Followers

JIHAD ISLAM:ANTARA KESYUMULAN SERTA KEJUMUDAN

21 May 2009

Hari ini,gerakan islam menyaksikan satu serangan pemikiran baru yang melanda aktivis-aktivis dakwah atau gerakan masa kini...menyisihkan medan politik sebagai wasilah perjuangan..
Ramai dalam kalangan kita yg impikan sebuah kehidupan,sistem perundangan,muamalat seharian serta pentadbiran Negara yang berteraskan Islam...tidak dapat dinafikan bagaimana banyaknya gerakan Islam yg tumbuh di dalam kekusutan masyarakat selepas tumbangnya khilafah Islamiyah pada 1924...begitulah hebatnya perancangan Allah dalam menjadikan sesuatu...inilah ntara hikmahnya ...betapa Dia ingin melatih kite agar berpeluang menyusuri selok belok gambaran perjuangan dakwah Baginda semasa hayatnya ....

Akan tetapi..dalam kesemua gerakan dakwah ini, adanya jemaah proksi(induk atau utama),jemaah furu’(cabang),jemaah yang bertentangan dengan jemaah proksi,dan jemaah taghut...inilah ntara jenis2 jemaah yang wujud dalam dunia islam pada hari ini...

Kita selaku yg diberi kefahaman akan hakikat perjuangan melalui gerakan ini...wajib ditimbulkn persoalan kepada diri kita,apakah jenis wasilah yang ingin digunakan,aspek apa yang ingin diperjuangkan????

Tetapi,di sini,saya hanya akan mngupas sedikit sebnyak mngenai penolakn terhadap medan politik sebagai wasilah perjuangn..kupasan ini just berdasarkn kefahaman yang cetek lagi sedikit dalm diri ini..ingin ana kemukakn sedikit sebnyak mngenai JIHAD POLITIK seprtimana yang dikemukan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Abdullah Naasih ‘Ulwan...di dalam kitabnya,”SEHINGGALAH PARA PEMUDA ITU SEDAR”

Jihad Politik
Ialah mengahabiskan segala tenaga dan usaha dalm mndirikan sebuah Daulah Islamiyah yang bertapakkn prinsip2 Islam,kaedah2 yang umum lagi menyeluruh.Segala pemerintahan di dalm Negara tersebut adalah khusus untuk Allah.
Tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan Negara Islam pada hari ini sedang dikuasai oleh pemerintah2 yang menyeleweng lagi mnyesatkn.Mereka tidak berpegang kepada manhaj yang rabbani,bahkan,kebanyakkan sistem Negara-negara ini,perlembagaan,serta undang-undangnya adalah perlembagaan timur dan perundangan barat.Sedikit sahaja yang mengangkat manhaj rabbani ini sebagai manhaj kehidupan...

Jika diperhatikn kepada Negara-negara yang terbentuk selepas perang dunia ke-2,kita akan dapati bahawa kebanyakkan daripadanya adalah ciptaan kuasa-kuasa yang berkomplot dan dengki kepada Islam.Tidak kiralah samada gerakan freemansory,penjajah yang zalim mahupun puak-puak yahudi yang begitu dendam kepada Islam...

Tahun 1924,sejarah hitam bagi umat Islam apabila Kamal Attartuk laknatullahhia’laihi,Ismet Inono dan para anggota persatuan dan penyatuan dan kemodenan telah mewajibkan majlis bangsa turki pada tahun itu untuk mengambil ketetapan agar menghapuskan sistem Khilafah Islamiyah sekaligus mengumumkan Negara Turki sebagai Negara sekular pada ketika itu.Bermulanya dengan penghapusan mahkamah syariah,institusi pendidikan agama,harta wakaf dan hukum pesaka..diikuti dengan azan dalam bahasa turki,pergantian bahasa arab kepada bahasa latin,cuti pada hari jumaat kepada hari ahad.......kesemua ini berakhir pada tahun 1928 dengan kejayaan mereka mmperkenalkan ‘konsep tanpa agama’

NATIJAH TERHAPUSNYA KHILAFAH-berpecahnya negara2 arab,umat Islam ditmpa pnyakit wahan(cinta dunia dan takut mati),umat Islam menjadi alat-alat permainan mereka disamping mencipta beberapa pemerintah yang menjadi boneka mereka dalam melaksanakan suruhan mereka yang berokjektifkan : MEMESONGKAN GENERASI MUSLIM KEPADA TIDAK BERTUHAN DAN KONSEP PENGHARUSAN(SEMUA BENDA DIHALALKAN).....


mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. AL-BAQARAH:217


Sesungguhnya kekuatan ini bersatu di dalam musuh yang lima:
1. Missionari dan Orientalis
2. Negara komunis
3. Zionis sedunia
4. Penjajahan
5. Agen-agen kepada kuasa asing(tali barut)

Pada waktu ini,tidak perkara kain yang wajib ke atas setiap individu muslim melainkan melainkan mengisytiharkan syiar ’jihad fi sabillah’......sehinggalah sampainya kepada penegakan hukum Islam,penyatuan Islam yang kukuh,rapat lagi menyeluruh....

Sesungguhnya,kaedah usul syariah: apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan dengannya,maka ia adalah wajib.

Oleh itu,selagi mana tidak tertegakknya hukum Islam di atas muka bumi ini,maka menjadi satu kefardhuan kepada setiap muslim untuk mnggembleng tenaga dalam mmbangunkan dan mengangkat agama ini,dan menegakkan Daulah Islamiyah...

Memang betul jika ada yang menyatakan bahawa perkara ini adalah fardhu kifayah sahaja..akan tetapi,kita harus lihat semula kepada kapisiti serta bilangan tenaga yang menjalankannya...sekiranya sudah mencukupi dalam melaksanakannya,maka terlepaslah dosa daripada orang lain...namun,sekiranya bilangan ini masih tidak mncukupi,maka mnjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk mnyertai dan memikul tanggungjawab ini secara bersama-sama sehinggalah cukup untuk melaksanakan dan mewujudkannya....

Tidak cukup kepada bilangan sahaja,akan tetapi perlu juga disusuli dengan gerak kerja yang sistematik,penyatuan,pelaksanaan strategi,penyediaan alatan dan pengorbanan........semua ini termasuk ke dalam jihad politik..

Setiap daripada kita yang tidak mahu melibatkan diri ,tidak mahu masuk campur di dalam bidang ini samada secara langsung ataupun tidak secara langsung ..termasuk dalam 2 golongan ini sahaja:

1. Samada tidak faham akan kesyumulan Islam
2. Atau mereka ini penakut atau pengecut

Kita sering kali mnjadikan tokoh-tokoh islam seperti Imam Hassan Al-Banna,Syeikh Ahmad Yassin,Syed Qutb dan manusia paling agung di atas muka bumi ini,Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan dan panduan kita dalam berdakwah...sering kita katakan bahawa ikutan kita adalah Nabi Muhammad,tokoh ini,tokoh itu....akan tetapi,layakkah kita untuk bergelar sebagai pejuang islam sekiranya kita meninggalkn sebahagian daripada tuntutan Islam??????

Tidak dapat dinafikan tujuan kita dijadikan Allah adalah untuk beribadah akan tetapi,cuba kite kembali dan renung semula kehidupan Baginda,para sahabat,taabii’n,As-Syahid Imam Hassan Al-Banna...serta mujaddid pada abad ini,Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi....adakah mereka ini hidup dengan di atas muka bumi ni dengan hanya duduk di masjid dan menunaikn solat2 di atas sejadah tanpa melakukan perkara2 lain?????

Bagaimana Baginda S.A.W.,pada hayatnya,Bagindalah Al-A’biid,Al-Muallim,ketua kaum muslimin,ketua pentadbiran Negara,yang menggubal Undang-undang pertama di dunia,ketua angkatan tentera yang telah menjatuhkn dua kuasa besar pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi,tidak lupa juga sebagai suami,serta bapa kepada anak2...

Tidak Baginda tinggalkan satu aspek pun daripada agama Islam ini untuk dibangunkn dalam kehidupan muslim....jelas di sini bagaimana jikalau kite mngatakn kita ingin mengangkat Islam itu smula,JANGAN SESEKALI KITA MENINGGALKAN WALAU SEBAHAGIAN KECIL PUN DALAM AGAMA ISLAM!!

Andai kita berpegang kepada pendapat yang tidak mahu masuk campur sama sekali di dalam politik,maka jangan pelik dan jangan hairan jika kita dianggap sebagai golongan yang mundur,negatif,sering dikalahkan,pengecut,lemah dan mutawakil(malas berusaha)..pegangan kita ini juaga akan mnyebabkan dunia dipegang oleh manusia perosak yang akan terus menerus merosakkan kesejahteraan,mnghancurkan,mmbiarkan kezaliman berleluasa malah tidak mustahil,mereka akan menafikan kewujudan tuhan...maka,tidak hairanlah jikalau nasib,serta generasi-generasi selepas ini akan berada di bawah takuk serta cengkaman mereka yang tidak percayakan tuhan

Maka,sekiranya kita tidak mahu mnyertai,malah menghalang orang lain daripada mnyertainya,secara automatic,kita telah berdosa sebnyak 2 kali
1. Tidak menyertai dan tidak bekerja
2. Menghalang orang lain daripada melaksanakn kewajipan serta kefardhuan atas diri mereka

Tidak ada yang boleh yag kita katakan melainkan mereka ini telah KHIANAT PADA ISLAM!

Ada juga yang mengatakan bahawa kita masih di peringkat pembentukan..namun,kita harus ingat,bagaimana keperibadian Islam yang teguh boleh terbentuk tanpa penentangan terhadap jahiliyyah,tanpa berakhlak dengan sifat sabar sewaktu mendirikan kewajipan jihad tablighi???

Pendapat mereka yang mngatakan kita masih di peringkat pembentukan,adalah tertolak sama sekali kerana Islam itu sudah lengkap dan mewajibkn umat Islam pada hari ini untuk melaksanakn dalam kehidupan seharian...
Sebagaimana kita tidak boleh meninggalkan solat,zakat,puasa,haji seperti itu jugalah kita tidak boleh meninggalkan hatta satu daripada sistem2 Islam baik daripada segi politik,kemasyarakatan dan ekonomi.....tidak mustahil usaha pembentukan semula khilafah dijalankan kerana ramainya bilangan umat Islam hari ini..namun kekuatan bilangan ini harus disatukan di bawah jemaah2 Islam yang kemudiannya bernaung di bawah satu jemaah proksi dalam merampas semula tampuk pemerintahan daripada puak2 taghut....

Memang tidak dinafikan bahawa proses pembentukan ilmu,fikrah,thaqafah serta kekuatan iman dalam diri setiap muslim dijalankan...akan tetapi bukankah bertambah mudah sekiranya adanya kuasa pemerintahan di tangan kita dalam melaksanakn tuntutan2 ini...

Pembentukan sahsiah muslim pada hari ini dilihat sukar kerana ada di samping penyucian diri,ada juga unsur2 maksiat yang mendorong mereka kearah tersebut...saya pasti para pembaca bersepakat dengan saya bahawa suasana,ataupun biah antara factor penting dalam pembntukan peribadi cemerlang seorang insan....kita ambil analogi atau contoh seorg anak yang soleh dan anak yang derhaka.....jenis suasana apakah yang membawa kepada pembentukan sahsiah mereka ini???? Anda sendiri mampu menjawabnya........................

Apa-apa pun,harus kita ingat bahawa kita hanya ditugaskan Allah untuk berusaha sahaja...samada Berjaya atau tidak,itu kita serahkan kepadaNYA....... WALLAHHUA’LAM.

Click Here to Read More..
Share

PERMOBILASIAN PERWATAKAN DALAM JEMAAH..

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.


Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan
Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu." dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam

ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

wallahualam...

Click Here to Read More..
Share

Serangan Fikiran Yang Melanda Umat Islam


Setelah kejatuhan khilafah Uthmaniah pada 1924, umat Islam menanggung tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab ini bukan sekadar kewajipan-kewajipan ibadat seperti solat, puasa, dan haji iaitu kewajipan jihad untuk menegakkan kembali khilafah Islamiyyah sebagai jalan mendaulatkan semula syariat Allah SWT. Kewajipan ini dikenali sebagai Kewajipan Semasa, tiada di kalangan umat yang lampau. Kewajipan ini tidak akan gugur ke atas setiap muslim sehinggalah tertegaknya kembali khilafah.


Untuk melaksanakan kewajipan ini, umat Islam perlu belajar perkara-perkara yang baru daripada hadis-hadis nabi supaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab di zaman ini dengan pelaksanaan yang betul, sempurna, dan mencapai matlamat. Maka, setiap orang Islam wajib belajar mengenai jihad, rukun-rukunnya, bahagian-bahagiannya, dan sebagainya.


Selain itu, umat Islam juga perlu mengetahui fahaman yang dianuti oleh musuh-musuh Islam yang mana dengan fahaman itu mereka telah rosakkan fikiran umat Islam dengan merosakkan kesatuan dan menjatuhkan khilafah. Fahaman itu tidak lain dan tidak bukan ialah sekularisme.


Oleh sebab musuh-musuh ini cuba mengelirukan umat bahawa fahaman sekularisme ini tidak bercanggah dengan Islam, maka fahaman itu perlu dipelajari agar pertembungannya dengan ajaran Islam menjadi nyata sehinggakan umat Islam tidak ragu-ragu hendak membuang sekularisme dan merasa rugi sekiranya terus-menerus menerima fahaman sekularisme sebagai dasar dalam masyarakat dan negara.


Fahaman sekularisme bukan semata-mata dalam bab politik. Sekularisme ialah sesuatu fahaman yang menyeluruh mengenai kehidupan manusia, mentafsir hidup manusia dengan tafsiran kebendaan, dan memutuskan hubungan alam daripada Allah SWT. Oleh sebab itu, Fahaman sekularisme merupakan fahaman yang paling bahaya yang pernah ditemui oleh dunia Islam semenjak kewafatan nabi Muhammad SAW. Islam telah menemui fahaman muktazilah, syiah, jabariah, murjiah, dan sebagainya. Semua fahaman ini telah dapat dihadapi oleh ulamak-ulamak Islam yang bersungguh-sungguh. Tetapi, apabila berhadapan dengan fahaman sekularisme, ramai di kalangan ulamak-ulamak Islam sendiri bersekongkol mendokong fahaman ini. Malah, ramai di kalangan umat Islam secara tidak sedar memberi sokongan kepada fahaman ini kerana keliru kononnya fahaman ini adalah suatu ilmu untuk mentadbir negara. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia adalah fahaman ahli-ahli fikir Barat dalam mentadbir manusia dengan cara yang tidak ada kaitan dengan ajaran wahyu atau mana-mana agama.


Oleh sebab itu, mempelajari sekularisme ini menjadi wajib. Kefahaman kita itu hendaklah sampai ke peringkat kita merasa jijik dengan sekularisme, jijik dengan orang yang terlibat dengan fahaman sekularisme, dan jijik dengan orang yang ketika bercakap terlontar daripada kata-katanya itu fikrah-fikrah yang bersifat sekular. Bagaimana kita hendak merasa jijik sekiranya kita tidak tahu apa itu sekularisme? Maka, bila keliru, orang tidak tahu apa itu sekular dan apa itu Islam, menyebabkan fahaman ini terus bertapak dalam masyarakat. Sebab itulah ulamak-ulamak Islam menyuruh kita mempelajari sifat-sifat mazmumah. Bukan hendak beramal dengan sifat-sifat itu, tetapi kita tidak akantahu kita ikhlas kalau kita tidak tahu apa itu riya’. Kita takkan tahu kita pemurah kalau kita tidak tahu apa itu tamak. Konklusinya di sini, kita takkan tahu kita Islam kalau kita tidak tahu apa itu jahiliyyah.


wallahualam..

Click Here to Read More..
Share
Related Posts with Thumbnails