“Dan katakanlah kebenaran itu dari Tuhanmu, maka sesiapa yang ingin beriman dia beriman dan sesiapa yang ingkar maka maka dia ingkar.”
Surah al-Kahfi: ayat 29.

Sumber tarbiyyah dan pembentukan ummah ialah wahyu Allah S.W.T. semata-mata agar selaras dengan tujuan untuk melahirkan anggota-anggota yang yakin kepada jalan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T.:

“Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu janganlah kamu termasuk golongan yang ragu-ragu."
Surah al-Baqarah: ayat 47.

Tegasnya, al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber-sumber yang mendidik, mengasuh, memimpin, menerang, menjelas dan memperingat. Juga sumber perundangan dan sumber yang memberikan jaminan-jaminan tidak kedapatan sumber-sumber yang lain.

Tarbiyyah Islamiyyah mempunyai konsep Mu’alajah Syamilah atau mengubati secara menyeluruh. ‘Aqidah umat yang telah diserang oleh Din bukan Islam kini mestilah diubati secara keseluruhan.

Tarbiyyah dalam sistem kini mendidik umat untuk menerima Din bukan Islam dan menentang Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh. Tarbiyyah ini mendidik umat untuk menerima sebahagian sahaja daripada ajaran Islam. Tarbiyyah itu juga mendidik umat untuk mengambil surat khabar dan majalah-majalah yang menyokong Din bukan Islam sebagai sumber fatwa. Sumber al-Quran dan as-Sunnah diketepikan atau direndah-rendahkan.

Tarbiyyah Islamiyyah perlu membina asas baru untuk dibangunkan atasnya Islam yang merangkumi setiap bidang kehidupan. Asas untuk Islam ini mesti dibina mengikut cara yang dikehendaki Allah S.W.T. dan tidak mengikut cara-cara yang lain, meskipun berhadapan dengan tekanan-tekanan. Tarbiyyah Islamiyyah perlu memproses Iman yang membawa kesan dalam hati serta melahirkan perubahan-perubahan selaras dengan peningkatan iman.

Hati-hati perlu dididik agar membuang kezaliman dan kebatilan yang ada padanya serta melahirkan amalan hidup mengikut syara’. Hati-hati perlu dididik agar memahami dan menyedari makna serta peranan jihad yang berterusan. Hati-hati juga perlu dididik agar memahami konsep kejayaan sebenar iaitu kejayaan di sisi Allah S.W.T. Didikan terhadap hatilah yang akan memudahkan itu semua.

Tarbiyyah dalam sistem kini telah mendidik hati-hati umat untuk menerima dan mengikut kaedah majoriti manusia. Kaedah ini hanya memenuhi prasangka dan kemahuan hawa nafsu majoriti manusia sahaja. Asas-asas yang dibina itu mesti dirobohkan dan di atas runtuhan itu dibina asas baru untuk menerima dan mengikut syara’. Firman Allah S.W.T.:

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang yang di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah S.W.T.).”
Surah al-An’am: ayat 11.

Asas keimanan yang kukuh mesti dibina semula untuk menolak semua serangan yang cuba menguasai hawa nafsu. Iman mestilah dilatih agar mengawasi hawa nafsu. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai Iman dan menggadaikannya. Penguasaan hawa nafsu bakal membawa kepada kesesatan. Firman Allah S.W.T.:

“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat pertunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
Surah al-Qashash: ayat 50.

Hanya mereka yang yakin dan terlibat dengan Tarbiyyah Islamiyyah sepenuhnya akan merasai setiap perkembangan atau perubahan, samada mengukuhkan harakah atau pun melemahkan harakah. Kesan tarbiyyah akan jelas kelihatan dalam persaksian anggota-anggota samada mewakili harakah atau pun tidak. Kesan tarbiyyahlah yang menyebabkan anggota-anggota merasai hubungan dengan harakah di mana sahaja dia berada.

Anggota-anggota ditarbiyyahkan agar sentiasa mewakili Islam dan menolak Din bukan Islam di mana sahaja, meskipun Din bukan Islam itu nama-nama yang baik daripada Islam.


Konsep Kejayaan Bagi Anggota-anggota Harakah Islamiyyah

Konsep kejayaan ialah mengikut apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Konsep ini berbeza dengan konsep-konsep yang sering dilaung-laungkan oleh Din bukan Islam atau oleh mereka yang terpengaruh dengan Din bukan Islam.

Firman Allah S.W.T. maksudnya;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara".

Kejayaan besar akan diperolehi jika Iman anggota-anggota dibentuk dengan betul hingga melahirkan ukhuwwah seperti yang dikehandaki Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.: bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah orang yang beriman hanya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah golongan yang benar.”
Surah al-Hujurat: ayat 15.

Kejayaan tercapai apabila anggota-anggota beriman hanya kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. sahaja tanpa ragu-ragu. Terbukti pula kebenaran Iman mereka dengan pengorbanan harta dan jiwa. Inilah Iman yang Allah S.W.T. akui sebagai Iman . Firman Allah S.W.T.: maskudnya;

“Katakanlah tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah S.W.T. hai orang-orang yang beraqal agar kamu mendapat keberuntungan.”
Surah al-Maidah: 100.

Berjayalah anggota-anggota harakah kiranya aqal mereka mengikut telunjuk taqwa. Sesungguhnya taqwa sahaja yang dapat membezakan di antara buruk dan baik. Taqwa sahaja yang dapat memperakui sesuatu itu buruk meskipun ia sangat banyak dan menarik hati. Firman Allah S.W.T.:

“Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat pertunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung.”
Surah al-Baqarah: ayat 5.

Berjayalah anggota-anggota jika mereka Istiqamah dengan Islam dan mengambil wahyu Allah S.W.T. untuk dihayati di tengah-tengah Din bukan Islam yang menguasai hidup masyarakat. Firman Allah S.W.T.:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan di tengah umat manusia, kamu menyeru pada kema’rufan dan mencegah dari kemunkaran dan beriman dengan Allah.”-
Surah ‘Ali Imran: ayat 110.

Berjayalah anggota-anggota harakah jika Iman mereka dibentuk dan melahirkan akhlak terbaik, mengajak kepada ma’ruf terutama ma’ruf Al Akbar dan mencegah munkar terutama munkar Al Akbar pada diri, keluarga dan masyarakat.

Harakah Islamiyyah berjaya bukan kerana ramai anggota dan banyak wang. Harakah Islamiyyah juga tidak kalah kerana sedikit anggota atau sedikit penyokongnya. Tetapi Harakah Islamiyyah berjaya apabila setiap anggotanya sabar dan tabah mencari redha Allah S.W.T., melaksanakan jihad menegakkan Din Allah S.W.T. atau mati syahid dalam usaha membentukan Ummah Islamiyyah dan menegakkan Din Allah S.W.T..


Click Here to Read More..
Share

KEBANGKITAN ISLAM SATU PENILAIAN SEMULA

08 August 2010





Kebangkitan pada hakikatnya dirujuk kepada satu momentum kesedaran yang tinggi untuk kembali kepada sesuatu kebenaran yang ada pada manusia yang berkait-rapat dengan hati, akal dan pemikiran seseorang.

Justeru itu, ummah kini sedang mengharungi lautan kebangkitan itu yang semakin bergelora arusnya setelah sekian lama memencil diri akibat dilanda taufan kebuntuan, kelalaian serta tertipu dengan nikmat duniawi. Fenomena ini mungkin berlaku setelah terkena peluru dari luar ataupun terkena letupan mercun buatan sendiri. Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa kebangkitan ini bermaksud mengembalikan kesedaran dan peringatan selepas bangkit dari belenggu kealpaan.

KEISTIMEWAAN / CIRI-CIRI KHUSUS KEBANGKITAN ISLAM

1. Kebangkitan akal,ilmu dan pemikiran.

Sesungguhnya kebangkitan Islam ini adalah suatu kebangkitan semula terhadap tahap pemikiran yang terbuka sesuai dengan pemahaman Islam yang tulen disebabkan perkembangan ilmu ke serata pelusuk. Ia terus tersebar lantaran kesungguhan mereka yang terlibat dalam melayari bahtera kebangkitan dengan berusaha membina akal mereka agar selari dengan reformasi zaman yang berlaku bertunjangkan manhaj akidah dan kesyumulan syariat Islam.

2. Kebangkitan hati, jiwa, perasaan dan spritual.

Kebangkitan ini berbeza dengan yang lain kerana ia bukan dilahirkan daripada hati atau jiwa yang kosong lagi rosak akan tetapi ia dipimpin oleh generasi pemuda yang memiliki hati yang sentiasa gementar apabila mendengar ayat-ayat Allah,jiwa yang selalu menangis lantaran takutkan siksa Allah di akhirat serta mempunyai perasaan cinta kasih sayang sesama mukmin dan wala’ yang tidak berbelah bagi terhadap keesaan Rabbul Jalil dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan sebaliknya pula menaruh kebencian yang mendalam kepada thoghut dan tali barutnya serta tidak cenderung kepada parti-parti syaitan.

Khususiat inilah yang diperlukan untuk melebarkan layarnya bagi merempuh badai yang bergelora, jalan yang berliku lagi bengkang-bengkok serta tembok kejahilan yang terlalu sukar untuk ditembusi. Anasir-anasir yang dungu lagi pasif sudah tentu tidak mampu bahkan tidak berkelayakan untuk mengisi ruangan ini. Kita berhajat kepada pemuda-pemuda yang bermentaliti tinggi serta berjiwa mampan untuk membangunkan insan-insan dan membasuh kesan-kesan luka kealpaan dan kelekaan akibat dibuai khayalan-khayalan yang mempesonakan.

3. Kebangkitan keazaman serta amal yang multazim.

Kebangkitan tidak hanya berkisar dalam konteks ilmu dan pemikiran atau akidah kepercayaan tetapi mengambil kira masalah bekerja bagi membuktikan keimanan tadi berdasarkan ilmu yang diperolehi untuk diterjemahkan ke alam realiti kehidupan agar masyarakat dapat menilai di anatara kebenaran dan kepalsuan.

4. Kebangkitan daripada pemuda yang berpendidikan tinggi.

Kebangkitan ini dipimpin oleh sof pemuda yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kreaviti dan kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab terhadap agama mereka. Pemuda harapan bangsa dan agama serta tiang negara bukan calang-calang orang tetapi mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan tinggi, institut atau universiti-univesiti.

5. Kebangkitan muslimin dan muslimat seluruhnya.

Antara lain keistimewaan ialah bagi muslimat harapan ummah. Mereka ada kedudukan tersendiri lagi istimewa dalam arus kebangkitan dan perlu berperanan sepertimana muslimin agar keseimbangan terus wujud. Sebagai contoh yang paling mudah ialah mengenai pakaian bagi menutup aurat perempuan, khususnya yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan begaimana sejarah kita telah membuktikan bahawa pada awal 60-an kita menghadapi 3 bidang utama dalam kehidupan masyarakat yang jauh menyeleweng dari pendidikan Islam :

1. Ekonomi - zakat dan permasalah riba’

2. Maruah wanita Islam - aurat dan peradaban

3. Kesenian - liputan meluas oleh media massa

( Perkara yang pertama dan kedua telah dapat diatasi secara meluas ).

6. Kebangkitan bersifat universal ( عالمية )

Ciri terakhir yang dapat dipaparkan di sini ialah kebangkitan yang dinyatakan sebelum daripada ini bukan hanya berlaku di tanah arab ataupun terbatas di sempadan-sempadan tertentu sahaja ataupun bangsa-bangsa tertentu dan spesis-spesis manusia tertentu sahaja . Akan tetapi merangkumi seluruh pelusuk dunia yang tidak mengira sempadan negara mahupun warna kulit. Di mana sahaja ada orang Islam di situ ada para pejuang kebangkitan Islam samada di barat atau di timur, dunia Islam atau luarnya.

Click Here to Read More..
Share

sebuah kehidupan..

03 August 2010



bermula cuti,memang kena duduk rumahla jawabnya..dari sekula rendah hinggala dewasa kini..rutin saya dikala cuti,sememangnya begini;hanya duduk seorang sahaja dirumah

jika ketika waktu kecilku,saya bersekolah dan petang baru balik..dan ketika itulah saya menunggu kedua ibubapa untuk pulang ke rumah..bergantung kepada keadaan diri..ada kalanya,saya menonton sahaja televisyen,ada waktu lain pula saya tidur,tak pun buat homework..yang pasti,apa yang saya boleh katakan,diri sudah biasa untuk menyendiri dan duduk berseorangan di rumah..

hingga kini,saya masih berseorangan di waktu siang....mami dengan kelas pengajian Al-Qurannya..abah pula keje pejabat..kedua-duanya,maghrib baru balik..

nampak macam aku ni tersisih ke? mami dan abah macam tak layan anak-anak ke?

tidak sama sekali...abah dan mami pandai menghidupkan suasana andai peluang bersama ada bersama mereka..saat kami adik-beradik berkumpul,itulah masanya abah dan mami bermanja,bergurau,bercerita,berceloteh..tambahan pula dengan kehadiran cucu-cucu abah dan mami..makin seronok mereka.

apa yang saya nampak,mereka mula sibuk dengan urusan mereka,ketika kami sudah mula melangkah dewasa...abah.memang dari dulu keje macam biasa..mami pula,tidaklah terlalu awal baginya memulakan kerjayanya..detik awal mami memulakan penglibatannya sebagai tenaga pengajar rasmi bacaan Al-Quran daerah johor,ketika adik saya yang bongsu berada dalam darjah 3 atau 4..

saya bersyukur sebenarnya...biasanya,dalam keadaan anak-anak yang sibuk ibubapanya,ramai yang tersasar dari menjadi seorang yang sihat mental dan fizikalnya...tapi,keadaan adik-beradik saya,tidak terjejas..alhamdulillah...mami pandai mengawal anak-anak..

pada mulanya memang rasa terkongkong juga,sebab kebenaran untuk keluar itu agak terhad..jika ingin keluar,1001 macam soalan yang dilontarkan mami agar dia tahu ke mana anaknya mahu pergi..

saya pun terkesan dengan cara ini hinggalah sekarang..sampai sekarang,jarang sebenarnya untuk saya berhajat bagi keluar rumah..sebab itu saya lebih suka duduk dirumah sahaja baik dirumah ini mahupun rumahku di mesir itu..jika di Mesir pun,saya tak kesah untuk duduk seorang saja dirumah tu..ketika kawan-kawan pergi berehlah dan berjaulah,saya lebih suka duduk dalam keadaan sepi dirumah tu...tak taula,lebih selesa dengan jiwa rasanya..

kawan-kawanpun,jika ada yang mengajak saya keluar,biasanya saya tidak menerima undangan mereka..tak taula...maaf la ya..mungkin saya ini jenis yang membosankan..tapi apakan daya...terima je la..

apa-apapun,berbalik kepada mood saya jugak sebenarnya...jika mood saya tengah rajin,memang saya rajin berjalan..tapi biasanya keluar nak beli barang la tak pun,ada urusan,jika tiada apa-apa hajat,memang duduk bilik je la jawabnya...tapi,rata-rata saya lebih banyak suka untuk duduk di rumah..

ni cuti pun.. kena jaga rumah sebenarnya abah ngn mami dengan rutin mereka..saya pula,dengan rutin harian saya jika cuti;kemas rumah,sapu sampah luar,sapu lantai teres,susun dapur dan apa-apa keje la yang mami bagi

dari dulu,sampai la sekarang memang inila keje wajib saya dan adik beradik saya yang lain..makin sikit yang ada kt rumah ni,makin banyak keje yang kena buat..apa-apa pun,suruhan ibubapa menjadi keutamaan...sudah sampai masa kita menunjukkan kesungguhan mereka menjadi anak-anak yang telah berjaya dengan hasil didik mereka

puasa pun dah tak lama...insyaAllah,akan meriah la rumah ni dengan gelak tawa anak-anak sedaraku..

walau apapun abah ngn mami tetap the best!


Click Here to Read More..
Share

karakteristik seorang Ulama'

02 August 2010




Kekayaan Jiwa

Ulama tidak dikenali dengan hanya sebgai orang yang pandai dalam bidang agama. Memang penguasaan ilmu menjadi syarat mutlak bagi seorang ulama, namun demikian integriti dan moraliti justeru menjadi hal yang setara selepas penguasaan ilmu. Ada dua karakter kejiwaan yang mutlak dimiliki seseorang yang menjadi pewaris Nabi. Pertama, rasa takutnya yang hanya kepada Allah melebihi rasa takut yang dimiliki kaumnya. Kedua, keluhuran akhlaq ulama kepada makhluk Allah melebihi siapapun di antara kaumnya.

Seperti diketahui bahwa ulama adalah pewaris para Nabi. Ilmu harus diamalkan, dan bagi ulama setiap amal itu disertai dengan perasaan takut kepada Allah swt.

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-Nya hanyalah para ulama." (Faathir: 28)

Rasa takut itu membentuk ketaatan para ulama, kecintaannya, serta ketekunannya menjalankan perintah Allah dan semangat menjauhi larangan-Nya melebihi yang dimiliki kaumnya.

Selain mewarisi ilmunya, ulama juga mewarisi tugas utama yang lain bagi para anbiya. Dalam kaitan ini Rasulullah pernah bersabda:

"Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia." (HR Al-Bazzar)

antara tugas utama bagi para nabi adalah menyempurnakan akhlaq dan memperlihatkn satu teladan yang baik bagi seantero manusia. mana mungkin seorang ulama boleh menjalankan tugas ini jika mereka sendiri tidak sempurna akhlaqnya? Di sini persoalan integriti dan moraliti menjadi sesuatu yang paling utama. Bagi seorang ulama, antara penguasaan ilmu dan akhlaq,kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Merupakan musibah yang teramat besar jika ummat Islam mengangkat atau memposisikan seseorang sebagai ulama sedangkan integriti dan moralitinya masih dipertanyakan. Pilihan pertama para Ulama adalah moralitinya, karena peranannya sebagai suluh dan obor kepada kehidupan masyarakat.

Para pengikut agama samawi (Yahudi dan Nasrani) terdahulu menolak Islam bukan karena kebodohan mereka, bukan pula karena rusaknya akal pikiran. Mereka tidak menerima ajaran Islam semata-mata karena kejahatan para ulama ahlul kitab. Mereka menyembunyikan kebenaran untuk memperoleh sedikit keuntungan duniawi, baik berupa material, pengaruh, atau kepentingan yang lain.

Kejahatan para ulama ahlul kitab itu dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur'an:

"Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang diberi al-Kitab (yaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit. Amat buruklah tukaran yang mereka terima." (Ali Imraan: 187)

Pada ayat yang lain Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka." (Al-Baqarah: 174 - 175)

Bagi Allah, dunia dan segala isinya itu tidak ada harganya. Ertinya, biarkan seseorang memperoleh dunia dan segala isinya dengan cara menjual agama, tetap akan dikatakan menjual agama dengan harga sedikit. Apalagi jika yang diperolehnya itu sekadar lembaran ringgit atau jawatan tertentu dalam sebuah struktur kekuasaan. Sungguh tak bernilai apa-apa di sisi Allah. Perhatikan hadits berikut ini:

"Perbandingan dunia dengan akhirat itu seperti seorang yang mencelupkan jari tangannya ke permukaan laut lalu diangkatnya dan dilihatnya apa yang diperolehnya." (HR Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam hadits lain disebutkan bahwa seandainya di sisi Allah dunia dan seisinya itu lebih bernilai dari seekor lalat, maka kaum kafir tidak akan mendapatkan bagian sedikitpun dari dunia. Hal ini bererti bahwa imbalan dunia sebesar apapun tak dapat ditukarkan dengan agama. Penukaran itu bernilai sangat murah. Hanya orang-orang yang bodoh saja yang mau menukarkan ayat-ayat Allah dengan dunia.

maka,persoalan gilakn dunia dan gilakn nama menjadi bencana yang amat besar bagi mereka yang bergelar ulama...jika hal ini mula mndapat tempat dalam hatinya...maka tidak lain dan tidak bukan ianya hanyalah sebuah permainan syaitan yang telah berjaya memperdaya. maka tidak hairanlah ramai yang mula menggunakn 'title' nya sebagai ulama untuk cuba mengaut keuntungan dunia dengan cara menjadi 'pak turut' kepada segala perbuatan pemimpin samada betul mahupun salah

hilangnya rasa amanah dalam diri menjadi musibah kepada ummat keseluruhannya kerana ianya akan menjadi satu perpekstif yang buruk kepada Islam itu sendiri. masyarakat yang jahil akan terus menjadi jahil kerana berpedomankn gerak geri ulama yang terpesong ini. manakala yang mempunyai pemahaman yang tidak begitu kuat,akan mula berasa bingung dan runsing melihat apa yang diperlakukan

maka kembalilah kepada manhaj hidup seorang yang bergelar muslim..pegang dengan kuat amanah ilmu yang diwariskan nabi..wallahualam


Click Here to Read More..
Share

MISI BERMULA...

01 August 2010

alhamdulillah...selamat menjejakkan kaki ke rumahku..setelah 10 jam duduk melangut je dalam kapal terbang..dari airport,terus ziarah dan berehat sebentar di rumah akak kedua saya di nilai...kat nilai,akak yg sulung,akak keempat,abang,adik saya dan anak-anak sedara saya ada...tak lupa juga kepada abang-abang ipar saya yg juga sudi menunggu kepulangan saya..

nikmat sebenarnya dapat berjumpa semula dengan keluarga...walaupun hanya hampir 2 tahun tidak berjumpa..kerinduan itu tetap ada...antara yg saya teruja untuk buat tibanya saya di malaysia,nak jumpa anak-anak sedara saya tu..lagi2 yg the latest one,Farah Nuryasmeen...mungkin bagi yang baca blog ni,mcm jelik dengan saya sebab,ye la...orang lain pun ada anak-anak buah...tapi takde la over mcm saya...

tapi,nak buat mcm mana..ini blog saya..maaflah ye..hehe (^_^)


ameen buat muka lak org nak amek gambo





mcm biasala...walaupun baru sampai...keriangan dan keinginan anak-anak kecil perlu dilayan..biarlah kita berpenat sedikit...yang penting,dahulukan kegembiraan dan senyuman mereka...mereka gembira,kita pun seronok...

malam tu,saya ikut akak sulung saya balik ke melaka,ziarah akak saya ketiga yg duk melaka...sebab,esoknye jugak...mami dan abah nk ke klang...ada seminar..owh,saya memang tak berhajat nak pegi sana..hehe...sory ea mami...

semalaman berehat di melaka,paginye diteruskan perjalanan pulang ke johor...sebelum tiba di rumah,singgah ke parit raja dulu...menziarahi 2 org anak sedara saya yg bersekolah di sana,Iqbal dan Nurul Syazana di SMA Parit Raja Batu Pahat..

dah bujang yang sorg tu..yang sorg lagi,dh jadi anak dara dh...kitorg bawak diorg keluar jalan2 jap kt BP Mall..





petang tu,barula pulang ke rumah...alhamdulillah...selamat sampai..lama tak tengok rumah ni..banyak dah perubahan..terutama dari segi fizikal...makin bertambah pulak saya tengok aksesori-aksesori kat rumah ni...takpela,yang pnting mami dan abah bahagia

wallahualam...aktiviti cuti,akan cuba diupdate dari smasa ke smasa


Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails