Followers

INILAH ISLAM...

23 December 2009



Sepanjang sesi kuliah bagi tahun dan sesi yang baru ini,banyak faedah yang dperolehi…memang benarlah kata pata ulama bahawa kiblat ilmu pada zaman ini adalah Azhar….memang tidak tergambar dengan kata-kata akan begitu hebatnya suasana ilmu di sini….tidaklah saya maksudkan bahawa tempat lain tidak hebat…cumanya,saya ambil dari sudut di Mesir inilah pengajian disiplin ilmu Islam secara tersusun dibangunkan dan dijaga buat pertama kalinya…unversiti Islam pertama yang ditubuhkan…

Memang seronok datang ke Mesir ini….himpunan Ilmu,longgokan para ulama,deretan para auliya…semuanya bagi saya merupakan benteng yang masih kukuh pada hari ini dalam menjadi hujah kepada keizzahan agama Islam ini..para insan ini masih tegar dalam mempertahankan tamadun warisan Ilmu Islam yang merupakan hujah kepada kesyumulan Islam….

Agama ini bukanlah hanya Solat..

agama ini bukanlah sekadar zikir…

ia bukanlah hanya hanya zakat…bahkan,Islam lebih hebat dari itu….

agama inilah yang mengajar sistem ekonomi,

agama inilah yang mengajar erti nilai sebuah insaniah..

agama inilah yang mendidik umatnya menjadi manusia yang kental zahiriah dan batiniah…

agama ini jugalah yang mengajar apa itu pentadbiran Negara…mengajar sistem ketenteraan,mengajar falsafah kesihatan dalam Islam…

Kesyumulan dan keindahan yang tidak terkata bagi mereka yang sedar apa sebenarnya nilai Islam dalam kehidupan seorang insan…..sebuah kesempurnaan hidup yang tidak ternilai..

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu (5:3)

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (3:19)

Apa yang saya nak ceritakan untuk post kali ni,bukanlah ingin ceritakan kesyumulan Islam..hanya sekadar mukaddimah kepada apa yang ingin diceritakan...berkongsi pengalaman untuk beberapa bulan ini sepanjang berjalannya sesi kuliah…..kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah menempatkan saya dibumi barakah ini..bumi Anbiya…..

Di kuliah,belajar Tauhid,Ulum Hadis,Tafsir dan pelbagai lagi…..setiap kalimah,doktor kuliah terangkan kepada kami,menyingkap setiap kalam ulama terdahulu…kadangkala,hati berbicara dalam diri….ketakjuban akal menguasai sanubari…..

Sering saya bermonolog,”MASYAALLAH,HEBATNYA MEREKA………….”

Hanya manusia…bukanlah malaikat…namun kehebatan mereka membuatkan lidah terkelu dalam membahaskan susuk peribadi mereka….

Kehebatan mereka anugerah Ilahi ……..merekalah golongan terpilih dalam memastikan kelangsungan agama Ini ……

Contoh yang mungkin boleh diambil daripada Ulum hadis…

Imam Bukhari,yang merupakan Imam Al-Muhaddisin….di dalam kitab Taqrib At-Tahziib(kitab yang meghimpunkan martabat setiap perawi hadis),karangan Imam Hafiz Ibnu Hajar,meletakkan Imam Bukhari sebagai Imam kepada alam ini bagi ilmu hadis…..seorang Ilmuwan yang begitu hebat dalam periwayatan hadis….begitu juga Imam Muslim,murid kepada Imam Bukhari…..sumbangan mereka kepada Islam amatlah besar…Kitab Sahih Bukhari dan Kitab Sahih Muslim,kitab yang kedua teragung selepas Al-Quran….keteguhan semangat mereka dalam menghimpunkan kalam permata daripada kekasih umat,menjadi buah yang sungguh ranum yang mampu dinikmati oleh umat yang terkemudian ini…

Benih yang mereka tanamkan,tidaklah sia-sia….

Ketika dilihat di dalam kitab, Imam Bukhari berkata,”TIDAK AKU LETAKKAN DI DALAM KITAB AKU INI MELAINKAN YANG SAHIH…DAN TELAH AKU TINGGALKAN BANYAK HADIS YANG SAHIH KERANA DIKHUATIRI AKAN MENJADI PANJANG”

Imam Muslim pula,”TIDAK SEMUA YANG SAHIH AKU MUATKAN DI SINI (kitabnya) TAPI AKU HANYA LETAKKAN APA YANG TELAH DISEPAKATI SAHAJA”

Lihat kepada kalam mereka……kehebatan hafalan mereka begitu tinggi hinggakan, Imam Bukahri,menghafaz 100000 HADIS SAHIH dan 200000 HADIS YANG TIDAK SAHIH (TERMASUK HASAN DAN DHAIF)…..bukankah hebat ketajaman akal fikiran mereka???

Ketelitian mereka dalam memuatkan hadis –hadis sahih di dalam kitab yang pada hari ini berada di tangan kita,bukanlah diletakkan secara rawak…malah,dilaksanakan solat istikharah bagi setiap hadis bagi memohon petunjukNYA dalam menentukan hadis tersebut samada patut diletak di dalam kitabnya ataupun tidak….

Ketajaman akal mereka tidak terhenti setakat mampu menghafal hadis-hadis Nabi Muhammad,malah mereka mengetahui setiap perihal perawi bagi setiap hadis dalam setiap sanad bagi menjadi dalil kepada keutuhan hadis yang mereka kumpulkan…..

Para ulama hadis baik Imam Bukhari dan Muslim mahupun para Imam Muhaddisin yang terkemudian sangat teliti dalam penjagaan warisan kalam Nabi Muhammad……

Manhaj ilmu hadis membuatkan saya teruja dengan mereka….kajian terhadap setiap perawi sebagai penentuan martabat hadis bukanlah perkara yang mudah saya kira….dilihat dari segi THIQAH yang menggabungkan elemen DHOBIT dan A’DIL,memerlukan kepada satu pengamatan dan ketekunan dalam menggabungkan diri dengan ilmu hadis dirayah ini…..dari situlah bermula penghukuman kesahihan bagi setiap hadis agar ketulenan dalil kalam tersebut terus menerus terjaga keasliannya dengan diikuti pula dengan syarat-syarat kesahihan yang lain…

Contoh dari aspek disiplin ilmu hadis yang saya utarakan bukanlah bermakna dilakukan penafian kehebatan ulama bagi bidang ilmu yang lain….tapi,saya ingin skopkan kepada kehebatan para ilmuwan Islam ini yang terus mengabdikan hidup mereka dengan terus berbakti kepada Islam…agar tirai kesyumulan agama ini akan terus tersingkap dan membuka mata mereka yang masih tidak faham akan agama ini…

Adanya ilmuwan ilmu tauhid,ilmuwan tafsir dan juga para ilmuwan yang lain….

tidak lupa juga bagaimana era keemasan tamadun Islam yang begitu gah hingga menembusi tamadun barat baik daripada sudut kehalusan seni bina bangunan hinggalah kepada empayar Ilmu yang begitu meluas...

Saya kira,semua ini berbalik kepada kuatnya pegangan mereka dengan agama Islam…segala kehebatan dan kemuliaan yang ada tidak lain tidak hanya datang daripada Allah…

Berkata Saidina Umar,”KITA ADALAH KAUM MANUSIA YANG TELAH DIMULIAKAN ALLAH DENGAN ISLAM,MAKA HINALAH BAGI MEREKA YANG MENCARI KEMULIAAN SELAIN DARIPADA ISLAM”

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi (3:85)

Maka ditinjau semula kepada Nabi Muhammad,pembawa risalah,pengislah umat,pembaiki jiwa,pendidik rabbani,petunjuk sepanjang zaman dan rahmat sekelian alam

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (21:107)

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (62:2)


Segalanya bermula dengan satu wahyu…suatu malam di gua hira’…bertemankan Nabi dengan malaikat Jibril,disuruh membaca…

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),(96:1)

Ketakutan dan kepenatan akibat pelukan pada malam tersebut,rupanya bukanlah ianya satu ancaman…malam tersebutla titik tolak yang menjadi tunjang kepada bermulanya era kebangkitan insan yang berteraskan norma-norma insaniah yang sentiasa bertepatan dengan fitrah penciptaan…

Tanpa Baginda,tidak mungkin kenikmatan Iman dan Islam dapat dirasa….

tanpa Baginda,kegelapan alam akan terus menguasai

tanpa Baginda,lantai dunia akan terus menjadi rapuh….

Rindunya aku kepadamu Ya Rasulullah…..

Kesanggupanmu untuk menanggung kesakitan kematian bagi si umat,saksi kasih sayangmu kepada kami,

Panduan hidup yang begitu sempuran,kau pancarkan kepada kami

Kesetiaan kasih bagi kami,tidak pernah luntur dari hatimu…

Kau teguh disisi Tuhanmu,menunggu kedatangan para umatmu…..


Namun,kadangkala….diri merasa kesal..amat jarang sekali penghidupan selawat keatasmu dilaungkan..

Umat ini tidak menghargai jasamu….

Kebakhilan lisan dalam berselawat keatasmu menjadi penghalang

Umat ini terus jauh darimu….


ampunkan kami YA RASULALLAH..........

Click Here to Read More..
Share

KERINDUAN..

20 December 2009





menghitung hari peperiksaan....

masih banyak yang perlu dibaca

juga,pembacaan thaqafah tambahan untuk umat sejagat

kerinduan kepada keluarga sudah mula menggelegak..

terkadang terasa sebak mendengar suara si Ibu dan si Ayah

namun,si anak berharap agar Ibu dan Ayahnya dapat memahami perjuangan anak mereka....

iringan doa hanya dipinta

agar keberkatan terus memayungi..

Click Here to Read More..
Share

HANYA GERHANA….

11 December 2009


Mata hati terpaku..

Memandang telingkah pesona
Riak umat menyundal fatamorgana
Sibuk merencah dunia..

Seorang muslim,hilang jati diri
Lantas sirnakan pedoman hidup
Terus menyepi
Kalam ketenangan mula berselerakan
Ikatan sunnah makin terlerai..

Tewas di medan saraf
Lalai di arena persaingan
Kencang menongkah hajat
Bertaburan sepi di bawah naungan kelesuan
Anjakan prinsip mula menjadi rapuh…

Mata melihat gerhana di langit
Sinar mula terbenam dalam orbit kemalapan
Harapan mula terurai dari genggaman
menjadi insan hilang acuan hidup
raungan kebebasan mula mencakar
inginkan kebahagiaan..



bicara hati terus menukil
meyakinkan kepada diri
silau cahaya keimanan pasti begemerlapan semula.
Bukti gerhana sudah berakhir..

YAKINLAH DENGAN HARI KEMENANGAN..

Click Here to Read More..
Share

SIAPA YANG TERUK SEBENARNYA?

02 December 2009

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum...


habis riuh satu Malaysia berhubung isu 'Doa Laknat Tuk Guru' ke atas perbuatan Dato Najib...kadang-kadang rasa rimas pun ade ngn permainan politik yang ada sekarang...namun,apakan daya....inilah cabaran sebenar perjuangan...pasti diri seorang pejuang itu akan terus diuju demi membuktikan keikhlasan dalam berjalan di atas jalanNYA

PERMAINAN ISU...

''Kerajaan negeri telah membuat tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.

Mengikut fakta perjanjian yang ditandatangani sekitar tahun 70-an oleh pengerusi Petronas, pada masa itu Tengku Razaliegh Hamzah, bersama kerajaan-kerajaan negeri lain berhubung perkara berkenaan dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, bahawa negeri terbabit berhak menerima royalti sebanyak 5 peratus hasil daripada pengeluaran petroleum yang merangkumi onshore (daratan) serta offshore (lautan).


namun di dalam persidangan dewan rakyat PM sekarang mengumumkan akan membayar royalti tersebut dalam bentuk wang ihsan dan melalui projek pembangunan...


Dato Husam Musa mempertikai kerana bagi Terengganu, Sabah dan Sarawak ianya dibayar dalam bentuk royalti


Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Omar Mohammad, turut mempertikaikan keputusan Najib yang bertentangan dengan Akta Petroleum 144 di mana di dalam perjanjiannya tidakpun menyebut wang ihsan, tetapi ia disebut dengan royalti.
''

jadi,jika dah itu yang termaktub dalam perjanjian dan si tuan milik nak minta hak mereka,apa yang perlu diisukan?? mengapa tidak diberi sahaja??

SIAPA YANG BERSALAH DAN ADAKAH PIHAK BERKAITAN TAKUT??


jadi apabila para ulama yang mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah membuat sesuatu yang berlainan dari sudut pandangan kita yang masih dangkal ini,jangan cepat menghukukm...

sekarang ini,bila berborak bersama sahabat-sahabat....perkara ini menjadi isu kerana tidak pernah dibuat oleh mana-mana parti politik di Malaysia sebelum ini dan secara jelas pastinya menjadi satu kepelikan bagi masyarakat Malaysia....

namun,satu perkara yang perlu kita ingat,jangan dikira dari segi bertentangan dengan adat atau tidak...yang penting adakah ianya bertentangan dengan syarak???

jadi sekarang ni,perkara ini tidak perlu dijadikan sebagai modal murahan dalam meraih simpati sokongan rakyat....beri sahaja hak yang Tuk Guru minta,habis cerita...mengapa perlu ditukar??
nak jatuhkan Kelantan?? nak Tuk Guru letak jawatan?? nak rakyat Kelantan jadi manusia yang dungu dengan beralih sokongan kepada UMNO??

kenyataan PM di dalam akhbar berhubung tindakan Tuk Guru,

"Najib berkata beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh PAS.
Perdana menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam."

ayat,"............walaupun negeri itu diperintah oleh PAS"...bagi saya kenyataan ini tidak harus dikatakan atau diucapkan...apakah ini??? sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan pusat menjaga kebajikan dan hak kerajaan negeri...memangla kena diberi...tidak perlu menjadi pertikaian walau kerajaan negeri diperintah oleh parti yang berlainan...kerana yang perlu didahulukan adalah rakyat,bukan permainan politik...

jikalau pihak kerajaan pusat pihak yang jujur,segala yang berkaitan dengan maslahat kebaikan rakyat akan segera dilaksana tanpa memandang kepada pihak yang memrintah...

DOA TUK GURU...


pengakuan dari Tuk Guru sendiri yang menyatakan bahawa beliau menyeru agar berdoa buat kali pertama supaya memperbetul niat Dato Najib kite dan berdoa buat kali yang kedua dengan permohonan yang agak keras (dari pandangan zahiriah kita..sedangkan kita tidak tahu samada bertepatan dengan syarak atau tidak) agar dibalas niat jahat yang berada dalam benak hati pihak berkenaan....

jika kita lihat dari sudut logik.....siapakah yang teraniaya?? siapakah yang menzalimi siapa?? siapa yang tidak menunjukkan semangat keislaman mereka?? salah ke pihak yang teraniaya berdoa kepada Tuhan agar dibalas mereka yang menzalimi mereka??

diingatkan sekali lagi......jangan dipandang tindakan berdoa itu yang secara zahirnya nampak keras,terus dianggap tidak boleh...yang perlu kita pandang adalah samada ianya dibolehkan dalam syarak atau tidak.....segalanya berbalik kepada ILMU!

APA YANG ADA SANGAT DENGAN DUNIA NI??

atmosfera politik yang sekian ada,menjadikan beberapa pihak akan terus berusaha untuk mencetuskan permainan jijik mereka....mereka akan mengambil peluang bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa merekalah mangsa,merekalah yang baik,merekalah yang teraniaya......

memang benarlah,''Doa itu senjata orang mukmin''...mungkin menjadi ketakutan bagi mereka apabila Sang Ulama ingin berdoa....takut doa beliau akan terus mustajab?? herm....benda yang mudah....beri sahaja apa yang diminta...pasti selesai isu...

ketakutan jika hilang pengaruh dan lesapnya nikmat yang sedia ada dengan mereka...mungkin itu yang dirisaukan....jika dilayan sangat hawa nafsu dunia,sampai bila-bila tidak akan puas....

BAGAIMANA DENGAN SEKULAR??

sepatutnya kecaman ke atas tuk guru dilemparkan kepada puak-puak sekular yang ada di Malaysia....jangan sibuk mendakwa diri membawa Islam dan menjaga perpaduan umat jika fahaman anda tidak diperbetul.....jika perlembagaan sekular yang masih dijulang,baik itu yang patut didahulukan dahulu...perbetul dulu yang asas.....

kadang-kadang rasa kecewa pun ada ketika melihat golongan agama juga yang duduk sekali dengan mereka....bagi mereka yang beralasan untuk mengislah dari dalam dan ada alasan lain yang munasabah..masih boleh dipertimbang...tapi,seandainya ada yang memang menyokong puak sekular ini....sedih yang amat sangat....anda tidak jujur dan amanah dengan kewajipan ilmu anda.....

nak berbicara soal sekular....panjang.....tidak akan tamat melainkan hayat sekularisme itu ditamatkan secara terus......

MUHASABAH...

segala kancah serta mehnah yang berlaku menyedarkan diri akan kepentingan yang perlu dilaksana bagi seorang yang ingin perjuangkan Islam....ILMU yang perlu ada...ILMU sahaja yang mampu membimbing seseorang dalam memandu setiap tingkahlaku diri....


mohammad izzat naqib
2 disember 09
rumah amanahraya,kaherah

Click Here to Read More..
Share

AIDILADHA 09

01 December 2009

assalamualaikum...

suasana aidiladha buat kali ke-2 ini lebih seronok berbanding yang lepas...sambutan yang diadakan sesama kami dan adegan 'pertumpahan darah' yang dicetuskan oleh kami sendiri...membuatkan Aidiladha tahun ini lebih menyeronokkan..

tp,maaf kepada semua..untuk kali ni,tak banyak gamba yang mampu diupload disebabkan gmbar yg terlalu banyak...dua ni je yang nampak best...


bersama imam masjid...

untuk laporan lebih lanjut..http://musafirilmuarb.blogspot.com/

mohammad izzat naqib
1 disember 09
rumah amanah malaysia,kaherah

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails