Followers

SINAR ISLAM UNTUK SEMUA

31 May 2010


Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan.

Menghindarinya bermakna mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama. Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima
secara universal.

Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman
perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita.

Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Click Here to Read More..
Share

mereka semakin melampau



bismillah....

dunia sekarang tengah hangat dengan isu pencabulan hak penghantaran bantuan keselamatan yang ingin dilakukan oleh segolongan manusia yang sedia berkhidmat untuk membantu saudara kita yang berada di Gaza....

bantuan yang hanya bersifat kemanusiaan dan insaniah yang hanya mampu diberikan kepada rakyat Palestin...

namun kedurjanaan puak Israel seolah-olah mencabar keputusan Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

serangan yang dilakukan bukan sekadar ugutan malah bersifat kejam....mereka ini hanyalah sukarelawan...namun,serangan peluru hidup yang mereka perolehi...

bukannya penyeludupan senjata yang mereka lakukan...hanya membawa barang-barang keperluan yang dirasakan perlu untuk seorang manusia itu untuk mendapatnya...

kedurjanaan ini akan terus berlaku selagi kesedaran umat tidak dikejut dan menjadi tugas para pemimpin juga untuk berusaha ke arah memacu semangat rakyat dan umat


Ya Allah..Kau permudahkanlah urusan para hambaMU ini...kau hancurkanlah segala perancangan jahat musuh-musuhMU...Kau jadikanlah juga hambaMU ini dalam kalangan mereka yang syahid di jalanMU...


maklumat lanjut http://palestinkini.info/


Click Here to Read More..
Share

SELAMAT HARI LAHIR MAMI

08 May 2010



assalamualaikum

herm....bagaikan satu penyesalan jugak...baru la teringat ari ni ari lahir mami...ari ni,genap umur mami 60 tahun..

kalo ikut waktu mesir,dh lewat 37 jam tuk saya ucapkan kepada mami...adui,rasa mcm menyesal betul...

alhamdulillah hanset ni masih ada kredit...hanya mampu mengirimkan SMS je dulu..

temuramah bersama mami..

ternyata abah lagi laju dari anak-anaknya...cinta dan kasih seorang suami masih utuh walaupuun sudah berumur

saya kongsi serba sedikit petikan coretan abah dari blognya

Isteri saya banyak memainkan peranan di pentas pendidikan keluarga. Di menjadi pengamal pendidikan kepada anak-anak. Saya hanya mencari nafkah, menyediakan prasarana pendidikan
dan akademik keperluan anak-anak. Masa, jadual, perpustakaan, sumber bacaan seperti buku, majalah dan internet. Di rumah dialah ibu. Dialah guru. Dialah jurulatih. Dialah algojo. Dialah
hakim. Dialah pembimbing. Dialah pakar rujuk. Dari pagi hingga tidur malam seluruh hidupnya untuk anak-anak. Bila anak-anak menghadapi ujian, dia mengadakan prauji terlebih dahulu. Bila
anak mengambil UPSR, PMR dan SPM puasanya berpanjangan. Solat hajatnya bermalam-malam. Doanya berpanjangan. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan usahanya. Kesemuanya
menjadi mudah. Usaha dan doa seorang ibu. Terima kasih sayang. Kau tetap ku kenang.

memang mami ni bukan calang-calang wanita...ada lagi....

Wanita kesayangan saya ini sudah sampai usianya 60 tahun. Masih berbaki keayuannya. Seperti tidak dimamah usia nampaknya. Jika bersama dengan anak-anak perempuannya tidak seperti ibu mereka. Masih nampak lebih muda dari sewajarnya. Bagi yang baru kenal, ramai menyangka anak-anak kami di sekolah rendah belaka. Siapa sangka cucu kami sebelas orang. Hari raya nanti insyaAllah 12 orang. Masih ada yang akan datang dengan izin Allah.

Usia tua, usia emas bukan penghalang untuk memajukan diri. Hairan juga, ramai orang lain yang tidak menghargai hasratnya. Ramai juga yang mencemik. Buat apa belajar lagi. Buat apa belajar jauh-jauh. Sesunggunya hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Hanya mereka yang berilmu sahaja yang mengetahui manisnya ilmu.

Bermula dari tahun 2003 isteri saya menapak dari Sijil Pengajian Al-Quran, meningkat ke Diploma Eksekutif Pengajian Syariah. Oleh kerana diploma dari Universiti Malaya ini tidak diiktiraf untuk menjadi loncatan ke peringkat ijazah pertama, maka isteri saya mendaftar selama dua semester di Kolej Dar Al-Hikmah di Kajang, Selangor. Selepas itu mungkin masih ada cita-cita yang perlu dikejar. Destinasinya UKM. Ijazah pertama dalam Pengajian Syariah juga.


Anak-anakku, hari-hari yang berlalu adalah hari ibu untuk ibumu. Masa mudanya telah habis untuk mendewasakanmu. Untuk memandaikanmu. Untuk memanusiakanmu. Ibumu ini satu-
satunya wanita yang tiada tolok bandingnya. Walaupun ada masanya kau lupa, kebanyakan masa tentu dia dalam ingatan. Dekatkan dia di hatimu. Rinduinya selalu. Abah hanya dapat membantu.


insyaallah,30 julai ni saya akan pulang ke malaysia...antara agenda saya,selain nk berjumpa keluarga,saya nak berguru ilmu-ilmu pengurusan rumah dengan mami...yg paling utama,nak BELAJAR MASAK...bukanlah nak kata saya ni tak pandai langsung..tapi,saya nak belajar menu-menu istimewa hasil air tangan mami..banyak lagi masakan mami yang masih belum saya terokai =)

mami pun kalo saya telefon,kadang-kadang tanya,
"takde ke perempuan arab yang boleh dibuat menantu??"


saya hanya tersenyum...tapi saya jawab balik,
"insyaallah,ada rezeki,nanti naqib carikan menantu yang terbaik untuk mami..hehe"


esok.mami ada midterm exam...naqib doakan mami berjaya..

SAYANG MAMi (^_^)


Click Here to Read More..
Share

MENITI WAKTU...

05 May 2010


saban malam ku meniti waktu
waktu yang berlalu ku terus tunggu
saat manusia terus terlena
hati ini ingin terus terjaga

dikala sepi ku sendiri
mencari sinar di kegelapan malam
air mataku bercucuran
kerna rindu yang tak pernah padam
tangisan ku mendayu-dayu
terus mengharap kasih yang satu
dialah pemilik cinta sejati
oh Tuhan tunjukkanlah ku jalan
merentasi rasa cintaku

citra rindu dan kasihMU yang ku dambakan hanya untukMu
jangan Kau palingkan cinta ini Ya Allah
yang suci lagi murni ini
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tidak berdaya

semoga rinduku kan terubat lantaran kasihMU yang murni
ampunilah aku wahai Tuhan..


Click Here to Read More..
Share

ISLAM MENGARUT???

03 May 2010



assalamualaikum

serangan dan kedurjanaan terhadap Islam terus membarah dan melarat...walau kita sedang sibuk dalam fatrah imtihan,tapi tidak bermakna kita lupa akan tanggungjawab dan amanah kita dalam menjaga kesucian agama ini

saya pasti,makian dan fitnah terhadap Islam itu banyak lagi berbanding yang saya akan kongsikan ini...cumanya,saya pamerkan juga agar sensitiviti kita akan terus terjana dan tidak akan lalai dalam menanggung amanah dan tanggungjawab mempertahankan agama ini

wallahualam

sila amati video ini: ISLAM MENGARUT CHANNEL


Click Here to Read More..
Share

WARKAH BUAT TEMANKU SEKELIAN..

01 May 2010


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

ku titipkan doa ini agar kita semua sntiasa berada di bawah payungan rahmat dan hidayahNYA..

dalam kekalutan dunia ketika ini,daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua...dalam keadaan manusia tidak lagi berasa takut kepadaNYA...dalam keadaan manusia tidak lagi mampu bezakan antara yang hak dan yang batil.....mereka tidak ingin membezakan antara pahala dan dosa..

semoga doa yang sentiasa ku panjatkan ini dimakbulkan walau dalam seharian kita lupa kepadaNYA dan kadangkala kita ingat kepadaNYA...tapi yang pasti,masa ini sudah terlalu banyak disiakan dan tidak digunakan untuk beribadat kepadaMU,Ya Allah...

sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama,tapi ia adalah sebuah cara hidup...pertuturan,pemakaian,pembelajaran,bekerja.......semuanya ada diajarkan dalam Islam...bermula sejak bangkitnya kita dari lena tidur,hinggalah kembalinya kita semula ke kamar mimpi...tidak terlepas walau sedikit pun perlakuan seharian kita dari berkait dengan hukum Islam...disinilah Islam mengajar umatnya bertatasusila bagi menjamin kestabilan hidup bermasyarakat..

kita menyedari Islam itu tinggi,tapi sayang...kita yang merendahkannya...kita menjauhkan diri darinya..kita berasa jijik...kita berasa malu...bahkan,menolak untuk menerima Islam sebagai identiti diri...

kita lalai dengan kehidupan sementara hingga menyangka bahawa dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita...kita lupa kepada Tuhan yang memerhatikan senantiasa...kita tahu benarnya Al-Quran tapi tidak pernah mengambil pengajaran daripadanya..

kita tahu adanya dosa,pahala,syurga dan neraka...tapi kita masih tidak memperduli perintah Allah yang Maha Kuasa..

ingatlah,kita boleh mengira waktu usia yang telah digunakan,tapi kita tidak mampu mengira usia yang masih berbaki....ketika kesemua usia sudah dijamah waktu,apakah kita sudah cukup bersedia pada ketika itu??

sungguh! kasih Allah itu menggunung tinggi...walau sebesar Uhud dosa yang dilakukan,Allah tetap Maha Pengampun...kasihNYA mengatasi kasih sekelian makhluk..

muhasabahlah diri bersama...selagi diizinkan Allah untuk diri ini bernafas,pohon dan bermunajatlah kepada agar dikurniakan rahmat dalam hidup ini...

wallahualam

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails