Memandang telingkah pesona Riak umat menyundal fatamorgana Sibuk merencah dunia..
Seorang muslim,hilang jati diri Lantas sirnakan pedoman hidup Terus menyepi Kalam ketenangan mula berselerakan Ikatan sunnah makin terlerai..
Tewas di medan saraf Lalai di arena persaingan Kencang menongkah hajat Bertaburan sepi di bawah naungan kelesuan Anjakan prinsip mula menjadi rapuh…
Mata melihat gerhana di langit Sinar mula terbenam dalam orbit kemalapan Harapan mula terurai dari genggaman menjadi insan hilang acuan hidup raungan kebebasan mula mencakar inginkan kebahagiaan..
bicara hati terus menukil meyakinkan kepada diri silau cahaya keimanan pasti begemerlapan semula. Bukti gerhana sudah berakhir..
habis riuh satu Malaysia berhubung isu 'Doa Laknat Tuk Guru' ke atas perbuatan Dato Najib...kadang-kadang rasa rimas pun ade ngn permainan politik yang ada sekarang...namun,apakan daya....inilah cabaran sebenar perjuangan...pasti diri seorang pejuang itu akan terus diuju demi membuktikan keikhlasan dalam berjalan di atas jalanNYA
PERMAINAN ISU...
''Kerajaan negeri telah membuat tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.
Mengikut fakta perjanjian yang ditandatangani sekitar tahun 70-an oleh pengerusi Petronas, pada masa itu Tengku Razaliegh Hamzah, bersama kerajaan-kerajaan negeri lain berhubung perkara berkenaan dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, bahawa negeri terbabit berhak menerima royalti sebanyak 5 peratus hasil daripada pengeluaran petroleum yang merangkumi onshore (daratan) serta offshore (lautan).
namun di dalam persidangan dewan rakyat PM sekarang mengumumkan akan membayar royalti tersebut dalam bentuk wang ihsan dan melalui projek pembangunan...
Dato Husam Musa mempertikai kerana bagi Terengganu, Sabah dan Sarawak ianya dibayar dalam bentuk royalti
Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Omar Mohammad, turut mempertikaikan keputusan Najib yang bertentangan dengan Akta Petroleum 144 di mana di dalam perjanjiannya tidakpun menyebut wang ihsan, tetapi ia disebut dengan royalti.''
jadi,jika dah itu yang termaktub dalam perjanjian dan si tuan milik nak minta hak mereka,apa yang perlu diisukan?? mengapa tidak diberi sahaja?? SIAPA YANG BERSALAH DAN ADAKAH PIHAK BERKAITAN TAKUT??
jadi apabila para ulama yang mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah membuat sesuatu yang berlainan dari sudut pandangan kita yang masih dangkal ini,jangan cepat menghukukm...
sekarang ini,bila berborak bersama sahabat-sahabat....perkara ini menjadi isu kerana tidak pernah dibuat oleh mana-mana parti politik di Malaysia sebelum ini dan secara jelas pastinya menjadi satu kepelikan bagi masyarakat Malaysia....
namun,satu perkara yang perlu kita ingat,jangan dikira dari segi bertentangan dengan adat atau tidak...yang penting adakah ianya bertentangan dengan syarak???
jadi sekarang ni,perkara ini tidak perlu dijadikan sebagai modal murahan dalam meraih simpati sokongan rakyat....beri sahaja hak yang Tuk Guru minta,habis cerita...mengapa perlu ditukar?? nak jatuhkan Kelantan?? nak Tuk Guru letak jawatan?? nak rakyat Kelantan jadi manusia yang dungu dengan beralih sokongan kepada UMNO??
kenyataan PM di dalam akhbar berhubung tindakan Tuk Guru,
"Najib berkata beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh PAS. Perdana menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam."
ayat,"............walaupun negeri itu diperintah oleh PAS"...bagi saya kenyataan ini tidak harus dikatakan atau diucapkan...apakah ini??? sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan pusat menjaga kebajikan dan hak kerajaan negeri...memangla kena diberi...tidak perlu menjadi pertikaian walau kerajaan negeri diperintah oleh parti yang berlainan...kerana yang perlu didahulukan adalah rakyat,bukan permainan politik...
jikalau pihak kerajaan pusat pihak yang jujur,segala yang berkaitan dengan maslahat kebaikan rakyat akan segera dilaksana tanpa memandang kepada pihak yang memrintah...
DOA TUK GURU...
pengakuan dari Tuk Guru sendiri yang menyatakan bahawa beliau menyeru agar berdoa buat kali pertama supaya memperbetul niat Dato Najib kite dan berdoa buat kali yang kedua dengan permohonan yang agak keras (dari pandangan zahiriah kita..sedangkan kita tidak tahu samada bertepatan dengan syarak atau tidak) agar dibalas niat jahat yang berada dalam benak hati pihak berkenaan....
jika kita lihat dari sudut logik.....siapakah yang teraniaya?? siapakah yang menzalimi siapa?? siapa yang tidak menunjukkan semangat keislaman mereka?? salah ke pihak yang teraniaya berdoa kepada Tuhan agar dibalas mereka yang menzalimi mereka??
diingatkan sekali lagi......jangan dipandang tindakan berdoa itu yang secara zahirnya nampak keras,terus dianggap tidak boleh...yang perlu kita pandang adalah samada ianya dibolehkan dalam syarak atau tidak.....segalanya berbalik kepada ILMU!
APA YANG ADA SANGAT DENGAN DUNIA NI??
atmosfera politik yang sekian ada,menjadikan beberapa pihak akan terus berusaha untuk mencetuskan permainan jijik mereka....mereka akan mengambil peluang bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa merekalah mangsa,merekalah yang baik,merekalah yang teraniaya......
memang benarlah,''Doa itu senjata orang mukmin''...mungkin menjadi ketakutan bagi mereka apabila Sang Ulama ingin berdoa....takut doa beliau akan terus mustajab?? herm....benda yang mudah....beri sahaja apa yang diminta...pasti selesai isu...
ketakutan jika hilang pengaruh dan lesapnya nikmat yang sedia ada dengan mereka...mungkin itu yang dirisaukan....jika dilayan sangat hawa nafsu dunia,sampai bila-bila tidak akan puas....
BAGAIMANA DENGAN SEKULAR??
sepatutnya kecaman ke atas tuk guru dilemparkan kepada puak-puak sekular yang ada di Malaysia....jangan sibuk mendakwa diri membawa Islam dan menjaga perpaduan umat jika fahaman anda tidak diperbetul.....jika perlembagaan sekular yang masih dijulang,baik itu yang patut didahulukan dahulu...perbetul dulu yang asas.....
kadang-kadang rasa kecewa pun ada ketika melihat golongan agama juga yang duduk sekali dengan mereka....bagi mereka yang beralasan untuk mengislah dari dalam dan ada alasan lain yang munasabah..masih boleh dipertimbang...tapi,seandainya ada yang memang menyokong puak sekular ini....sedih yang amat sangat....anda tidak jujur dan amanah dengan kewajipan ilmu anda.....
nak berbicara soal sekular....panjang.....tidak akan tamat melainkan hayat sekularisme itu ditamatkan secara terus......
MUHASABAH...
segala kancah serta mehnah yang berlaku menyedarkan diri akan kepentingan yang perlu dilaksana bagi seorang yang ingin perjuangkan Islam....ILMU yang perlu ada...ILMU sahaja yang mampu membimbing seseorang dalam memandu setiap tingkahlaku diri....
mohammad izzat naqib 2 disember 09 rumah amanahraya,kaherah
suasana aidiladha buat kali ke-2 ini lebih seronok berbanding yang lepas...sambutan yang diadakan sesama kami dan adegan 'pertumpahan darah' yang dicetuskan oleh kami sendiri...membuatkan Aidiladha tahun ini lebih menyeronokkan..
tp,maaf kepada semua..untuk kali ni,tak banyak gamba yang mampu diupload disebabkan gmbar yg terlalu banyak...dua ni je yang nampak best...
Kemunculan sebuah filem baru 2012 meneruskan legasi dunia Hollywood sebagai pentas perfileman yang mampu menghasilkan pelbagai filem yang bercorakkan kemusnahan dunia..filem seperti Independence Day,The Day after Tomorrow dan Godzilla yang diterajui ROLAND EMMERICH (antara karya beliau,sila klik),acap kali mampu memberi impak kepada pemikiran para penonton akan propaganda tamadun barat dalam menanamkan persepsi masyarakat dunia terhadap ‘kiamat dunia’ mereka…filem 2012 terus menghangatkan masyarakat dunia dengan pelbagai teori kemusnahan
ROLAND EMMERICH
Pembikinan setiap filem yang bercorakkan teori sedemikian bukanlah sekadar penghasilan filem yang biasa…ibarat menghitung waktu pengakhiran usia diri,itulah yang berlaku dalam kalangan mereka..mereka menginterprestasikan setiap fahaman mereka ke dalam pengadaptasian filem yang bermatlamatkan memberi satu pengiklanan kepada dunia akan fahaman dan kepercayaan mereka…
Kewujudan ketamadunan Maya (Pre-Columbian Mesoamerica) telah menghasilkan sebuah sistem pengkalendaran yang dinamakan MAYAN CALENDAR yang juga dinamakan AZTEC CALENDAR dan LONG COUNT CALENDAR…merupakan sebuah perkiraan masa yang terukir diatas ‘Batu Matahari’ Aztec dan hingga kini menjadi bahan pameran Muzium Antarabangsa Sejarah dan Antropologi,bertempat di Chapultepec Park, Mexico City…
MAYAN CALENDAR/LONG COUNT CALENDAR
namun ianya tetap hanya sebuah batu ukiran manusia yang kononnya menjadi titik tolak kepada jangkaan mereka dalam menentukan sebuah perhitungan…2012 merupakan perkiraan akhir dalam calendar batu tersebut…ADAKAH BENAR KIAMAT PADA WAKTU ITU?? MAMPUKAH KEDANGKALAN ILMU MANUSIA MENGETAHUI PERKARA SEDEMIKIAN??
PELBAGAI TEORI MUNCUL
1. 21 DISEMBER 2012 disisi para pengkaji sains samada arkeologis mahupun para pengkaji astronomi menganggarkan pada tarikh tersebut,jam 11:11 pm…akan berlaku satu proses dimana tenaga daripada kawasan tengah Galaksi Bima Sakti yang selalu sampai ke planet bumi akan terhenti dan berlakunya satu pertukaran kedudukan galaksi ini daripada atas ke bawah: Galactic Alignment..yang akan berlaku setiap 26000 tahun ..proses ini dianggap sebagai tarikh pengakhiran di dalam Mayans Long Count…ia merupakan satu masa dimana beradanya Sistem Solar Bumi berada sebaris dengan kedudukan matahari di Pembahagi Galaksi(Galactic Equator)
2. Namun,apa yang perlu dihairankan dengan proses alignment tersebut? Dianggarkan padatarikh tersebut,jam 11:11 pm…akan berlaku satu proses dimana tenaga daripada kawasan tengah Galaksi Bima Sakti yang selalu sampai ke planet bumi akan terhenti dan berlakunya satu pertukaran kedudukan galaksi ini daripada atas,ke bawah selepas Galactic Alignment tersebut......
3. dikatakan juga tenaga yang memancar daripada galaksi bima sakti berada pada tahap maksimum pada waktu itu yang mampu mengakibatkan kepada kemusnahan kepada planet bumi …
4. teori lain pula berpendapat akan berlaku satu pertukaran Kutub Bumi (Earth’s Polar Shift) yang begitu hebat yang bergerak semakin jauh daripada kedudukan asalnya dari paksi bumi yang membawa kepada ‘kemuncak kebinasaan’(Catastrophic Climax) 5. pada 2012meningkatnya kejadian malapetaka,bencana alam dan kemusnahan secara besar-besaran
6. sebuah komet akan menghentam bumi (ramalan Nostradamus)…siapa NOSTRADAMUS??
Nama insan bernama Michel de Nostradamus tidak dapat disangkal kemasyhurannya disisi masyarakat barat… seorang Katolik berbangsa Perancis dan merupakan seorang ahi fizik dan terkenal dalam masyarakat dunia kerana kepelbagaian ramalan beliau terhadap setiap yang berlaku.. bertemakan kemusnahan dan kehuruharaan yang berlaku dalam dunia pada waktu mendatang tidak hairanlah andai beliau digelar (The Man who saw Tomorrow)..
telah dikatakan bahawa setiap kejadian yang menggemparkan sejarah ketamadunan manusia boleh dikatakan telah diramal oleh beliau dalam lingkungan 500 tahun yang lepas dan terhimpun dalam himpunan 942 ramalan-ramalan beliau The Complete Book of Nostradamus (dikatakan juga beliau telah meramal lebih 1000 ramalan)...
Konspirasi 11 SEPTEMBER, Zaman Diktator Adolf Hitler,Revolusi Amerika dan Perang Napoleon antara ramalan beliau…dan ramalan beliau yang paling hebat,21 DISEMBER 2012,merupakan sebuah tarikh keramat yang menjadi kegerunan disisi tamadun barat kerana ‘superstication’ dan ‘apocalypse’ yang bakal berlaku pada waktu itu.
Namun ianya tetap hanya sekadar teori yang secara logiknya berada di luar kemampuan akal seorang manusia untuk memikirkannya…tidaklah ianya sekadar sebuah kalam-kalam insan….
MENYINGKAP PERKAITAN ANTARA FILEM 2012 DAN TARIKH TAYANGAN,13 NOVEMBER
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa tarikh tayangan filem tersebut sekadar tarikh biasa dan tidak terlibat dengan apa-apa spekulasi mahupun konspirasi berbentuk teori…namun,ia sememangnya mempunyai kaitan dengan 2012 dari segi apa?? Herm….TEORI TOTAL DESTRUCTION BAGI DUNIA dan ASPEK KEMUSNAHAN…
Adapun tarikh ini tiada beza seperti pegangan mereka terhadap tarikh 2012…
Friday the 13th berlaku apabila hari ke-13 bagi setiap bulan jatuh pada hari jumaat yang membawa kepada 2 kemungkinan samada akan berlaku perkara yang baik ataupun buruk..di dalam Gregorian Calendar, hari ini akan berlaku sekurang-kurangnya SEKALI dalm setahun dan paling banyak adalah sebanyak 3 KALI dalam setahun..mana-mana bulan yang bermula pada hari ahad..pada tahun 2009,tarikh ini akan berlaku pada Februari,Mac dan November ..
APA YANG DITAKUTKAN?
Segalanya bermula daripada sepatah perkataan Greek, paraskevidekatriaphobia…seungkai perkataan terbitan yang dicantumkan daripada Paraskevà (bermakna Friday), dan dekatreÃs (bermakna thirteen), dan disertakan kepada perkataan phobÃa (bermkna fear)…perkataan telah terhasil pada tahun 1911 dan pada pertama kalinya muncul pada saluran-saluran utama bagi sumber maklumat masyarakat umun pada 1953…
Satu teori telah mengatakan bahawa ianya adalah satu percantuman moden antara 2 superstition iaitu 13 adalah nombor yang membawa ‘sial’ dan Jumaat pula adalah hari yang sedemikian juga..
13 merupakan satu angka yang bersifat janggal yang menjadi penyebab kepada kecacatan sesuatu yang genap dan sempurna bilangannya.wujud teori ini juga berasaskan kepada kejadian Last Supper dan Norse Myth yang di dalam sejarah kejadian tersebut,terdapat seramai 13 orang duduk pada satu meja secara bersama yang membawa kepada kematian salah seorang yang duduk bersama pada waktu makan tersebut
Jumaat telah dianggap sebagai satu hari yang membawa kecelakaan sejak kurun ke-14..banyak profession kerja yang menjauhkan diri daripada memilih hari ini untuk memulakan seseuatu kerja atau projek…Black Friday sering dikaitkan dengan pelbagai musibah dan bencana sejak 1800…dikatakan juga hari Jumaat membawa sial berpandukan kepada manuskrip kristian dan tradisi,yang mengatakan bahawa Jesus telah disalib pada hari ini.
Masyarakat barat masih boleh kita ketemui menomborkan rumah mereka dengan ‘12 ½’ bagi mengelakkan hidup dibawah ‘ancaman’ nombor 13..nombor-nombor loteri juga tidak akan sesekali menjual angka 13 kepada pelanggan mereka..hotel dan hospital dan pelbagai institusi yang sewaktu dengannya kebiasannya tidak ada bilik berangkakan nombor tersebut..seperti Hotel Cavendish yang siap dibina pada 1966,tidak ada TINGKAT 13…ketakutan telah menyelimuti diri mereka lebih-lebih lagi jika beradanya akan angka 13 dan hari Jumaat pada waktu yang sama…
Terdapat beberapa peristiwa telah dirancang dan dijadualkan untuk Friday 13th sebagai gambaran kepada kesan dramatic apa yang akan berlaku dan juga sebagai satu keraian..antaranya..
1. Pelancaran filem Resident Evil 5 telah diadakan di UK pada Friday March 13 2009
2. Majlis pembukaan bagi sukan Olimpik di Athens pada Friday, August 13, 2004.
3. Setiap Friday the 13th,beribu penunggang motosikal akan berarak ke sebuah bandar kecil di Canada,Port Dover Ontario
4. Filem 2012 telah dirancang untuk dilancarkan pada Friday November 13 2009.
GAMBARAN KIAMAT BARAT
Beberapa peristiwa bencana yang dirakamkan telah berlaku pada tarikh dan hari tersebut:
Hurrican Charley mengakibatkan tanah runtuh di selatan Florida pada Friday, August 13, 2004.
Friday the 13th Storm menyerang Buffalo,New York pada Friday, October 13, 2006.
Peristiwa nahas kapal terbang Andes pada Friday,October 13, 1972
APA KATA MEREKA?
1. Ramai para saintis yang menolak dakwaan ini kerana ia berada pada luar jangkaan seorang akal manusia untuk memikirkan waktu sebenar KIAMAT
2. Kebanyakan masyarakat mempercayai dakwaan masyarakat Tamadun Maya kerana mereka ini sememangnya maju dalam bidang penulisan,matematik dan astronomi…namun sebenarnya,dakwaan tarikh kepada penghujung hayat dunia,pada hakikatnya adalah tarikh berakhirnya putaran dan perkiraan bagi Great Cycle (Mayan Kalendar)..dan merupaka satu keraian besara-besaran bagi mereka….
3. Berkata Sandra Noble, Pengarah Ekskutif kepada Pertubuhan Kemajuan bagi Kajian Masoamerika,ketika diajukan berkenaan dakwaan kemusnahan pada 21 DISEMBER 2012,”ianya satu rekaan cerita yang begitu sempurna dan merupakan peluang untuk membuat ramai orang menghulurkan duit bagi rekaan ini”
4. Golongan generasi tua bagi masyarakat Maya seperti Apolinario Chile Pixtun dan arkeologis dari Mexico Guillermo Bernal ,mereka mengatakan bahawa teori ‘apocalypse’adalah merupakan cetusan dariapda masyarakat barat dan tidak kaitan sama sekali dengan kepercayaan Mayan….sebahagian menganggap bahawa dakwaan tersebut disandarkan kepada Maya kerana mitos mereka itu sendiri teramat lemah dan memerlukan kepada satu sokongan yang mampu menyegarkan dan menguatkan dakwan mereka itu…arkeologis daripada Mayan,Jose Huchm mengatakan bahwa “andai anda bertanya kepada komuniti Mayan itu sendiri akan apa sebenarnya yang akan berlaku pada 2012,mereka pasti tidak atahu apa yang akan berlaku”
5. Para saintis juga sebenarnya berada dalam satu kesangsian yang besar dan tentang realiti kebenaran kata-kata masyarakat Maya….adakah mereka sebenarnya tahu apa yang mereka sedang perkatakan?
APA KATA SAYA
Seorang muslim wajib percaya akan kehadiran hari Kiamat…namun secara pastinya,ianya tidak mampu diketahui akan bilakah ianya akan hadir….gambaran Kiamat juga tidak mampu diketahui akan realitI sebenar..kesemuanya di bawah kekuasaan ALLAH…ilmu manusia yang ibarat setitik air di tengah lautan tidak mampu menyamai sedikit pun akan hakikat kekuasaannya…
Perkongsian yang diutarakan di atas bukanlah sabagai kepercayaan saya kepada mereka…hanya sebagai perkenalan kita terhadap apa yang mereka percaya dan apa yang mereka faham…ia tidaklah begitu lengkap..hanya sekadar ini kemampuan yang dikerah…maklumat dijari anda…
Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.
Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.
"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.
Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.
Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.
Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.
Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, Syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.
Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.
Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.
Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.
Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".
"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.
Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.
Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.
kepada para pembaca,terpulang kepada anda untuk menilai...tidak berpuas hati,pastikan anda mendapat sumber yang dipercayai bagi membantu penilaian anda...Wallahualam...
tidak faham akan hati,itulah antara punca kita kurang menjaga hati...
ia merupaka tunjang kepada semua perlakuan baik mahupun buruk diri kita....keupayaan dalam membezakan halal dan haram itu,bergantung kepada kekuatan hati....tidak dinafikan,akal adalah 'remote' yang memaklumkan kepada anggota diri untuk buat ini,buat itu,jangan buat ini,jangan buat itu, tapi harus kita ingat juga,tidak kiralah sejauh mana akal mampu mengawal,hati tetap mengatasi...
kerna andai keinginan di hati ingin buat,segala-gala akan dibelakangi....inilah kekuatan hati...
sebagaimana di dalam himpunan hadis 40,Imam An-Nawawi,
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas.................ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
رواه البخاري ومسلم.
ketahuilah bahawa hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain......
merupakan tempat berniatnya seseorg,
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
رواه البخاري ومسلم.
Niat adalah teras segala amalan.... berkata para ulama,boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya..
apa yang menentukan kemampuan seseorang dalam berniat baik mahupun buruk jika tidak hati bukan?
berapa ramai yang melakukan kerosakan dunia kerna rosaknya raja dalam diri mereka...raja mereka itu tidak diberi makanan rohani yang sesuai,diabaikan penjagaan pakaiannya,tidak diberikan didikan yang sempurna.....
maka tidak hairanlah andai kefasadan terus menular di pentas utopia ini....hilangnya perasaan malu terhadap Sang Pencipta.....
para lelaki hilang kepimpinan mereka... para wanita hilang malu mereka... masyarakat terus hanyut ditelan arus kebinatangan duniawi...
saban hari satu perasaan yang tidak senang datang dan mendiami diriku....
perjalanan sebagai seorang pelajar unversiti tertua dunia tidaklah semudah yang disangkakan...sesi pembelajaran seorang yang inginkan ILMU tidaklah terhenti sekadar di kuliah...bahkan medan pencarian tersebut lebih luasa daripada kudrat yang sebenar...permukiman di mesir ini memerlukan kerajinan dan ketekunan dalam merealisasikan matlamat dan falsafah keilmuan...
ILMU ISLAM...bukanlah ilmu yang yang hanya mampu diperolehi dengan hanya sekadar perkelanaan 4 atau 5 tahun di bumi kinanah ini...malah,tidak terjangkau dek akal akan tempoh tetap bagi seorang yang telah memilih untuk memegang amanah ILMU ISLAM....
hendak menjadi ULAMA?? memerlukan tempoh pernafasan yang panjang dan lama....memerlukan satu semangat yang jitu....memerlukan satu matlamat yang jelas....memerlukan kesediaan dalam mengorbankan wang,tenaga dan masa…kerana itulah antara jalan-jalan yang perlu andai inginkan ilmu…
membuka blog rakan-rakan yang lain,macam-macam pengetahuan sampingan yang diperolehi…baik hal ehwal berkaitan kenegaraan hinggalah kepada berita terkini rakan-rakan di bangku sekolah…
kadang-kadang tu,memang rasa tak larat nak melangkahkan kaki ini untuk pergi ke masjid azhar untuk menadah ilmu daripada para syeikh yang ada….tambahan pula,keadaan kesihatan yang tidak menentu,menyebabkan diri kadangkala lebih memilih katil berbanding ilmu….tapi,bila difikirkan semula,kelompongan dalam agen pengubah masyarakat,memaksa diri untuk mengenepikan segala penghalang dan bangkit untuk….argh!!! rase nak jerit je….kadang-kadang rase geram…xtau kenapa…
tidak dapat dinafikan…kalo pelajar-pelajar perubatan,kelas diorg sampai ke petang….mesti diorg penat…tapi,hakikat seorg pelajar pengajian Islam itu patutnya lebih penat disebabkan kesibukan diri dengan kelas-kelas pengajian…tapi,ramai yang tidak menyedari…antara musibah yang melanda ustaz-ustaz kita…..
sebab…mereka yang memilih pengajian Islam sebagai jalan mereka,perlu diketahui bahawa tiada pengkhususan dalam bidang ini(Cumanya terpulang kepada diri untuk memperdalami bidang yang diminati) perlu dipelajari semua…
kepulangan kita ke Malaysia setelah tamat pengajian,para penduduk setempat tidak akan bertanyakan bahawa kita ini pandai apa,pasti aka nada juga soalan-soalan yang berada di luar skop pengajian kita di kuliah…tidak mahu tidak,kita perlulah bersedia….
Kesediaan itulah yang memerlukan satu kesungguhan…namun,diri tidak terlepas dari sikap lemah,malas dan hilang matlamat permusafiran…..
moahammad izzat naqib,SK MONTFORT(97-02),SMKA SEGAMAT(03-06),
KISAS(06-07),AL-AZHAR(08-??)...seorang yang begitu ingin melibatkan diri secara langsung dalam gerakan dakwah di malaysia..ingin merealisasikan matlamat seorang pemuda acuan ISLAM...ingin menjadi pendokong dan bukan sekadar penyokong kepada kebangkitan Islam..mula menyedari hakikat kepntingan dakwah semasa di Kolej Islam Sultan Alam Shah....sedang berkelana dalam mengutip mutiara ilmu di bumi MESIR demi ummat di Malaysia khususnya..
ym :izzatnaqib