Followers

ANTARA 2 PERSONALITI

30 June 2010


Ketahuilah,Setiap orang mempunyai ciri tersendiri yang mewakili sifat serta karekteristik masing-masing.setiap karekteristik itu akan mempamerkan prestasi2 unggul yang boleh menggoncangkan dunia jika diasuh serta diasah mengikut kaedah serta cara yang berkesan.Jika kita berfikir sejenak,sosok2 sekarang yang unggul serta penuh berketrampilan di persada dunia kini sudah tentu adalah jiwa-jiwa seperti kita pada awalnya, Jiwa-jiwa yang lemah dan berasa tidak berdaya melakukan apa saja yang di impikan pada awalnya.Maka kita perlulah mengevolusikan personaliti dan abliti anda kearah Personaliti dan Abliti Superhero2 berupa ADDUAT yakni penyelamat ummat sejagat.

Lahirnya Seorang Superhero

Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah manusia terpilih yang unik, setiap daripada kamu dibekalkan personaliti yang berbeza-beza antara satu sama lain.Jangan asyik dinaungi perasaan inferior terhadap orang yang lebih hebat pada kita tetapi bernaunglah atas sifat gemar bersaing dengan cara yang sehat.

Jika anda penghuni Metropolis City, tentu anda tidak pernah menyangka betapa di sebalik kejaguhan, kehebatan dan ketrampilan Super Man, ia justeru menjadi seorang reporter bernama Clark Kent untuk menampung kehidupannya. Atau, andai saja anda penghuni New York City, pasti tidak pernah anda sangkakan bahawa Your Friendly Neighborhood Spiderman justeru adalah seorang jurugambar, lantaran yang lebih tertonjol pada kehidupan seorang Spidey, atau seorang Super Man, atau seorang Batman, Cicak Man dan sebagainya, adalah kehebatan perjuangan dan pengorbanan mereka mengabdikan diri pada masyarakat, sebagai superhero dambaan umat.

Apabila seseorang telah mengutamakan Jalan Perjuanagan maka kerjaya seperti reporter,doctor mahupun pelajar bagaikan kerja part-time sahaja bagi mereka lantaran kerjaya di alam perjuangan selaku superhero penyelamat ummat telah mereka beri perhatian sepenuhnya.

~Albanna bapa Superhero moden~

Pasca kejatuhan Khilafah Turki Othmaniyah , kita selaku umat islam tidak lagi berupaya menggapai kegemilangan penuh sinar sepertimana gemilangnya nama Islam di pelosok dunia tika dulu.Hilangnya sebuah daulah yang telah mempertahankan dan memartabatkan nama Islam selama 624 thn (1299-1922) juga telah membangkitkan kemunculan superhero2 yang berusaha mengkonstruksi kembali sebuah Daulah Islamiyah seperti almarhum Hassan Al-Banna,Syed Qutb dan beberapa lagi tokoh Ikhwanul muslimin yang telah menggegarkan dunia sekular dengan melahirkan kembali bibit-bibit cahaya Islam agar bertapak semula sebuah Daulah yang akan menjaga kebajikan seluruh Ummat Islam di seantero dunia.

Kehadiran Superhero2 Islam moden inilah yang telah memberi ruh perjuangan kepada generasi-generasi mendatang. Impak jelas kehadiran Justice League bernama Ikhwanul Muslimin itu kelihatan dengan kehadiran Tokoh Reformis Pan-islam (1924 ) seperti Jamaludin Al afghani, Muhammad abduh dan Rasyid Redha yang terus menyambung proses konstruksi daulah islamiyah.....

Evolusi Personaliti

Terdetikkah pada fikiran anda satu persoalan tentang superhero2 pujaan hati anda ; "mengapa perlu menggunakan superpower itu untuk kepentingan orang lain?" bukankah lagi menguntungkan jika mereka menggunakan kebolehan2 unik mereka itu untuk kepentingan nafsi-nafsi?Khali sebentar....soalan terjawab.Mengapa?

Itulah perbezaan antara superhero dan manusia biasa, superhero adalah orang yang telah merasakan TANGGUNGJAWAB dalam dirinya untuk membantu orang lain manakala manusia biasa adalah golongan yang tidak merasakan tanggungjawab yang tergalas pada bahu superhero2 idaman mereka.Dan itulah sebagai seorang Penyelamat Ummat @ Daie kita hendaklah merasakan terdapat bebanan tanggungjwab yag tergalas pada bahu kita.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(surah albaqarah 2:286)

Evolusi Abiliti

Berdiam pada takuk yang sama atau ertikata lain istiqamah dengan sikap yang serupa bermakna anda seorang yang membosankan dan tidak berani mencabar serta mengambil risiko untuk berdiri di satu daerah yang lebih baik.fikirkanlah bahawa,seorang superhero yang berketrampilan serta hebat bukanlah yang hanya bergegas membantu mangsa pabila hanya terdengar pekikan mahupon lolongan meminta tolong, akan tetapi adalah superhero yang telah lengkap perbagai prosedur serta methode yang berbeza-beza untuk memastikan keselamatan kawasan naungannya sentisa terpelihara.

Sang gagah itu juga melatih dan menggunakan segala superpower kepunyaannya ketahap yang lebih tinggi agar memudahkan tugasnya untuk mencabar kuasa anasir-anasir jahat yang sentiasa cuba untuk menjatuhkanya.

Analoginya,seorang Daie yang berktrampilan bukanlah seorang yang hanya tahu berdiri tegak dan mulutnya pula bagaikan kaset ceramah yang tidak ditukar baru serta diulang-ulang penyiarannya dan terngiang-ngiang di cuping telinga pendengar dan akhirnya tidak membuahkan sedikit kesedaran dalam diri. Jiwa Daie yang sebenar adalah mereka yang mempergunakan segala Abliti dan Personaliti mereka ke tahap maksima untuk tujuan dakwah yakni menyelamat manusia daripada terdampar dalam ruangan kegelapan.

Proses Evolusi

"Cabarlah dirimu pada suatu perkara yang kamu rasa tidak mampu tapi hakikatnya kamu mampu."

Berilah ruang pada dirimu untuk mencuba suatu yang tidak pernah kamu rasakan kamu mampu. Tetapi kamu sebenarnya berhajat menuju kearah itu.Yakini kemampuan dirimu nescaya jasadmu mempercayaimu dan bergerak mengikut apa yang kamu mahu.Usahlah membataskan kapasiti diri kerana ia mengecilkan lagi skop keupayaan kamu.Lalulah ke suatu lorong yang sempit dan berakhir pada sebuah Laluan Berpermaidani merah serta penuh haruman disekelilingnya.

Kesimpulan

Seorang superhero adalah orang yang telah melalui pelbagai rintangan untuk menjaga keamanan wilayah takluknya.Manakala seorang Daie yang hebat pula adalah seorang yang berani melalui ruangan sempit di awal kehidupannya serta dia tahu akan kemanisan pada pengakhiran hayatnya.superhero berusaha meningkatkan Ablitinya untuk keharmonian penduduk sekitarnya. Daie pula seharusnya bertungkus lumus membesarkan kapasiti keupayaan dalam menyelamatkan Mad'uenya dalam apa jua keadaan.

Maka seharusnya setiap daripada kamu janganlah membataskan kapasiti keupayaan serta personaliti kamu pada sesuatu tahap yang tertentu akan tetapi bolosilah batasan itu sehingga tahap yang optima untuk kebaikan ummah sejagat.

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,(yaitu) beberapa derajat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”(Surah an-Nisa’ [4]:95-96)


Click Here to Read More..
Share

JANGAN ULANGI SEJARAH





Penulis Buku Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata - Datin Seri Fatini Yaacob hari ini menyuarakan kebimbangannya mengenai pepecahan umat Islam yang dianggapnya masalah paling besar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada masa ini, tegasnya, orang Melayu berpecah dari segi politik kepada tiga parti besar iaitu Umno, PKR dan PAS. "Sekiranya tidak ada strategi politik yang berpandangan jauh untuk survival Islam, kuasa politik bakal berpindah hak milik kepada pihak lain dan kedudukan Islam akan semakin teruk terpinggir," katanya yang juga karyawan tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau menegaskan demikian ewaktu membentangkan kertas kerja dalam muzakaran pakar "Selepas 60 tahun kes Natrah: Di Mana Kita?" di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pagi tadi. Fatini membukukan kisah perjuangan perebutan Natrah antara keluarga angkatnya dengan ibu bapa kandungnya di mahkamah di Singapura sehingga mencetuskan rusuhan pada tahun 1950 - 1960an.

Buku tersebut adalah berasal daripada tulisannya yang disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat pada 1989 yang mengisahkan kisah percintaan antara Natrah dan suaminya Mansor Adabi.Selain Fatini, turut membentang kertas kerja di muzakarah itu hari ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Datuk Ibrahim Lembut yang mengupas tajuk tersebut dari perspektif undang-undang Islam.


Manakala Fellow Amat Kehormat Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Muhammad Uthman El-Muhammady (atas) mengupas dari perspektif pendidikan.

Fatini yang mengupas tajuk itu persepektif sosial mendakwa penganut Islam dilihat lemah selepas pilihan raya umum ke-12, maka kerana itu berlaku provokasi bertubi-tubi terhadap umat Islam. "Kita pernah mendapat kekuatan dua pertiga majoriti, namun sayangnya kita tidak pernah cuba mengambil kesempatan memartabatkan kedudukan Islam. Pilihan raya umum lalu telah mencabar kedudukan kuasa kita," katanya.

Dalam perbentangan itu juga, Fatini (kanan) yang juga bekas seorang wartawan, turut berasa hairan mengapa sejarah dan tragedi rusuhan dalam peristiwa Natrah yang dianggapnya "sejarah besar" tidak diuar-uarkan dengan meluas. Beliau menyifatkan pembelaan umat Islam terhadap Natrah itu sebagai satu "kebangkitan Islam" di Tanah Melayu pada waktu tersebut. "Banyak orang dalam rusuhan tersebut kira-kira 3,000 orang berkumpul dalam masa sebelas hari. Dan ada (di kalangan mereka) yang disekat di Tambak Johor. Ada yang datang ke sana mengayuh basikal dari Kelantan dan Terengganu. "Tetapi kenapa tidak ada sejarah besar (ini) dalam sejarah Malaysia... Saya tidak ada kepentingan individu ataupun obses kerana sebab saya mengkaji sejarah. Tapi ini adalah kebenaran sejarah," katanya.

Menurutnya lagi, maklum balas daripada orang ramai yang ditemuinya turut mengingati peristiwa tersebut sebagai sebagai 'sebuah sejarah yang tragis". "Ia tidak pernah padam dalam ingatan kita kerana ia diperkatakan dari mulut ke mulut. Ini kerana isu ini tidak ada orang menulisnya," katanya.

Sehubungan itu, Fatini berharap agar umat Islam mengambil iktibar dari peristiwa Natrah itu. Sementara itu, Muhammad Uthman pula menjelaskan selepas 60 tahun kes Natrah berlalu, negara merdeka dan orang Islam meneraju negera mereka sendiri tetapi banyak masalah yang dihadapi.

"Bagaimanapun kemerdekaan itu diganggu oleh unsur-unsur pemikiran yang masih terbelenggu dengan sikap yang timbul akibat penjajahan itu; erti kesan penjajahan mental dan jiwa masih ada di kalangan setengah Muslimin.

"Ramai orang Islam mencapai pendidikan tinggi dan mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan syariat serta cawangan-cawangan ilmu rasional yang diperlukan sehingga ke tahap PhD dan yang setara dengannya atau boleh jadi melebihinya,"katanya.

Click Here to Read More..
Share

aktiviti harian bagi seorang penuntut ilmu di peringkat permulaan

29 June 2010



assalamualaikum

para ulama mengklasifikasikan penuntut ilmu kepada 3 peringkat

1. مبتدئ (permulaan)
2. متوسط (pertengahan)
3. مجتهد (bagi peringkat mujtahid ini pun ada pengklasifikasian yang tersendiri)

maka ketiga-tiga peringkat penuntut ilmu ini mempunyai jadual atau aktiviti harian yang berbeza dari hidup harian manusia yang lain

mereka yang betul-betul berbakti dengan ilmu,akan menjadikan mereka begitu sibuk hinggakan mereka tidak begitu menghiraukan tugas-tugas keduniaan mereka..

oleh sebab itu,Islam menjadikan mereka-mereka yang bermusafir untuk menuntut ilmu ini,antara salah satu asnaf yang layak menerima zakat kerana mereka menjadikan diri mereka berbakti untuk berjihad kepada Islam dari sudut keilmuan,begitu juga para tentera Islam yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara,mereka juga layak menerima zakat (tetapi ada perincian dalam masalah zakat kepada asnaf ini)

jadi,kalo para tentera berjihad dari sudut persenjataan,para penuntut Ilmu pula berjihad dari segi keilmuan

ini kelebihan yang ada pada Islam...jika kita amati,kita akan nampak makna tersirat disebalik pensyariatan zakat ini iaitu,setiap manusia ada rezeki masing-masing...cuma,cara dan nilai sahaja yang berbeza..

soal kaya atau miskin dalam nilai rezeki kita,itu soal kedua...kerana kaya dan miskin adalah hak Allah dalam nak menentukan..yang pnting,kita kena tahu bahawa Allah tahu keadaan yang terbaik untuk diri kita samada kaya atau miskin..yang penting rezeki kita halal dan berkat

cumanya,masalah mula timbul apabila salah satu cara pengagihan rezeki Allah ini diabaikan dan dipandang remeh..ketika ada yang mula mengambil mudah dan tidak menunaikan tanggungjawab pembahagian zakat ini dengan sebaik-baiknya,masalah pasti timbul..

maka akan timbullah isu,ditarik zakat kerana bersuara dan zakat tidak diberi dengan nilai yang sepatutnya

baik,berbalik kepada persoalan jadual penuntut ilmu...

asas jadual harian bagi penuntut ilmu yang diperingkat permulaan seperti yang disenaraikan oleh Syeikh 'Aid Al-Qarni dalam kitab beliau,'Bagaimana untuk Menuntut Ilmu';

1. selepas solat subuh hinggalah terbitnya matahari- waktu menghafaz (menghafaz lima ayat qurani setiap hari,satu hadis Nabi,dan sebahagian kecil daripada matan-matan asas)

2. bermula selepas terbit matahari hinggalah ke zohor- sesi pengajian atau sesi pekerjaan

3. selepas zohor- pembacaan sejarah,kesusasteraan,makan tengahari dan qailulah

4. selepas asar- pemabacaan bahan bacaan seperti sebelum zohor

5. antara selepas maghrib dan isya'- ulangkaji hafalan ayat-ayat qurani,hadis dan matan

6. selepas isya'- pembacaan majalah-majalah ilmiah dan berthaqafah,kemudian tidur

7. hari kelima bagi setiap minggu,waktu berziarah kenalan kita dan beristirehat

8. hari jumaat,hari untuk mentadabbur Al-Quran,berzikir,memperbanyak amalan sunat dan selawat keatas junjungan Baginda S.A.W.

semoga kita digolongkan dalam kalangan yang bertaqwa,beramal soleh serta gigih dalam menuntut ilmu..

Click Here to Read More..
Share

13 Mei: Pembabitan Siswa dan Kesan kepada Negara

28 June 2010


peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak politik perkauman di negara kita selepas negara mencapai kemerdekaan. keadaaan hubungan kaum di negara ini adalah agak rapuh dek kerana kesan sejarah perancangan para penjajah yang sengaja mengasingkan pendudukan kaum-kaum yang terdapat di negara ini secara fizikal dan mental

ketika zaman penjajahan British,kaum cina dikelompokkan di lombong-lombong bijih,kaum india di estet-estet manakala kaum melayu bertani di kampung...dizaman pendudukan Jepun pula,kaum cina mengalami satu era keperitan dan kepedihan dalam hidup akibat peristiwa pembantaian yang dahsyat,'Sook Ching Massacre'..peristiwa ini telah mengorbankan puluhan ribu orang cina di singapura dan tanah melayu sehingga memaksa mereka untuk berundur dan hidup di pingir-pinggir hutan bagi mengelakkan diri mereka dari diperlakukan sedemikian rupa

Jepuun juga pada ketika itu telah mengambil anak-anak muda Melayu untuk menjadi kempetai dan turut sama menindas orang cina..pengunduran Jepuun dari tanah melayu menjadi peluan kepada warga cina untuk melepaskan dan membalas segala api dendam mereka seperti pembalasan dendam Bintang Tiga ...dalam tempoh antara 1945 hingga 1969,pelbagai peristiwa perkauman telah berlaku

13 Mei 1969 juga telah menyaksikan keganasan kerajaan yang bertindak menangkap oposisi seperti Lim Kit Siang juga pemimpin pelajar seperti Anwar Ibrahim (presiden PBMUM) dan Syed Hamid Ali (presiden PMUM)..namun,mereka dibebaskan selepas 2 minggu menghadapi soal siasat..mereka juga dibebaskan bagi meredakan kebangkitan para pelajar yang semakin berani menunjukkan protes mereka terhadap Tunku Abdul Rahman

selepas 13 mei ini,nasionalisme bahasa sebagai agenda perjuangan semakin menonjol dalam kalangan pelajar melayu sehingga mencetuskan beberapa insiden seperti mengecat papantanda berbahasa inggeris,papan notis dan bas UM


Demonstrasi Anti Tunku

peristiwa 13 Mei telah menyebabkan kemarahan pelajar Melayu kepada Tunku dengan beberapa alasan,antaranya jurang perbezaan ekonomi orang melayu dan cina sangat menjolok mata,kemiskinan luar bandar begitu tegar manakala tuntutan -tuntutan masyarakat cina seperti isu 'Malaysian Malaysia" begitu menghiris orang melayu

gerakan mahasiswa telah bangkit mempertikai keupayaan Tunku seterusnya mendesak beliau untuk melepaskan jawatan beliau..bantahan awam telah menjadi satu agenda gerakan mahasiswa pada saat ini

desakan kuat mahasiswa telah berjaya menyebabkan Tunku berundur dari kedudukan nombor 1 negara dan disambut sebagai persitiwa kemenangan mahasiswa pada ketika itu..Tunku telah digantikan oelh Tun Abdul Razak,seorang pemimpin Melayu yang juga kawan karib beliau ketika zaman belajar di luar negara..Almarhum Tunku selepas persaraan banyak menumpukan kerja-kerja kebajikan dan dakwah terutama melalui Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang telah banyak mengislamkan rakyat bukan Islam di negara ini dan juga OIC..melalui OIC,Tunku telah membantu umat Islam di pelbagai tempat seperti Cambodia,Afrika dan sebagainya.

Click Here to Read More..
Share

SUSUR GALUR PERJUANGAN

26 June 2010




PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sudah berada dalam arena politik negara dalam suatu jangka masa yang lama iaitu lebih 55 tahun, sejak ia ditubuhkan pada 23 November 1951.
Iklan

Sepanjang pembabitannya dalam politik negara sejak sebelum merdeka lagi, PAS dikenali oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sebagai sebuah parti Islam.

PAS memaktubkan dalam Perlembagaannya, bahawa matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Sebagai sebuah parti Islam, PAS bertanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut PAS menggariskan 11 usaha dalam Perlembagannya, yang antara lainnya, meletakkan prinsip Islam yang utama dalam berpolitik sebagai usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap aspek.

PAS bertanggungjawab menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, dengan membantu memperbaiki perencanaan politik, ekonomi dan sistem sosial.

Untuk mencapai matlamat dan usahanya, PAS harus bekerjasama dengan badan politik atau lain-lain persatuan bila mana ianya mustahak dan sesuai dengan perjuangannya.

Di atas prinsip-prinsip Islam inilah PAS terus kekal dalam politik negara. Dengan prinsip ini juga PAS mengalami jatuh bangun, kalah menang, memimpin kerajaan negeri atau menjadi pembangkang.

Menyusuri sejarah politik PAS, PAS pernah beberapa kali bertahaluf atau menjalinkan kerjasama politik, sama ada dengan parti yang memerintah atau gabungan parti pembangkang.

PAS pernah bergabung dengan Perikatan (Barisan Nasional) pada tahun 1974, sebelum ditendang keluar pada tahun 1978.

Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak 1955, ditumbangkan pada 1979 dengan cara yang mengaibkan hasil kegelojohan pemimpin Umno-BN.

PAS juga mengalami krisis kepimpinan apabila Yang Dipertua Agungnya, Dato' Asri Muda bersama beberapa yang lain menyertai Umno pada tahun 1982.

Kepimpinan PAS kemudiannya, diambilalih oleh al-Marhum Ustaz Yusof Rawa. PAS menjalani fasa kesuraman dalam perjuangannya. Wakil Parlimennya hanya tinggal seorang iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, beserta beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, PAS memulakan era politik baru dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang seperti Nasma, SDP, CCC dan lain-lain.

Namun kerjasama tersebut tidak mampu memberikan impak besar kepada perubahan iklim politik. Status-quo PAS dengan kerusi tunggal Parlimen dan beberapa kerusi Dun.

PAS mengalami sedikit perbalahan kecil di kalangan kepimpinan, sehingga Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaie Ahmad meletak jawatan dan menyertai Umno. Bagaimanapun pemergian Nakhaie, tidak langsung memberi apa-apa kesan terhadap PAS.

PAS mula mengalami perubahan selepas kepimpinannya bertukar tangan. Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.

Perpecahan dalaman Umno turut mengheret krisis kehakiman dalam negara yang menyaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat.

Umno berpecah dan diharamkan. Mahathir menubuhkan Umno baru, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Pada tahun 1989, PAS diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.

PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.

Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara PAS dan DAP yang bertentangan ideologi.

Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara PAS dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.

Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.

Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober 1990, sehingga kini sudah hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan.

Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.

Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.

Walaupun berlaku sedikit kesuraman dalam gabungan pembangkang, PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu dan Kedah.

Kepimpinan PAS terus utuh dan mantap. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz, PAS menikmati era kepimpinan ulama yang gemilang di kemuncaknya.

Pada ketika itu wujud desas desus yang kuat bahawa Tengku Razaleigh mahu membubarkan Semangat 46 dan kembali kepangkuan Umno. Namun PAS tetap setia dengan kerjasama sehingga saat-saat akhir.

Selepas Tengku Razaleigh memasuki Umno, pembangkang tidak lagi bersatu. PAS dan DAP serta parti-parti lain membuat haluan sendiri.

Bermula tahun 1997 Umno-BN kembali dengan bibit perpecahan dalaman yang hebat. Akibat daripada perpecahan yang sudah sampai kekemuncak, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998.

Perpecahan dalaman Umno amat hebat sehingga Mahathir tidak menjangka waktu itu pengaruh Anwar begitu kuat di kalangan rakyat. Tiap-tiap minggu rakyat berdemonstrasi di Kuala Lumpur membantah kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

Peluang yang terbuka itu memungkinkan satu kerjasama dibentuk menjelang PRU ke-10 tahun 1999. Ustaz Fadzil lantas bekerjasama dengan Anwar. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan.

Ustaz Fadzil menerajui NGO yang dinamakan Gerak. Gerak berjaya menggabungkan berpuluh-puluh NGO untuk bersatu menentang kezaliman Mahathir.

Dalam masa yang sama parti-parti pembangkang menubuhkan Barisan Alternatif (BA). Hasil gabungan PAS, Keadilan, DAP dan PRM.

Gabungan BA amat unik. Masing-masing mempunyai ideologi yang jauh berbeza, namun bekerjasama atas matlamat yang sama untuk menumbangkan BN.

Gabungan ini menghasilkan impak yang kuat. Pembangkang menang 45 kerusi Parlimen, mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dari BN dan menguasai separuh dari Kedah.

Walaupun masih tidak mampu menumbangkan BN keseluruhannya. Tetapi gabungan pembangkang ini, menunjukkan kesatuan yang hebat. Mereka berjaya mengetepikan ideologi, sebaliknya bekerjasama erat dalam pelbagai isu nasional.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Di kemuncak kerjaya politiknya, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Ketua Pembangkang, dipanggil pulang mengadap-Nya pada 23 Jun 2002.

Kehilangan Ustaz Fadzil amat dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli dan kepimpinan PAS.

Ustaz Fadzil pergi, kepimpinan PAS bersilih ganti. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambilalih kepimpinan. Beliau juga Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Terengganu.

Pada PRU ke-11 tahun 2004. BA menghadapi kesuraman yang besar, Terengganu terlepas, manakala Kelantan hampir tumbang. BN menang besar selepas Mahathir digantikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemenangan besar BN, bukan kerana BN kuat. Tetapi akibat daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 dan berlaku beberapa kekecohan khususnya di Selangor pada hari pengundian.

Kemenangan BN pada waktu itu dikaitkan dengan perubahan persepsi rakyat kepada Umno-BN, dan memberi peluang kepada orang baru seperti Abdullah untuk menerajui negara.

Ringkasnya, kemenangan besar BN tidak lama. Hagemoni mereka tersekat pada PRU ke-12 tahun 2008. Kepimpinan Abdullah gagal memperkukuhkan Umno-BN. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP berjaya membuat 'comeback' yang cukup besar dalam politik negara.

Kuasa besar dua pertiga majoriti BN di Parlimen hilang. BN tewas di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Lantas ketiga-tiga parti ini membentuk Pakatan Rakyat. Kerjasama Pakatan Rakyat lebih baik dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Umno-BN kehilangan arah. PM Abdullah menerima tekanan yang hebat. Genap setahun selepas PRU 2008, Abdullah terpaksa melepaskan jawatan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas setahun bergelut dengan pelbagai masalah dalaman, Umno-BN kini dilihat mula membuat reform dengan PM yang baru. Sementara Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai kemelut dalaman.

PAS punyai kemelut dalamannya sendiri. Begitu juga KeADILan dan DAP. Kemelut-kemelut ini jika dibiarkan berpanjangan, nescaya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, penulis mahu memfokuskan tulisan ini kepada PAS sahaja.


Bagi kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, mereka harus disedarkan bahawa dalam sejarah politik PAS yang disusur-galurkan dalam tulisan ini, walau apapun perseteruan atau berbezaan yang wujud di antara PAS, dengan rakan-rakan, PAS tidak pernah sama sekali mengkhianati tahaluf atau kerjasama politik yang dibina.

PAS juga harus sedar bahawa arus perubahan yang dilakukan PM Najib mungkin memberikan kesan dalam bentuk persepsi positif di kalangan rakyat.

PAS tidak seharusnya membenarkan sebarang persepsi negatif melandanya. Persepsi negatif ini hanya akan mengundang padah yang lebih buruk.

Jika PAS dan Pakatan Rakyat tersilap langkah, atau gagal menunjukkan kesepakatan yang baik, nescaya kesuraman besar yang berlaku pada PRU 2004, tidak mustahil boleh berulang pada PRU ke-13 nanti.

Fikirlah, jika rakyat boleh memberi peluang kepada Abdullah selepas persepsi buruk yang terpalit terhadap Mahathir, apakah rakyat tidak boleh memberi peluang sekali lagi kepada Umno-BN menerusi kepimpinan baru Najib?

Atau apakah PAS sanggup menunggu pusingan lain, iaitu barangkali pada PRU ke-14 atau PRU ke-15 untuk membuat 'come back' politik selepas dilanda kesuraman yang berterusan?

Sepanjang PAS membuat tahaluf atau kerjasama dengan pelbagai parti politik dan NGO, PAS sekali-kali tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaannya. Yang berubah hanya pendekatan dan strategi.

Di atas prinsip inilah PAS dihormati, di atas kesetiaan dalam persahabatan inilah PAS dipercayai dan di atas kekuatan dan kemantapan kepimpinanlah PAS dilihat mampu menggantikan Umno sebagai parti terunggul Islam-Melayu suatu hari nanti.

Sepanjang hampir 59 tahun penubuhan PAS (November 1951-kini), tidak ada seorangpun pemimpin yang boleh memecahbelahkan PAS. Tiada seorang pemimpinpun boleh mengheret PAS ke arah kemusnahan jika beliau keluar daripada parti.

PAS tidak boleh mengelak, kemungkinan wujud pemimpin yang mempunyai agenda peribadi. Namun, sehebatmanapun agenda peribadi seseorang pemimpin itu, nescaya dia tidak akan mampu merealisasikannya. Tiada seorangpun pemimpin yang boleh memaksa PAS menurut agenda peribadinya.

PAS bukan milik individu, PAS adalah milih jamaah keseluruhannya. Ke mana sahaja PAS pergi, sama ada bekerjasama atau berdikari sendirian, PAS tetap utuh sebagai satu pasukan dan dalam satu pasukan yang mantap.

Kemantapan PAS adalah hasil daripada tarbiah fikrah (pendidikan pemikiran) yang meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangan, lebih dari kepentingan diri sendiri.

Justeru untuk waktu ini, untuk menghadapi PRU ke-13 ini, PAS tidak harus menoleh kebelakang lagi. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerjasama yang terbaik dalam sejarah politik negara.

PAS harus terus menjadi rakan kongsi yang strategik kepada Pakatan Rakyat. PAS harus yakin bahawa dengan kekuatan kepimpinan, kekuatan akar umbi, dengan rangkaian cawangan yang ada di setiap taman dan desa, bahawa suatu hari nanti PAS akan muncul sebagai parti yang dominan dan terunggul dalam persada politik negara.

Click Here to Read More..
Share

KENAPA TAKUT?

25 June 2010



Kita hidup di zaman yang mengajarkan pergaulan bebas, menonjolkan aurat, dan mempertontonkan perzinaan. Bila mereka berani kepada Allah dengan melakukan tindakan yang bukan hanya merosakkan diri, melainkan juga menghancurkan institusi rumah tangga, mengapa kita takut untuk mentaati Allah dengan membangun rumah tangga yang kukuh? Bila kita beralasan ada risiko yang harus dipikul setelah menikah, bukankah perzinaan juga punya segudang risiko? Bahkan risikonya lebih besar. Bukankankah membujang ada juga risikonya?

Hidup, bagaimanapun adalah sebuah risiko. Mati pun risiko. Yang tidak ada risikonya adalah bahawa kita tidak dilahirkan ke dunia. Tetapi kalau kita berfikir bagaimana lari dari risiko, itu penyelesaian yang mustahil. Allah tidak pernah mengajarkan kita agar mencari penyelesaian yang mustahil. Bila ternyata segala sesuatu ada risikonya, maksiat mahupun taat, mengapa kita tidak segera melangkah kepada sikap yang risikonya lebih baik? Sudah tentu bahawa risiko pernikahan lebih baik daripada risiko pergaulan bebas (baca: zina). Kerananya Allah mengajarkan pernikahan dan menolak perzinaan.

Saya sering berbual dengan kawaan-kawan yang masih membujang, padahal ia mampu untuk menikah. Setelah saya mengetahui alasannya, ternyata semua alasan itu tidak berpijak pada alasan yang kuat: ada yang beralasan untuk mengumpulkan duit terlebih dahulu, ada yang beralasan untuk mencari ilmu dulu, dan sebagainya. Berikut ini kita akan mengulas mengenai mengapa kita harus segera menikah? Sekaligus di celah pembahasan saya akan menjawab atas beberapa alasan yang pernah mereka kemukakan untuk membenarkan sikap.

Menikah itu Fitrah

Allah Taala menegakkan sunnah-Nya di alam ini atas dasar berpasang-pasangan. Wa min kulli syai’in khalaqnaa zaujain, dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan (Adz-Dzariyaat: 49). Ada siang ada malam, ada lelaki ada perempuan. Masing-masing memainkan peranannya sesuai dengan tujuan utama yang telah Allah rencanakan. Tidak ada dari sunnah tersebut yang Allah ubah, bilapun dan di manapun berada. Walan tajida lisunnatillah tabdilla, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapati perubahan pada sunnah Allah (Al-Ahzab: 62). Walan tajida lisunnatillah tahwiila, dan kamu tidak akan mendapati perubahan bagi ketetapan kami itu. (Al-Isra: 77)

Dengan melanggar sunnah itu bererti kita telah meletakkan diri pada posisi bahaya. Kerana tidak mungkin Allah meletakkan sebuah sunnah tanpa ada kesatuan dan keterkaitan dengan sistem lainnya yang bekerja secara sempurna secara universal.

Manusia dengan kecanggihan ilmu dan peradabannya yang dicapai, tidak akan pernah mampu menggantikan sunnah ini dengan cara lain yang dikarang otaknya sendiri. Mengapa? Sebab, Allah swt. telah membekalkan masing-masing dengan fitrah yang sejalan dengan sunnah tersebut. Melanggar sunnah ertinya menentang fitrahnya sendiri.

Bila sikap menentang fitrah ini terus-menerus dilakukan, maka yang akan menanggung risikonya adalah manusia itu sendiri. Secara mata kasar, di antara yang paling tampak dari rahsia sunnah berpasang-pasangan ini adalah untuk menjaga keberlangsungan hidup manusia dari semasa ke semasa sampai titik waktu yang telah Allah tentukan. Bila institusi pernikahan dihilangkan, boleh dipastikan bahawa manusia telah musnah sejak ratusan abad yang silam.

Mungkin ada yang bertanya, tapi kalau hanya untuk mempertahankan keturunan tidak mesti dengan cara menikah. Dengan pergaulan bebas pun boleh. Anda boleh berkata demikian. Tetapi ada sisi lain dari fitrah yang juga Allah berikan kepada masing-masing manusia, iaitu: cinta dan kasih sayang, mawaddah wa rahmah. Kedua-dua sisi fitrah ini tidak akan pernah mungkin tercapai dengan hanya semata-mata pergaulan bebas. Melainkan harus diikat dengan tali yang Allah ajarkan, iaitu pernikahan. Kerana itulah Allah memerintahkan agar kita menikah. Sebab itulah yang paling tepat menurut Allah dalam memenuhi tuntutan fitrah tersebut. Tentu tidak ada bimbingan yang lebih sempurna dan membahagiakan lebih dari daripada bimbingan Allah.

Allah berfirman fankihuu, dengan kata perintah. Ini menunjukan pentingnya hakikat pernikahan bagi manusia. Jika membahayakan, tidak mungkin Allah perintahkan. Malah yang Allah larang adalah perzinaan. Walaa taqrabuzzina, dan janganlah kamu mendekati zina (Al-Israa: 32). Ini menegaskan bahawa setiap yang mendekatkan kepada perzinaan adalah haram, apalagi melakukannya. Mengapa? Sebab Allah menginginkan agar manusia hidup bahagia, aman, dan sentosa sesuai dengan fitrahnya.

Mendekati zina dengan cara apapun, adalah proses penentangan terhadap fitrah. Dan sudah terbukti bahawa pergaulan bebas telah melahirkan banyak bencana. Tidak saja pada hancurnya harga diri sebagai manusia, melainkan juga hancurnya kemanusiaan itu sendiri. Berapa ramai ibu-ibu yang membuang janinnya ke semak, ke tong sampah, bahkan dengan sengaja membunuhnya, hanya kerana merasa malu menggendong anaknya dari hasil zina.

Perhatikan bagaimanan akibat yang harus diterima ketika institusi pernikahan sebagai fitrah diabaikan. Boleh dibayangkan apa akibat yang akan terjadi jika semua manusia melakukan cara yang sama. Ustaz Fuad Shaleh dalam bukunya liman yuridduz zawaj mengatakan, “Orang yang hidup membujang biasanya selalu tidak normal: baik cara berfikir, impian, dan sikapnya. Ia mudah terpedaya oleh syaitan, lebih dari mereka yang telah menikah.”

Menikah Itu Ibadah

Dalam surah Ar-Rum: 21, Allah menyebutkan pentingnya mempertahankan hakikat pernikahan dengan sederet bukti-bukti kekuasaan-Nya di alam semesta. Ini menunjukkan bahawa dengan menikah kita telah menegakkan satu sisi dari bukti kekusaan Allah swt. Dalam sebuah kesempatan Rasulullah saw. lebih menguatkan makna pernikahan sebagai ibadah, “Bila seorang menikah berarti ia telah melengkapi separuh dari agamanya, maka hendaknya ia bertakwa kepada Allah pada separuh lagi yang tersisa.” (HR. Baihaqi, hadits Hasan)

Belum lagi dari sisi ibadah sosial. Dimana sebelum menikah kita lebih sibuk dengan dirinya, tapi setelah menikah kita boleh saling melengkapi, mendidik isteri dan anak. Semua itu merupakan lapangan pahala yang tak terhingga. Bahkan dengan menikah, seseorang akan lebih terjaga moralnya dari hal-hal yang mendekati perzinaan. Alquran menyebut orang yang telah menikah dengan istilah muhshan atau muhshanah (orang yang terbentengi). Istilah ini sangat kuat dan menggambarkan bahawa keperibadian orang yang telah menikah lebih terjaga dari dosa daripada mereka yang belum menikah.

Bila ternyata pernikahan menunjukkan bukti kekuasan Allah, membantu tercapainya sifat takwa. dan menjaga diri dari tindakan tidak bermoral, maka tidak boleh disangkal lagi bahawa pernikahan merupakan salah satu ibadah yang tidak kalah pahalanya dengan ibadah-ibadah lainnya. Jika ternyata Anda setiap hari boleh menegakkan ibadah solat, dengan tenang tanpa merasa terbebani, mengapa Anda merasa berat dan selalu menunda untuk menegakkan ibadah pernikahan, yang ini ibadah dan itupun juga ibadah.

Pernikahan dan Penghasilan

Seringkali saya mendapatkan seorang jejaka yang sudah tiba waktu menikah, jika ditanya mengapa tidak menikah, ia menjawab belum mempunyai penghasilan yang cukup. Padahal waktu itu ia sudah bekerja. Bahkan ia mampu membeli motor dan HP. Tidak sedikit dari mereka yang mempunyai kenderaan. Setiap hari ia harus mengeluarkan biaya yang cukup besar dari penggunakan HP dan kenderaan tersebut. Bila setiap orang berfikir demikian apa yang akan terjadi pada kehidupan manusia?

Saya belum pernah menemukan sebuah riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah saw. melarang seorang sahabatnya yang ingin menikah kerana tidak punya penghasilan. Bahkan dalam beberapa riwayat yang pernah saya baca, Rasulullah saw. bila didatangi seorang sahabatnya yang ingin menikah, ia tidak menanyakan berapa penghasilan yang diperoleh perbulan, melainkan apa yang ia punya untuk dijadikan mahar. Mungkin ia mempunyai cincin besi? Jika tidak, mungkin ada pakaiannya yang lebih? Jika tidak, malah ada yang hanya diajarkan agar membayar maharnya dengan menghafal sebagian surat Alquran.

Apa yang tergambar dari kenyatan tersebut adalah bahawa Rasulullah saw. tidak ingin menjadikan pernikahan sebagai masalah, melainkan sebagai pemecah persoalan. Bahawa pernikahan bukan sebuah beban, melainkan tuntutan fitrah yang harus dipenuhi. Seperti keperluan Anda terhadap makan, manusia juga perlu untuk menikah. Memang ada sebagian ulama yang tidak menikah sampai akhir hayatnya seperti yang terkumpul dalam buku Al-ulamaul uzzab alladziina aatsarul ilma ‘alaz zawaj. Tetapi, itu bukan untuk diikuti semua orang. Itu adalah pengecualian. Sebab, Rasulullah saw. pernah melarang seorang sahabatanya yang ingin hanya beribadah tanpa menikah, lalu menegaskan bahawa ia juga beribadah tetapi ia juga menikah. Di sini jelas sekali bagaimana Rasulullah saw. selalu membimbing kita agar berjalan dengan fitrah yang telah Allah bekalkan tanpa merasakan beban sedikit pun.

Memang masalah penghasilan hampir selalu menghantui setiap para jejaka muda mahupun tua dalam memasuki wilayah pernikahan. Sebab yang terbayang bagi mereka ketika menikah adalah keharusan membeli rumah, memiliki kenderaan, mendidik anak, dan seterusnya di mana itu semua menuntut biaya yang tidak sedikit. Tetapi kenyataannya telah terbukti dalam sejarah hidup manusia sejak ratusan tahun yang lalu bahawa banyak dari mereka yang menikah sambil mencari nafkah. Ertinya, tidak dengan memantapkan diri secara ekonomi terlebih dahulu. Dan ternyata mereka boleh hidup dan beranak-pinak. Dengan demikian kemantapan ekonomi bukan persyaratan utama bagi sesorang untuk memasuki dunia pernikahan.

Mengapa? Sebab, ada pintu-pintu rezeki yang Allah sediakan setelah pernikahan. Ertinya, untuk meraih rezeki tersebut pintu masuknya menikah dulu. Jika tidak, rezeki itu tidak akan cair. Inilah pengertian ayat iyyakunu fuqara yughnihimullahu min fadhlihi wallahu waasi’un aliim, jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas lagi Maha mengetahui (An-Nur: 32). Ini adalah jaminan langsung dari Allah, agar masalah penghasilan tidak dikaitkan dengan pernikahan. Ertinya, masalah rezeki satu hal dan pernikahan hal yang lain lagi.

Abu Bakar Ash-Shidiq ketika menafsirkan ayat itu berkata, “Taatilah Allah dengan menikah. Allah akan memenuhi janjinya dengan memberimu kekayaan yang cukup.” Al-Qurthubi berkata, “Ini adalah janji Allah untuk memberikan kekayaan bagi mereka yang menikah untuk mencapai redha Allah, dan menjaga diri dari kemaksiatan.” (lihat Tafsirul Quthubi, Al Jami’ liahkamil Qur’an juz 12 hal. 160, Darul Kutubil Ilmiah, Beirut).

Rasulullah saw. pernah mendorong seorang sahabatnya dengan berkata, “Menikahlah dengan penuh keyakinan kepada Allah dan harapan akan redhaNya, Allah pasti akan membantu dan memberkahi.” (HR. Thabarni). Dalam hadits lain disebutkan: Tiga hal yang pasti Allah bantu, di antaranya: “Orang menikah untuk menjaga diri dari kemaksiatan.” (HR. Tirmidzi dan Nasa’i)

Imam Thawus pernah berkata kepada Ibrahim bin Maysarah, “Menikahlah segera, atau saya akan mengulang perkataan Umar Bin Khattab kepada Abu Zawaid: Tidak ada yang menghalangimu dari pernikahaan kecuali kelemahanmu atau perbuatan maksiat.” (lihat Siyar A’lamun Nubala’ oleh Imam Adz Dzahaby). Ini semua secara makna menguatkan pengertian ayat di atas. Di mana Allah tidak akan pernah membiarkan hamba-Nya yang bertakwa kepada Allah dengan membangun pernikahan.

Persoalannya sekarang, mengapa banyak orang berkeluarga yang hidup melarat? Kenyataan ini mungkin membuat banyak jejaka berfikir dua kali untuk menikah. Dalam masalah nasib kita tidak boleh mengjangkakan apa yang terjadi pada sebagian orang. Sebab, masing-masing ada garis nasibnya. Kalau itu persoalannya, kita juga boleh bertanya: mengapa Anda bertanya demikian? Bagaimana kalau Anda melihat fakta yang lain lagi bahawa banyak orang yang tadinya melarat dan ternyata setelah menikah hidupnya lebih makmur? Dari sini bahawa pernikahan bukan hambatan, dan kemantapan penghasilan bukan sebuah persyaratan utama.

Yang paling penting adalah kesiapan mental dan kesungguhan untuk memikul tanggung jawab tersebut secara maksimal. Saya yakin bahawa setiap perbuatan ada tanggung jawabnya. Berzina pun bukan bererti setelah itu selesai dan bebas tanggungjawab. Melainkan setelah itu ia harus memikul beban berat akibat kemaksiatan dan perzinaan. Kalau tidak harus mengasuh anak zina, ia harus menanggung dosa zina. Keduanya tanggung jawab yang kalau ditimbang-timbang, tidak kalah beratnya dengan tanggung jawab pernikahan.

Bahkan tanggung jawab menikah jauh lebih ringan, kerana masing-masing dari suami isteri saling melengkapi dan saling menampung. Ditambah lagi bahawa masing-masing ada rezekinya yang Allah sediakan. Tidak jarang seorang suami yang boleh keluar dari kesulitan ekonomi kerana rezeki seorang isteri. Bahkan ada sebuah rumah tangga yang rezekinya ditampung oleh anaknya. Perhatikan bagaimana keberkahan pernikahan yang tidak hanya saling menampung dalam mentaati Allah, melainkan juga dalam sisi ekonomi.

Pernikahan dan Menuntut Ilmu

Seorang kawan pernah mengatakan, ia ingin mencari ilmu terlebih dahulu, baru setelah itu menikah. Anehnya, ia tidak habis-habis mencari ilmu. Hampir semua universiti ia melangkah. Usianya sudah begitu lanjut. Bila ditanya bila menikah, ia menjawab: saya belum selesai mencari ilmu.

Ada sebuah pepatah diucapkan para ulama dalam hal mencari ilmu: lau anffaqta kullaha lan tashila illa ilaa ba’dhiha, seandainya kau infakkan semua usiamu –untuk mencari ilmu–, kau tidak akan mendapatkannya kecuali hanya sebagiannya. Dunia ilmu sangat luas. Seumur hidup kita tidak akan pernah mampu menelusuri semua ilmu. Sementara menikah adalah tuntutan fitrah. kerananya, tidak ada aturan dalam Islam agar kita mencari ilmu dulu baru setelah itu menikah.

Banyak para ulama yang menikah juga mencari ilmu. Benar, hubungan mencari ilmu di sini sangat berkait erat dengan penghasilan. Tetapi banyak sarjana yang telah menyelesaikan program studinya bahkan ada yang sudah doktor atau profesor, tetapi masih juga pengangguran dan belum mendapatkan pekerjaan. Ertinya, menyelesaikan tempoh studi juga bukan jaminan untuk mendapatkan penghasilan. Sementara pernikahan selalu mendesak tanpa semuanya itu. Di dalam Alquran mahupun Sunnah, tidak ada tuntunan keharusan menunda pernikahan demi mencari ilmu atau mencari harta. Bahkan, banyak ayat dan hadits berupa panggilan untuk segera menikah, terlepas apakah kita sedang mencari ilmu atau belum mempunyai penghasilan.

Berbagai pengalaman membuktikan bahawa menikah tidak menghalangi seorang dalam mencari ilmu. Banyak sarjana yang berhasil dalam mencari ilmu sambil menikah. Begitu juga banyak yang gagal. Ertinya, semua itu tergantung kemahuan orangnya. Bila ia menikah dan tetap berkemahuan tinggi untuk mencari ilmu, ia akan berhasil. Sebaliknya, jika setelah menikah kemahuannya mencari ilmu melemah, ia gagal. Pada intinya, pernikahan adalah sebahagian dari kehidupan yang harus juga mendapatkan faedahnya. Perjuangan seseorang akan lebih bermakna ketika ia berjuang juga menegakkan rumah tangga yang Islami.

Rasulullah saw. telah memberikan contoh yang sangat mengagumkan dalam masalah pernikahan. Beliau menikah dengan sembilan isteri. Padahal beliau secara ekonmi bukan seorang raja atau kenamaan. Tetapi semua itu Rasulullah jalani dengan tenang dan tidak membuat tugas-tugas kerasulannya terbengkalai. Suatu indikasi bahawa pernikahan bukan hal yang harus dipermasalahkan, melainkan harus dipenuhi. Ertinya, seorang yang cerdas sebenarnya tidak perlu didorong untuk menikah, sebab Allah telah menciptakan gelora fitrah yang luar biasa dalam dirinya. Dan itu tidak boleh disangkalkan. Masing-masing orang lebih tahu dari orang lain mengenai gelora ini. Dan ia sendiri yang menanggung perih dan kegelisahan gelora ini jika ia terus ditahan-tahan.

Untuk memenuhi tuntutan gelora itu, tidak mesti harus selesai study dulu. Itu boleh ia lakukan sambil berjalan. Kalaupun Anda ingin mengambil langkah seperti para ulama yang tidak menikah (uzzab) demi ilmu, silahkan saja. Tetapi apakah kualitas ilmu Anda benar-benar seperti para ulama itu? Jika tidak, Anda telah rugi dua kali: ilmu tidak maksimal, menikah juga tidak. Bila para ulama uzzab kerana amat sibuknya dengan ilmu sampai tidak sempat menikah, apakah Anda telah mencapai kesibukan para ulama itu sehingga Anda tidak ada waktu untuk menikah? Dari sini jika benar-benar ingin ikut jejak ulama uzzab, yang diikuti jangan hanya tidak menikahnya, melainkan tingkat pencapaian ilmunya juga. Agar seimbang.

Kesimpulan

Sebenarnya pernikahan bukan masalah. Menikah adalah kehidupan yang harus dilalui dalam keadaan apapun dan bagaimanapun. Ia adalah sunnatullah yang tidak mungkin diganti dengan cara apapun. Bila Rasulullah menganjurkan agar berpuasa, itu hanyalah solusi sementara, ketika keadaan memang benar-benar tidak memungkinkan. Tetapi dalam keadaan normal, sebenarnya tidak ada alasan yang boleh dijadikan penghalang untuk menunda pernikahan.

Agar pernikahan menjadi solusi alternatif, mari kita pindah dari pengertian “pernikahan sebagai beban” ke “pernikahan sebagai ibadah”. Seperti kita merasa senang menegakkan solat saat tiba waktunya dan menjalankan puasa saat tiba Ramadhan, kita juga seharusnya merasa senang memasuki dunia pernikahan saat tiba waktunya dengan tanpa beban. Apapun keadaan ekonomi kita, bila keharusan menikah telah tiba “jalani saja dengan jiwa tawakkal kepada Allah”. Sudah terbukti, orang-orang boleh menikah sambil mencari nafkah. Allah tidak akan pernah membiarkan hambaNya yang berjuang di jalanNya untuk membangun rumah tangga sejati.

Perhatikan mereka yang suka berbuat maksiat atau berzina. Mereka begitu berani mengerjakan itu semua padahal perbuatan itu tidak hanya dibenci banyak manusia, melainkan lebih dari itu dibenci Allah. Bahkan Allah mengancam mereka dengan siksaan yang pedih. Melihat kenyataan ini, seharusnya kita lebih berani berlumba menegakkan pernikahan, untuk mengimbangi mereka. Terlebih Allah menjanjikan kekayaan suatu jaminan yang luar biasa bagi mereka yang bertakwa kepada-Nya dengan membangun pernikahan. Wallahu a’lam bishshawab.

sumber:http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=1022:menikah-kenapa-takut&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84

Click Here to Read More..
Share

Ulama sertai Umno demi perlindungan politik?

23 June 2010

Ketika Dr Mohd Asri Zainul Abidin masih berteka-teki berhubung ura-ura penyertaannya dalam parti politik, ada pihak pula melihat tindakan bekas mufti Perlis itu untuk menyertai Umno adalah perlu bagi mendapatkan 'perlindungan' politik.



Difahamkan, selepas penahanan 12 warga asing yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi – aliran yang sentiasa dikaitkan dengan Dr Asri - di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) di Gombak Januari lalu, pilihan untuk menyertai Umno mulai dibincangkan di kalangan pengikut-pengikutnya.


Malahan, menurut sumber-sumber, serangan berterusan daripada ulama yang anti-Wahabi daripada beberapa agensi agama kerajaan menyebabkan kumpulan tersebut terdesak mengambil tindakan drastik itu.


Tambahan lagi, laporan laman Umno Online berhubung 'hasrat' Dr Asri itu yang dibuat seminggu selepas beliau tampil di muktamar PAS di Kota Bharu mengejutkan banyak pihak.


Di sudut yang lain pula, Umno dilihat amat memerlukan penyertaan golongan agama, terutamanya tokoh yang cukup popular seperti Dr Asri bagi memulihkan imej agamanya yang kini 'tercalar', antaranya berikutan kontroversi lesen judi sukan baru-baru ini.


Isu ini disemarakan lagi dengan pendedahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada minggu lalu bahawa seramai 10 warga asing ditahan dan dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal tahun ini kerana disyaki menjalankan operasi Jemaah Islamiah (JI) -- yang dikaitkan dengan terorisme.


'Lingkaran' Dr Asri, Wahabi, JI



Malaysiakini
difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.


Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.


Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya, mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan).


Bagaimanapun, difahamkan pembentangan Zamihan itu turut mengundang rasa gelisah di kalangan pegawai yang hadir.


"Kami tidak mahu perkara ini bertukar kepada usaha pemburuan (pihak tertentu)," kata sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut.


Difahamkan pada majlis yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu, polis cuba menjelaskan ancaman JI terhadap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Lagi pertemuan Umno-ulama



Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan difahamkan Umno, diketuai setiausaha kerjanya Datuk Ab Rauf Yusoh sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Dr Asri petang Isnin lalu di sebuah tempat yang tidak dinamakan di Lembah Klang.


Seorang ulama yang hadir pada pertemuan itu memberitahu, pertemuan dengan Ab Rauf dengan kira-kira 20 ulama itu bertujuan membincangkan mengenai pendirian mereka untuk menyertai Umno.


Bagaimanapun, tambahnya, setakat ini ramai yang masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk memasuki Umno ataupun tidak.


“Dalam perbincangan itu, Dr Asri memerlukan masa bagi berfikir untuk menyertai Umno," katanya.


Sumber berkenaan bagaimanapun menafikan mereka mahu mendapatkan 'perlindungan' dengan menyertai parti Melayu itu agar tidak dikaitkan dengan JI.


"Kalau masuk Umno untuk selamatkan diri, (tetapi) orang yang langgar undang-undang, (pasti) kena juga (tindakan udang-undang)," katanya.


Menurut sumber itu, tindakan mengaitkan Wahabi dengan JI adalah isu yang lama. Justeru, beliau tidak faham kenapa ia ditimbulkan kembali.


sumber:http://www.malaysiakini.com/news/135286

Click Here to Read More..
Share

PERHATIAN KEPADA SAHABIAH MUSLIMAT


Assalamualaikum w.b.t.

Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Baca Selanjutnya --> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html


[ ARTIKEL 2 ] ~ AWAS MUSLIMAHKU !!





ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..NAK TUNJUK CANTIK??? {PS : NAK KEPUJIAN LELAKI????} Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah.

Baca Selanjutnya --> http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/06/awas-muslimahku.html


[ARTIKEL 3] HATI-HATI : FACEBOOK MEMUDAHKAN SI BERTUDUNG DITELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini, yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja dan memakai niqab).


Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.



Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Baca Selanjutnya--> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/hati-hati-facebook-memudahkan-si.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi Kasih dan Cinta PS kepada Antunna, Sekali Lagi PS pohon....

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.

SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian, PS Amat-amat Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kpd Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...

::p/s: Sebagai satu perkogsian buat sahabat sahabiah. Terserah pada anda semua. Sesal dahulu pendapatan,sesal kemuadian TIDAK BERGUNA. Fikir-fikirkanlah untuk kebaikan umat Islam...Semoga Allah lindungi kita semua,Ameen.Barakallahulakum.


sumber:http://khairulabdulhalim.blogspot.com/2010/06/awas-wahai-muslimah.html

Click Here to Read More..
Share

Hari Keluarga PMUI: siri 1

22 June 2010

22 JUN 2010:Selasa,Kaherah,Mesir

semalam merupakan aktiviti mega yang pertama kalinya diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) iaitu Hari Keluarga PMUI....

bermula dengan acara perasmian,pada 21 JUN 2010...dimulakan aktiviti pada esok harinya...untuk ikhwah,kitorg men futsal n ada acara sukaneka..fuh,penat tak leh nak tahan..dengan panasnya lagi...4 jam kt sana..dari pkul 8 hinggalah 12 tengahari...itupun,matahari kt sini bukannya macam malaysia...pkul 9 pun boleh tahan jugak teriknya...adala jugak sorang kawan ni berdarah hidung..ye la,panas sangat...lagipun,dah lama tak berpanas terik..


geng,kita kena menang game ni...dh penat susah payah

naqi,aku tengok ko ni cm xde gaya je nk jadi striker..ko jadi subtitute je la ea




suka suki sana sini :)


nak menang game ni bukan mudah...biar aku ukur jap potensi kemenangan kita ni


ai mustapha,makan tak ingat kawan ea...


qi,lek r...kalah ngn aku je pn...taun depan leh cuba lagi ea..haha


rahman yg kat belakang gol pelik tgk diorg ni,"apa la diorg buat...asyik amek gmbo je keje"


sebelum bersurai....

Click Here to Read More..
Share

PERCAYA ATAU TIDAK??

19 June 2010



Terjemahan dalam Bahasa Melayu Surat Dr.Mahathir Mohamad Kepada PM Israel :

Perdana Menteri,

Jabatan Perdana Menteri,

Blok Barat, Aras 3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

Malaysia


No Ruj: PM/Pers/AHO/01/121 Jld 1
Tarikh : 16 Ogos 1999

Yang Dihormati Encik Ehud Barak,

Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.

Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya
dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kewibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.

Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.

Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.

Yang Ikhlas:

Mahathir Mohamad



TDM bermaksud Tun Dr Mahathir.
KJ bermaksud Khairi Jamaluddin.


**************************************************

*pe komen anda?? surat yg agak lama tarikhnya...saya mengetahuinya baru semalam...sesiapa yang boleh merungkai dan datangkan lebih banyak sumber-sumber mengenai segala yang berkaitan baik dari segi kesahihan surat ini,bukti penafian atau maklumat-maklumat lain yang berkaitan,silakan untuk tinggalkan komen anda...

wallahualam


sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/03/pendedahan-surat-dr-mahathir-kepada.html


Click Here to Read More..
Share

keadaan yang berbeza..redhalah dengan apa jua..

18 June 2010



tarbiyah itu seseorang pasti akan hadapi...cuma bntuk,waktu dan keadaan seseorg itu yang mmbezakan dengan orang yang lain

ada orang diuji dengn memegang taklifan atau mandat kepimpinan

ada yang diuji dengan wang

ada yang diuji dengan kematian insan tersayang

ada juga yang diuji kesabaran diri dengn didatangkan sakit kepada diri

banyak lagi bntuk tarbiyah dari Allah

tapi,ada yang tidak sanggup menghadapi...kadangkala,kita tidak pernah mengembalikan segala yang menimpa diri kita ini adalah semuanya dari Allah

kita mula menyalahkan keadaan,menyalahkan kawan,mula menyalahkan diri..

hampir-hampir konsep keredhaan itu hilang dari dalam diri dan iman kita

kita mula merasakan,segalanya tidak patut dan mengharapkan agar ianya menimpa orang lain

menyebabkan kita mula lari dari realiti dan rahmat kasih sayang Tuhan dalam memberi peluang kepada kita untuk menjadi muslim yang lebih baik

kita kadangkala tidak juga terlepas dari mengkritik keadaan yang dilalui oleh insan yang lain..

mereka yang sakit,kita katakan "padan muka...tu la,jahat sangat"

mereka yang gagal dalam periksa,kita suka melihat keadaan mereka,kita abaikan kesedihan hati mereka tanpa cuba mmberi sokongan dan dorongan

mereka yang melalui fasa kehdupan yang baru dalam kehdupan mereka seprti berkahwin dalam keadaan tidak menepati pndapat kita,kita katakan "apa la diorg ni...kawen awal-awal buat pe??"

jika sedara seakidah kita yang diancam oleh puak-puak musuh,kita tidak hiraukan mereka...kita lebih rela duduk dalam keadaan goyang kaki dari bersusah payah memrah keringat mmperjuangkan nasib mereka..

sume ini,datangnya dari Allah...perancangan Dia kearah permobilasian diri seorang insan...takdir Dia dalam menjadikan seorang muslim lebih dekat kepadaNya...

kesemuanya ada tujuan

bukan sifat DIA dalam melaksanakan perkara yang sia-sia bagi hambanya..semuanya bertujuan dalam mmberi peluang kepada hambaNYA dalam memilih rahmat atau murkaNya bagi menuju ke Syurga atau Neraka..

ianya juga bagi menguji keimanan seorang hamba;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

(al-Baqarah:214)

disinilah segalanya memerlukan segala bntuk keredhaan dan tawakal diserahkan kepadanya..

pengorbanan mula dituntut dari seorang hamba...kita berkorban dari segi wang,perasaan,insan tersayang,jawatan,hawa nafsu...

pengorbanan ini yang menjadikan hamba itu lebih kuat dalam meniti arus hidup yang lebih mencabar di hadapan mereka..

sentiasalah bersangka baik dengan Allah

Dia yang menjadikan kita,maka segala yang terbaik adalah ditanganNya


Click Here to Read More..
Share

LEPAS NI SAYA PULA...SUDAH BERSEDIA??

05 June 2010

hari ni merupakan hari pertunangan akak yang ke 5..Nur Zatulitri bte Md Yusof...meriah betul..kata nak buat simple-simple je...tapi dh mcm nak menikah je...alhamdulillah,setelah sekian lama nak melihat akak saya ni menjadi teman hidup seseorang...berjaya juga...insyaallah,raya ke 9 ni mereka akan diijabkabulkan..

sesi menyarung cincin





bakal abang ipar


ameen ni pantang jumpa kamera..



nenek,bakal besan mami,mami,kakak saya


abah bersalaman dengan tetamu sebelum bersurai


abah

ini akak yang ke 5...saya anak ke 8..ada 2 org lagi atas saya...kiranya,giliran saya dh tak lama la kn...erm...banyak yang nak kena bersedia...bila saya ckp mcm ni,gaya mcm dh menggatal nak kawen ke??

saya rasa tidak...bagi saya,ini antara matlamat dan perancangan hidup seseorang...berfikir akan sesuatu perkara di awal waktu tidak bermakna ingin melaksanakannya secara segera..tapi,ianya sebagai langkah untuk diri bersedia dari segi Ilmu,mental dan fizikal bagi kebahagiaan yang ingin dibina dalam usaha mencapai apa yang sepatutnya seorang muslim itu laksanakan

sebagai muslim,hidup kita sentiasa bermatlamat....ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam...matlamat mereka hanyalah dunia tapi berlainan dengan kita yang bermatlamatkan lebih dari sekadar dunia

setiap perkara hatta sebuah perkahwinan,jangan sesekali dianggap remeh dan memandangnya sebagai sebuah adat

dengan sbuah perkahwinan...seorang umat Islam akan bertambah..dengan sbuah perkahwinan,seorang pejuang itu dilahirkan..dengan sbuah perkahwinan juga masyarakat terhindar dari pelbagai gejala sosial yang kian meruncing dalam masyarakat

persoalan kahwin pada usia muda,tidak perlu kita perbincangkan dengan mendalam

siapa yang mampu untuk berkahwin,silakan...Islam sendiri tidak meletakkan had umur dalam berkahwin..yang pnting,setiap aspek yang melayakkan untuk kita berkahwin sudah kita penuhi,silakanlah.....

namun,ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk diputuskan...memerlukan kepada istikharah dan panduan Ilahi dalam memutuskan keputusan ini

banyak perkara dan manfaat yang kita perolehi dengan berkahwin...segala manfaat,hikmah dan faedah yang seorang muslim itu akan perolehi melalui sebuah perkahwinan,tidak terhad kepada umur-umur tertentu..

kahwinla pada apa jua usia,muda atau tua..manfaat dan hikmah yang akan kita dapat tetap sama..

nak membicarakan tentang soal hikmah berkahwin???

mungkin panjang dan tidak perlu saya utarakan disini...bertanyalah kepada mana-mana pasangan yang telah berkahwin sama ada pada usia muda atau tua...

pasti menarik hikmah yang anda akan ketahui

kepada akak saya ni,naqib doakan semoga jodoh berkekalan dan selamat diakad nikahkan...smoga Allah mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails